tag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post3162883564666782022..comments2023-10-05T02:11:10.563-07:00Comments on :: @ AL-BAKISTANI @ ::: SUAMI LARANG ISTERI ZIARAH KELUARGA?Al-Bakistanihttp://www.blogger.com/profile/07102298671497666795noreply@blogger.comBlogger10125tag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-60795571989630102492010-05-05T18:52:24.605-07:002010-05-05T18:52:24.605-07:00...sambungan...
Kisah yang dikatakan dari hadis i......sambungan...

Kisah yang dikatakan dari hadis itu BERCANGGAH dengan ajaran Islam yang melarang seseorang anak itu memutuskan hubungan silatur rahim dengan kedua ibu-bapanya, walaupun selepas bergelar seorang isteri.

Apakah ada lagi bentuk paling terburuk putusnya silatur-rahim di antara seseorang anak dengan ibu-bapanya jika dia tidak menziarahi kedua ibu-bapanya, lebih-lebih lagi di dalam keadaan sakit yang tenat!??

Kisah yang disebutkan atas, walaupun inyatakan sanadnya lemah (silsilahnya), namun matannya (teks) nya sudah menggambarkan bahawa kisah tersebut adalah salah-satu di antara HADIS-HADIS PALSU yang menyerang pemikiran umat Islam (hatta sebahagian para pendakwah sendiri).

Mengapakah ia dianggap palsu?

Kerana ia sendiri JELAS BERTENTANGAN dengan hadis-hadis sahih yang mewajibkan setiap anak melakukan kebaikan kepada kedua ibu-bapa mereka dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim dengan ibu-bapa mereka!

Cukuplah dengan sebuah hadis yang sahih yang menyatakan sabda Baginda Rasulullah s.a.w terhadap anak yang sedemikian rupa :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّه قَالَ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ
Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Comotlah hidungnya , comotlah hidungnya , comotlah hidungnya “ . Kemudian Baginda s.a.w ditanya oleh seseorang : “ Siapakah yang comot hidungnya itu wahai utusan Allah ? “ . Jawab Baginda s.a.w : “ Iaitu sesiapa sahaja yang salah-seorang ataupun kedua-dua ibu-bapanya mencapai usia tua , akan tetapi si dia ( anak ) itu tidak pula masuk syurga “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh di dalam Kitab al-Bir was silah.

PENJELASAN HADIS DI ATAS :

(( “ Comotlah hidungnya “ )) ~ Satu kata-kata simbolik bagi bangsa Arab yang bermakna : “ Celakalah “ ataupun “ Rugilah “ . Sebahagian ulama’ rh memahami perkataan ini sebagai satu doa daripada Baginda Rasulullah s.a.w terhadap setiap anak yang derhaka , iaitu anak yang tidak berbuat kebajikan kepada kedua ibu-bapanya , khasnya di saat kedua ibu-bapa itu sangat-sangat berhajat kepadanya.

(( “ Akan tetapi si dia ~ anak ~ itu tidak masuk syurga “ )) ~ Iaitu disebabkan si anak itu tidak menolong kedua-dua orang-tuanya, lebih-lebih lagi di saat mereka berdua sudah tua, sudah lemah, sakit dan seumpamanya , maka si anak itu tidak layak masuk syurga . Maka celakalah, rugi besarlah bagi anak yang seperti ini.

Wa Na’uzubilLahi Min Dzalik (Kita berlindung dengan Allah Ta’ala daripada terjadinya demikian itu).

al-‘allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha (Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar ) telah menyatakan mengenai hal seperti ini di dalam fatwanya yang terkenal : FATAWA WAL AHKAM LIL MAR AH al-MUSLIMAH (Beberapa Fatwa Dan Hukum-Hakam Bagi Wanita Islam), bahawa si suami tidak boleh sama sekali melarang isterinya daripada menziarahi kedua ibu-bapanya, apatah lagi jika ziarah tersebut hanya dilakukan di dalam keadaan kadang-kadang (seperti seminggu sekali).

Walaupun begitu, si isteri juga hendaklah berfikiran cerdik dan mengerti bahawa bersilatur-rahim dengan kedua ibu-bapa TIDAKLAH SEMESTINYA dengan menziarahi mereka dan meninggalkan rumah-tangga, bahkan boleh juga dengan menggunakan perantaraan telefon (misalnya).

Lainlah apabila kedua ibu-bapa itu di dalam keadaan genting dan mencemaskan yang tidak dapat tidak, ziarahnya si anak adalah satu-satu jalan dan "penawar" kepada mereka berdua.

Wallahu A'alam Bis Sowab.Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-21847047919739658982010-05-05T18:52:24.606-07:002010-05-05T18:52:24.606-07:00...sambungan...
~ Tidak ada satu panduan khusus ~......sambungan...

~ Tidak ada satu panduan khusus ~ sekadar apa yang kami ketahui daripada sumber-sumber yang sahih mengenai Islam ~ mengenai suami lebih wajib mentaati ibu-bapanya daripada mendengar permintaan si isteri. Begitu juga dengan si isteri lebih wajib mendahulukan permintaan suaminya daripada kedua ibu-bapanya.

Memang TIDAK DAPAT DINAFIKAN si suami tetap wajib menjaga perasaan kedua orang ibu-bapanya dan begitulah juga dengan si isteri.

TIDAK DAPAT JUGA DINAFIKAN bahawa si isteri juga kadang-kadang lebih perlu mengutamakan suaminya daripada kedua ibu-bapanya (isteri), lebih-lebih lagi apabila si isteri tinggal dengan suaminya berjauhan daripada kedua orang ibu-bapanya.

Namun yang paling penting sekali diketahui ialah : “Apabila bertembungnya kedua-dua permintaan daripada suami/isteri dengan permintaan ibu-bapa yang mana satukah lebih patut diutamakan?“

Di sinilah seseorang Islam itu perlu menjadi manusia yang cerdik dan matang.

Apabila ibu-bapa memohon si suami / si isteri berbuat sesuatu dan bertembung pula dengan permintaan dan hajat salah-seorang drp kedua-dua pasangan itu, apakah yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan itu?

Jawapannya : Perlulah digunakan FIQH al-MUWAZANAT (Kefahaman Mengenai Pertimbangan), iaitu :

A ~ Di antara kedua-dua permintaan itu, yang mana satukah LEBIH SESUAI dengan tuntutan al-Quranul Karim dan as-Sunnah?

B ~ Kemudian, ditimbang pula, di antara kedua-dua permintaan itu yang mana satukah lebih ringan risikonya apabila tidak dilaksanakan.

Biasanya si ibu-bapa akan LEBIH MUDAH MEMAHAMI apakah sebab si anak tidak dapat menunaikan permintaan mereka. Ini disebabkan sebagai mana yang kami jelaskan di permulaan tadi, hubungan di antara ibu-bapa dengan anak-anak mereka ialah hubungan asal yang berteraskan kepada hubungan darah. Amat jarang si ibu-bapa membesarkan dan menanggung anak-anak mereka agar anak-anak itu di kemudian hari akan memberi balasan dan ganjaran yang setimpal dengan apa yang telah dicurahkan.

Adapun hubungan suami–isteri pula tidaklah begitu. Si suami apabila memberikan sesuatu kepada si isteri, maka dia sebenarnya masih mengharapkan imbalan seperti kasih-sayang, layanan mesra dan sebagainya. Begitulah juga dengan si isteri yang tentu mahukan sesuatu apabila berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang isteri yang baik.

...bersambung...Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-26679565615276457072010-05-05T18:48:50.829-07:002010-05-05T18:48:50.829-07:00Sila jelaskan, di manakah jawapan anda? Saya tidak...Sila jelaskan, di manakah jawapan anda? Saya tidak menemuinya.

Anda juga tidak menjawab status hadis yg dikemukakan. Dari sumber (bicaramuslim.com), statusnya PALSU, bukan sanad lemah (dhoif).

Apa pula pendapat anda ttg :
1. feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah
2. http://kias.edu.my/nushus.htm

Sila bersikap adil. Mengemukakan hadis palsu adalah DUSTA atas nama Rasulullah. Hati-hati dengan hadis palsu yang BANYAK menindas wanita terutama isteri.

Allah dan Rasul-Nya tidak menyukai orang-orang yang sombong dan zalim.

1 ~ Perkahwinan bukanlah pemisah di antara seseorang anak dengan ibu-bapanya, sebaliknya ia adalah sebagai pengerat hubungan kekeluargaan dengan hadirnya seorang lagi ahli baru di dalam sesebuah keluarga itu.

2 ~ Sebagai mana seseorang suami wajib memahami perasaan dan kehendak isterinya dan begitulah juga dengan si isteri, maka pasangan suami-isteri ini juga wajiblah memahami bahawa tanggungjawab mereka terhadap kedua-dua ibu-bapa mereka adalah tetap dituntut, apatah lagi di saat kedua-dua ibu-bapa semakin tua.

3 ~ Ada di kalangan ibu-bapa yang menyangka bahawa si menantu telah merampas kasih-sayang yang pernah dicurahkan kepada mereka oleh anak kandung mereka . Ini adalah satu perasaan yang silap dan menyumbang ke arah konflik rumah-tangga. Punca utamanya ialah : Lemahnya Iman akibat kejahilan dan bisikan syaitan terkutuk.

4 ~ Ketaatan kepada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w adalah ketaatan secara total tanpa berbelah bagi, manakala ketaatan kepada selain Allah Ta’ala dan Baginda s.a.w adalah BERSYARAT iaitu selagi tidak bercanggah dengan firman Allah Ta’ala dan sabda Baginda s.a.w.

5 ~ Ketaatan si isteri kepada kedua ibu-bapanya TIDAKLAH MENAFIKAN kewajipannya juga untuk taat kepada suaminya.

... bersambung...Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-14940576643204612522010-05-05T11:23:14.825-07:002010-05-05T11:23:14.825-07:00telah dijawab dalam komen di atas... baca dengan t...telah dijawab dalam komen di atas... baca dengan teliti..Al-Bakistanihttps://www.blogger.com/profile/07102298671497666795noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-30197480332921347092010-05-05T05:47:25.295-07:002010-05-05T05:47:25.295-07:00Sambungan....
Siapakah yang meriwayatkan hadis de...Sambungan....

Siapakah yang meriwayatkan hadis dengan sanad yang lemah ini?

Hasil carian di internet lagi, menemukan saya dengan info di bawah :

Sumber 1 – http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm menyebut :

Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

Sumber 2 – http://kias.edu.my/nushus.htm pula menyebut :

Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.

Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz sekiranya mereka sakit. Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara`. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya, “Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan.”

Persoalan :

1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami.

Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam tak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibubapa merasa, dapat anak perempuan rugi sebab bila dia bersuami, dah jadi hak suami dan ibubapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?

Mengikut fahaman saya, taat kepada siapapun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tak taat?

Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya “Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu.” Atau isteri diugut begini, “Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah.”

Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarah ibubapa sakit (contohnya).

Mohon dijelaskan.Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-64491149164243269272010-05-05T05:47:25.296-07:002010-05-05T05:47:25.296-07:00Salam ziarah.
Quote : Perkara ini disandarkan kep...Salam ziarah.

Quote : Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah...

Hukum Beramal dengan Hadis Dhaif
(link : http://ibnuazmiasy-syafii.blogspot.com/2009/08/hukum-beramal-dengan-hadis-dhaif.html)

Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan:

GOLONGAN PERTAMA
Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.

GOLONGAN KEDUA
Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."

GOLONGAN KETIGA
Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah IMAM NAWAWI dan AL-HAFIZ IBNU HAJAR.

Saya lebih cenderung kepada golongan pertama, kerana saya pernah baca, hadis IMAM BUKHARI dan MUSLIM hampir/dekat dengan al-Quran. Jadi, saya guna-pakai pendapat Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis dhaif juga. Hadis dhaif tidak boleh digunakan dalan menjatuhkan hukum halal/haram.Bawang Gorenghttps://www.blogger.com/profile/04806305958297209364noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-40520076926325725002009-09-04T03:57:27.268-07:002009-09-04T03:57:27.268-07:00pertama:
artikle ini, bukan pandangan ana, tapi a...pertama:

artikle ini, bukan pandangan ana, tapi ana merujuk kepada tiga buah kitab, iaitu Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam karangan Dr AtiahSaqar, Syarh Muntaha Al-Iradah dan Ihya' ulum Ad-Din..

kedua;

apa yang dikritik dari artikle ini, tidak bercanggah dengan maksud artikle yang ana kemukakan ini.

ini kerana, sudah dinyatakan dalam artikle, hubungan silaturahim tidak sekadar menziarahi ibu dan bapa. malah, dengan cara lain pun sudah cukup dikatakan sebagai silaturahim.

justeru, tidak bermakna, tidak menziarahi itu memberi maksud memutuskan hubungan silaturahim.

jika suami tidak membenarkan menziarahi ibu bapa, tetapi dalam masa yang sama membenarkan kepada isterunya mengadakan hubungan silaturahim dengan cara lain, apakah Islam sudah membenarkan isteri itu melanggar perintah suami??

jika keadaan itu juga sudah dibenarkan, maka samalah kita mengatakan boleh minum arak dikala tercekik makanan yang boleh membawa kepada mati, sedangkan dikala itu ada minuman yang lain, seperti air susu, air kelapa dll.

kalau tiada air lain, melainkan arak sahaja, sedangkan ketika itu sedang tercekik makanan yang boleh membawa kepada mati, maka dibenarkan minum arak sekadar menjaga nyawa sahaja.

ketiga:

perlu dibedakan antara dua keadaan. (1) hak yang isteri wajib berikan kepada suami dan (2) hak yang wajib suami berikan kepada isteri.

kritikan yang disandarkan kepada as-syatibi dan qaradhawi merujuk kepada maksud "hak yang wajib suami berikan kepda Islam", sedangkan artikle ini berbicara tentang "hak yang wajib isteri berikan kepada suami"

keempat;

persoalan-persoalan yang dikemukakan, akan dibahas dalam artikle datang. mungkin artikle datang bertajuk "apakah suami mempunyai kebebasan mutlak terhadap isteri dan anak perempuannya??

kelima:

terima kasih atas kritikan dan persoalan-persoalan yang bersifat bernas..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistaniAl-Bakistanihttps://www.blogger.com/profile/07102298671497666795noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-35226832599193187542009-09-03T17:30:40.501-07:002009-09-03T17:30:40.501-07:00Askm...pandangan ustaz mungkin betul tapi ada kemu...Askm...pandangan ustaz mungkin betul tapi ada kemungkinan tidak betul ...

1- Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang bertentangan dengan syarak .... tidak syak lagi menghalang isteri daripada bertemu dengan ibubapa tanpa sebab adalah perkara yang bertentangan dengan syarak...sekiranya kita menyatakan bahawa wajib taat kepada suami dalam hal ni maka seolah2 kita membenarkan seorang isteri minum arak sekiranya disuruh oleh suami...minum arak dan menghalang isteri dari bertemu ibubapa khususnya yang telah lama berpisah adalah haram!...bukankah Rasulullah menyebut 3x kepada ibu dan sekali kepada ayah...bukankah Allah memperihalkan tentang kewajipan berbuat baik kepada kedua2 ibu bapa dalam perkara yg tidak maksiat walaupun mereka bersungguh2 menyesatkan kamu?!....
2. Ketaatan mutlak hanya kepada Allah dan RasulNya...manakala ketaatan bersyarat selain daripada kedua2nya!
3.Bukankah memperkukuhkan hubungann silaturahim itu satu tuntutan dan memutuskannya adalah satu kejian...

....sila rujuk pandangan yg sebaliknya utk penjelasan seterusnya...terutama Dr, Yususf al-Qaradawi dan Imam Assyatibi....maafkan saya ustaz..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-83881533755253850812009-09-03T17:28:42.345-07:002009-09-03T17:28:42.345-07:00Takut saya baca artikel ni. Macam mana pula hukum ...Takut saya baca artikel ni. Macam mana pula hukum Islam terhadap suami yang tidak memberi keizinan isteri untuk berbakti pada ibu bapanya? Cos ada kes yang mana isteri tertekan disebabkan suami tidak izinkan jumpa ibu bapa hingga la ibunya meninggal pun si suami tidak izinkan...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3556179391138419902.post-43507287472726776772009-09-03T15:34:35.576-07:002009-09-03T15:34:35.576-07:00jika sekiranya siisteri telah tidak tertanggong la...jika sekiranya siisteri telah tidak tertanggong lagi tekanan dan perlakuan fisikal serta mental dari suami ditambah pulak dengan pelbagai penderaan keluarga mentua,adakah dianggap nusyus dan derhaka sekiranya si-isteri pilih pulang kepangkuan ibu bapanya tanpa izin suami?jika sekiranya dianggap derhaka,adakah syurga dinafikan terhadap isteri tersebut buat selama lamanya?Anonymousnoreply@blogger.com