Suasana serba putih. Tidak kelihatan langsung selainnya. Dalam keadaan itu, kelihatan kelibat seorang manusia sedang berjalan menghampiri. Dengan tubuh tinggi lampai dan gaya berjalan, hatiku berbisikkan, “cara berjalan ni, seperti Abu Abbas”
Abu Abbas adalah seorang kawanku yang berasal dari negara yaman. Dia anak murid kesayangan seorang ulama hadis aliran salafi di yaman, iaitu Syaikh Muqbil. Sebarang perbualan kami berkaitan ilmu, perkataan Syaikh Muqbil pasti akan dinukilinya.
Abu Abbas mempunyai hati yang cukup lunak. Setiap bacaan atau terdengar bacaan Al-Quran, matanya pasti akan kelihatan bergenang dengan air mata.
Ketika sedang tidur malam, aku sering terdengar orang terisak-isak menangis di hujung kakiku yang menjadi tempat solat bagi orang yang bertahajjud. Apabila aku membukakan tutupan mataku, kelihatan Abu Abbas sedang berdoa dengan begitu khusyuk sekali.
Setelah berpisah, hampir 4 bulan kami tidak bersua. Khabar berita tidak pernah kedengaran. tetapi kali ini, ingatanku terus terlintas kepada Abu Abbas apabila terlihat seorang yang bertubuh lampai berjalan seperti mahu menghampiriku.
Setelah hampir, ternyata bisikan hatiku adalah benar. Namun pelik, Abu Abbas tidak menghampiriku seperti biasa. Mengikut kebiasaannya, Abu Abbas akan menyapa dan berbual mesra. Jika tidak menceritakan tentang negaranya, Yaman, bertanya khabar adalah rutin setiap kali bertemu. Tetapi, kali ini tidak begitu.
“Wahai Abu Abbas, mengapa kamu tidak mengampiriku?” soalku dalam bahasa arab fushah. Walau Yaman mempunyai dialek bahasa yang cukup berbeda dengan bahasa Fushah, tetapi di saat berbual dengan pelajar Malaysia, Abu Abbas akan menggunakan bahasa arab Fushah. Dia sedar, menggunakan bahasa arab dialek yaman, menyebabkan pelajar Malaysia sepertiku tidak akan memahaminya.
Peliknya, panggilanku kali ini tidak di balasnya. Dia hanya tersenyum. Apabila melihat senyuman itu, tergambar seribu satu ketenangan jiwa. Tidak pernah aku melihat satu senyuman yang cukup membahagiakan kecuali senyuman yang dilemparkan kepadaku oleh Abu Abbas pada hari itu.
Sambil tersenyum, Abu Abbas berpaling ke satu arah dan mahu meninggalkanku. Keadaan itu, cukup memelikkan.
“Wahai Abu Abbas, kamu mahu ke mana?” soalku dengan menjerit.
“dia memalingkan mukanya ke arahku. Dalam wajah tersenyum, dia mengisyaratkan tangan kanannya ke satu arah. Aku melihatnya. Kelihatan dua buah bukit sebenar bukit uhud. Kedua-dua buah bukit itu, tidak dipenuhi batu batan seperti kebiasaan bukit, tetapi disaluti emas yang amat bernilai.
Aku kagum dengan dua buah bukit yang disaluti emas itu. Abu Abbas pula, terus menyambung perjalanannya ke arah bukit yang diisyaratkan itu.
“Wahai Abu Abbas, apakah kamu tidak mahu bersalaman denganku?” aku memanggilnya dengan jeritan lagi. Dia berpaling ke arahku. Kelihatan wajahnya tersenyum mesra. Kemudian dia teruskan perjalanannya ke arah bukit tersebut tanpa mempedulikanku.
Tidak semena-mena, timbul perasaan sedih dalam hatiku. Pada tanggapanku, Abu Abbas tidak akan menghampirkan dirinya kepadaku, malahan dia pasti akan meninggalkanku buat selama-lamanya.
“Wahai Abu Abbas!” panggilku dengan suara yang cukup kuat. Dia memalingkan wajahnya. Melihatku disamping melemparkan senyuman.
“janganlah kamu lupakan aku dalam doamu” pesanku yang menjadi kebiasaan pesanan Abu Abbas kepadaku sebelum-sebelum ini.
Dia melemparkan senyuman yang cukup menenangkan hati. Kelihatan dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Kemudian dia melambai-lambai tangan kanannnya kepadaku, seakan-akan mahu meninggalkanku.
Keadaan itu menyebabkan hatiku sebak. Ia semakin berkemuncang sehingga mataku mula bergenang. Aku menangis dengan begitu kuat sekali. Sedang aku menangis, tiba-tiba kedengaran suara azan.
Aku tersentak. Rupa-rupanya aku bermimpi. Aku berfikir panjang tentang maksud mimpiku itu.
Seminggu kemudian, aku dimaklumkan seorang kawan bahawa Abu Abbas telah syahid dalam satu misi peperangan jihad fi sabilillah di salah sebuah negara di bumi khurasan.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
31 Oktober 2010 * 5:54 pagi