
PERDAMAIAN SEPATUTNYA SUDAH LAMA BERLAKU
Pemikiran tahaluf siyasi sudah lama dilontarkan oleh Allahyargam ustaz Fadzil Noor, malah disokong dan didokong kuat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tidak dinafikan, peringkat awal, konsep tahaluf ini dikemukakan antara parti-parti melayu, tetapi ijtihad kini telah meletakkan bahawa tahaluf tidak mustahil berlaku terhadap parti-parti non Muslim.
Apabila sudah berlaku tahaluf siyasi, bermakna sebarang persefahaman dan perdamaian antara parti-parti yang bertahaluf sudah selesai; tidak perlu lagi dilahirkan sebarang perbedaan yang boleh melahirkan kekalutan, terutama dalam sama-sama mempertahankan kemenangan.
Dalam konsep tahaluf siyasi, sudah pasti ia mahukan persafahaman. Tanpa persefahaman, tidak ada guna diwujudkan tahaluf siyasi. Mewujudkan persefahaman dalam keadaan dua atau tiga parti mempunyai perbedaan idealogi, perlu diselesaikan dengan konsep ”cari titik persamaan”, seperti anjuran Al-Quran.
Firman Al
lah;
تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ
Maksudnya;
“Marilah kepada ‘titik persamaan’ antara kami dan antara kamu”
(Surah Al-Imran : 64)
Pun begitu, antara PAS-DAP, masih lagi wujud lagi perselisihan, waimma tahaluf sudah dilaksanakan. Persoalannya, mengapa masih lagi berlaku?
Melihat kepada banyak kes, – terutama di selangor – yang selalu membuat onar ini, bukan dari DAP, tetapi dari pimpinan PAS tertentu. Mungkin rakyat malaysia masih tidak lupa dengan isu yang melibatkan Dato’ Hasan Ali, seperti desakan ”berehat dari menjadi MB” terhadap tan Sri Khalid dalam isu lembu, isu arak dan terbaru isu selcat, walhal semua isu-isu ini sebenarnya boleh diselesaikan atas dasar kesepakatan dalam Pakatan rakyat, tetapi sengaja dijadikan isu media oleh Dato’ hasan Ali.
Ini menunjukkan, Dato’ hasan Ali tidak memahami konsep tahaluf ini mengikut maksud yang sebenar, malahan melakukan tindakan ’hentam kromo’ ketika mengeluarkan sesuatu kenyataan. Persoalannya, mengapa Dato’ Hasan Ali tidak diselesaikan dengan semangat persefahaman, sepertimana yang ditekankan dalam konsep Tahaluf Siyasi?
Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairanlah Dato’ Hasan Ali sudah mula diragui keikhlasannya dalam banyak kenyataannya yang melibatkan hubungan antara PAS, DAP dan PKR (Pakatan Rakyat).
Justeru, sepatutnya tidak selayaknya timbul 7 oktober sebagai tarikh perdamaian antara PAS – DAP (sila klik), tetapi sengaja diwujudkan juga, kerana ada sebilangan pimpinan PAS yang tidak mempunyai semangat kesepakatan dalam pakatan rakyat, sepertimana yang telah dibahas menerusi konsep tahaluf siyasi.
Diharapkan, selepas dari isu selcat ini, tidak akan berlaku lagi sebarang perselisihan yang melahirkan kekalutan lagi antara PAS-DAP.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), sg Buloh
29 september 2009 * 11:29 malam