Dara amat berkenan dengan seorang anak teruna yang amat dikenali sebagai budak baik. Tidak pernah menipu, malahan keadilan merupakan asas bagi kehidupan anak teruna terbabit.
Disebabkan kebaikan yang wujud pada si teruna, menyebabkan si dara berkenan dan sentiasa menyimpan hasrat untuk mempersuamikan sang teruna. Akhirnya, sang teruna telah meminang, ternyata memberi kegembiraan tidak terhingga oleh dara.
Babak cinta bercinta antara teruna dan dara semakin panas, sehingga membawa ke jinjang pernikahan. Ternyata, ibu kepada si dara tidak dapat menerima si teruna ekoran teruna bukan manusia yang berduit dan berharta. Makanya, teruna ditolak mentah.
Ibu si dara mempunyai calon pilihan hatinya untuk dipersuamikan kepada si dara, tetapi dara menolak kerana “buruk kelaku” calon pilihan ibunya itu. calon pilihan ibunya itu disukai ibu kerana faktor ”wang banyak”, bahkan calon pilihan ibunya itu sudah banyak dihabiskan duit untuk diberikan kepada ibu si dara. Justeru tidak hairan si ibu nampak bersungguh untuk persuamikan si dara kepada calon pilihannya, dan menolak pinangan teruna.
Walau bagaimana pun, wali bukan di bawah kuasa ibu, bahkan dibawah kuasa bapa, makanya bapa telah memperkahwinkan dara dengan pilihan dara sendiri, iaitu teruna.
Alhamdulillah, perkahwinan berjalan seperti biasa. Sungguh harmoni hidup berkeluarga antara dara dan teruna. Mereka bahagia, waima tidak mendapat kemewahan dan wang ringgit yang banyak.
Cumanya, langit tidak sentiasa cerah, bahkan gelap pasti akan berkunjung tiba. Makanya, teruna ditimpa masalah kewangan yang cukup meruncing. Keadaan itu berlaku, dikala dara sedang sarat untuk mengandung anak pertama.
Kedoifan dan kesusahan yang dihadapi oleh teruna dan dara itu, sampai kepada pengetahui si ibu. Ekoran itu, Ibu tidak pasal-pasal buat satu kenyataan akhbar dalam utusan Malaysia.
”Dara angkuh, sebab tidak mahu terima calon pilihanku sebagai suami.. kalau dara ikut cakap aku, pasti dia tidak berhadapan kesusahan sedemikian teruk sekali.. tu la, sapa suruh pilih teruna.. sekarang, baru padan muka” ujar ibu dara yang bernama HARAMSANI BINTI HARAMJADAH.
* akhir jalan cerita ini, sebijik seperti dalam filem ”Ibu mertuaku”.
Orang tua-tua dulu ada menyebut, “zaman belajar adalah zaman seronok”. Di zaman belajar, aku tidak dapat menghayati pepatah itu. tetapi, setelah habis belajar, aku dapat merasakan betapa benarnya pepatah tersebut.
Seperti yang diketahui umum, Aku mempunyai nama yang cukup pelik. Aku merasakan, mungkin di dunia ini, aku seorang sahaja yang mempunyai nama “Wan Ji”.
Sering juga orang bertanya tentang makna dan maksud namaku. Tetapi, aku tidak dapat memberi jawapan.
”soalan ini, relevan dilontarkan kepada ibu dan bapa ana” jawabku sambil tersenyum kepada orang yang bertanya.
Di awal aku masuk kelas di Jamiah Farooqiyyah, Karachi Pakistan, guruku, Maulana Ataillah ada bertanya tentang namaku.
”Ismi Wan Ji” jawabku ringkas dalam bahasa arab yang memberi maksud, Nama saya adalah wan ji.
”aish haza? (apa ni?)” soal Maulana Ataillah sambil mengisyaratkan dengan tangan yang sungguh menyakitkan hati jika melihatnya.
Aku berfikir untuk menukar namaku untuk kegunaan Maulana Ataillah sahaja. Akhirnya, aku menggunakan nama ”Salahuddin Al-Ayyubi”. Nama itu, aku gunakan juga kepada kawan-kawanku yang berbangsa arab semasa belajar di Mesir, tetapi di kalangan pelajar Malaysia, nama ”Wan Ji” tetap diguna pakai.
SIBER KAFIR
Semasa belajar di Mesir, Aku ditempatkan di Damanhur, Cawangan Univerisiti Al-Azhar. Ketika itu, tidak pernah terfikir wujudnya broadband, justeru untuk melayari internet, terpaksa pergi di Siber Kafe.
Semasa belajar, Aku tidak menyebut Siber Kafe, tetapi aku menyebut “Siber Kafir”. Di Damanhur terdapat banyak Siber Kafir ini. Kalau tidak silap aku, sudah ada 5 buah Siber Kafir, itupun baru di sekitar kawasan rumah yang aku menyewa sahaja, tidak termasuk di tempat-temapt yang lain lagi.
Di Damanhur, hanya sebuah Siber Kafir yang aku cukup minat pergi, iaitu berhampiran dengan kedai Malokhiyyah, iaitu kedai makanan ringan. Aku amat jarang makan dirumah, mungkin kerana faktor malas memasak. Makanya, kedai malokhiyyah itu merupakan kedai kunjungan harianku untuk menyantap dan memuaskan nafsu makanku.
Kebiasaannya, selepas makan aku akan berkunjung Siber Kafir tersebut. Itulah tabiat burukku semasa belajar dahulu, disamping aku seorang yang ’kaki tidur’. Siber kafir itu kepunyaan satu keluarga arab Mesir di Damanhur yang agak berpengaruh juga. Makanya, adik beradik keluarga tersebut yang menjaga Siber Kafir itu.
NAGUA
Pada lahjah arab mesir, mereka amat berat menyebut huruf ”Jim”. Apabila ingin menyebut ”jim”, pasti akan jadi huruf ”Ga”.
Lantaran itu, satu hari, ketika aku masuk ke Siber Kafir itu, terdapat seorang minah arab yang merupakan anak kepada tuan punya siber Kafir tersebut.
”ismak Aih? (kamu nama Apa?)” soalnya.
Semasa belajar di Mesir, aku amat dikenali dikalangan kawan-kawan berbangsa arab seorang suka bergurau dan melawak. Mereka tidak menganggap segala tindakanku sebagai serius.
Ekoran itu, apabila di tanya oleh minah arab itu tentang namaku, sudah pasti Aku terfikir, nama apakah yang wajar aku berikan kepada minah arab itu sebagai gurauan.
”ismi Sayang (namaku sayang)” ujarku.
”aish Ism? (nama apa ini?)” soalnya dengan dahi berkerut.
”dah Ism Malizi (ini nama orang malaysia)” jawabku senyum.
Minah arab itu pun cuba menyebut namaku. Aku tersenyum sahaja apabila melihat seorang anak gadis arab memanggilku ’sayang’.
Aku pun bertanya kepadanya, ”Ismak Aih? (apa nama kamu?).
”Nagua ..” jawabnya ringkas.
”laaa.. Ismak mush Nagua..(tidak.. nama kamu bukan Nagua)” kataku sambil mengelengkan kepala dan mengisyaratkan dengan jari telunjukku seperti menafikan.
”lieah la’ Kidah? (kenapa pula tidak?)” soalnya.
”Ismak Najua, lissa Nagua” aku lontarkan senyuman.
”isy ent Malizi..hahaha (apa la awak wahai orang malaysia.. hahaha). Dia ketawa.
Aku pun turut ketawa.
’SAYANG’
Aku diberikan satu PC, dan aku terus ke PC tersebut untuk melayari internet. Ketika itu, lamanweb yang paling aku minati adalah Islamonline.net.
Sedang aku layari internet, seorang kawanku yang berasal dari Johor juga hadir untuk melayari internet. Namanya Misbah Munir.
Apabila minah arab itu bertanya namanya, sudah pasti dia menjawab ”ismi Misbah Al-Munir”.
Dalam bahasa arab, ”misbah Al-munir” bermakna ”lampu yang bersinar”, sudah pasti Nagua tidak percaya itu adalah nama kawannya.
”ent Kaddab.. ent Kaddab.. (awak tipu..awak tipu), kata Nagua sambil mengelengkan kepalanya.
Aku melihat kelaku Nagua dan Misbah munir itu. aku tidak melayannya. Aku terus dengan dunia mayaku.
Tiba-tiba, aku terdengar Misbah munir menyuruh nagua bertanya kepadaku untuk memastikan bahawa dia tidak menipu.
Lalu...
”Sayang... Sayang...” panggil Nagua.
”Aiwah Ya Nagua Ya Habib... li eh?? (Ya Wahai Nagua, wahai kekasih, kenapa?)” sahutku.
Tidak sempat nagua bertanya, kawanku misbah munir terus pergi rapat kepadaku dan berkata, ”celaka kau.. kau perdajal awek arab ni”
”isy... diam.. dia bukan tau pun” ujarku sambil aku mengisyaratkan jari telunjuk ke mulutku.
Sejak dari itu, aku mula dikenali sebagai ”sayang” oleh nagua sehingga aku meninggalkan mesir. Ha ha ha... =))
Sekian
p/s : pelajar di mesir, diminta jangan tiru kelaku buruk ini..
Ramai manusia yang tidak dapat menerima kebenaran disebabkan factor taassub dan assobiyyah. Orang yahudi dan nasrani tidak dapat menerima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman adalah berfaktorkan taassub dan assobiyyah perkauman Bani Israel; iaitu mereka mendakwa bahawa nabi akhir zaman hendaklah dari kalangan Bani Israel sendiri.
Maksudnya; “Ramai dari kalangan ahli Kitab bercita-cita hendak memurtadkan kamu selepas keimanankan, dengan menjadikan kamu sebagai kafir. Ia kerana dengki yang wujud dalam diri mereka sendiri selepas nyata kepada mereka kebenaran”
(Surah Al-Baqarah : 109)
Dalam membahaskan maksud “hasad”, atau “dengki” dalam ayat ini, Ibnu Abbas mengatakan;
كانت اليهود قبل مبعث النبي عليه السلام إذا قاتلوا قوماً قالوا : نسألك بالنبي الذي وعدتنا أن ترسله وبالكتاب الذي تنزله إلا تنصرنا ، فكانوا ينصرون ، فلما جاء النبي عليه السلام من ولد إسماعيل عرفوه وكفروا به بعد معرفتهم إياه
Maksudnya; “Yahudi terdahulu, iaitu sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, apabila mereka berperang dengan sesuatu kaum, pasti mereka akan berdoa, “Kami minta dari kamu dengan kenabian yang Kamu janjikan kepada kami bahawa Kamu akan utuskan, juga terhadap kitab yang kamu bakal turunkannya, bahawa berilah pertolongan terhadap kamu”. Maka mereka mendapat pertolongan. Tetapi, tatkala datang Nabi Muhammad SAW dari keturunan Ismail, lalu mereka kenal, menyebabkan mereka kufur setelah mengetahui Nabi Muhammad (bukan dari bangsa Bani Israel)[1]”
Jelas bahawa kesesatan Yahudi dan nasrani terdahulu bersebab factor Taassub dan Assobiyyah terhadap keturunan mereka, sehingga mereka menolak kebenaran atas factor tersebut. ekoran itu, mereka menjadi bangsa yang dikutuk keras oleh Allah SWT menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.
TAASSUB
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, antara sebab manusia tidak dapat menerima kebenaran adalah kerana beberapa factor, iaitu, (1) tidak membebaskan cara berfikir, (2) terkongkong dengan taqlid, dan (3) tergari dengan assobiyyah terhadap sesuatu puak, mazhab dan individu-individu tertentu[2].
Dengan kata lain, manusia susah hendak menerima kebenaran disebabkan kesayangan melampau mereka terhadap puak, mazhab dan individu-individu tertentu, sehingga tidak dapat menafikan kebatilan yang dibawa oleh orang yang ditaassubkannya.
Dalam kitab Talbis Al-Iblis, Ibnu Al-Jauzi ada menyatakan;
واعلم أن عموم أصحاب المذاهب يعظم في قلوبهم الشخص , فيتبعون قوله من غير تدبر بما قال , وهذا عين الضلال : لأن النظر ينبغي أن يكون إلى القول لا الى قائله
Maksudnya; “Ketahuilah, sesungguhnya umum pemegang mazhab-mazhab membesarkan individu-individu tertentu dalam hati-hati mereka. mereka mengikut perkataannya tanpa tadabbur dan perhatikan secara mendalam terhadap apa yang diperkatakannya. Ini merupakan punca kesesatan. Ini kerana, melihat itu hendaklah terhadap perkataannya, bukan kepada siapa yang berkata[3]”
Kemudian, beliau menukilkan pesanan Ali bin Abi Talib kepada Al-Haris bin Haut dengan katanya;
يا حارث , إنه ملبوس عليك . إن الحق لا يعرف بالرجال . أعرف الحق تعرف أهله
Maksudnya; “Wahai Haris, sesungguhnya ia sangat mengelirukan. Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui daripada orang. Justeru, ketahuilah kebenaran, pasti kamu kenali pembawa bendera kebenaran[4]”
Seorang sahabat bernama Muaz bin Jabal ada berpesan dengan katanya;
Maksudnya; “Berhati-hatilah kamu terhadap kegelinciran hakim, kerana sesungguhnya Syaitan itu kadangkala berkata dengan perkataan sesat melalui lidah hakim[5]”
Maksudnya; “Kecelaakan bagi mereka yang mengikut kegelinciran orang alim”
Seorang bertanya, “bagaimana demikian itu wahai Abu Abbas?”
Berkata, “iaitu berkata seorang alim dengan pandangannya, kemudian dia mendengar hadis daripada Nabi SAW, lalu ditinggalkannya (hadis tersebut)[6]”
Justeru, hindarkan diri dari taassub yang melampau, kerana ia tidak menguntungkan bagi mereka yang mahu mencari kebenaran. Makanya, gunakan akal yang sihat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menilai kebenaran yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Apabila ada anak yang baru dilahirkan, maka sunat diucapkan kepada ibu dan bapa tersebut dengan ucapan, "Semoga Allah memberkati kamu dengan anak yang dikurniakan ini. Semoga kamu mensyukuri Tuhan yang mengurniakannya, juga semoa anak ini membesar dan kamu dikurniakan ketaatannya".
Apabila ucapan ini disampaikan, maka sunat kepada ibu dan bapa tersebut menjawab, "Semoga Allah memberkati kamu, juga ke atas kamu dan menambahkan pahala kamu"
“kita jadi melayu bukan kerana kita nak jadi melayu; Orang Cina jadi cina bukan kerana dia nak jadi cina; Orang India jadi India, bukan kerana dia nak jadi India. Tetapi, kita jadi melayu sebab itu ketentuan Allah. serupa juga, cina, India, arab, amerika dan macam-macam lagi” begitulah lebih kurang ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang aku dengar sejak kecil, sehingga kini ungkapan ini masih lagi kedengaran dari mulut Tuan Guru.
Dalam satu ceramah di Rantau Panjang, ketika itu aku masih lagi belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada menyebut, “asal silah (asal punca) kita ini daripada tok adam (nabi adam). Daripada adam, lahirlah manusia yang pelbagai; cina, India, melayu, siam, amerika, arab dan macam-macam lagi. cumanya, kita berbeda geografi. Tapi, kira-kiranya kita ni asal adik beradik”.
Ucapan-ucapan sebegini meresap dalam diriku dan sehingga kini aku pegang dengan ucapan ini; ekoran itu, aku benci perkauman. lebih-lebih lagi, apabila terkenangkan dengan firman Allah;
Maksudnya; “Wahai Manusia, kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan; kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa kepada Allah”
(Surah Al-Hujurat : 13)
Aku tidak boleh melihat perkauman. Aku meluat. Padaku, perkauman tidak akan memberi kemajuan, bahkan ia akan membawa kepada kemunduran.
Aku memahami perkauman, bukan kerana orang itu mempertahankan melayu, india, cina dan sebagaianya. Padaku, perkauman adalah assobiyyah; iaitu, ”kawan aku buat, maka dia adalah betul waima hakikatnya dia salah. Kawan kamu buat, maka dia salah waima hakikatnya dia betul”.
Asas dalam menyatakan salah itu, berasaskan kepada perkara yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan seperti menipu, mengkhianati, melakukan kezaliman, berat sebelah merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah. Justeru, haram memberi sokongan, waima yang melakukan itu adalah kawan kita, tok guru kita, ahli jemaah kita, pimpinan kita dan sebagainya.
Maksudnya; ”Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru kepada assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar assobiyyah[1]”
Dalam riwayat yang lain, di maklumkan abhawa ada sahabat bertanya, ”apakah assobiyyah itu wahai Rasulullah SAW?”
أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ Maksudnya; ”Bahawa kamu membantu saudara kamu dalam melakukan kezaliman[2]”
Assobiyyah bukan apa yang dilafazkan dengan lidah, tetapi assobiyyah adalah tindakan yang dilakukan. Orang yang assobiyyah, dia akan melakukan tindakan yang memperlihatkan kebenaran terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh ”team”nya. Waima salah, tetapi tetap diusahakan agar dilihat seperti tidak bersalah.
Orang yang assobiyyah, tidak boleh duduk di kalangan masyarakat yang tidak assobiyyah. Keberadaan mereka dalam masyarakat yang tidak assobiyyah, akan melahirkan kerosakan, justeru, ia wajib dihalau keluar dari kawasan yang sudah terselamat dari penyakit assobiyyah.
Dalam satu hadis Qudsi, dinyatakan bahawa;
من لم يرض بقضائي ولم يصبر على بلايي فليخرج من تحت سمائي وليتخذ رباً سواي
Maksudnya; ”Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, maka hendaklah dia keluar daripada naungan langit-Ku dan hendaklah dia mencari tuhan selain-Ku[3]”
Assobiyyah adalah kezaliman. Kerana sifatnya adalah membenarkan sesuatu yang salah. Tindakan ini, jika berlaku kepada sesiapa sahaja, maka wajib ditentang, dan haram diberikan pertolongan, waima yang melakukan itu ”orang-orang besar” sekalipun.
Maksudnya; ”akan terdapat selepasku pemimpin; barangsiapa membenarkan terhadap penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya[4]”
Mulanya bising tentang rasuah yang kononnya melibatkan dengan Fairuz yang ketika itu beliau masih lagi menjadi Timbalan ketua Menteri Pulau Pinang, kemudian tekanan demi tekanan yang akhirnya Fairuz meletakkan jawatannya.
Tidak lama kemudian, diadakan satu majlis makan malam di rumah salah seorang ahli politik, dan aku dijemput hadir juga. Di sana, kelihatan Fairuz.
Ketika itu, ada seorang ulama dari Bosnia hadir, iaitu mufti Mustafa Ceric. Memandangkan aku lemah dalam bahasa Inggeris, dan Syaikh Mufti pula berceramah dalam bahasa Inggeris, makanya aku mengambil ‘port’ diluar sahaja, dan mendengar terjemahan dari kawanku, Eddieputra.
Namun begitu, sedang kami duduk di satu meja makan di luar, lalu datang Fairuz duduk bersama, kemudian dihadiri pula oleh beberapa orang kawan, yang semua mereka berparti PKR.
Di luar, focusku kepada ceramah Syaikh Mustafa Ceric sudah hilang, sebaliknya mendengar ceramah ‘agama’ dari ‘ulama’ yang merupakan bekas Timbalan ketua Menteri, Fairuz Khairuddin.
Aku kagum dengan cara Fairuz ‘goreng’; mengolah perkataan dan ungkapan ayat. Begitujuga gaya mengangkat bahu dan tangan. Cara dia bercakap, benar-benar memperlihatkan gaya kepimpinan seorang tokoh politik.
“kita kena tekankan soal tarbiah dalam PKR” ungkapnya.
“Huyyo... sekali dia sebut tarbiah la pula” hatiku berbisik sendirian.
Banyak yang diolah, terutama berkaitan dengan dirinya. Seperti keadaannya ketika dia memegang jawatan Timbalan ketua Menteri, perubahan yang PKR perlu lakukan, tarbiah perlu diwujudkan dalam PKR dan banyak lagi.
Boleh dikatakan, semua ungkapannya aku percaya, tiba-tiba dia berkata, “Saya pergi ke Indonesia, berjumpa dengan seorang Kiai di Pesanteran Wali Songo, Sunan Kalijaga.. dia tengok dalam air hikmah, didapati nama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Saya menjadi Timbalan Perdana Menteri”
Tertelan air liur aku mendengar ungkapan akhir itu. aku mula menghantar sms kepada Eddieputra yang berada sebelahku.
“eh.. kau percaya ker apa yang barua ni cakap?” kandungan SMSku kepada Eddie.
Eddie senyum dan ajak aku beredar.
Kami pun beredar. Ketika kami berada agak jauh daripada beliau, kami terus ketawa besar; ketawa terbahak-bahak.
”aku mula-mula nak percaya dah.. tiba-tiba dia sebut Sunan Kalijaga, lepas tu siap timbalan perdana Menteri pula, terus semua yang dia cakap aku tak percaya..” ujarku kepada Eddieputra dalam keadaan ketawa.
Sejak daripada itu, Eddieputra terus memasyhurkan Fairuz dengan ‘Sunan Kalijaga’. Permasyhuran itu dimaklumi sangat dikalangan kami.
Itu kisah semasa awal-awal Fairuz letak jawatan, tetapi hari ini berita memaklumkan bahawa Fairuz sudah masuk UMNO. Tak tahu la, sapa pula lepas ni nak kena ‘goreng’ pula...
Parlimen tidak akan dibuka tetapi dibubar?
-
*RESPON*
*Guan Eng, Mat Sabu dan Anwarmengharap terus.*KESIHATAN demokrasi di negara
ini seperti kebah sedikit setelah mengalami demam panas sejak prokl...
BUKAN SEMUA WARGA EMAS CERGAS SEPERTI PAK MAON.
-
*Oleh Dato' Iskandar Abdul Samad*
Statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2020 menunjukkan
rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan lebih ...
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Ibu mengandung mati dibunuh... kejamnya manusia...
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPAT...
Erti Beragama Yang Hilang (2021)
-
Puluhan tahun yang lalu, almarhum Dr Fathi Yakan menyoal, ”apa erti saya
menganut agama Islam?” Naskhah Māzā Ya’nī Intimā’i li al-Islām yang beliau
hasilka...
Menulis
-
Ada yang tanya aku macamana nak tulis bagi orang suka baca. Aku jawab aku
tak tahu nak ajar. Susah nak ajar orang bagaimana nak menulis. Cuma aku
boleh ...
Disclaimer
-
Apabila saudara membaca blog ini, ambil ingatan bahawa saya tidak tahu
bahasa Arab dan saya bukan lulusan fakulti Islam. Saya juga tidak melakukan
tafsiran...
Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim
-
Awal Perjalanan Karir Politik Anwar Ibrahim – Apabila di dunia ini
penghargaan untuk politikus dengan karir paling berwarna, maka dapat
dipastikan jika A...
Betul ke Islam yang kau anut?
-
Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH
BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o
Sekarang abam nak bagi anti ...
Sebenarnya begini Nashruddin Tontowi...
-
Sebenarnya begini Nasruddin Tontowi oii Dulu2 bila dituduh Pas nak pakat
dengan Umno tak jadi sebab Almarhum TGNA masih ada. TGNA bagi amaran kepada
pemimp...
Selamat Tahun Baru 2019
-
Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena
Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri
agar ...
Seminar Mukmin Profesional Modul 1 Kesedaran
-
Pendaftaran Di Buka Sekarang. Daftar disini: Sila klik JOM jadi keluarga
besar “MUKMIN PROFESIONAL”!!! SEMINAR MUKMIN PROFESIONAL MODUL 1 KESEDARAN
Lokasi:...
Hai Juana!
-
Sebentar tadi, Juana mesej saya di Telegram:-
*"Beb, mula la menulis".*
Lalu saya jawab:-
* "Aku tengah menulis la ni. Menulis Afidavit. Susah w...
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh
-
Sebenarnya ada banyak sekali *cara menghilangkan kutu rambut *yang bisa
Anda coba terapkan. Baik itu cara alami ataupun menggunakan obat-obatan.
Tapi sebe...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
#Bersih4: Pesanan oleh Dominic Toretto
-
Reformasi Telah Mati?
“Presiden datang dan pergi, tiada apa yang akan berkekalan” – Jezz (Occupy
Wall Street)
Subuh Isnin 17 Ogos aku berjalan melintasi...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Facebook patut disekat atau tidak?
-
Terkadang aku terfikir, elok juga kita tak main Facebook (FB). Aku dapati
Facebook merubah seseorang 360 darjah apabila online. Orang yang kita kenal
di l...
Jom ambil peluang .. Niaga secara online
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera; Peluang besar yang ditunggu-tunggu
semua orang! setiap kali kawan top up prepaid kita dapat komisyen hingga
20%. Ini b...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
Bicara Jumaat 2
-
Baru sahaja tamat mengajar pelajar-pelajar tahun akhir Usim selama tiga
bulan di dalam program halaqah. Program yang bagus untuk pelajar-pelajar
mengenal b...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Menghargai keUNIKan
-
*"Kenapalah budak ni tak berjaya-berjaya juga. Akoo dah bagi motivasi, dah
bagi sokongan sepenuhnya sebagai seorang ayah."* keluh seorang ayah melihat
pr...
Rohingya
-
Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada
sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila
ditanya tentang "...
MIMPI ITU
-
Dia datang menyatakan kerinduan. Amat berat mengambil keputusan berpisah.
Sukar untuk dia membuat keputusan. Tidak tahu ke kanan atau ke kiri.
Dilemanya...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
UIAM: Janganlah begini
-
Isu penggantungan Prof Dr Abd Aziz Bari bukan sahaja menggemparkan dunia
akademik tetapi juga menimbulkan polemik politik yang bukan sedikit.
Semuanya ber...
LEMBU TAK LEH JAGA LEMBU
-
"Masalah rasuah, penyelewengan, khianat hanya boleh selesai kalau manusia
kembali kepada Allah SWT. Kalau setakat polis, tidak boleh jaga manusia
kerana po...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
Vaksin untuk kaki botol berhenti minum arak
-
Para penyelidik telah menemui satu penyelesaian untuk membantu penagih arak
(kaki botol) agar berhenti daripada meminum arak, dengan memberikan satu
rasa p...
RAYUAN DERMA ramadhan untuk famili tahanan ISA
-
oleh ali :
Previously on Pembebasan Abg Sudin dari Kem Kamunting :
http://www.facebook.com/#!/photo.php?pid
=527282&id=100000105053006&ref=fbx_album
Sem...
JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
-
*JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN*
*”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain
makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana ki...
"Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.” - Ahmad wahib.
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan" - Al-Bakistani
PENJELASAN
"Ingin saya tegaskan, kesedian saya hadir dalam debat bersama Fathul Bari, Ulama Muda UMNO dalam isu "menegur pimpinan negara mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama" bukan sebagai mewakili PAS. Tetapi, saya hadir sebagai orang yang mempertahankan "ijtihad PAS" yang membenarkan menegur pimpinan Negara secara terbuka sepertimana yang sedang dilakukan PAS kini"
Al-Bakistani
debat : Wan Ji vs Fathul Bari [klik gambar]
BERHUBUNG?
E-MAIL : ustaz_bakistani@yahoo.com
KENYATAAN QARADHAWI
"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? - Kata Qaradhawi di masjid Umar bin Al-Khattab, Doha pada 22 Jan 2010
Al-Bakistani; "apakah perlu mempunyai kaedah dalam berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "Kaedah kalam terbatas, kaedah falsafah tak terbatas" Al-Bakistani; "maksudnya?" Pak Khalid Jaafar; "Kalam ikut kaedah pembelaan. membela kebenaran dengan menggunakan akal. falsafah mencari kebenaran dengan akal. bagi kalam kebenaran telah ditemui. bagi falsafah, kebenaran belum ditemui sepenuhnya. kebenaran itu lebih besar dari apa yang telah ditemui sebelumnya" Al-Bakistani; "bukankah berkaedah berfikir menyebabkan ketiadaan kebebasan berfikir?" Pak Khalid Jaafar; "sebab itu, ada ahli falsafah menulis buku yang mengkritik kaedah berfikir" sekian Al-Bakistani
UMNO : JIJIK & KOTOR
"Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu; Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua; Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak; bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia"
"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka" (Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946 dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)
"Aku hidup untuk belajar. Aku belajar dari kehidupan. Aku mahu belajar dari kehidupanku sendiri, juga kehidupan orang lain"
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"
"Ilmu bermula dari keraguan. Falsafah berangkat dari pertanyaan. Oleh itu, aku perlu mencari ilmu untuk hilangkan keraguanku, dan Aku perlu berfalsafah untuk menyempurnakan kefahamanku"