Selasa, 22 Disember 2009

ULAMA PAS PERLU ADA JATI DIRI


Ramai membenci UMNO hasil tarbiah ulama PAS. Tanpa benci UMNO, mungkin ramai yang tidak masuk PAS.

Sebarang unsur-unsur yang membawa kepada UMNO, pasti akan didoktrinkan sebagai munafiq. Tidak kira, ia bernama munafiq agama, mahupun munafiq haraki.

Dahulu, JIM dan ABIM mendapat tempelan munafiq ekoran bawaan yang agak cenderung kepada UMNO. Semua doktrin ini, dilakukan oleh ulama-ulama dalam PAS.

"mereka duduk di Kelantan, mereka jadi PAS. Kalau mereka duduk di Kuala Lumpur, mereka jadi UMNO" pesan salah seorang ulama PAS yang sedang mendoktrinkan kebencian terhadap JIM dan ABIM dalam salah satu pertemuan.

PASCA 2008

Pilihanraya ke-12 menampakkan satu gelombang baru dalam dunia politik Malaysia. Kebencian rakyat kepada UMNO amat ketara kelihatan. Boleh dikatakan, kebencian ini - jika mahu disebut dari sudut peratus - amat tinggi peratusnya hasil doktrin yang ulama-ulama PAS lakukan.

"kita melawan UMNO bukan kerana namanya UMNO. Kita melawan UMNO kerana UMNO kekalkan sistem penjajah. Kalau kita mati, kita syahid" begitulah lebih kurang ucapan salah seorang pimpinan PAS dalam tahun 80 an yang silam.

Kesan ucapan sebegini, menyebabkan ramai yang membenci UMNO. Tidak salah dikatakan, ia memberi kesan besar kekalahan UMNO dalam PRU ke 12 baru-baru ini.

Keadaan ini tidak sama sejurus PRU pasca 2008. Ini kerana, apabila wujud usaha gabung dengan berlaku. Yang menyedihkan, usaha gabung itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai title "ulama".

Waima wujud penafian beberapa kali dari sebilangan "ulama" terbabit, tetapi terpaksa diakui kebenaran disebalik penafian; iaitu apabila usaha "pertemuan secara sulit" yang membawa kepada usaha gabung itu dipecahkan oleh PM dari mazhab UMNO ketika itu.

Lebih parah lagi, apabila ada kata menyebut, "Perbedaan PAS - UMNO, bukan lawan, tetapi perbedaan pendapat sahaja" lebih kurang begitu ucapan salah seorang pimpinan PAS yang mempunyai title ulama.

Kalau ini berlaku, ulama PAS perlu ada jati dirinya balik dalam isu melawan UMNO. Jika tidak dilakukan, mungkin inilah terakhirnya kepimpinan ulama bertapak dalam PAS.

Sekian

p/s : menunggu kenyataan minta maaf MP Padang terap secara terbuka.

Wallahu Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau Kota
23 Disember 2009 * 12:10 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS & UMNO..
Umpama berak dan kentut saja....

Tanpa Nama berkata...

artikel bengong dan harus utk dibakul sampahkan sj...

bukan pelacur berkata...

Wanji, kau ni makin lama makin bengong otak kau tu. Elok teruskan dengan cerpen karut kehidupan kau tu lagi baik...buka aib aini yang jadi pelacur tu....sama cam kau melacur diri melalui tulisan. Harap nanti jangan anak kau yang akan buka cerita dia makan hasil lacur tulisan bapak dia sudahlah....tobat la wanji oooiiiii

Tanpa Nama berkata...

sedihlah bila tengok keadaan ustaz wan ji sekarang....sebelum nih otak okay....tapi sekarang nih macam dah ada penyakit mental... takkanlah kerana duit.....habis maruah tergadai.....bila lihat artikle ustaz....macam budak2 pulak....yo..yo...sana.....yo...yo...sini....nak kata munafik haraki pun boleh kot!!!!..

hari tuh...masa datang kat besut.... ana nak salam pun malas....sebab malas nak pi samak tangan lepas tuh...... wan ji nih dah sampai tahap najis mughalazzah.......

Tanpa Nama berkata...

Assalamua'alaikum...Buat rakan2 yg membuat komen,harap beradab w'pun terhadap org yg anda benci... Wan Ji menulis berdasarkan hujah,anda juga mesti jawab dgn hujah...bukan bermaksud membela wan ji,saya juga ada byk perkara yg tidak setuju dgn wan ji,tp sekiranya anda muslim,lagi2 yg mu'min,ingatlah,setiap petikan huruf dikeybord dicatat...
Buat Saudara wan ji... Saya teringat kata2 Ust Fadhil Noor rahmatullahi 'alaih dlm muktamar terakhirnya, "pendekatan blh berubah,dasar tak berubah" ... ada masa kita berkeras,ada masa kita berlembut,yg penting dasar kita xubah...

FZY berkata...

Tanpa Nama, 2009 Disember 23 08:47 berkata:

"Wan Ji menulis berdasarkan hujah,anda juga mesti jawab dgn hujah"

Jawapan:

Betul. Hujah lwn hujah. Saya setuju sangat tu..

Cuma saya berharap agar Ust Wanji x perlu menghentam org lain juga. Kritik x ada masalah tapi hentam. Ini x manis. Seolah2 menggambarkan komunikasi kita terlalu lemah.., ukhuwwah kita rapuh.

Wallahu'alam.