Ahad, 23 Oktober 2011

PERANAN NON MUSLIM DALAM HUDUD? [1]


[1]

Ada sebilangan pihak menyatakan bahawa hudud tidak dikenakan kepada non Muslim. Tanpa menghilangkan rasa hormat terhadap pendapat tersebut, aku merasakan pendapat tersebut perlu di kaji dari sudut fiqh turats dan fiqh kontemporer.

Dari sudut fiqh turats, kita akan dapati bahawa beberapa hukuman hudud terkena juga kepada non Muslim, seperti ulama fiqh terdahulu boleh dikatakan sepakat mengatakan bahawa hukuman potong tangan (hudud) dikenakan juga kepada pencuri non Muslim. Adapun dalam perkara yang dibenarkan dalam agama mereka, tetapi dilarang dalam agama Islam, perkara itu tidak dikenakan hukuman hudud kepada mereka, seperti hukuman minum arak.

Namun begitu, sekiranya dengan minum arak tersebut, menyebabkan non Muslim itu melakukan kemudharatan kepada orang ramai, seperti menyakini orang lain (termasuk : memandu dalam keadaan mabuk), ketika itu non Muslim itu hendaklah dikenakan hukuman ta’zir.

[2]

Sebelum lebih lanjut kepada perbahasan ini, perkara yang perlu difikirkan tentang perbincangan hudud ini dalam beberapa kerangka. Iaitu;

Satu;

Fatwa-fatwa hudud yang dikeluarkan oleh ulama-ulama terdahulu dalam kerangka monarki. Sedangkan di Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ekoran itu, perbincangan ini hendaklah dalam kerangka demokrasi, bukan kerangka monarki.

Kedua;

Di zaman itu, pengamalan hukum tidak tertakluk kepada undang-undang termaktub dalam satu buku khusus yang dirujuk dan dibahas. Ia adalah hasil dari fatwa-fatwa ulama muktabar yang menjadi rujukan kerajaan dalam mengenakan hukuman.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti fatwa-fatwa tersebut tertakluk dengan tiga elemen penting, iaitu faktor tempat yang diduduki oleh ulama mazhab, faktor zaman yang berada, dan suasana dan keadaan dia berada pada ketika itu.

Keadaan ini berbeda dengan Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, yang sudah pasti mempunyai zaman, tempat dan suasana yang berbeda sama sekali. Disamping itu juga, di zaman kini, sebarang undang-undang yang dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang yang termaktub dan menjadi rujukan dalam sesuatu kes.

Ekoran itu, di zaman dahulu, ulama-ulama sahaja yang berbicara tentang perkara ini. Sedangkan rakyat bawahan sekadar mentaati. Jika ada yang berbicara, ia tidak luar dari kerangka yang telah difatwakan oleh ulama. Adapun di Malaysia, hukuman itu bukan sekadar dibincangkan dikalangan ilmuan, tetapi dibincangkan juga oleh mereka yang bukan dalam ilmuan agama Islam, tetapi mempunyai kepakaran dari sudut undang-undang, seperti peguam dan hakim.

[3]

Dari sudut hukum fiqh turast, pembahagian non Muslim ini dilihat kepada dua, iaitu harbi dan zimmi (Pengistilahan ini bukan perkara qatie, tetapi ia bersifat ijtihadi).

Kepada non Muslim zimmi, mereka dikenakan hudud, sedangkan kepada harbi tidak termasuk dalam perbincangan kerana mereka adalah golongan yang boleh diistilahkan sebagai muharabah, iaitu golongan yang diserang oleh kerajaan Islam ekoran serangan merka terhadap kerajaan Islam itu sendiri.

Memandangkan kedua-dua istilah ini berasaskan kepada ijtihadi, dan perkara ijtihadi itu tertakluk dengan konteks (masa, tempat dan suasana), makanya pengistilahan itu sudah tidak relevan di zaman kini. Ekoran itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mencadangkan dua istilah yang lain, iaitu Ummah Al-Ijabah dan Ummah al-Dakwah. Yang kedua-dua golongan ini dibawah istilah “Al-Muwatinun” (melayu : warganegara).

Dengan maksud, sudah tidak wujud lagi harbi dalam Negara, kerana mereka juga mempunyai hak dalam sesebuah Negara setelah mendapat hak kerakyatan (dapat IC atau Kad pengenalan). Juga tidak wujud lagi zimmi, kerana mereka bukan golongan kedua dalam sesebuah Negara, malahan mereka sudah setara dengan umat Islam dalam Negara dalam usaha membangunkan Negara.

Jadi, perbincangan fiqh jinayah syariah yang melibatkan kepada qisas, hudud dan ta’zir, faktor non Muslim juga perlu diambil kira. Menyatakan bahawa mereka tidak terlibat langsung dalam hukuman hudud yang dicadangkan adalah satu perkara yang cukup silap.

[4]

Mengatakan hudud hanya dikenakan kepada muslim sahaja, melahirkan implikasi yang buruk terhadap hukum Allah tersebut. Ia akan mempamerkan bahawa muslim sahaja yang terkena, sedangkan non Muslim terselamat walhal kesalahan yang dilakukan dalam bentuk yang sama tidak sekadar dilakukan oleh Muslim sahaja, malahan dilakukan juga oleh non Muslim.

Dan lagi, jika kesalahan itu dikenakan hukuman kepada muslim sahaja, tanpa melibatkan kepada non Muslim, maqasid disebalik pencegahan dari tersebar jenayah dalam Negara tidak dapat tercapai. Ini kerana, “cacamarba” dalam masyarakat dengan jenayah, bukan berfaktorkan penjenayah muslim sahaja, tetapi berfaktorkan juga kepada penjenayah non Muslim juga. Jika ini dilihat, sudah pasti Islam akan dilihat sebagai agama yang tidak adil, walhal Islam tidak begitu sama sekali.

Bersambung….





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.sepatutnya yang jawab ialah matsabu ka!nasharuddin ka!nik aziz ka!hadi awang ka!
2.yang hang pi jawab apa kisah bhaii!!
3.hang tu sapa dalam pas!!!!!