BENCI UMNO SEBAB SAYANGKAN ISLAM
Jika Nabi SAW berdakwah, tidak sampai 30 tahun, Nabi SAW sudah berjaya melaksanakan semua kandungan wahyu dalam kerajaan madinah. Kejayaan perlaksanaan islam di Madinah melahirkan keamanan dan keselesaan, menyebabkan rakyat makkah pula melakukan perubahan dengan menolak kekufuran dan menerima Islam.
Di zaman para sahabat pula, islam bukan sekadar di tanah arab, malah sudah merebak di tanah ‘Ajam’, seperti mesir dan farsi.
Justeru, dalam jangka yang begitu singkat, islam sudah berjaya dilaksanakan dalam dua negeri. Keadaan ini amat berbeda dengan Malaysia yang merdeka sejak 50 tahun yang lalu.
Walaupun Malaysia di Perdana Menterikan oleh orang Melayu dari mazhab UMNO, ternyata perlaksanaan islam tidak berjaya dilaksanakan. Sebaliknya, dalam jangka yang begitu lama UMNO memerintah, Islam semakin hari semakin tidak dikenali, malah Islam semakin hari semakin ditolak.
Penolak Islam dari pimpinan UMNO yang berbangsa melayu, dan didakwa beragama Islam itu amat ketara dapat dilihat dalam kemenangan PAS di kelantan dalam awal tahun 90 an.
“islam sesuai di zaman Unta”, “kalau islam memerintah, maka ramai orang melayu tidak ada tangan”, “nak makan sup tangan kena pergi di Kelantan” dan banyak lagi ungkapan bangsat kedengaran dari mulut pimpinan UMNO ketika itu.
Cakap-cakap bangsat ini berjaya menyesatkan ramai orang-orang melayu, terutama dari kalangan orang-orang bermazhab UMNO. Aku sendiri masih ingat, semasa bapaku dalam UMNO, ungkapan ”kalau Islam memerintah, negara akan mundur” sering kedengaran.
Berkat kesabaran dalam memberikan kefahaman, ungkapan sebegitu sudah tidak lagi kedengaran, malah bapaku telah beralih mazhab dan sering kali mengungkap ”islam akan menang satu masa nanti”.
Inilah bukti bahawa UMNO adalah parti sesat menyesatkan. Semuanya berpunca, Islam tidak menjadi dasar perjuangan UMNO. Apabila Islam tidak menjadi dasar perjuangan, tidak hairanlah mereka sanggup melakukan sebarang kezaliman terhadap rakyat malaysia, terutama terhadap mereka yang tidak berbangsa melayu, malah terhadap melayu juga.
Makanya, sejak itu aku menanam benci kepada UMNO. Padaku, sesatnya rakyat Malaysia berbangsa melayu yang beragama Islam pada hari ini, berpunca dari UMNO. Juga, semakin hari semakin kabur Islam di mata-mata non Muslim berpunca dari UMNO. Terutama, UMNO bukan sekadar sesat menyesatkan, malah ia amat sinonim dengan parti rasuah dan parti zalim.
Justeru, UMNO perlu dibenteras, sepertimana Nabi SAW membenteras kekufuran di Negara Makkah dan Madinah. Tidak benteras UMNO, bermakna tidak benteras kekufuran dan kesesatan di Malaysia.
ORANG UMNO
UMNO parti sesat. Kebangsatan pada dasar perjuangan UMNO wajib dibuang jauh. Adapun orang UMNO, mereka dijadikan sebagai sasaran dakwah.
Pun begitu, tidak dinafikan, di sana wujud orang UMNO seperti Abu jahal dan Abu Lahab, disamping tidak dinafikan wujud orang UMNO seperti Khalid Al Walid, Abu Sufyan, Amru bin Al-As dan sebagainya.
Pada orang UMNO, wajib diberikan berita negatif dan positif disebalik penolakan mereka terhadap Islam dengan perjuangan asobiyyah kebangsaaan melayu.
Pada mereka seperti Khalid Al-Walid, Abu Sufyan dan Amru, dasar Islam perlu di perjelaskan kepada mereka sehingga mereka menerima Islam. Pun begitu, tindakan Nabi SAW seperti yang dilakukan terhadap Abu Jahal dan Abu Lahab, tidak boleh sekali-kali di abaikan.
NABI PEMAAF
Memang nabi SAW seorang yang pemaaf. Seorang perempuan yahudi yang selalu mengkhianati Nabi SAW pun, Baginda SAW masih lagi menziarahinya dikala sakit.
Pun begitu, dalam kemaafan Nabi SAW itu, Allah SWT pernah menghalang nabi SAW menunaikan solat, malah berdiri di kubur Abdullah bin Ubai bin Salul di kala dia mati.
Perkara ini jelas diungkapkan oleh ALlah menerusi firman-Nya;
وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
Maksudnya;
”Jangan kamu solat (jenazah) atas salah seorang dari kalangan mereka yang mati sampai bila-bila pun. Malah, jangan kamu berdiri di kuburnya. Ini kerana, mereka telah kufur terhadap Allah dan Rasul-Nya, lalu mereka mati dalam keadaan mereka fasiq”
(surah At-Taubah : 84)
ORANG KAFIR??
Orang kafir tidak semua wajib dibenci. Malah, wujud sebilangan dari kalangan mereka yang Allah menyuruh diberikan keadilan terhadap mereka.
Jika dikaji balik, pasti kita akan dapati bahawa orang menjadi kafir ini ada beberapa sebab, iaitu (1) mereka jahil tentang islam, (2) kepentingan diri, dan (3) kedegilangan mereka menerima petunjuk.
Bagi orang kafir yang jahil tentang Islam, wajib diberikan peringatan dan tunjuk ajar dengan seberapa hikmah yang mungkin dalam menyeru mereka kepada Islam. adapun orang kafir yang degil; tetap tidak mahu beriman, tidak boleh dipaksa mereka memeluk islam. ini kerana, hidayah Islam itu bukan kekuasaan manusia, tetapi ia adalah kekuasaan Allah SWT.
Firman Allah;
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu tidak boleh memberi hidayah kepada siapa yang kamu sayang, tetapi Allah akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia mahu. Dan Allah lebih mengetahui terhadap orang yang mendapat hidayah”
(Surah Al-Qasas : 56)
Dari kalangan mereka yang tidak Islam itu, terdapat mereka yang boleh berbaik dengan orang islam. sebaliknya, terdapat juga orang yang bukan islam yang bermusuh dengan Islam.
Orang yang bermusuh dengan Islam, tidak kira ia muslim atau tidak, tidak sepatutnya diberikan penghormatan kepada mereka sehingga saat kematiannya. Sebaliknya, kepada mereka yang menghormati Islam, penghormatan terhadap mereka wajib diberi, waimma ia bukan beragama Islam sekalipun.
Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. * Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)
KESIMPULAN
Jika aku ditanya, mengapa membenci UMNO. Jawapanku adalah, kerana aku tidak mahu islam dicandukan, lantaran aku membenci UMNO. Sebaliknya, jika ditanya mengapa masih memandang positif terhadap DAP, jawapanku adalah, kerana aku mahu mereka memahami islam.
Semuanya bersebab, aku sayangkan Islam. bencikan UMNO kerana sayangkan islam. berkawan dengan DAP pun kerana sayangkan islam.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 Julai 2009 * 1:35 pagi
Khamis, 30 Julai 2009
BENCI UMNO SEBAB SAYANGKAN ISLAM
DEMONSTRASI SALAH DALAM ISLAM??
Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”
Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.
Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;
الحكم على شئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”
Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.
Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.
HAKIKAT DEMONSTRASI
Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.
Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.
Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.
Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.
Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.
Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.
ISLAM DAN DEMONSTRASI
Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.
Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.
Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;
a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.
b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.
c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.
Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.
Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.
Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;
a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.
b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.
Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.
PERSOALAN YANG TIMBUL
Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.
Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?
Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.
Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.
Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;
انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”
(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)
Wallahu a’lam.
Bahan Rujukan
1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.
Rabu, 29 Julai 2009
UMNO UMPAMA ANJING TERSEPIT
Di kampungku, ada seorang tua bermazhab UMNO. Semasa belum melanjutkan pelajaran ke luar negara, aku selalu bertekak dengannya tentang perjuangan kepartian di Malaysia.
“kau tau tak, kalau tak ada UMNO, kita semua tak boleh jalan atas jalan Tar tau” katanya angkuh dengan perjuangan UMNO yang kufur itu.
Berdesing telingaku mendengar ungkapan bangsat itu.
”kat Thailand, jalan raya lagi besar dari Malaysia. mana ada UMNO kat Thailand pun” jawabku memerli.
Dia bengang tidak mampu menjawab, terus berlalu pergi.
Semasa aku baru pulang belajar dari luar negara dia menghidap satu penyakit yang dilihat seperti hampir kepada kematian. Aku menziarahinya. Aku diminta tolong, agar mendoakan keselamatannya untuk menjalani pembedahan.
Mengenangkan mulutnya tidak terhenti-henti menyebut kalimah ’Allah’. Juga ungkapan, mahu bersama perjuangan Islam. Aku mula menyangka baik dengannya.
Setiap hari selepas solat berjemaah, aku akan bersama rakan-rakan akan menunaikan solat hajat, agar diberikan kesihatan kepadanya. Walaupun ada sebilangan rakan memarahi tindakanku itu, aku masih mengambil sikap memaafinya.
Ternyata doa kami berkat. Dia berjaya menjalani pembedahan. Pembedahan yang membawa ia sihat seperti sedia kala.
Setelah sihat, aku menyangka ungkapan ’Allah’ dan ’perjuangan islam’ yang diucapkan saat dia sedang kesakitan itu telah meresap masuk dalam hatinya, tetapi sebaliknya, ternyata ia adalah satu wayang kulit yang hanya dilihat hebat, tetapi ia sekadar mainan tok dalang dibelakang pentas.
Dia mempunyai tindakan yang memualkan selepas sihat. La-siyyama, di saat dia berkuasa. Orang yang tidak sealiran politik dengannya, akan dilihat dengan sebelah mata. Aku yang menziarahinya sakit dahulu pun, sudah dilihat seperti bangkai di tepi jalan.
Memang dasar tak kenang jasa. UMNO sial dan celaka. Kerana wadah perjuangannya yang kufur itu, dia lupa kalimah ’Allah’ dan ’perjuangan Islam’ yang diungkapkan.
Aku mula terkenang dengan rakan-rakan yang melarangku menunaikan solat hajat untuk keselamatannya ketika berlaku pembedahan dahulu. Tapi apakan daya, masa yang telah berlalu, tidak boleh dipusing balik.
Orang melayu dahulu sering berkata, ”anjing tersepit jangan ditolong”, tetapi mungkin sekarang perlu diubah, ”ibrahim Ali tersepit jangan ditolong”
Sekian
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Julai 2009 * 6:48 petang
Isnin, 27 Julai 2009
SIAPA YANG ANGKUH, TOK GURU ATAU UMNO?
Nak tergelak bila baca dialog karton utusan Malaysia seperti di atas. Nak tergelak itu bersebabkan, perpaduan islam yang dicanangkan itu adalah antara PAS dengan UMNO.
Takkan UMNO baru hari ini rasa mereka itu islam, sedangkan selama ini, mereka adalah parti yang mencandukan Islam. Merekalah yang mencanangkan fahaman “politik suku, agama suku”, mereka yang melenyapkan keyakinan rakyat terhadap hukum hudud dan banyak lagi.
Mereka menuduh Tok Guru Nik Abdul Aziz angkuh sebab tidak mahu “berpadu” dengan UMNO. Mungkin penulis kata-kata dialog karton itu terlupa, bahawa hak rakyat kelantan tidak diberikan oleh kerajaan Pusat yang di Perdana Menterikan seorang Ahli UMNO juga merupakan tindakan yang angkuh, malah ia lebih angkuh dari tindakan tok guru menyebut “pergi jahanam UMNO”.
Sebagai seorang manusia, perasaan marah disebabkan dizalimi adalah perkara biasa. Apa yang pasti, kerajaan kelantan pimpinan Tok guru Nik Abdul aziz mempunyai hak royalty, tetapi dinafikan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN.
Justeru, apabila ungkapan “pergi jahaman UMNO” terpancul dari mulut manusia yang dizalimi, maka itu merupakan satu doa.
Apabila keadaan ini berlaku, apakah “doa” tok guru agar UMNO pergi jahanam akan mustajab tidak lama lagi?
Mungkin kita perlu merujuk kepada satu hadis Nabi SAW yang menyebut;
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ
Maksudnya;
“takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi. Ini kerana, di antaranya dan Allah, tidak mempunyai sebarang hijab[1]”
Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW menyebut;
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ مُسْتَجَابَةٌ
Maksudnya;
“Takutlah kamu dengan doa orang yang dizalimi. Ini kerana, doa orang yang dizalimi adalah dimustajabkan (oleh Allah)[2]”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 julai 2009 * 5:39 pagi
[1] Sahih Al-Bukhari : 1401.
[2] Sahih Al-Bukhari : 2831.
TAHNIAH PEMUDA PR !!
27 Julai 2009, Pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri dari Pemuda PAS Pusat, AMK Malaysia dan DAPSY telah berjaya melakar satu sejarah dalam politik Malaysia dengan penubuhkan majlis permuafakatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri dari kalangan Pemuda-pemuda parti masing-masing atas singkapan MAMPAT (majlis Muafakat Pakatan Rakyat). (sila klik)
Tindakan anak-anak muda Pakatan Rakyat merupakan tindakan yang wajib diberikan sokongan dan dokongan. La-siyyama, dalam usaha untuk meluputkan UMNO/BN dari memerintah di Malaysia.
Tahniah Pemuda PAS pusat kerana membawa perbincangan sehingga berjaya melahirkan penubuhan ini di Bangunan Pejabat Pemuda PAS Pusat. Ini kerana, tindakan sedemikian, sedikit sebanyak akan memberikan kesan baik kepada PAS itu sendiri.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 Julai 2009 * 3:37 pagi
Ahad, 26 Julai 2009
UMNO GAGAL FAHAMI “ASBAB AL-WURUD” TOK GURU
Orang yang belajar hadis, diketemui satu perbincangan disebut sebagai “asbab al-wurud”. Adapun dalam pengajian Tafsir, disebut sebagai “asbab An-Nuzul”.
Secara mudahnya, Asbab al-wurud atau asbab An-Nuzul difahami sebagai mengetahui punca-punca atau sebab-sebab terpanculnya sesuatu perkataan dari mulut Nabi SAW, atau sesuatu penurunan wahyu.
Asbab an-nuzul atau asbab al-wurud, memang tidak menjadi asas dalam mengeluarkan hukum. Ini kerana, dalam kaedah fiqh ada menyebut, perkara yang sabit dalam Nas itu, tidak membataskan penafsiran maksudnya yang lebih umum.
Pun begitu, asbab al-wurud atau asbab an-nuzul, ia merupakan sesuatu perkara yang penting bagi memahami maksud nas dari wajahnya yang sebenar. Jika tidak, dibimbangi berlaku kesalahan dalam penafsiran nas.
Ini diumpakan seperti firman Allah SWT yang menyebut;
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya;
“Jangan kamu campakkan diri kamu dengan tangan kamu kepada kebinasaan”
(surah Al-Baqarah : 195)
Orang yang malas berjihad, mereka menggunakan ayat ini sebagai hujjah mereka daripada terlibat dalam jihad. Alasan mereka, ayat ini melarang agar tidak menjadikan diri kita berada dalam kebinasaan. Pada mereka, berjihad bermakna menuju kepada kebinasaan.
Sebaliknya, apabila dirujuk kepada asbab an-nuzul ayat ini, kita akan dapati bahawa ayat ini diturunkan kepada mereka yang malas berjihad. Dengan kata lain, orang yang yang tidak mahu berjihad itu sebenarnya adalah orang yang berada dalam kebinasaan[1].
KENYATAAN TOK GURU
Muhyiddin Yasin mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan bahawa kononnya tok guru Nik Abdul aziz mahukan kerajaan perpaduan apabila menyebut bahawa beliau sedia bekerjasama dalam menjalinkan antara kerajaan Negeri Kelantan dengan kerajaan pusat.
Apa yang pasti, kenyataan tok guru itu diputar belitkan oleh Muhyiddin Yasin. Ini kerana, hakikat sebenar, ’asbab al-wurud’ dari kenyataan Tuan Guru itu bukan kerjasama antara parti UMNO-PAS, tetapi adalah kerjasama antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan persekutuan yang menyatakan, kewajipan kerajaan pusat memberikan hak kepada kerajaan negeri (kelantan), waimma berbeda parti sekalipun.
Nampaknya, UMNO sudah berada dalam kesesakan Nafas dalam menghadapi Kerajaan Pakatan Rakyat di Malaysia. Ini dapat dilihat, dengan kegilaan talak yang ditunjukkan UMNO terhadap PAS dalam mencari kekuatan parti mereka yang semakin hari semakin dibenci rakyat, dan semakin hari ditinggalkan oleh ahli UMNO sendiri.
Sekian
Sila baca juga;
Pemimpin UMNO benar-benar kemaruk isu kerajaan perpaduan (Harakahdaily)
UMNO diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz (Harakahdaily)
Nik aziz : saya tidak sebut soal perpaduan antara UMNO dan PAS (alhusseyn)
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 2:20 petang
[1] Tafsir Ibni Khathir : 1/528.
TEAM PAK LAH, TEAM NAJIB BERTEMBUNG LAGI??
Khairy menantu Pak Lah. Tindakan Khairy, dilihat Pak Lah di belakang. Najib pula dengan tema baru, 1Malaysia.
Khairy larang pemuda UMNO terlibat demo Pro-ISA. Adapun Puak yang Pro-ISA, Timbalan Presiden II Majlis Permuwafatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun mengkritik kenyataan Khairy yang melarang pemuda UMNO hadir demonstrasi Pro-ISA berkata;
“masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA”
Pro- ISA guna tema “1Malaysia, selamatkan Malaysia, kekalkan ISA”. Tema yang digunakan itu menggunakan kalimah ”1Malaysia” bermakna, apakah mereka ini team Najib??
Nampaknya, kehadiran Khairy dalam Pemuda UMNO malaysia, sedikit sebanyak mengganggu segala perancangan, prvokasi dan propaganda yang mahu diciptakan oleh Najib 1Malaysia...
Sekian
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 1:08 petang
BIJAK BERGUSTI, BIJAK BERPOLITIK
Orang yang menang dalam gusti adalah orang yang mampu mengalahkan musuh dan dapat menguasai gelanggang. Tidak kira apa cara sekalipun, asalkan gelanggang dapat dikuasai, maka orang itu adalah orang yang menang dalam gusti.
Bagaimana pula orang yang menang dalam politik??
Mungkin mainan gusti yang dipaparkan ini, dapat memberi kita kefahaman untuk berpolitik lebih bijak, untuk mengalahkan UMNO, terutama dalam usaha hendak mendapatkan royalty minyak di kelantan, dikala Anwar Ibrahim diserang dengan tuduhan fitnah liwat, dan dikala rakan-rakan DAP diserang dengan tuduhan fitnah rasuah di selangor .
Sekian
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 12:38 tengahari
CALON NON MUSLIM : TAHNIAH PAS SELANGOR !!
Saudara Iskandar Samad yang merupakan salah seorang exco Kerajaan negeri Selangor dari parti PAS menulis dalam blog beliau, menyatakan bahawa PAS selangor telah mencalonkan nama-nama pemimpin-pemimpin India sebagai ahli-ahli majlis PBT.
Tulisan beliau adalah seperti berikut;
PAS telah mencalonkan nama-nama pemimpin India sebagai ahli-ahli Majlis PBT. Sebagai satu usaha untuk mengiktiraf kebolehan mereka dan meyakini kemampuan mereka, PAS telah mencalonkan beberapa orang dari Kelab Penyokong PAS. Terdapat beberapa orang lagi ahli-ahli Majlis yang masih belum dilantik oleh Kerajaan Negeri.
PAS bukan lagi sebuah parti yang hanya memikirkan kepentingan orang Islam dan orang Melayu sahaja. Pencalonan ini adalah satu bukti bahawa PAS memperjuangkan nasib semua kaum tidak mengira bangsa. Oleh itu, saya berharap Menteri Besar dan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Selangor yang lain bersetuju dengan pencalonan-pencalonan itu
Selain dari mereka masyarakat India, PAS juga telah mencalonkan nama-nama mereka yang aktif di dalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Mudah-mudahan dengan keberanian ini, merupakan tindakan awal dalam usaha menarik minat non Muslim, dan bangsa selain melayu terhadap PAS, seterusnya mereka meletakkan keyakinan bahawa Islam adalah agama yang bukan sekadar menjadi anutan orang melayu, malah terhadap semua manusia di bumi, tidak kira mereka apa bangsa sekalipun.
Sekian
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 10:38 pagi
TAMADUN ISLAM ATAU TAMADUN UMMAH??
Aku berwacana dengan seorang kawan. Dalam wacana itu, kami berbincang tentang tamadun. Dalam berbincang tentang tamadun, kawan aku itu menyebut, “kenapa kita menampalkan ‘tamadun’ dengan ‘islam’. Bukankah itu wujud kecacatan, kerana, apabila jatuh tamadun Islam, bermakna kejatuhan itu akan ditampalkan juga dengan islam, sedangkan mana mungkin islam merupakan penyebab kepada kejatuhan tamadun. Justeru, adalah lebih baik jika disebut tamadun umat islam. kerana, kejatuhan tamadun itu bukan kerana islam, tetapi kelemahan umat islam”
Soalan yang dilontarkan itu, menyebabkan aku terfikir. Aku agak bersetuju dengan hujjah kawanku itu.
TAMADUN ISLAM??
Islam adalah agama yang baik dan sememangnya bisa mencipta tamadun yang gemilang. Apabila manusia konsisten berpegang dengan Islam, pasti manusia itu akan berjaya mencipta tamadun yang hebat.
Kejayaan ini terbukti dengan bermulanya dengan perlantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi, seterusnya menjadi Rasul. Dengan dakwah dan tarbiyyah Nabi SAW terhadap para sahabat, tamadun yang merujuk kepada Islam itu berjaya dibina, malah menjadi rujukan dunia ketika itu.
Menyedihnya, selepas umat Islam mula termakan propaganda musuh, mereka mula meninggalkan islam sedikit demi sedikit. Apabila sudah banyak amalan islam ditinggalkan, di situ bermulanya kejatuhan tamadun yang didokong oleh Umat Islam.
Apa yang dapat dilihat, kejatuhan tamadun yang didokong oleh Umat Islam ketika itu, bukanlah kerana mereka berpegang dengan Islam, tetapi kejatuhan itu berpunca dari mereka meninggalkan ajaran islam.
Makanya, adalah tidak patut disebut tamadun itu dengan sebutan tamadun islam, tetapi lebih layak disebut tamadun umat islam yang berpegang dengan Islam. Ini kerana, kejatuhan tamadun itu bukanlah disebabkan Islam. Sebaliknya, kejatuhan itu berpunca apabila umat islam meninggalkan islam.
Sekian
p/s : dicadangkan agar pandangan ini didebatkan atau diwacanakan lagi.
- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Julai 2009 * 10:22 pagi