BAB SATU :
MANHAJ PERBINCANGAN
[1]
Hukum
dibahagikan kepada dua[1],
iaitu;
1-
Lizatih
(Hukum zat, atau hukum asal)
2-
Lighairih
(hukum berfaktorkan yang lain)
Contoh :
1-
Hukum
Lizatih – wajib pergi kenduri kahwin bila dijemput.
2-
Hukum
lighairih – haram, jika ada unsur maksiat. Sunat, jika hadir dalam keadaan
berada dalam keuzuran.
[2]
Haram
terbahagi kepada dua jenis[2];
1-
Haram
mutlak (secara mutlak)
2-
Haram
liwasfih (berfaktorkan sifat)
a.
Liwasif
al-Mujawir lahu.
b.
Liwasif
al-Lazim lahu.
Contoh;
1-
Haram
mutlak – haram daging babi
2-
Haram
liwasfih
a.
Liwasfih
al-Mujawir lahu – puasa nazar pada 1 syawal atau solat dengan memakai pakaian
curi[3].
b.
Liwasfih
al-Lazim lahu – Haram riba, walhal ia adalah jual beli juga.
[3]
Kaedah
ada menyatakan;
الأصل في الأشياء الإباحة ما لم يرد نصا صحيحا صريحا علي
خلافه
Maksudnya;
“Asal
sesuatu perkara itu adalah harus selama tidak datang nas yang saheh lagi sareh
atas hukum sebaliknya”
[4]
Setiap hukum dari sesuatu nas, hendaklah diperhatikan kepada
dua[4];
1- Al-Sawabit (perkara yang
tidak akan berubah)
2- Al-Mutaghayyirat (perkara
yang boleh berubah)
[5]
Menurut[5]
Imam al-Izz bin Abd al-Salam (dalam Qawaid al-Ahkam) dan al-Syatibi (dalam
al-Muwafaqat). Hukum itu tertakluk kepada dua;
1- al-Ahwal (kondusif)
2- al-Asykhas
(individu-individu manusia)
Adapun Ibn ‘Asyur pula menyatakan, hukum itu tertakluk
kepada dua perkara;
1- al-Zaman (masa)
2- al-Makan (tempat)
[6]
Setiap hukum dalam syariah, mesti ada maqasid
al-‘Ammah (dalam Istilah lain : al-Maqasid al-Ghaiyyah). Setiap hukum fiqh,
tidak boleh ternafinya Maqasid ammah ini. Sekiranya ternafi, maka ia perlu di
kaji balik.
Antara kandungan Maqasid ‘Ammah ini adalah keadilan,
tolak kezaliman, tidak menafikan fitrah, kebebasan dan sebagainya.
BAB DUA : HUKUM MUZIK
[1]
Secara fitrahnya, manusia mahukan berhibur. Berhibur
merupakan tuntutan fitrah. Firman Allah;
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ
الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ
الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah
Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan
pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui” (Surah al-Rum, ayat 30)
[2]
Hukum memakai pakaian labuh menutup buku lali tidak
haram secara mutlak, tetapi haram sekiranya mendatangkan khuyala’ atau sombong.
Dengan maksud, labuh atau tidak, bukan punca haram, tetapi haram itu
berdasarkan kepada sombong itu[6].
Sabda Nabi SAW;
ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِي شَيْئًا إِلَّا مَنَّهُ
وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِ وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ
Maksudnya;
“Tiga
golongan yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat
nanti; 1- dermawan yang tidak memberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikan
sahaja. 2- orang yang hendak memberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yang
buruk. 3- orang yang melabuhkan kainnya[7]”
Juga hadis;
مَا
أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Maksudnya;
“Pakaian
yang rendah dari dua buku lali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[8]”
Dari umum
hadis ini, kelihatan seperti Nabi SAW melarang melabuhkan pakaian sehingga
menutup buku lali. Namun begitu, hukum larangan haram ini bukan bersifat
mutlak, tetapi tertakluk kepada faktor-faktor yang lain, iaitu, sekiranya
mendatangkan khuyala’ atau sombong. Dengan maksud, jika tidak ada sombong, maka
melabuhkan itu tidak haram.
Ini
dilihat pada hadis yang lain seperti berikut;
مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ
إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang melabuhkan
pakaiannya kerana Khuyala’ atau sombong, pasti Allah SWT tidak akan melihat
(wajahnya) pada hari kiamat nanti[9]”
Khuyala’
merupakan sifat bagi pengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali.
Sekiranya tidak mendatangkan khulaya’, maka ia tidak jadi haram.
Serupa
juga hukum muzik. Ia bukan haram secara mutlak, seperti dalam hadis Nabi SAW;
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ
الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
Maksudnya;
“Lagi akan berlaku pada umat aku
puak-puak manusia yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik[10]”
Larangan
dalam hadis ini, bukan semata-mata muzik, tetapi apabila ada unsure lagha atau
melalaikan. Ini merujuk kepada firman Allah;
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ
لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ
لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksudnya;
“Dan
di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna
untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan
jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan”
(Surah Luqman, ayat 6)
Muzik ini
dikatakan haram, sama seperti dikatakan haram ungkapan puak-puak Khawarij yang
mengungkapkan ayat al-Quran “tiada hukum kecuali hukum Allah” ketika melawan
pemerintahan Ali bin Abi Talib. Ketika itu, Saidina Ali menyatakan, “kalimah
itu benar, tetapi yang dikehendaki olehnya adalah kebatilan”
[3]
Tepuk
tangan tidak haram, kerana berpegang dengan kaedah asal, iaitu asal sesuatu
perkara adalah harus. Dalam erti kata yang lain, dalam perkara yang berkait
dengan adat, bukan ibadat, seperti tepuk tangan dalam majlis keramaian, tepuk
tangan ketika bermain-main dengan anak kecil dan seumpamanya, ia tidak haram,
malahn harus.
Adapun
tepuk yang diharamkan adalah tepuk dalam perkara ibadat. Inilah yang
dimaksudkan dari firman Allah SWT seperti berikut;
وَمَا كَانَ صَلَاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلَّا
مُكَاءً وَتَصْدِيَةً فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ
Maksudnya;
“Sembahyang
mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan.
Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu” (Surah al-Anfal, ayat 35)
Menurut
Ibn Abbas bahawa orang Quraish di zaman Jahiliyyah, melakukan tawaf dalam
keadaan telanjang dalam keadaan mereka bertepuk tangan. Mereka menyangka bahawa
itu merupakan perkara ibadat[11].
Maka
serupa juga dengan hukum muzik. Iaitu, ia haram sekiranya ia dimasukkan dalam
ibadat, seperti muzik sambil solat (seperti yang diamalkan dalam agama
Kristian). Adapun sekadar adat, yang tidak dicampurkan dalam urusan ibadat,
maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.
BAB TIGA;
ULASAN DALIL
[1]
Dalil-dalil
yang digunakan untuk mengharamkan muzik seperti berikut;
Pertama;
كُلُّ شَيْءٍ يَلْهُو بِهِ ابْنُ آدَمَ فَهُوَ بَاطِلٌ
إِلَّا ثَلَاثًا رَمْيَهُ عَنْ قَوْسِهِ وَتَأْدِيبَهُ فَرَسَهُ وَمُلَاعَبَتَهُ
أَهْلَهُ
Maksudnya;
“Semua perkara boleh melaghakan anak
adam, maka ia adalah batil kecuali tiga; memanah, melatih kuda dan bergurau
dengan keluarga[12]”
Ulasan
hadis;
1-
wujud
mustasna (pengecualian) dalam hadis ini, bukan merujuk kepada Hasr
(pembatasan). Ini kerana, memanah, melatih kuda dan bergurau juga boleh menjadi
haram sekiranya boleh melahirkan kelalaian dari mengingati Allah SWT. Oleh itu,
ia sebenarnya merujuk kepada galakkan terhadap mempelajari tiga perkara ini.
2-
Makna
batil tidak merujuk kepada makna haram. Ini kerana, dalam bahasa arab, batil
itu sendiri mempunyai beberapa maksud, antaranya;
a.
Sesuatu
yang tidak sabit;
b.
Perkara
yang ghurur;
c.
Tiada
manfaat;
d.
Tindakan
yang tidak mendekatkan diri kepada Allah.
3-
Oleh yang
demikian, batil tidak semestinya memberi maksud haram, tetapi memberi maksud
sesuatu yang halal, tetapi kurang digemari.
Kedua;
Sabda
Nabi SAW;
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ
الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ
Maksudnya;
“Lagi akan berlaku pada umatku puak-puak
yang menghalalkan zina, sutera, arak dan muzik[13]”
Ulasan
hadis ini adalah seperti berikut;
1-
Dalam
nas, penggunaan kalimah “Istihlal” atau menghalalkan ada dua maksud;
a.
Menghalalkan
yang haram.
Sabda
Nabi SAW;
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ
أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ
اللَّهِ
Maksudnya;
“Takutlah kamu akan Allah SWT pada
perempuan. Jika kamu ambil mereka dengan Aman Allah, dan kamu halalkan kemaluan
mereka dengan kalimah Allah[14]”
Bentuk
ini, adalah dibenarkan. Ini kerana, ia menghalalkan dengan keizinan Allah.
Dengan maksud, menghalalkan yang haram di sini tertakluk kepada hukum
lighairih.
Juga
hadis;
Sabda
Nabi SAW;
إِنَّهُمْ
لَمْ يَكُونُوا يَعْبُدُونَهُمْ وَلَكِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا أَحَلُّوا لَهُمْ
شَيْئًا اسْتَحَلُّوهُ وَإِذَا حَرَّمُوا عَلَيْهِمْ شَيْئًا حَرَّمُوهُ
Maksudnya;
“Sesungguhnya
mereka tidak menyembah mereka (ahbar), tetapi mereka apabila menghalalkan bagi
mereka sesuatu, mereka turut menghalalkannya. Dan apabila mereka
mengharamkannya sesuatu, mereka turut mengharamkannya[15]”
Bentuk
ini tidak dibenarkan.
b.
Menghalalkan
yang halal.
أَلَا هَلْ عَسَى رَجُلٌ يَبْلُغُهُ الْحَدِيثُ عَنِّي
وَهُوَ مُتَّكِئٌ عَلَى أَرِيكَتِهِ فَيَقُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ كِتَابُ
اللَّهِ فَمَا وَجَدْنَا فِيهِ حَلَالًا اسْتَحْلَلْنَاهُ وَمَا وَجَدْنَا فِيهِ
حَرَامًا حَرَّمْنَاهُ وَإِنَّ مَا حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا حَرَّمَ اللَّهُ
Maksudnya;
“kadang-kadang ada lelaki yang sampai
hadis daripadak dalam keadaan dia bersandar pada panggulnya lalu berkata,
diantara kami dan kamu adalah kitab Allah. Apa yang kamu dapati padanya perkara
yang halal, kami halalkannya. Apa yang kami dapati dalamnya perkara yang haram,
kami haramkannya. Sesungguhnya barang yang Rasulullah SAW haramkan, sepertimana
Allah SWT haramkan[16]”
Bentuk ini
dibenarkan.
2-
Pengharaman
zina, sutera dan arak termaktub dalam nas yang lain. Sedangkan muzik, tidak ada
nas tunggal yang mengharamkannya. Jadi, merujuk kepada hadis ini sebagai cara
untuk mengharamkan muzik secara mutlak adalah tidak benar.
Ia
sama seperti Allah SWT nyatakan dalam al-Quran;
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا
إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ
وَمِنَ التِّجَارَةِ وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Maksudnya;
“Dan apabila mereka melihat perniagaan atau
permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu
sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah lebih
baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi
rezki” (Surah al-Jumuah, ayat 11)
Dalam
ayat ini, Allah SWT kaitkan perniagaan dengan lagha, walhal perniagaan itu
tidak haram. Dengan maksud, yang haramnya adalah lagha dalam perniagaan
sehingga tidak berlengah-lenghah untuk menunaikan solat jumaat. Adapun
perniagan itu sendiri, ia tidak haram.
3-
Hukum
memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan perempuan adalah haram (zina),
kecuali setelah pernikahan. Sutera juga adalah haram bagi lelaki, tetapi halal
bagi perempuan. Serupajuga arak yang
telah bertukar menjadi cuka. Dengan maksud, dalam hadis ini ia mengandungi
hukum lizatih dan hukum lighairih.
Oleh yang
demikian, maksud muzik dalam hadis ini adalah muzik yang mempunyai mempunyai
tujuan yang buruk, maka ia haram, iaitu hukum lizatih. Adapun hukum asalnya
adalah harus.
Ketiga;
Satu
hadis dari Nafi’ bahawa Abdullah bin Umar mendengar suara seruling pengembala.
Lalu meletakkan dua jarinya di telinganya (tutup telinga). Lalu dia berpaling
dengan kenderaannya sambil berkata, “Wahai Nafi’, apakah kamu mendengar?” Aku
kata, “Ya”.
Kemudian,
Ibn Umar berkata;
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا
Maksudnya;
“Aku lihat Rasulullah SAW dalam
keadaan mendengar suara seruling pengembala, lalu baginda SAW buat seperti ini[17]”
Ulasan
hadis adalah seperti berikut;
Hukum
makan Dhob adalah harus/halal. Tetapi tidak dimakan oleh Rasulullah SAW. Nabi
SAW tidak makan, bukan kerana ia haram, tetapi Nabi SAW mengambil jalan warak.
Serupa juga dengan Nabi SAW menutup telinga.
[2]
Dalil-dalil
yang mengatakan harus muzik;
Pertama;
Di hari
mina, Nabi SAW balik ke rumah bersama dengan Abu Bakar al-Siddiq. Di rumah
Baginda SAW ada dua orang Jariah (perempuan) yang sedang menyanyi dan memukul
gendang. Ketika itu, Nabi SAW menyelubungkan mukanya dengan kain. Ketika
mendengar itu, menyebabkan Abu Bakar al-Siddiq menghalang dua orang jariah itu
dari menyanyi. Kemudian Nabi SAW membuka kain yang menutupi mukanya sambil
berkata;
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Maksudnya;
“Tinggalkan kedua-duanya Wahai Abu
Bakar, kerana ia adalah hari raya[18]”
Ada
sebilangan orang kata, disebabkan ia berlaku pada hari raya, maka ia dibawah
maksud “Raf’ al-Harj” atau mengangkat/menghilangkan kesusahan. Dijawab, “Raf’
al-Harj” ini berlaku ketika kesusahan, tetapi ketika hari raya tidak ada unsur
kesusahan pun. Dan lagi, tidak mendengar muzik itu tidak mendatangkan sebarang
kesusahan pun.
Kedua;
Dalam
satu peperangan, Nabi SAW didatangi oleh seorang jariah sauda’ atau perempuan
berkulit hitam. Dia berkata;
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ نَذَرْتُ إِنْ
رَدَّكَ اللَّهُ سَالِمًا أَنْ أَضْرِبَ بَيْنَ يَدَيْكَ بِالدُّفِّ وَأَتَغَنَّى
Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, Aku telah
bernazar, sekiranya Allah SWT mengizinkan kamu, bahawa aku mahu memukul gendang
dihadapan kamu dan aku mahu menyanyi”
Lalu dijawab
oleh Rasulullah SAW;
إِنْ كُنْتِ نَذَرْتِ فَاضْرِبِي وَإِلَّا فَلَا
Maksudnya;
“Jika kamu telah nazarkan, maka
pukullah (gendang), dan jika tidak (tidak nazarkan), maka tidak perlu kamu lakukannya[19]”
Ulasan
hadis;
1-
Dalam
kaedah nazar, ia tidak boleh berlaku kecuali dalam perkara yang halal sahaja.
Nazar tidak boleh berlaku dalam perkara yang haram.
Sabda
Nabi SAW;
مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ وَمَنْ
نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَ اللَّهَ فَلَا يَعْصِهِ
Maksudnya;
“Barangsiapa bernazar bahawa mahu
mentaati Allah, maka hendaklah dia taatinya. Barangsiapa bernazar bahawa dia
mahu lakukan maksiat, maka jangan dia lakukan maksiat[20]”
2-
Oleh yang
demikian, sekiranya muzik itu haram, sudah pasti Nabi SAW melarang wanita hitam
itu. Tetapi, tidak dilarang. Menandangkan ia adalah harus.
BAB EMPAT
: MUZIK DIKALANGAN SAHABAT
[1]
Sahabat
yang negative dengan muzik[21];
Pertama :
Ibn Abbas
pernah menyatakan bahawa muzik haram, gendang haram, seruling haram dan
sebagainya.
Kedua;
Saidina
Osman pernah menyatakan bahawa dia tidak pernah menyanyi.
Ketiga;
Ibn
Mas’ud juga menafsirkan makna ayat;
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ
لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ
لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksud
dengan “Lahw al-Hadis” ditafsirkan sebagai muzik.
[2]
Sahabat-sahabat
yang positif dengan muzik;
Pertama;
Abdullah bin
Zubair satu hari dalam keadaan menyandar berkata, “Bilal sedang menyanyi”[22].
Kedua;
Abd
al-Rahman bin Hatib bin Abi Balta’ah berkata, “kamu keluar bersama dengan Umar
bin al-Khattab pada musim haji akbar, hingga kami sampai di Rauha’. Orang di
kampong Rauha’ memaklumkan tentang kemerduan suara Rabah bin al-Mughtarif. Lalu
Umar berkata, “Perdengarkanlah kepadaku Wahai Rabah[23]”
Ketiga;
Abdullah
bin Abbas bersama dengan Umar bin Al-Khattab. Sampai di satu laluan makkah pada
masa khilafahnya, bersamanya ada sebilangan Muhajirin dan ansar, lalu Umar
mengalungkan beberapa bait-bait syair[24].
BAB LIMA
: MUZIK DIKALANGAN SALAF
[1]
Mereka
yang negative dengan muzik;
Pertama;
Apabila
menafsirkan ayat;
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ
لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ
لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Mujahid bin
Jabr al-Makki, Ikrimah Maula ibn Abbas, Ibrahim al-Nakhaie, Habib bin Abi Sabit
al-Kufi dan Makhul al-Syami menyatakan ia adalah muzik dan nyanyian.
Kedua;
Umar bin Abd
al-Aziz pernah menulis kepada Umar bin al-Walid seperti berikut;
إظهارك المعازف و المزمار بدعة في الإسلام
Maksudnya;
“Menzahirkan muzik dan seruling itu
adalah bidaah dalam Islam[25]”
Ketiga;
Al-Hasan
al-Basri berkata, “dua suara yang dilaknat; 1- Seruling ketika nikmat, 2-
mengeluh ketika musibah[26]”.
Dalam
riwayat lain berkata, “Duf bukan dari sunnah orang Islam pun[27]”
[2]
Salaf
yang positif dengan muzik;
Pertama;
Muhammad
bin Sairin selalu mengetuk duf di hadapan raja sehingga ia dikagumi[28].
Kedua;
Nyanyian
ini masyhur dikalangan keluarga al-Majisyun (satu gelaran kepada Ya’qub bin Abi
Salamah). Mereka ini masyhur dengan kefaqihan di kalangan rakyat Madinah.
Mereka tergolong dari kalangan Tabiin, dari kalangan orang yang siqah atau
kepercayaan.
Mus’ab
bin Abdullah al-Zubaidi berkata, “dia adalah orang yang pertama mengajar
nyanyian dari kalangan Ahl al-Muruah[29]”
BAB
KEENAM : ULASAN FUQAHA MAZHAB
[1]
Imam
Hanafi pernah menyatakan tentang kenduri perkahwinan yang ada nyanyian, “Aku
diuji (ابتليت) dengan
perkara ini”[30].
Kalimah (ابتليت), tidak boleh dikatakan bermaksud haram, tetapi
hendaklah diterjemah sebagai perkara yang tidak disukai. Ini kerana, dalam
kitab Badai al-sanai, ada menukilkan keharusan menjual alat muzik, seperti
Gambus, gendang, seruling dan seumpamanya[31].
Dalam kaedah ada menyebut;
ما حرم استعماله حرم اتخاذه
Maksudnya;
“Apa
yang haram menggunakannya, maka haram mengambilnya[32]”
Adapun
ulasan dari Sahibain (Imam Abu Yusuf dan Muhammad bin Syaibani), mempamerkan
muzik itu haram sekiranya digunakan dengan tujuan fasiq dan kerosakan[33].
Jelas,
haram muzik dalam mazhab Hanafi merujuk kepada lighairih, bukan lizatih.
[2]
Imam
Maliki sendiri menyatakan haram muzik sekiranya digunakan sebagai untuk
menegakkan kebatilan atau kefasiqan.
Beliau
ada menyatakan;
إنما يفعله عندنا الفساق
Maksudnya;
“Yang
melakukannya di kalangan kami adalah orang-orang fasiq[34]”
[3]
asal hukum fiqh, apabila seseorang itu merosakan
sesuatu yang haram, maka tidak perlu digantikan balik. Tetapi, jika merosakan
benda yang halal, wajib diganti balik.
Dalam al-Umm, Imam al-Syafie menyatakan;
ولو كسر له طنبورا أو مزمارا أو كبرا فإن كان في هذا شئ
يصلح لغير الملاهي فعليه ما نقص الكسر وإن لم يكن يصلح إلا للملاهي فلا شئ عليه
Dalam
perkataan Imam Syafie ini, dinyatakan bahawa alat muzik seperti gabus dan
seruling yang digunakan tidak pada melaghakan, maka ia wajib digantu sekadar
yang dia pecahkan itu. Sekiranya tidak digunakan kecuali untuk melaghakan, maka
tidak perlu ganti[35]”
Nyata,
Syafie sendiri meletakkan muzik itu ada yang melaghakan dan tidak melaghakan.
[4]
Dalam mazhab
Hambali, Ibn Muflih menyatakan dalam kitab al-Furu’ bahawa seruling tidak
haram, tetapi makruh[36].
Tetapi dalam kitab al-Mughni, dinyatakan bahawa ia adalah haram[37].
Jadi,
diihtimalkan makruh itu adalah hukum lizatih, dan haram itu merujuk kepada
hukum lighairih.
KESIMPULAN
Hukum lizatih bagi muzik adalah harus. Tetapi, ia
boleh bertukar (al-Hukm Lighairih) menjadi haram, makruh, galakkan dan
seumpamanya.
Perkara yang boleh menyebabkan ia jadi haram, apabila
ia digunakan untuk kebatilan, seperti melaung-laungkan nyanyian untuk
memburukkan Nabi Muhammad, para sahabat dan seumpamanya. Ia sama seperti
ungkapan yang baik, tetapi mengandungi tujuan yang jahat yang dilakukan oleh
puak-puak khawarij.
Adapun ia boleh jadi makruh, apabila muzik itu
dimainkan sehingga menyebabkan melambatkan solat dan seumpamanya.
Adapun ia boleh jadi sesuatu yang digalakkan, adalah
seperti ia dialunkan dalam majlis kenduri kahwin, hari raya dan seumpamanya.
Wallahu ‘Alam
[1] Al-Wadih fi Usul al-Fiqh karangan Dr Sulaiman al-Asyqar.
[2] Al-Ta’lil al-Maqasidi li ahkam al-Fasad wa al-Butlan, karangan Abd
al-Qadir bin Hirz Allah.
[3] Hukum puasa itu adalah sah. Dengan erti kata lain, tidak perlu
diulang puasa nazar tersebut. Namun, perbuatan itu adalah haram. Serupajuga
solat itu sah, tetapi memakai pakaian curi itu adalah haram.
[4] Al-Siayasah al-Syariiyyah, Qaradhawi
[5] Nahw Taf’il Maqasid al-Syariah, karangan Dr Jamal al-Din ‘Atiyyah,
hlmn 79.
[6] Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah wa al-Nabawiyyah, Qaradhawi, hlmn
123-124
[7] Muslim : hadis no, 155.
[8] Al-Bukhari : hadis no, 5341.
[9] Al-Bukhari : hadis no, 3392.
[10] Al-Bukhari
[11] Fatawa min Ahsan al-Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, Dr Atiah Saqr,
jld 2, hlmn 265.
[12] Musnad Ahmad: hadis no, 16699
[13] Al-Bukhari.
[14] Muslim : hadis no, 2137.
[15] Al-Tarmizi : hadis no, 3020.
[16] Al-Tarmizi : hadis no, 2588.
[17] Ahmad : hadis no, 4307.
[18] Sunan al-Kubra; hadis no, 1797
[19] Al-Tarmizi : hadis no, 3623.
[20] Al-Bukhari : 6202
[21] Al-Musiqi wa al-Ghina’ fi Mizan al-Islam, hlmn 160-163.
[22] Al-Baihaqi : 10/225.
[23] Ibrahim Al-Harbi mengeluarkan hadis ini dalam Gharib al-Hadis,
sepertimana juga Ibn Hajar dalam al-Isabah. Hadis ini dinilai hasan oleh
kebanyakkan ulama hadis.
[24] Al-Baihaqi : 5/69.
[25] Al-Nasaie : hadis no, 4135.
[26] Ibn ABi Dunya : 64.
[27] Ibn Abi Dunya : 80
[28] Al-Musaddad sepertimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah : 1815.
[29] Tarikh Ibn ‘Asakir : 28/54.
[30] Badai al-Sanai : 6/2972
[31] 6/3009.
[32] Aqmar al-Mudiah : hlmn 216.
[33] Badai al-Sanai : 6/3009-3010.
[34] Ahmad : 1581.
[35] Al-Umm : 4/225.
[37] 9/173