Selasa, 23 Disember 2008

BESTNYA JADI POLIS !!!


BESTNYA JADI POLIS !!!

Malaysiakini melaporkan
[1];

“Gaji kecil anggota polis bukan penyebab timbulnya gejala rasuah di kalangan pasukan keselamatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan”

Lagi :

“Gaji baru yang distruktur semula bagi jawatan konstabel - sebelum ini hanya kira-kira RM600 - kini mencecah RM1,500 dicampur dengan imbuhan tetap, katanya”

Lagi;

“Gooi ketika sesi perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Negara semalam mendakwa gejala tersebut akibat gaji yang kecil sehingga sukar ditangani”

ULASAN

Bestnya jadi polis, sebab dapat gaji mahal. RM 1500 tu bukan kecil tau. Disebabkan gaji mahal, sebab itu tak leh ambil rasuah lagi.

Yang pelik, ada pula menteri-menteri tertentu yang sapu rasuah juga, walaupun gaji mereka pun boleh tahan besarnya, bahkan lebih dari RM 1500 lagi.

Oleh itu, jika gaji kecil bukan punca berlakunya rasuah, maka apa sebenarnya punca berlaku rasuah dikalangan polis-polis tu??

Mungkin kita kena fikir kata-kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

« kalau anggota polis ambil, itu corruption, tapi kalau orang besar ambil, itu komusen »

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

abu_abdillah_azzam@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 disember 2008 * 4 :22 pagi.




[1] http://www.malaysiakini.com/news/95364

4 ulasan:

fuad3s berkata...

ustaz, kenapa ustaz tak import content blog ustaz yang lama2? kalau tak silap saya blogspot ada kemudahan ni. kan elok kalau ustaz import semua artikel ustaz sejak dari laptopdarulfiqh.

Tanpa Nama berkata...

maaf.. ana tidak ada kemahiran itu... :)

pun begitu, semua artikle2 ana sejak dari laptopdarulfiqh, masih ada dalam simpanan ana...

Sekian

Al-Bakistani

fuad3s berkata...

salam...
sebenarnya ustaz hanya perlu masuk ke dashboard blogger, lepas tu ke blog setting, lepastu tngok bahagian atas sekali, blog tools. ustaz ambiik export blog.

ni untuk blog lama ustaz. untuk blog baru plak, ustaz buat yg sama, cuma import plak.

wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih sbb bagi ilmu baru kat ana....

Al-Bakistani