Sabtu, 31 Januari 2009

“PANAS” ?? KENAPA “PANAS”???

“PANAS” ?? KENAPA “PANAS”???

Empat negeri “panas” di pantau. Itulah salah satu tajuk berita dalam utusan Malaysia hari ini. negeri yang didakwa itu adalah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Panas dengan konflik perkauman. Persoalannya, mengapa isu perkauman yang jadi konflik??? Banyak-banyak isu dalam negara, tahu-tahu perkauman pula yang konfliknya.

Kalau berlaku konflik, sapa yang mencetuskan konflik itu???

Ianya mestilah bermula sentimen perkauman. Orang melayu mendakwa bangsa mereka paling bagus, bangsa lain dianggap bangsat. Orang cina pun macam tu. Orang india pun sama juga.

Kalau macam tulah, bermakna parti-parti yang berasaskan kepada kaum ini amat bahaya. Bahaya kerana akan melahirkan pertembungan perkauman yang tidak selesai. Oleh itu, penyelesaiannya adalah, parti-parti berasaskan kaum ini perlu dibubarkan.

Sebab itu, islam letak asas yang cukup indah dan menawan. Kau bangsa apa pun; arab ke, india ke, cina ke, melayu ke, kadazan ke, amerika ke dan bla bla.. semuanya tidak ada nilai satu sen pun, melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Maksudnya;
“Wahai manusia !! sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan. Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu kenal-mengenali. Sesungguhnya yang paling disisi Allah adalah orang paling taqwa di kalangan kamu”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Oleh itu, Penyatuan mesti dengan keadilan. Penyatuan mesti dengan semangat Malaysia, bukan semangat melayu atau semangat cina atau semangat India. Yang semuanya ini, wujud dalam Islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2009 * 8:39 pagi.

Tiada ulasan: