Rabu, 7 Januari 2009

PENYELESAIAN KEMELUT ISRAEL – PALESTINE DARI KACAMATA AL-ATTAS

PENYELESAIAN KEMELUT ISRAEL – PALESTINE DARI KACAMATA AL-ATTAS

Di nukilkan dari blog seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai Rausyanfikri. Dalam mengulas isu kemelut Israel-palestine, beliau adalah menukilkan kandungan artikle yang menarik, iaitu seperti berikut;

Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas

Melihat permasalah mutakhir umat Islam ketika ini, Prof. al-Attas menegaskan bahawa sejarah harus dikira sebagai fardhu ain. Keruntuhan jati diri yang begitu dahsyat di kalangan umat Islam memberi ruang vakum yang cukup luas untuk pengaruh asing seperti sekularisme, liberalisme etc. untuk masuk ke lubuk hati dan aqal umat Islam.

Slogan “kembali kepada Al-Quran dan Sunnah” harus diperhalusi lagi dengan bantuan sejarah ya’ni dengan mengambil kira bagaimana umat Islam yang telah hidup sepanjang 1400 tahun dahulu, melaksanakan slogan tersebut sehingga berjaya membangunkan ketamadunan Islam yang tiada tolok bandingannya. Dalam mengkaji permasalahan Gaza serta masalah sebenar umat Islam ketika ini,

Prof al-Attas mengajurkan paradigma/sudut pandang berbentuk ketamadunan. Ini bermakna, kita harus mengambil kira krisis ini dalam satu konteks yang lebih besar dan panjang masanya sehingga jelas dapat kita timbulkan titik-titik penting yang telah berlaku dan mungkin akan berulang (mengikut Ibn Khaldun) dalam paradigma ketamadunan. Prof. al-Attas juga berhujah bahawa krisis yang berlaku ketika ini merupakan pertembungan Ketamadunan Barat dan Ketamadunan Islam. Bukan semata-mata Israel lawan Palestin atau Amerika lawan Iraq. Tambah beliau lagi, pertembungan ini merupakan pertembungan yang kekal (perennial/permanent) seperti yang dapat kita kaitkan dengan hadith Nabi;

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga ummat Islam membunuh orang-orang Yahudi. Mereka akan terus membunuh sehinggalah orang-orang Yahudi itu akan bersembunyi dibelakang batu dan pokok, lalu berkatalah batu dan pokok tersebut: “ Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi dibelakangku, kemarilah dan bunuh ia! Kecuali sejenis pokok yang tidak berkata, iaitu pokok Ghorqod, sesungguhnya itu adalah pokok Yahudi”

(HR Bukhari dan Muslim)

Ini bermakna perjuangan umat Islam dalam konteks krisis di Gaza tidak akan berakhir dengan mudah! Pebezaan fundamental antara Ketamadunan Barat dan Islam sangat jelas dan tidak mungkin dapat disatukan kecuali dengan penerimaan hakikat perbezaan tersebut seperti yang telah ditonjolkan oleh kerajaan Islam di Andalusia yang menerima orang Yahudi dan Nasrani sebagai sebahagian daripada rakyat mereka dengan begitu baik sekali.

Ini berma’na umat Islam harus benar-benar faham apakah itu Ketamadunan Barat dari segenap segi seperti mana para Orientalis sendiri memahami Islam itu dari setiap seginya.

Jikalau Goldziher boleh bertalaqqi dengan Tok Syeikh di Mesir, menuntut bersungguh-sungguh di al-Azhar, dan Hugrounje boleh mendampingi ulama’ Aceh dengan tipu daya sulit, masakan tidak kita juga, terutamanya mahasiswa menjadi ghairah seperti mereka untuk mengenali musuh kita yang sebenar! Perlu wujud para Oksidentalis (yang mengkaji Barat) dengan bersungguh-sungguh untuk kita faham benar siapa mereka.

Sila layari;
http://rausyanfikir.com/2009/01/ketika-gaza-bedarah-nota-tambahan-untuk.html

Sekian





Selasa, 6 Januari 2009

BERHARAP ISMAIL KAMUS KEMBALI KE PENTAS POLITIK

BERHARAP ISMAIL KAMUS KEMBALI KE PENTAS POLITIK

Di Malaysia, apabila disebut nama Ismail Kamus, pasti kita akan tergambar seorang pendakwah yang bergaya bersahaja, tetapi mendengar ceramahnya umpama melihat filem scenario. Tidak ketawa mendengar ceramah Ismail Kamus, orang itu adalah manusia yang mengalami masalah deria.

Sikap mesranya menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja, mahupun budak-budak rock, metal, haru biru, mahupun haru hijau dan haru biru air laut.

Sindirannya dengan nada lawak, memberi kesan kepada pendengar untuk berubah. Orang yang merokok, mula merasa bersalah jika merokok lagi apabila beliau menyindir perokok itu sebagai adik beradik jin.

Dulu, beliau pernah terlibat dengan dunia politik sehingga sempat bergelar YB di DUN yang sekarang diYBkan oleh Dr Hasan Ali, Exco Agama dan Infrastruktur negeri Selangor, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.

Di maklumkan, beliau pada asalnya tidak mahu terlibat dengan dunia “YB” untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi memandangkan malu dengan ketokohan dan keilmuan Dr Harun Din yang merupakan timbalan Mursyidul Am PAS, beliau dipujuk menyebabkan beliau pun dalam keadaan berat hati terlibat juga dalam dunia politik tersebut.

Pengisytiharan keputusan Pilihanraya pada tahun 1999 melahirkan satu detik bersejarah dalam hidup beliau yang tidak pernah diimpi-impikan. Dari situ, bermulalah era dunia beliau berpolitik.

kemenangan itulah, melahirkan berbagai-bagai cerita kelakar yang berlaku dalam dewan negeri selangor. Seperti, setelah dituduh oleh UMNO bahawa PAS gila kuasa, lalu dijawab beliau dengan muka bersahaja, “kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak ambil kuasa dari orang gila”. Juga dakwaan UMNO, bahawa PAS pandai bercakap, tapi tak pandai buat pembangunan, dijawab beliau bahawa “Mahathir pun pandai bercakap, sebab semua bangunan di buat oleh kontraktor” dan berbagai-bagai lagi hujjah yang menggelikan hati, tetapi berjaya menutup mulut UMNO pada masa itu.

sedihnya, pilihanraya pada tahun 2004, PAS kalah teruk. Kekalahan yang membawa beliau sendiri juga gugur dari gelaran YB. Sejak dari itu, beliau agak kurang lagi dilihat dalam pentas politik.

Apakah sebenarnya menyebabkan beliau sekarang menjadi kurang dengan dunia politik lagi?? Apakah memang beliau yang tidak lagi berminat, atau beliau sudah ditenggelamkan oleh orang-orang parti sendiri?? Entahlah... serahkan kepada yang maha mengetahui...

Pun begitu, secara peribadi, aku amat berharap orang seperti Ismail Kamus ini dapat kembali semula ke pentas politik. Ini kerana, dengan gayanya yang bersahaja, mudah berkira, senang di ajak bergaul dan berkawan tidak seperti sebilangan ahli-ahli politik yang dulunya senang, tetapi susah dikala memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan jawatan Menteri Besar sekalipun.

Sekian

P/S : bestnya kalaulah Ismail Kamus jadi Pesuruhjaya PAS selangor. kalau beliau jadi PJ Selangor, mungkin pertemuan sulit di sheraton hotel Subang jaya tidak akan berlaku. Tapi apakan daya???? Entahlah.. takut orang kata, terimalah seadanya...

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2009 * 3:48 pagi.






KISAH CINTA NABI SAW : SIRI 3

SOLAT MALAM DISISI ISTERI

Menunaikan solat malam merupakan kebiasaan bagi hidup Nabi SAW. kehebatan menunaikan solat malam ini, sehinggakan digambarkan dalam satu riwayat bahawa kedua kaki nabi SAW bengkak lantaran lama berdiri.

Imam At-Tarmizi meriwayatkan, daripada Al-Mughirah bin Su’bah berkata:

صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى انْتَفَخَتْ قَدَمَاهُ فَقِيلَ لَهُ أَتَتَكَلَّفُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا

Maksudnya;
“Rasulullah SAW menunaikan solat hingga bengkak kedua kaki Baginda. Dikatakan kepada baginda, apakah sebab kamu menyusahkan diri kamu ini, sedangkan kamu telah diampunkan dosa yang telah lepas dan yang akan datang. Berkata Baginda SAW, apakah tidak aku menjadi hamba yang bersyukur
[1]

Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam melakukan ibadat malam ini, sehinggakan dinyatakan oleh Aisyah bahawa, dalam keadaan uzurpun pasti baginda tetap dengan ibadat malam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis, bahawa Aisyah berkata:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَمُتْ حَتَّى كَانَ كَثِيرٌ مِنْ صَلَاتِهِ وَهُوَ جَالِسٌ

Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW tidak akan wafat hinggakan banyak solatnya ditunaikan dalam keadaan duduk
[2]

Begitujuga, ketika sakit, baginda SAW tetap menunaikan solat malam mengikut kemampuan Baginda. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan dalam keadaan duduk, baginda akan menunaikan solat malam dengan membaca surah yang lebih panjang dari kebiasaan.

Hal ini merujuk kepada hadis daripada Hafsah binti Omar, isteri Baginda Nabi SAW berkata:

لم أر رسول الله صلى الله عليه وسلم قاعدا في سبحة حتى كان قبل موته بعام واحد أو اثنين ، فرأيته يصلي قاعدا في سبحته ويرتل السورة حتى تكون قراءته إياها أطول من أطول منها

Maksudnya;
“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW duduk dalam solat sunat melainkan sebelum saat kewafatannya setahun atau dua tahun. Aku melihat baginda SAW menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk, dan Baginda SAW akan membaca surah hingga bacaannya itu lebih panjang daripada bacaannya yang panjang-panjang
[3]

Ketika berada dirumah, baginda SAW tidak menunaikan solat malam itu bersendirian, bahkan baginda akan membangunkan isterinya untuk menunaikan solat malam bersama-sama.

Imam Abu Daud meriwayatkan hadis, daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa nabi Muhammad SAW berkata;

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ

Maksudnya;
“Allah merahmati kepada lelaki yang bangun malam untuk menunaikan solat, lalu membangunkan isterinya. Apabila isterinya enggan bangun, dia akan merenjis-renjiskan air pada mukanya. Allah juga merahmati isteri yang bangun malam, lalu membangunkan suaminya. Apabila suaminya enggan, dia akan merenjus-renjiskan air pada mukanya
[4]

Pun begitu, kadangkala ada dari kalangan isteri baginda yang sedang haid, menyebabkan Baginda SAW tidak mengganggu mereka tidur. Dalam keadaan itupun, Baginda SAW tidak berjauhan dari mereka, sehingga menunaikan solat malam bersebelahan dengan isteri tersebut.

Ini disandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Maimunah R.Ha berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا حِذَاءَهُ وَأَنَا حَائِضٌ وَرُبَّمَا أَصَابَنِي ثَوْبُهُ إِذَا سَجَدَ قَالَتْ وَكَانَ يُصَلِّي عَلَى الْخُمْرَةِ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa menunaikan solat disisiku, padahal ketika itu aku sedang berhaid. kadangkala ketika baginda sujud, pakaiannya terkenaku. Dia berkata (Maimunah), dia solat di atas tikar
[5]

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, bahawa Aisyah R.Ha berkata:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ

Maksudnya;
“satu malam, Aku kehilangan Rasulullah daripada hamparan tidur. Lalu aku meraba-raba, didapati tanganku menyentuh tapak kaki Rasulullah SAW yang sedang menunaikan solat
[6]

Nah !! dari ulasan ini, nyata kepada kita bahawa antara akhlak Nabi SAW adalah tidak pernah mengabaikan isteri-isterinya dalam melakukan ibadat, lebih-lebih lagi dalam menunaikan ibadat wajib dan ibadat sunat.

Dengan ini juga difahami, menunaikan ibadat tersebut, tidak semestinya mesti berjauhan dengan isteri dikala dia sedang berhaid. Bahkan, jika ditunaikan bersebelahan dengan isteri yang sedang tidur pun tidak mengapa, bahkan ianya lebih baik, disebabkan dapat menghindarkan dari timbul syak dalam hati isteri dikala isteri sedar dari tidur.

Disamping itu juga, apabila para suami menunaikan solat malam disebelah isteri, pasti isteri akan merasakan dirinya sedang dijaga walaupun si suami itu sedang menunaikan solat sekalipun.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2009 * 11:08 malam.

[1] Sunan At-Tarmizi : 377. : telah disahihkan oleh Albani dalam kitab Sahih wa Daif Sunan At-Tarmizi : 412.
[2] Sahih Muslim : 1210.
[3] Al-Mukjam Al-Awsat Li At-Tibrani : 3775.
[4] Sunan Abi Daud : 1113. hadis ini adalah hasan saheh .
[5] Al-Bukhari : 366.
[6] Muslim : 751.

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 3

INFAQ ORANG YANG HATINYA ADA PENYAKIT

أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَنْ تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya;
“Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya”

(Surah Al-Baqarah : 266)

HURAIAN

Infaq merupakan amalan terpuji. Keterpujian infaq itu apabila tujuannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah, juga dengan tujuan untuk mendidik diri agar tidak menjadi kedekut.

Firman Allah:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآَتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya;
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat”

(Surah Al-Baqarah : 265)

Pun begitu, di sana terdapat manusia yang infaq dengan tujuan yang lain dari mendapat keredhaan Allah dan lain dari tujuan untuk mendidik diri agar tidak menjadi kedekut. Iaitu, mereka infaq dengan tujuan yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian”

(Surah Al-Baqarah : 264)

Dalam ayat 264, surah Al-Baqarah ini, Allah menjelaskan tiga tujuan manusia infaq, yang mana, infaq mereka tidak diterima oleh Allah, iaitu;

a. infaq dengan tujuan “Al-Manna”
b. infaq dengan tujuan “Al-Aza”
c. infaq dengan tujuan “Riya’”

infaq dengan tujuan “Al-Manna” adalah infaq yang diberikan dalam keadaan menzahirkan pemberian infaq kepada orang miskin dihadapan orang ramai. Tindakan sebegini dilarang, kerana ianya boleh melahirkan perasaan malu dan rendah bagi orang yang menerima infaq tersebut.

Infaq dengan tujuan “Al-Aza” pula adalah infaq yang diberikan dengan tujuan untuk menyakitkan hati orang yang menerima infaq. Seperti selepas diinfaq, dia menyebut-nyebut kekurangan yang ada pada orang yang menerima infaq.

Adapun infaq dengan tujuan riya’ adalah infaq yang mempunyai unsur memperlihat-lihatkan kepada orang lain, walaupun orang yang menerima infaq itu tidak merasa direndah-rendahkan dirinya sekalipun. Infaq bentuk ini dilarang, kerana ianya adalah penyakit hati yang wujud dalam diri orang yang menginfaqkan itu.

Allah melarang Infaq bentuk “Al-Manna” dan “al-Aza” adalah kerana ingin menjaga hati manusia yang menerima infaq. Adapun Allah melarang infaq berbentuk “riya’” adalah kerana ingin menjaga hati orang yang memberi infaq itu sendiri
[1].

Jika diperhatikan kepada ulasan sebegini, fahamlah kita, betapa indahnya Allah menerusi agama Islam dalam menjaga hati-hati manusia, daripada menyakiti antara satu dengan yang lainnya dalam melakukan infaq ini.

INFAQ YANG DITOLAK

Memandangkan Allah mahu manusia ini mendapat bekalan Akhirat yang cukup, bagi menghadapi kehidupan mereka disana nanti, disamping tidak penat sahaja melakukan ibadat di dunia, bahkan mendapat balasan di sana nanti. Allah menurunkan ayat tentang kelebihan infaq.

Firman Allah:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآَتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maksudnya;
“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat”

(Surah Al-Baqarah : 265)

Di samping Allah menceritakan tentang kelebihan infaq yang dilakukan dengan bentuk yang tidak membatalkan pahala infaq, Allah juga menceritakan juga bentuk infaq yang pahalanya terbatal. (P: ini merupakan kaedah yang diajar oleh Allah cara untuk menarik perhatian manusia agar mahu melakukan ibadat. Iaitu, dimulai menceritakan infaq yang diterima berbanding menceritakan infaq yang ditolak)

Hal ini menerusi firman Allah SWT dari ayat 266, surah Al-Baqarah, seperti yang termaktub di atas.

Dalam ayat ini, Allah mendatangkan perumpamaan. Perumpamaan merupakan perkara penting dalam dakwah islamiyyah. Ini kerana, kefahaman manusia ini tidak sama antara satu dengan yang lainnya. Ada manusia faham dengan terus terang, tetapi tidak faham dengan cara begitu, menyebabkan terpaksa digunakan kaedah ”perumpamaan”.

Perumpamaan yang digunakan dalam ayat ini adalah dengan tujuan untuk memahamkan manusia infaq yang dilakukan dalam bentuk yang ditolak, iaitu infaq dengan tujuan ”Al-Manna”, ”Al-Aza” dan ”riya’”.

Memandangkan Allah mahu manusia menghayati kandungan ayat ini, Allah menyuruh manusia membayangkan jika perumpamaan yang hendak didatangkan ini berlaku pada diri manusia tersebut. Ekoran dari itulah Allah menyebut ”apakah kamu tidak suka”.

ايود))

Jika merujuk kepada kitab At-Tafsir Al-Kabir, Imam Fakhr Ar-Razi menyatakan, sengaja Allah tidak menggunakan kalimah “ايريد” yang bermaksud “apakah kamu mahu” juga. Ini kerana, kalimah ”ايود” dan “ايريد” mempunyai perbezaan yang amat ketara.

Perbezaan itu adalah, “ايريد” mengandungi maksud menghendaki tanpa sayang kepada perkara tersebut. adapun “ايود” pula, ianya mengandungi maksud menghendaki sesuatu disertai sayang kepada perkara itu.

Dengan itu, Allah menyuruh kita bayangkan, jika kita mempunyai sebuah kebun yang sememangnya kita terlalu sayang. Lalu kebun itu adalah kebun yang subur, sehingga didapati didalamnya segala jenis buah-buahan yang wujud di atas muka bumi. Dengan itu juga, kebun itu terletak diatas sungai yang airnya sentiasa mengalir. Yang apabila kita berehat dalam kebun tersebut, dirasakan segala nyaman itu akan terhasil.

Dalam ayat ini, Allah melebihkan menyebut buah “nakhil” iaitu buah kurma dan buah “Al-‘Anab” iaitu buah anggur. Apakah tujuan Allah menyebut dua buah ini berbanding buah-buah yang lain??

Menurut Imam Fakhru Razi, tujuan Allah menyebut dua jenis buah ini berbanding buah-buah yang lain adalah kerana;

menandakan dua jenis buah ini terlalu banyak dalam kebun tersebut.
ini menandakan, dalam banyak-banyak buah yang wujud di atas muka bumi, buah yang paling mulia adalah buah kurma dan buah anggur. (mungkin para pengkaji sains boleh mengkaji, apa kelebihan yang wujud dalam dua jenis buah ini).

TUAN KEBUN YANG TUA

Dalam ayat ini, Allah menyebut perumpamaan bahawa tuan kebun tersebut sudah terlalu tua yang mempunyai zuriat; anak-anak yang terlalu kecil, yang tidak mampu membantu dia lagi.

Memandangkan tuan kebun itu telah terlalu tua, sudah pasti dia tidak mempunyai apa-apa kemampuan melainkan kerja sikit-sikit sahaja. Disamping itu pula, dia mempunyai anak-anak yang masih kecil, yang tidak dapat membantunya untuk melakukan apa-apa pun.

Dalam keadaan demikian pula, kebun yang disayangi itu ditimpa dengan musibah, iaitu kebun itu telah dinyalakan api, lalu datang angin yang kuat menyebabkan api yang sikit itu telah merebak mengenai seluruh kebunnya sehingga semua kebunnya terbakar hangus.

Memandangkan dia terlalu tua, dan anak-anaknya pula terlalu kecil, menyebabkan dia tidak ada kemampuan untuk memadamkan api yang sedang hebat menjilat kebunnya itu.

Dalam keadaan itulah, pasti tuan kebun itu akan merasa sedih kerana kelemahan yang dia alami dalam usaha hendak memadamkan api yang telah menjilat seluruh kebun yang dia sangat sayang, disebabkan kebun itu baik hasil usahanya semasa dia masih bertenaga dahulu.

Dengan ini, jelas kepada kita, bagaimana Allah ingin menyuruh kita menghayati bagaimana sedihnya hati si tuan kebun yang tua itu. maka begitujuga, kita kena rasakan dengan perasaan kita, bagaimana infaq yang kita telah lakukan itu telah dibatalkan pahalanya oleh Allah ekoran infaq yang kita lakukan itu disertai dengan beberapa perbuatan yang membatalkan pahala infaq ketika kita mengadap Allah SWT.

Ini ditambahi lagi, dengan kehidupan akhirat yang maha dahsyat. Yang ketika itu, bukan sekadar infaq sahaja, bahkan bagi mereka yang melakukan amalan baik, lalu dilakukan amalan jahat pula selepas itu, menyebabkan amalan baik itu terhapus ekoran amalan jahat yang dilakukan.

Ini disandarkan kepada satu atsar, yang mana suatu hari Omar bin Al-Khattab bertanya kepada sahabat-sahabat beliau tentang maksud ayat ini. sahabat-sahabat beliau hanya menyebut ”Allah sahaja mengetahui” menyebabkan Omar marah, seraya minta sahabat menyebut ”kami mengetahui atau tidak mengetahui”.

Melihat keadaan itu, Omar sendiri menyebut, maksud ayat ini adalah;

الرجل غني يعمل بطاعة الله. ثم بعث الله له الشيطان فعمِل بالمعاصي حتى أغرق أعماله
Maksudnya;
“seorang lelaki kekayaannya dalam melakukan amalan taat kepada Allah, lalu Allah (mengujinya) dengan datang seekor syaitan, lalu dia melakukan maksiat hingga menenggelamkan segala amalan-amalannya
[2]

Memandangkan keadaan inilah, tidak hairan kalau jika membaca hadis Nabi, kita akan dapati antara doa yang sering dibaca oleh Nabi SAW adalah;

اللهم اجعل أوسع رزقك علي عند كبر سني وانقضاء عمري

Maksudnya;
“Ya Allah !! jadikan rezki-Mu yang kau berikan kepadaku itu luas ketika aku tua dan hampir-hampir saat kematianku
[3]


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2009 * 5:56 petang.















[1] Lihat huraian panjang dalam kitab At-Tafsir Al-Kabir : 3/485.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4538.
[3] Al-Mustadrak : (1/542)

Isnin, 5 Januari 2009

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 2

SENTIMEN PUNCA KUFUR

Firman Allah :

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya;
“Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat”

(Surah Al-Baqarah : 7)

HURAIAN

Dalam perbincangan lepas, Allah menyatakan satu sifat atau bentuk orang yang kufur kepada Allah SWT. Adapun dalam ayat ini pula, Allah menjelaskan kepada kita tentang punca atau sebab mereka bersifat sedemikian.

Jika diperhatikan kepada ayat ini, difahami bahawa punca manusia itu menjadi kufur adalah apabila sentiment menebal yang wujud dalam diri manusia. ekoran dari itulah, Allah menyebut “Allah telah mengunci-mati hati, pendengaran dan penglihatan mereka”.

Sentiment merupakan amalan hati. Apabila manusia sudah sentiment, maka akan terlahirlah dalam akal mereka jumud dalam menilai, walaupun telah diberikan alat menilai, iaitu pendengaran dan penglihatan.

Dengan ini, nyata kepada kita, dua unsure, iaitu hati dan akal merupakan factor penting dalam menerima hidayah Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

HATI KOTOR

Dalam ayat ini, Allah SWT mendahulukan hati, kemudian pendengaran dan kemudiannya penglihatan.

Jika difikir balik, apakah hikmat Allah SWT mendahulukan hati berbanding pendengaran. Dan mendahulukan pendengaran berbanding penglihatan??

Bagi mendapat jawapan itu, seharusnya kita merujuk kepada fitrah insani, disamping diperkuatkan dengan hujjah Al-Quran dan Al-Hadis Nabi SAW.

Dalam Hadis, Baginda SAW menjelaskan tentang fungsi hati. Iaitu satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari;

وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya;
”Sesungguhnya dalam jasab itu terdapat seketul daging. Apabila baik ia, maka baiklah jasad seluruhnya. Apabila rosak ia, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah, ia adalah hati
[1]

Dari hadis ini, jelas menunjukkan bahawa hati merupakan faktor utama dalam menentukan manusia itu baik atau tidak. Menerima hidayah atau tidak menerima hidayah.

Ekoran dari itulah, hati manusia tidak seharusnya dikotorkan. Mengkotorkan hati, tidak seperti mengkotorkan rumah, mengkotorkan taman, mengkotorkan apa pun. Jika rumah, mengkotorkannya dengan najis, berselerak dan sebagainya. Maka hati pula, ianya dikotorkan dengan dosa-dosa maksiat yang dilakukan oleh manusia.

Sebab itulah, Nabi SAW ada bersabda:

إن المؤمن إذا أذنب ذنبًا كانت نُكْتة سوداء في قلبه فإن تاب ونزعَ واستعتب صقل قلبه، وإن زاد زادت حتى تعلو قلبه، فذلك الران الذي قال الله تعالى: { كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ } [المطففين: 14]

Maksudnya;
“Sesungguhnya seseorang mukmin, apabila dia melakukan sesuatu dosa, pasti akan wujud satu titik hitam pada hatinya. Lalu apabila dia bertaubat, maka berkilatlah hatinya. Sekiranya dia menambah (melakukan dosa), maka bertambahlah titik hitam hingga mengatasi hatinya. Itulah yang disebut sebagai “Ar-Ran” yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka
[2]

Ekoran hati yang telah dikotorkan dengan maksiat, Allah tidak membuka hijab kepada seseorang hamba itu dari menerima hidayah. Memandangkan penutupan itu disebabkan kecuaian manusia sendiri, menyebabkan Allah menafikan nikmat mereka di akhirat nanti, iaitu Allah menghijabkan mereka dari melihat zat Allah SWT.

PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN

Apa pula hikmat Allah mendahulukan pendengaran berbanding penglihatan dalam ayat ini???

Dalam mengulas hal ini, Imam Fakhru Razi ada menyebut dalam kitab beliau yang bertajuk “Al-Tafsir Al-Kabir” bahawa pendengaran lebih utama berbanding penglihatan. Ini kerana, syarat menjadi nabi hendaklah orang tersebut adalah manusia yang mendengar. Adapun manusia yang pekak, mereka tidak layak untuk menjadi nabi.

Begitujuga, beliau berhujjah bahawa apabila manusia itu pekak, pasti orang itu akan menimpa satu lagi kekurangan, iaitu bisu. Adapun orang yang buta, dia tidak akan menimpa kekurangan yang lain
[3].

Adapun jika dilihat pada kajian sains pula, pendengaran dan penglihatan merupakan dua unsure yang sangat penting dalam proses pembentukan insani. Pengaruh daripada kedua-dua unsure ini sangat memberi kesan besar kepada akal dan hati manusia.

Antara perkara menarik berhubung pendengaran didahulukan berbanding pendengaran adalah kerana, jika dilihat pada janin manusia yang masih dalam kandungan ibu, didapati sistem pendengaran terlebih dahulu berinteraksi dengan persekitaran di luar rahim berbanding penglihatan.

Dalam satu kajian di barat, telah membuktikan bahawa janin dalam rahim boleh mendengar suara mereka yang bercakap kepadanya semasa berumur 30 minggu. dan dalam kajian lain pula mendakwa janin dalam rahim ibu mempunyai kemampuan untuk mendengar dan mengingati suara apabila mencapai umur 20 minggu.

Ekoran dari itulah, jika diperhatikan kepada dunia barat, kita akan dapati di sana, ada sebilangan para ibu mengandung sering bercakap seorang diri, dan kadangkala meletakkan sound radio pada perut mereka.

Sebenarnya, kaedah ini bukan sahaja wujud dalam dunia sains barat, tetapi tetap wujud juga dalam islam. iaitu, apabila sedang mengandung, digalakkan membaca surah-surah tertentu bagi ibu-ibu mengandung.

Adapun dengan penglihatan pula, bayi hanya dapat melihat dengan sempurna selepas dilahirkan. Walaubagaimanapun, ada kajian mendakwa bahawa janin dalam perut ibu mampu melihat sewaktu umur mereka 7 bulan dalam rahim, iaitu sudah hampir sangat dengan saat kelahiran.

Selepas di lahirkan pula, pendengaran dan penglihatan merupakan factor penting bagi meningkatkan daya keupayaan akal
[4].

Dari penjelasan ini, fahamlah kita, bahawa unsure pendengaran dan penglihatan merupakan unsure akal manusia dalam memahami hidayah. Dengan itu, jelas kepada kita, mengapa unsure hati, pendengaran dan penglihatan ini disebut oleh Allah SWT dalam ayat 7, surah Al-Baqarah ini.

AZAB YANG HEBAT

Memandangkan hati, pendengaran dan penglihatan yang telah Allah berikan kepada mereka tidak digunakan dengan sebenarnya, menyebabkan Allah murka yang akhirnya Allah mencampak mereka ke dalam azab yang hebat.

Oleh itu, zalimkah Allah mencampak orang kafir ke dalam neraka??? Mereka yang tidak mengerti sahaja mengatakan Allah zalim…

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2009 * 6:45 petang.











[1] Sahih Al-Bukhari : 50.
[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/175.
[3] At-Tafsir Al-Kabir : 1/324.
[4] Quran Saintifik : m.s 127-129.

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 1

GOLONGAN KUFUR TEGAR

Firman Allah :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman”

(Surah Al-Baqarah : 6)

SEBAB TURUN

Ulama tafsir mendatangkan punca sebab penurunan ayat ini dengan pelbagai riwayat. Sebilangan ulama menyatakan, ayat ini diturunkan berkenaan dengan puak-puak yahudi yang tidak mempercayai kenabian Nabi Muhammad SAW. Iaitu disamping ketaassuban dan assbiyyah kebangsaaan bani israel yang menebal, sehinggakan mereka tidak mahu menerima Al-Quran disebabkan Nabi Muhammad dari bangsa arab, yang mana, pada mereka, nabi yang hanya diterima hanya nabi dari kalangan bangsa Bani Israel sahaja.

Ulama lain pula menyatakan, ayat ini diturunkan berkenaan dengan kejadian peperangan ahzab. Penurunan itu sebagai menyatakan, serangan yang dilancarkan oleh parti-parti kufur, terdiri dari parti yahudi, parti quraish, parti arab-arab yang lain yang menyerang kerajaan Islam Madinah adalah golongan yang tidak boleh lagi dijadikan sebagai bahan rundingan, lantaran keras hati mereka dalam menyerang kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh nabi Muhammad SAW
[1].

HURAIAN

Ayat ini menyatakan bahawa orang-orang kafir adalah golongan yang keras hati, sehingga tidak akan menerima hidayah walaupun telah dikhabarkan kepada mereka tentang Islam.

Kalimah kufur dalam Islam, merujuk kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

a. kafir asli
b. kafir murtad
c. kafir ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)
d. kafir munafiq

dalam semua bentuk kufur-kufur yang dinyatakan, punca atau sebab mereka menjadi kufur pula terbahagi kepada beberapa sebab, iaitu seperti berikut;

a. kafir kerana kejahilan
b. kafir kerana kepentingan diri
c. kafir kerana keras hati.

Dalam hal ini, dalam menentukan maksud kufur yang Allah nyatakan dalam ayat 6, surah Al-Baqarah, Allah merujuk kepada mereka yang kufur kerana kepentingan diri dan mereka yang keras hati dalam menerima hidayah.

Adapun kepada mereka yang kufur disebabkan kejahilan mereka, ayat ini tidak memfokuskan kepada mereka. Bahkan, kepada mereka ini, sewajibnya mereka diterangkan Islam secara bijaksana, agar di suatu masa nanti mereka akan menerima Islam sebagai agama pegangan hidup mereka, atau setidak-tidak pun, mereka akan menganggap bahawa islam adalah agama yang adil.

Firman Allah:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
”Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah : 256)

TEGAR DENGAN KUFUR

Apabila mereka sudah tegar dengan kekufuran, sama ada mereka ini diberitahu tentang islam atau tidak diberitahu, mereka tetap tidak akan beriman dengan Allah.

Dalam ayat 6, surah Al-Baqarah ini, Allah menggunakan kalimah ”beri khabar ketakutan”. Sedangkan disana, wujud ”khabar gembira”. Persoalannya, mengapa Allah menggunakan ”khabar ketakutan” dengan neraka, azab kubur dan sebagainya berbanding menggunakan ”khabar gembira” dengan menceritakan syurga, nikmat akhirat sekiranya mereka beriman dengan Allah SWT???

Apa yang boleh kita belajar dari hikmat Allah ini???

Dari sini nyata kepada kita, secara fitrahnya, manusia amat terkesan dengan ketakutan berbanding keseronokkan.

Bentuk ”khabar ketakukan” ini amat sesuai digunakan kepada mereka yang sememangnya degil dengan perintah Allah. Ini kerana, degilnya mereka dengan perintah menunjukkan seakan-akan mereka ini tidak mempunyai perasaan takut langsung.

Dan ”tidak takut” ini, selalunya amat sinonim dengan manusia yang merasa mereka lebih hebat berbanding orang lain. Seperti mafia, gangster dan sebagainya.

Pun begitu, disebalik ”tidak takut” itu, secara fitrahnya, mereka tidak boleh membuang perasaan tersebut, ini kerana, perasaan takut ini sebenarnya adalah sifat insani yang wujud dalam jiwa setiap manusia yang waras dan normal. Dengan itu, walaupun mereka seperti tidak takut, hakikatnya mereka mempunyai perasaan takut juga, iaitu kepada yang lebih mafia dari mereka, yang lebih gangster dari mereka.

Maka dengan demikian, bagi hendak meluputkan ”perasaaan tidak takut” orang kafir yang degil ini, Allah menggunakan ”khabar ketakutan” agar mereka sedar bahawa, disana wujud yang lebih hebat dari mereka, yang lebih berkuasa untuk menghancurkan mereka. Iaitu walaupun mereka ini tidak takut disebabkan mereka ini berasa hebat, sebenarnya ada yang lebih hebat dari mereka. Kehebatan yang melebihi mereka itu adalah Allah SWT yang mereka kufuri, sehinggakan Allah itu mampu untuk menghancurkan mereka.

Pun begitu, disebabkan tegar kekufuran mereka yang berpunca dari ketidak kepercayaan dan ketidak keimanan mereka terhadap Allah secara yakin, walaupun mereka ini diberi khabar ketakutan atau tidak, mereka ini tetap tidak beriman dengan Allah SWT.

Adapun dalam berinteraksi dengan mereka yang tidak degil dengan hidayah, atau terhadap mereka yang kafir disebbakan kejahilan mereka, Islam mengetengahkan konsep berbincang, berdebat secara ilmu, berhujjah dan menjelaskan kebenaran Islam terhadap mereka.

Firman Allah:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Maksudnya;
”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

(Surah An-Nahl : 125)

Bersambung ..................

(apa sebab, orang boleh jadi kafir tegar dari perpektif Al-Quran???)

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2009 * 4:34 petang.


[1] Sila rujuk dari kitab “lubab an-nuqul”

Ahad, 4 Januari 2009

KAGUM CARA ERDOGAN DAN DR BURHANUDDIN AL-HELMI

KAGUM CARA ERDOGAN DAN DR BURHANUDDIN AL-HELMI

Erdogan atau nama penuhnya Rajab Taib Erdogan merupakan seorang pejuang Islam di turki yang kini sudah memegang jawatan Perdana Menteri Turki. Kemenangan parti AKP dalam pilihanraya yang membawa beliau menjadi Perdana Menteri Turki menyebabkan dunia Islam memerhatikan beliau.

Tidak ketinggalan yang memerhatikan beliau adalah sebilangan pejuang-pejuang Islam dari Parti Islam SeMalaysia (PAS). Ketika itu, rata-rata pengulas memuji tindakan beliau yang dilihat agak moderat yang berjaya menarik sokongan rakyat turki yang sekian lama menebal dengan fahaman sekular yang berjaya di tanam oleh Mustafa Kamal Art-Tarturk

Selepas tsunami politik menimpa rakyat malaysia pada 8 mach yang lalu pula, nama erdogan mula di gembar gemburkan. Tetapi, kali ini, nama itu tidak disinonimkan dengan sesuatu yang terpuji, tetapi disinonimkan dengan sesuatu yang agak negatif.

Aku secara peribadi, tidak mendalami dan mengambil endah sangat tentang pergerakan politik di turki. Yang aku tahu hanya sekadar, turki sebuah negara yang mengamalkan dasar sekular dalam pemerintahan, sehinggakan dasar itu tidak boleh dipertikaikan langsung. Pada pandangan turki, dosa Mempertikaikan dasar itu, sama besar dosa mempertikaikan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah, sehinggakan mereka yang mepertikaikan itu boleh dihadapkan kemahkamah, seterusnya dipenjara.

Pun begitu, setelah kalimah ”erdogan” dimain-mainkan dimedia elektronik, sama ada media internet mahupun media massa yang lain, minat untuk mengetahui tentang erdogan semakin berkobar-kobar. Lebih-lebih lagi, apabila ianya dilihat sebagai sesuatu yang negatif.

Setelah mencari sebahagian maklumat dari internet, secara kesimpulannya aku secara peribadi beranggapan, erdogan yang dilihat kononnya sebagai seorang pembawa bendera politik ”islam ala sekular” itu merupakan satu watak yang dirasakan agak relevan dengan bawakan beliau dikala turki mengalami masalah tekanan politik di sana.

Ini kerana, didapati sebelum ini sebuah parti Islam juga telah menang dan berjaya menabalkan erbakan sebagai Perdana Menteri, tetapi menyedihkan kejayaan mempertahankan kemenangan tidak lama, ekoran islam yang diperjuangkan itu terlalu terbuka, menyebabkan pihak ketenteraan turki telah menggulingkan kerajaan beliau dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan turki yang berasaskan kepada sekular, disamping beliau dihadapkan ke Mahkamah dan parti Refah yang telah diasaskan oleh beliau juga diharamkan.

Ekoran dari pengharaman itulah, menyebabkan erdogan dan Abdullah Gul telah berusaha mengasaskan AKP, yang merupakan sebuah parti yang dilihat agak liberal dari segi pendekatan dan sebilangan perinsipnya.

Tindakan Erdogan dan Abdullah Gul bertindak sedemikian adalah kerana berdasarkan beberapa pengalaman semasa berada dalam parti Refah dahulu.

Memandangkan tindakan dari erdogan itulah, menyebabkan ramai mendakwa bahawa Islam yang diperjuangkan oleh AKP adalah ”Islam ala sekular”. Lebih-lebih lagi, beberapa tindakan Erdogan yang nampak agak lunak dengan dunia-dunia barat dan israel.

Pun begitu, ada pihak yang tidak mempercayai disebalik kelunakan erdogan dengan dunia barat sehingga mendakwa bahawa tindakan erdogan itu adalah ”politik olok-olok”.

Yang menariknya, disebalik tuduhan liar terhadap erdogan sebagai pembawa bendera ”islam ala sekular” itu, beliau dilihat agak bersungguh-sungguh dalam memartabatkan mutu pendidikan dan membuka ruang bebas dalam wacana dan penyelidikan, berbanding semasa erbakan semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

DR BURHANUDDIN AL-HELMI

Tindakan dan cara Erdogan ini, menyebabkan aku teringat dengan perjuangan seorang tokoh yang hebat di Malaysia, iaitu Dr Burhanuddin Al-Helmi. Seorang tokoh yang pernah berjuang menggunakan wadah Parti islam SeMalaysia (PAS) dan mati dalam perjuangan tersebut.

Jika diperhatikan kepada Dr Burhanuddin Al-Helmi, pemikiran politik beliau amat unik, dan ketokohan beliau amat sukar untuk dicari ganti di zaman kini, walaupun ianya sememangnya wujud. Siapa orang itu???

Dr Burhanuddin Al-Helmi telah mengetengahkan pemikiran yang menggabungkan aliran Islamis dan nasionalis, bertujuan mengetengahkan suatu pemahaman yang luas dan sejagat tentang nasionalis dengan tidak memfokuskan kepada sesuatu bangsa sahaja, disamping menjangkau pemikiran politik perkauman.

Dibawah pimpinan beliau, PAS ketika itu dilihat sebagai sebuah parti Islam yang radikal yang anti-kolonialis dan anti-imperialis. Iaitu parti yang menitik beratkan kebebasan ekonomi dan perjuangan menentang penjajah, serta perlunya mengetengahkan Islam aktivis yang popular, dinamik dan berasaskan kepada isu.

Dr Burhanuddin Al-Helmi tidak menumpukan perhatiannya kepada perbezaan antara pendirian idelogi golongan Islamis, nasionalis dan sayap kiri. Sebaliknya, beliau bertindak berusaha membangkitkan titik persamaan antara parti-parti yang lain.

Tindakan beliau sebeginilah, menyebabkan beliau berjaya menyebarkan mesej Islam kepada khalayak ramai. Disamping itu juga, kemahiran beliau dalam rundingan partinya berjaya merapatkan jurang ideologi antara golongan Islamis dan parti rakyat dan parti buruh, walaupun cara pemikiran sebegini amat bercanggah dengan pemikiran politik Islam di Pakistan yang diasaskan oleh Abu ’Ala Al-Maududi ketika itu.

ISLAM DI MALAYSIA KINI??

Secara peribadi, aku beranggapan bahawa Islam di Malaysia masih lagi dijajah. Penjajahan terhadap islam di Malaysia, bukanlah dijajah oleh orang kafir, yahudi atau nasrani. Tetapi, penjajahan yang berlaku terhadap Islam di Malaysia adalah dari beberapa sudut, iaitu;

a. UMNO/BN
b. Tidak ada keilmuan dan dialog terbuka tentang Islam.

Pihak UMNO/BN dengan propaganda jahat mereka terhadap Islam dalam menyerang PAS, dalam masa yang sama dilihat golongan Islam di Malaysia agak kurang suka kepada dialog, sedangkan tindakan mewujudkan dialog antara agama merupakan satu tindakan yang bijak, bahkan bersesuaian dengan ajaran Al-Quran.

Firman Allah:

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
”Katakanlah, datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu dari kalangan mereka yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)


Padaku, amat susah mahu menyampaikan islam dikala UMNO/BN masih lagi memerintah. Kesusahan ini amat terserlah, apabila mereka masih lagi menguasai media yang sudah pasti menjadi asas utama dalam menentukan minda rakyat.

Ini ditambahi lagi dengan sistem demokrasi yang di amalkan di Malaysia lebih bersifat zalim, bahkan berat sebelah. Seperti penyelewengan SPR, sistem kehakiman dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kehadiran bangsa cina dan india yang masih kekal dengan kejahilan mereka terhadap Islam, merupakan penghalang tegar dalam usaha melaksnakan islam di Malaysia.

Memandangkan keadaan ini sedang berlaku, seharusnya kita tidak boleh gopoh dalam perlaksanaan Islam, bahkan selayaknya didahulukan usaha untuk melakukan penerangan Islam secara berkesan, berbanding berfikir untuk menjadi pemerintah.

Apabila penerangan islam sudah berjaya dilakukan secara berkesan, pasti rakyat akan memahami Islam, yang mereka inilah yang akan bangkit untuk melakukan perubahan dalam kerajaan yang akhirya, Islam berjaya memerintah di Malaysia ini.

Ekoran dari itulah, seharusnya perlu difikirkan terlebih dahulu bagaimana mahu menjatuhkan UMNO/BN yang sedang memerintah kerajaan pusat. Apabila UMNO/BN sudah jatuh dari pemerintahan, maka sudah pasti segala penyelewengan media, SPR dan kehakiman akan dibaiki.

Selepas penyelewengan media, SPR dan kehakiman berjaya dipulihkan, menandakan kita sudah mempunyai ruang yang terlalu luas dalam memperkatakan islam, dan seterusnya rakyat memahami Islam, justeru Islam terus memerintah negara ekoran permintaan rakyat.

PENUTUP

Secara peribadi, aku menilai erdogan yang ditampalkan dengan negatif tidak seharusnya berlaku. Bahkan, sebelum natijah negatif yang mahu ditampalkan kepada beliau, seharusnya terlebih dahulu dilihat ”maqasid” disebalik tindakan beliau dalam bertindak sedemikian.

Padaku, tindakan erdogan ini mempunyai kesamaan ”maqasid” dalam usaha yang telah dilakukan Dr Burhanuddin Al-Helmi, cumanya mereka berdua berbeza dari sudut pentasnya sahaja.

Dan di Malaysia kini, tidak diketahui, siapakah yang berjaya membawa agenda yang pernah dilakukan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi, juga dilakukan oleh Erdogan ini.

Secara peribadi, aku berpendapat, walaupun kita tidak mahu belajar dari erdogan pun, seharusnya kita perlu belajar dari Dr Burhanuddin Al-Helmi dalam mengharungi politik Malaysia, dalam usaha hendak mendaulatkan Islam di Malaysia secara berkesan.

Mungkin pemikiran ini tidak relevan di negeri-negeri orang islam ramai, seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi ianya perlu difikirkan secara serius bagi menghadapi negeri-negeri yang bilangan non Muslim yang hampir sama banyak dengan orang islam.

Sekian

Wallahu ’Alam

p/s : ini sekadar pandangan peribadi Al-Bakistani berdasarkan maklumat yang didapati sahaja.


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Januari 2009 * 7:01 pagi.












Sabtu, 3 Januari 2009

KENAPA YAHUDI /UMNO BENCI ISLAM??

KENAPA YAHUDI /UMNO BENCI ISLAM??

Puak-puak yahudi dilihat semakin melampau dalam menyerang umat Islam di Palestine. kegilaan dalam serangan yang dilancarkan itu menampakkan betapa bencinya musuh Islam yang bernama Yahudi.

Jika dikaji dari sinaran Al-Quran, kita akan ketahui dimanakah punca permusuhan yang ditanam oleh orang yahudi terhadap Umat Islam. semuanya bermula semangat kebangsaan bani Israel yang menebal sehingga mereka tidak mahu nabi akhir zaman dari kalangan bangsa lain.

Segalanya ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman Allah;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Ramai dari kalangan Ahli Kitab bercita-cita untuk mengeluarkan kamu dari agama kamu selepas keimanan kamu agar kamu menjadi kufur, ianya adalah kerana dengki yang wujud dalam diri mereka sendiri selepas nyata kepada mereka kebenaran. Maka maafkan mereka dan biarkanlah mereka hingga Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah berkuasa atas semua perkara”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Menurut Imam Ibni Kathir, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang yahudi yang bernama Abu Yasir bin Akhtab dan Huyay bin Akhtab yang sangat memusuhi dan membenci Islam sehingga sentiasa berusaha hendak memurtadkan orang islam
[1].

Adapun menurut Imam Fakhru Ar-Razi pula, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang yahudi yang bernama Finhas bin ’Azura’ dan Zaid bin Qais bersama sebilangan yahudi yang telah berjumpa dengan Khuzaifah bin Al-Yaman dan ’Ammar bin Yasir selepas kejadian peperangan Uhud.

Kehadiran mereka itu dengan tujuan untuk memburukkan Islam dengan mendakwa bahawa kegagalan islam dalam peperangan uhud membuktikan bahawa Islam adalah agama salah, lalu mendakwa bahawa agama yang sebenar adalah agama yahudi.

Mendengar dakyah jahat itu, menyebabkan Khuzaifah terus berkata:

فقد رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخواناً

Maksudnya;
”Sesungguhnya aku redha Allah sebagai tuhan, Al-Quran sebagai Imam, Kaabah sebagai kiblat dan orang Islam sebagai saudara”

Apabila dua orang sahabat ini berjumpa dengan Nabi SAW, Baginda terus berkata kepada mereka dengan menyatakan:

أصبتما خيراً وأفلحتما

Maksudnya;
“kamu mendapat kebaikan dan kamu telah berjaya”

Ekoran dari kejadian itu, Allah menurunkan ayat ini
[2].

Jika diperhatikan kepada Ayat ini, Allah menyatakan dimanakah punca permusuhan itu berlaku. Ianya adalah terletak kepada hasad dengki yang wujud dalam diri orang yahudi terhadap Islam itu sendiri.

Puak-puak yahudi mempunyai semangat kebangsaan yang sangat kuat. Semangat nasionalis yang ditanam dikalangan orang yahudi sehingga mereka mendakwa bahawa bangsa mereka sahaja bangsa yang terbaik, sehinggakan sampai satu tahap, mereka tidak mahu menerima nabi selain dari bangsa mereka.

Memandangkan kedatangan Nabi Muhammad dari bangsa arab, menyebabkan mereka tidak berpuas hati, yang akhirnya mereka berani menyelewengkan kandungan kitab Taurat yang menceritakan tentang diri Nabi Muhammad SAW secara terperinci.

Perkara ini dinyatakan oleh Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّه

Maksudnya;
“Maka kecelakaanlah terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri kemudian mendakwa, ini adalah daripada Allah SWT”

(Surah Al-Baqarah : 79)
ِ
Kedatangan Nabi SAW yang berbangsa arab itulah punca kebencian mereka terhadap Islam yang akhirnya mereka menaruh dendam yang tidak berkesudahan terhadap umat nabi Muhammad SAW sehingga sampai satu tahap mereka sanggup melakukan apa sahaja, agar umat Nabi Muhammad tidak akan wujud di muka bumi Allah SWT ini.

Jelas kepada kita, punca permusuhan ini adalah bersebab semangat nasionalis kebangsaan yahudi yang menebal sehingga sanggup menafikan kebenaran tentang kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, jika mana-mana pihak pun yang memperjuangkan semangat nasionalis, maka itu juga merupakan pegangan yang sama dengan yahudi, yang sudah pasti, ianya adalah satu fahaman yang sesat lagi menyesatkan.

Oleh itu, hapuskan segala parti yang bertunjangkan semangat nasionalis dimana-mana sahaja, terutama di Kuala Terengganu dalam pilihanraya akan datang. Tidak ada gunanya kita membidas dan membenci yahudi, tetapi dalam masa yang sama kita adalah pendokong fahaman yang seiras-iras dengan yahudi.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 januari 2009 * 4:38 pagi.




[1] Ibni Kathir : 1/382.
[2] At-Tafsir Al-Kabir : 2/275.

UNDI PAS DAPAT PAHALA…??

UNDI PAS DAPAT PAHALA…??

Orang mula memperkatakan tentang kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang lalu berkenaan dengan undi PAS masuk syurga. Puak Melayu Harbi, UMNO amat gelabah dengan kenyataan sebegini dengan mendakwa ini adalah fatwa songsang.

Kelakar juga, bila UMNO kata ini fatwa songsang, sedangkan UMNO tu sendiri adalah parti songsang. Macam mana orang songsang boleh kata orang lain yang songsang. Sama lah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dulu yang pernah kata Nabi Muhammad Songsang.

Tulisan kali ini, ingin menegaskan bahawa memang undi PAS dapat pahala, dan undi UMNO dapat dosa.

Kaedahnya senang sahaja. semuanya perlu kembali kepada asas penciptaan Adam A.S menerusi Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
”Ketika berkata tuhan kamu kepada Malaikat, sesungguhnya aku mahu jadikan di bumi Khalifah”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah ditafsirkan oleh para ulama adalah;

نيابة عن الشارع في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya;
“pengganti syari’ didalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)”
[1].

Islam telah membuktikan pemerintahannya berasaskan khalifah semenjak zaman Rasulullah SAW sehinggakan tahun 1924, iaitu tahun kejatuhan kerajaan turki osmaniyyah; yang telah dijatuhkan dengan pemikiran secular yang di dokong oleh seorang bapa pemoden turki yang bernama Mustafa Kamal At-Tarturk.
[2]

Dengan kejatuhan tersebut, umat Islam seluruh dunia hidup dalam keadaan terumbang ambing, disamping kehinaan demi kehinaan datang menimpa yang menyebabkan ulama-ulama Islam terpaksa memikirkan “kaedah dan mekanisma baru” bagi menghadapi kehinaan sedemikian rupa.

Dengan keadaan sedemikian, lahirlah ulama-ulama yang kehadapan dalam menghadapi kelemahan ini seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (1906-1949
[3]) yang berjaya menubuhkan sebuah gerakan islam yang terkenal di seluruh dunia, iaitu “Al-Ikhwan Al-Muslimun” pada tahun 1928; yang ditubuhkan di suatu daerah di Negara Mesir yang bernama “Ismailiyyah”; yang ketika itu, Imam Hassan Al-Banna baru sahaja berumur 21 tahun[4].

Begitujuga, lahirnya seorang tokoh didalam gerakan islam “Al-Ikhwan Al-Muslimun” yang terkenal juga; bernama As-Syaikh Said Hawa (1935-1989
[5]), sebagai penerus perjuangan Al-Ikhwan Al-Muslimun yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau mempunyai keluasan ilmu dan pengalaman yang semuanya itu boleh diketahui melalui banyak tulisan-tulisan beliau.

Imam Mujahidin Al-Afghanistan As-Syahid Dr Abdullah bin Yusuf Mustafa Azzam atau lebih dikenali dengan nama As-Syahid Dr Abdullah Azzam (1941 – 1989
[6]) merupakan salah satu tokoh pejuang Islam yang tidak kurang juga dikenali kehebatannya; beliau telah meninggalkan kehidupannya yang mewah di bumi Jordan dan Pakistan semata-mata mahu mentarbiyyah pemuda-pemuda Islam di lereng-lereng bukit di Afghanistan bagi meneruskan usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam ketempatnya yang asal.

Dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan kerajaan Osmaniyyah tersebut, yang ini membuktikan kebenaran hadis Nabi SAW yang bersabda;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada dikalangan umatku satu puak/golongan yang terang-terangan berperang di atas kebenaran hingga hari kiamat
[7]

Tidak ketinggalan juga di Malaysia, sebuah jemaah islam yang bernama Hizbul muslimin di tubuhkan oleh ulama-ulama di Malaysia ketika itu, merupakan anak-anak murid Muhammad Abduh sebagai sebuah gerakan Islam yang berusaha kearah mendaulatkan undang-undang Islam seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam surah al-baqarah ayat 30.

Amat menyedihkan, pada 18 Jun 1948, pihak british telah mengharamkan gerakan Islam Hizbul Muslimin melalui akta darurat dan akhirnya dalam tekanan, usaha demi usaha yang dilakukan oleh bekas pendokong-pendokong Hizbul muslimin sehinggakan tertubuh Parti islam Semalaysia (PAS) pada tahun 1951.

Oleh itu, jelas kepada kita, dengan kewujudan PAS merupakan mata rantai perjuangan mahu mendirikan Khalifah Islam di atas muka bumi Allah.

Memandangkan di Malaysia, tindakan mahu menyerang musuh-musuh Allah bukanlah menggunakan senjata, iaitu terpaksa menggunakan pilihanraya, maka dengan keadaan itulah PAS terpaksa terlibat dalam Pilihanraya.

Keterlibatan dengan pilihanraya itu bukanlah sesuatu yang salah, bahkan mempunyai sandarannya, iaitu kepada kaedah fiqh yang masyhur;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib, melainkan dengan-nya. Maka melakukan-nya itu adalah wajib”

Maksudnya, jika di Malaysia tidak ada cara lain untuk mendaulatkan islam melainkan dengan pilihanraya, maka terlibat dalam pilihanraya ada wajib. Dan, apabila mahu terlibat dalam pilihanraya, hendaklah menubuhkan parti, maka hukum menubuhkan parti adalah wajib. Dan, banyak-banyak parti di Malaysia, hanya parti PAS sahaja mahu mendaulatkan Islam, maka hukum mengundi PAS adalah wajib.

Makna wajib adalah diberikan pahala kepada sesiapa yang melakukannya, dan diberi dosa kepada yang meninggalkannya. Balasan Pahala hanya dikecapi dalam syurga, dan dosa hanya dikecapi balasannya dalam neraka.

Oleh itu, secara kesimpulannya, undi PAS dapat pahala, justeru masuk syurga, dan undi UMNO dapat dosa, justeru masuk neraka.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Januari 2008 * 4:29 petang.






[1] Badai’ As-Suluk : 1/192.
[2] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58
[3] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 506.
[4] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 509.
[5] Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Sa’id Hawa : m/s 16-39
[6] Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : m/s 1-8.
[7] Sahih Muslim : 1/137 : hadis no : 156.