Khamis, 25 Jun 2009

UMNO TIDAK SESAT???


Orang Munafiq akan berusaha sedaya mampu mungkin untuk tidak menampakkan mereka sebenarnya sesat dan kufur kepada Allah


UMNO TIDAK SESAT???

Utusan meroyan melaporkan;

"KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng
[1]"

KOMEN:

Nak tergelak bila dengar berita puak-puak UMNO kelantan buat laporan polis tentang kenyataan tok guru yang menyamakan UMNO seperti ajaran ayah pin.

Kenyataan tok guru menyebut UMNO ini sesat, bukan perkara baru, malah sudah sekian lama. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah dan ceramah tok guru, pasti akan mengetahui keadaan ini.

Walaupun tok guru Nik Abdul Aziz tidak bagitahu pun, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang sihat, pasti kita akan tahu bahawa UMNO ini sesat, setara dengan Ayah Pin, dan ganas setara Chin peng.

Alasannya amat senang, iaitu sabda nabi SAW;

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kami tidak akan sesat selama berpegang dengan kedua-duanya; kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya
[2]"

Apakah UMNO berpegang kuat dengan Al-quran dan As-sunnah? Apakah sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam menentukan dasar politik mereka, berasaskan kepada ijtihad-ijtihad ulama yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Bahkan, UMNO adalah sebuah parti yang tidak berasaskan kepada fikrah islamiyyah, malah merujuk kepada semangat nasionalis melayu melebihi dari Islam. ekoran itulah, UMNO sanggup menghaprakkan bangsa selain melayu dengan alasan nasionalis, padahal perkara ini bercanggah dengan islam.

Islam menyeru manusia memberikan keadilan kepada semua bangsa, tanpa meletakkan sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding yang lain.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Wahai manusia !! kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah maka mengetahui lagi maha mengerti"

(Surah Al-hujurat : 13)

Ketaqwaan bukan sekadar milik melayu, malah ia adalah milik semua; cina dan India ada harapan untuk menjadi taqwa. Apabila ketaqwaan itu dibataskan kepada orang melayu sahaja, sudah pasti tindakan sedemikian membataskan maksud firman Allah ini. tindakan itu merupakan kesesatan mengikut kacamata Al-Quran dan As-sunnah.

UMNO LAPOR KEPADA POLIS

Nampaknya kenyataan tok guru itu menyebbakan UMNO gelabah biawak, menyebabkan mereka terpaksa buat laporan polis.

Tindakan UMNO tidak perlu dibimbangi, malah tindakan seperti ini seiras-iras tindakan munafiqin yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya;
"Sebilangan manusia, mereka mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukan orang yang beriman * mereka mahu tipu Allah dan orang-orang yang beriman. Sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari"

(Surah Al-Baqarah : 8-9)

Sekian

Baca sama;
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21412&Itemid=1


Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
26 Jun 2009 * 12:10 tengahari



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
[2] Muwatta' : 1395.

Isnin, 22 Jun 2009

TAK PERLU TAKUT KERANA BANGSA, TAPI TAKUT KERANA AGAMA

ciri-ciri keterroristan melayu wujud dalam UMNO


TAK PERLU TAKUT KERANA BANGSA, TAPI TAKUT KERANA AGAMA

Utusan meroyan melaporkan
[1];

”Orang Melayu kini mempunyai sebab yang jelas untuk bimbang mengenai kelangsungan pengaruh mereka selaku kaum majoriti.

”Kebimbangan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (gambar) apabila, dalam usaha untuk menyatukan kaum sendiri pun parti Pas tunduk kepada tekanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)”

”Sedih dengan senario itu, beliau berkata sikap tunduk pada DAP dan PKR seolah-olah menjadikan Melayu seperti golongan penakut.

“Kini rakyat boleh menilai siapa sebenarnya yang berjuang demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Siapa pula hanya mementingkan kepentingan politik semata-mata.

“Patutkah kita tunduk kepada pihak lain dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu. Adakah mereka akan tunduk sama dalam isu yang berkaitan kepentingan kaum mereka. Tidak, mereka sebaliknya bersatu,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini”

KOMEN:

UMNO tidak perlu bimbang dengan perjuangan Islam yang wujud dalam jiwa orang Melayu dari parti PAS. Yang UMNO perlu bimbang adalah, perjuangan bangsa yang diperjuangkan oleh orang melayu UMNO.

PAS bukan perjuangan bangsa, tetapi perjuangan agama. Apabila disebut agama, melayu, cina dan india boleh duduk bersama-sama. Tidak seperti UMNO, yang hanya meletakkan melayu sahaja bersama-sama.

Sahabat-sahabat Nabi SAW, tidak terdiri dari kalangan arab sahaja, tetapi disana wujud orang Suhaib Ar-Rumi (orang Rom), Salman Al-Farisi (Orang Farsi@Iran) dan banyak lagi. Bermakna, beragama cara Nabi SAW tidak membataskan kepada sesuatu bangsa seperti perjuangan sesat UMNO.

Perjuangan nabi SAW itu, wujud dalam PAS.

Isu tekanan pula.

Tidak timbul tekanan atau tidak. Yang pastinya, UMNO terdesak dan bersedih disebabkan tidak berjaya hendak mempertahankan kuasa mereka dengan menyeru PAS kepada mereka.

PAS bukan bodoh seperti UMNO. ini kerana, sekarang ini adalah musim rakyat membenci UMNO. Justeru, bersama dengan UMNO, bermakna melemparkan diri kepada kebencian rakyat.

UMNO sepatutnya kena fikir, kenapa rakyat membenci mereka, bukannya merasa sedih disebabkan PAS bersama Pakatan Rakyat yang semakin hari semakin disayangi rakyat

UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/


ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg buloh
23 Jun 2009 * 7:38 pagi



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

TAHNIAH PIMPINAN PAS/PR




TAHNIAH PIMPINAN PAS/PR

Tahniah pimpinan PAS. tahniah pimpinan PR. Tahniah Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang. Taniah semua !!!

Keputusan hari ini, memperlihatkan jiwa besar pimpinan kita. Segala yang berlaku, dijadikan sebagai pengajaran untuk kita bersama dalam menerusi usaha dakwah islamiyyah kita di masa akan datang dengan menggunakan wadah politik kepartian.

Segala kritikan kami, dipohon ampun dan maaf. Diharapkan semua tindakan kami ini tidak mengecilkan hati pimpinan kami dalam usaha hendak berdakwah; mendaulatkan islam di Negara kita Malaysia.

Jangan melihat kami dengan pandangan marah, tetapi anggapkan kritikan kami selama ini sebagai tanda sayang kami kepada perjuangan islam ini; dalam usaha melihat Malaysia sebuah Negara yang menjadikan islam agama yang berdaulat.

Mudah-mudahan sebelum kita mati, kita diberikan peluang oleh Allah melihat Malaysia menjadi sebuah Negara yang islam akan berdaulat – insya Allah –

Sekian

baca sama;

http://www.malaysiakini.com/news/107014


Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota damansara
22 Jun 2009 * 7;23 malam



Ahad, 21 Jun 2009

SEMUA PERTUBUHAN BERBAU PERKAUMAN, WAJIB DIHARAMKAN

sampahkan semangat perkauman di Malaysia kerana ia membinasakan agama dan negara


SEMUA PERTUBUHAN BERBAU PERKAUMAN, WAJIB DIHARAMKAN

Malaysiakini melaporkan
[1];

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digesa supaya mengharamkan serta merta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)"

"Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa memperjuangkan hak-hak orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan"

KOMEN:

Bukan sekadar PERKASA sahaja perlu diharamkan, malah sebarang pertubuhan yang berbau perkauman perlu diharamkan, termasuk UMNO. Ini kerana, pemikiran perkauman ini memungkinkan berlakunya pertembungan kaum sepertimana berlakunya tragedy berdarah 13 mei yang lalu.

Dalam Islam, terdapat satu kaedah yang disebut sebagai "sad Az-Zarai'", iaitu menutup sebarang lubang-lubang keharaman.

Antara perkara haram adalah melahirkan perbalahan antara kaum. Justeru, sebarang pertubuhan yang berasaskan kepada kaum, wajib diharamkan dalam Negara berdasarkan kaedah usul fiqh ini.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- kota damansara
22 Jun 2009 * 2:27 petang





[1] http://www.malaysiakini.com/news/106959

UMNO NAK AJAR ISLAM KAT TOK GURU???

batu nisankan UMNO dengan segera. kerana, mereka sudah lama mencandukan agama Islam yang dicintai


UMNO NAK AJAR ISLAM KAT TOK GURU???

Sinar Harian hari ini melaporkan, Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Kamal saidin menyifatkan Tok Guru NIk Abdul Aziz yang menolak kerajaan perpaduan adalah sama seperti menolak ayat Al-Quran.

KOMEN:

Nampaknya, puak-puak munafiq ini sudah mula nak ajar tuan guru nik aziz tentang ayat Al-Quran. Islam tidak pernah ajar dasar nasionalis yang diperjuangkan oleh UMNO. Malah, dalam hadis. Pemikiran asobiyyah seperti perjuangan UMNO adalah pemikiran yang ditolak.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ


Maksudnya;
"Bukan dari kalangan kami mereka yang kempen/menyeru kepada asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang berperang atas dasar asobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar Asobiyyah
[1]"

Dalam menafsirkan maksud Asobiyyah, tuan kitab "aun mabud menyebut;

مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
"mereka yang menyeru manusia kepada perhimpunan atas asobiyyah adalah mereka yang memberi pertolongan kepada orang zalim
[2]"

Asobiyyah adalah fikrah perkauman, kedaerahan, keteaman, kegroupan dan sebagainya sehingga sampai satu tahap menafikan kebenaran.

Perangai asobiyyah ini wujud pada UMNO. Ekoran itulah, mereka sanggup menolak islam, mencandukan agama, menafikan hak manusia, menangkap manusia dalam ISA dan sebagainya, semata-mata kerana mahukan semangat kemelayuan mereka ini dibangunkan disamping menghaprakkan bangsa selain melayu.

Justeru, sebelum UMNO mahu mengajar Tuan Guru Nik Abdul aziz tentang ajaran Al-Quran, sewajibnya UMNO tukar dahulu dasar parti sesat mereka, daripada kekufuran kepada Islam.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota damansara
22 Jun 2009 * 1:48 petang


[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Aun Al-Ma'bud : 11/161.

MUZAKARAH SULIT??


MUZAKARAH SULIT??

Abdullah bin Masud R.A berkata, bersabda Nabi SAW;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا

Maksudnya;
"Apabila kamu bertiga, maka jangan dua kalangan kamu berbisik-bisik tanpa satu lagi
[1]"

Dari hadis ini, kita dapati nabi SAW melarang berbisik-bisik antara dua kawan dikala hadir orang yang ketiga. Larangan itu bersebab, dibimbangi melahirkan keraguan dari pihak yang ketiga terhadap bisikan antara dua pihak tersebut.

Berkenaan dengan isu muzakarah, ia adalah satu tuntutan dalam islam. Pun begitu, dalam kes PAS dalam PR yang terdiri dari dua parti bersama, iaitu PKR dan DAP, tindakan bermuzakarah secara sulit-sulit dengan UMNO adalah tindakan yang bercanggah dengan islam.

Tindakan ini akan melahirkan keraguan PKR dan DAP terhadap PAS, lebih-lebih lagi PAS yang amat sinonim dengan parti yang didominasi oleh orang melayu sepertimana UMNO.

Justeru, muzakarah bukanlah larangan dalam islam, malah ia adalah tuntutan. Tetapi, muzakarah yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi adalah larangan, kerana ia melahirkan keraguan dalam diri sahabat dari PKR dan DAP.

Yang lebih penting diingati, UMNO adalah parti yang sedang kelemasan. Orang yang terdesak, sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan diri mereka. Makanya, tindakan melakukan muzakarah dengan UMNO perlu berhati-hati, kerana dibimbangi ia merupakan perangkap yang dilancarkan untuk memecah belahkan antara parti PR sepertimana sejarah dalam Barisan Alternatif terdahulu.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 jun 2009 * 2:42 pagi


[1] Sunan At-tarmizi : 2751.