Sabtu, 8 Mei 2010

POLIS BUAT BANGSAT LAGI


"Tembak lagi?" itu keluhan hatiku apabila membaca berita seorang polis menembak seorang remaja yang didakwa melakukan kesalahan jalanraya.

Nampaknya anggota polis dilihat semakin mengganas. Kesalahan jalanraya pun sudah melayakkan polis menembak rakyat. Nasib baik dalam berita itu, tembakan itu kena di perut. Kalau kena di kepala, apa akan jadi pada remaja tersebut?

Alangkah murahnya darah rakyat polis di sisi polis Malaysia. walhal, Islam meletakkan darah adalah sesuatu yang mahal, bahkan wujud hukum Qisas; darah dibalas darah.

Persoalannya, kenapa terlalu kerap berlaku tembak menembak ini? apakah ini benar-benar kesilapana anggota polis terbabit, ataupun sebenarnya sememangnya sudah wujud arahan dari pihak atasan?

orang tua-tua dulu pernah kata, "kalau seorang lelaki itu kahwin dengan seorang isteri, lalu tidak dapat anak, mungkin isterinya mandul. Tiba-tiba dia kahwin seorang lain, dan tidak beranak juga. boleh jadi, Isteri keduanya itu mandul. Tapi kalau kahwin isteri yang ketiga masih tidak mengandung lagi. menunjukkan lelaki itu sendiri sebenarnya mandul"

Hebat Malaysia, hebat Israel. inilah jasa berkawan dengan Yahudi.

baca sama:
lagi remaja ditembak (malaysiakini/BM)

EMAS DAN PERAK

Walau emas dan perak itu haram dalam perhiasan yang melampau-melampau, namun terdapat juga beberapa keadaan ia dibenarkan.

Dalam kitab Fiqh Manhaji
[1], dinyatakan ada 3 keadaan penggunaan emas dan perak dibenarkan. Ia adalah seperti berikut;

Pertama;

Perempuan dibenarkan menggunakan emas dan perak sebagai bahan perhiasan dengan kadar yang sewajarnya, tanpa melampau dan berlebihan. Keizinan tersebut, sama ada perempuan itu telah berkahwin atau belum; kecil atau besar; kaya atau miskin.

Sabda Nabi SAW;

حُرِّمَ لِبَاسُ الْحَرِيرِ وَالذَّهَبِ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي وَأُحِلَّ لِإِنَاثِهِمْ

Maksudnya;
”Diharamkan pakaian sutera dan emas terhadap lelaki dari kalangan umatku, dan ia dihalalkan terhadap perempuan mereka
[2]

Kedua;

Dibenarkan kepada orang lelaki memakai cincin perak. Ini disandarkan kepada perbuatan nabi SAW sendiri yang memakai cincin yang diperbuatkan daripada perak.

Berkata Anas bin Malik R.A;

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ خَاتَمُهُ مِنْ فِضَّةٍ وَكَانَ فَصُّهُ مِنْهُ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Nabi SAW memakai cincin perak dan matanya juga daripada perak
[3]

Adapun cincin emas bagi orang lelaki adalah haram secara mutlak.

Dalilnya adalah, satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang berkata, bahawa Nabi SAW telah melihat sebentuk cincin emas pada tangan seorang lelaki. Melihat itu, nabi SAW terus ambil dan melemparnya, seraya berkata;

يعمد أحدكم إلى جمرة من نار، فيجعلها في يده

Maksudnya;
“seseorang kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam api Neraka, dan menjadikannya di tanganya”

Kemudian dari itu, diberitahu kepada lelaki itu, supaya dia mengambil cincin yang telah dicampakkan tersebut.

Namun lelaki itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak akan mengambilnya sampai bila-bila kerana ia dilepar oleh Rasulullah SAW
[4]

Ketiga;

Keizinan menggunakan emas dan perak dalam keadaan dharurat dan terpaksa; iaitu sekiranya ketiadaan bekas kecuali bekas emas dan perak, maka diizinkan pada waktu itu menggunakannya dalam keadaan terpaksa.

Ia seperti seseorang yang hidungnya terpotong, dan tidak dapat menggantikannya melainkan dengan hidung daripada emas atau perak, ataupun untuk mengkuatkan giginya dengan menggunakan emas dan perak, maka ketika itu, dibenarkan dia menggunakan emas dan perak kerana dharurat.

Dalinya adalah hadis riwayat Tarmizi, daripada ‘Arfajah bin As’ad r.a katanya;

أُصِيبَ أَنْفِي يَوْمَ الْكُلَابِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَاتَّخَذْتُ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ فَأَنْتَنَ عَلَيَّ فَأَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتَّخِذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ

Maksudnya;
“hidungku terpotong pada peperangan Kulab pada zaman jahiliyyah, lalu aku menggantikan hidungku itu dengan perak, tetapi ia menjadi berbau busuk. Maka, Rasulullah SAW telah menyuruhku agar mengambil hidung daripada emas
[5]



[1] 677-679.
[2] At-Tarmizi : 1642.
[3] Al-Bukhari : 5421.
[4] Muslim : 3897.
[5] At-Tarmizi : 1692.

BANTU PEMIMPIN YANG TIDAK MENIPU


Dalam Al-Mukjam Al-Kabir li At-Tibrani, dinukilkan satu hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda;

إِذَا كَانَ عَلَيْكَ أُمَرَاءُ مَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلا أَنَا مِنْهُ، وَلا يَرِدُ عَلَى الْحَوْضِ، وَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَلَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ

maksudnya;
"Sekiranya wujud pemimpin di kalangan kamu; barangsiapa yang masuk terhadap mereka, dan membenarkan penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangan dia. Dia tidak layak masuk ke kawasan kolam, dan barangsiapa yang masuk ke atas mereka, dan tidak membenarkan mereka terhadap penipuan mereka, dan tidak membantu mereka terhadap kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku daripadanya" (15692)

Juga hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, daripada Ma'qil berkata bahawa dia dengar Rasulullah SAW bersabda;

مَا مِنْ وَالٍ يَلِي رَعِيَّةً مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَيَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لَهُمْ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya;
"tidaklah sesoerang yang menjadi pemerintah/ketua/pemimpin yang mengurus urusan orang Islam, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu (akan rakyatya/orang bawahnya), kecuali Allah haramkan atasnya Syurga" (6618)


Jumaat, 7 Mei 2010

KEMUDHARATAN BABI


Perlu diingat, setiap makanan yang diharamkan oleh Allah, pasti ia akan memberikan mudharat kepada manusia. Babi sebagai contoh, adalah makanan yang dimakan oleh non Muslim.

Namun, mereka tidak sedar, bahawa daging babi itu mempunyai seribu satu kemudharatan terhadap orang yang memakannya. Terutama, babi adalah sejenis haiwan yang memakan makanan yang kotor, seperti najis

Dalam buku “Al-Quran kitab kedoktoran : rahsia kemukjizatan Sains
[1]” karangan Prof. Dr Yusuf Al-Hajj Ahmad, ada menyebut, bahawa bahaya daging babi itu amat banyak, antaranya adalah;

Pertama, ia melahirkan penyakit-penyakit parasit. Antara punca penyakit perasit yang terhasil dari daging babi adalah, wujudnya cacing-cacing.

Antara cacing-cacing itu adalah;

1- ”cacing spiral”.

Cacing spriral merupaka sejenis cacing paling merbahaya kepada manusia. Didapati, semua babi mempunyai cacing jenis ini. cacing ini bersarang di diafrakma (rongga badan antara dada dan perut) dan berkembang biak di situ sehingga menyebabkan susah pernafasan yang boleh membawa kepada kematian.

2- ”cacing pita”

Antara lain adalah ”cacing pita”. Cacing jenis ini, terlalu panjang, sehinggakan ada cacing itu kepanjangannya mencapai sepuluh kaki. Akibat dari terkena cacing ini, boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan kekurangan darah (anemia).

Para doktor menegaskan bahawa penyakit cacing pita ini termasuk dibawah kategori penyakit berbahaya yang disebabkan oleh kosumsi daging babi. Cacing-cacing ini berkembang biak dalam usus-usus kecil manusia, seterusnya akan berada dalam usus besar, dan di situ cacing-cacing itu akan membesar.

Ketika cacing-cacing pita itu berada dalam usus besar manusia dan membesar di situ, ia akan mengeluarkan telur-telurnya. Dan kemudian, telur-telur itu akan keluar dengan kotoran manusia ketika mereka qada’ hajat.

3- ”cacing scares”

Cacing jenis ini, apabila berada dalam tubuh manusia, menyebabkan manusia itu mudah terkena infeksi paru-paru dan menyebabkan usus semakin menyempit.

4- ”cacing inclistoma, halbarisa dan disentri”

Cacing-cacing ini, sekiranya berada dalam tubuh manusia, akan mengakibatkan pendarahan dan boleh membawa kepada kematian.

Kedua, orang yang makan babi, memungkinkan terkena penyakit mikroba, iaitu seperti orang yang dihinggap penyakit infeksi otak dan infeksi saraf jantung, influenza, infeksi mulut dan sebagainya.

Ketiga, terdapat pada babi sejenis kuman yang bernama kuman toksoplasmagondi, yang boleh mengakibatkan demam, lemah fizikal, infeksi paru-paru, infeksi urat jantung dan infeksi selaput otak, disamping mudah menghilangkan fungsi pendengaran dan penglihatan.

Apabila kita melihat kajian sains terhadap mudharat babi ini, tidak hairanlah Allah SWT mengharamkan daging babi.

Firman Allah;

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah haramkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging babi"

(Surah Al-Baqarah : 173)



[1] 187-189.

PARTI 'BANI ISRAEL MELAYU' NAK HALALKAN JUDI


zaman dahulu, Yahudi dan Nasrani cuba mengharamkan perkara yang halal, dan halalkan perkara yang haram. Macam-macam perkara yang mereka buat, supaya yang haram itu tetap menjadi halal juga.

Dalam kitab Al-Halal wa Al-Haram karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ada didatangkan satu kisah, iaitu berkenaan Allah SWT haramkan kepada orang yahudi daripada menangkap ikan pada hari sabtu. Lalu, mereka merancang juga agar menangkap ikan pada hari sabtu jadi halal. Tindakan mereka adalah, dengan melakukan 'tipu helah'.

Mereka pun, membuat pukat pada hari jumaat supaya ikan-ikan yang datang pada hari sabtu akan terperangkap, lalu mereka mengambil ikan-ikan itu pada hari ahad. Mereka mendakwa, tindakan mereka itu tidak termasuk seperti larangan Allah terhadap mereka.

Helah sebegini, dinyatakan oleh Nabi SAW akan dilakukan oleh umat Islam akhir zaman. caranya adalah, dengan menukar nama benda yang haram itu dengan nama-nama yang lain.

Judi itu haram, tetapi dilihatkan halal dengan berbegai-bagai lebel. Ada kata dengan nama tikam nombor ekor, pertandingan bola sepak dan banyak lagi. Begitujuga yang lain, seperti Rasuah itu haram, tetapi diperlihatkan halal dengan nama "politik wang", "under table" dan macam-macam lagi.

Kalau Zaman dahulu, kerja-kerja ini dibuat oleh puak-puak bani Israel, tetapi di malaysia, kerja-kerja ini dibuat oleh Bani Israel yang boleh bercakap melayu dan berkulit melayu. Lagi dahsyat, boleh cakap pelat kelantan lagi.. memang dasar UMNO ini APCO, APCO ini UMNO, maka jadilah ia APNO

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Mei 2010 * 1:50 pagi

MAKAN DAN MINUM GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK


Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.

Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, merupakan kesombongan, walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.

Daripada satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman berkata, “aku dengar Nabi SAW bersabda;

ولا تشربوا في آنية الذهب والفضة ، و لا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولنا في الآخرة

Maksudnya;
“Jangan kamu minum dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga, jangan makan dengan menggunakan pinggan-pinggannya. Ini kerana, bagi mereka di dunia, tetapi ia bagi kita di akhirat
[1]

(a)

Dalam kitab Fiqh Manhaji
[2], dinyatakan bahawa larangan menggunakan emas dan perak ini, bukan sekadar untuk dijadikan sebagai bekas makan dan minum sahaja, malahan ia haram juga dijadikan sebagai alat-alat penulisan, alat celak, untuk perhiasan rumah, dewan, masjid, kedai dan sebagainya. pengharaman itu, sama ada emas dan perak itu kecil ataupun besar.

Selain ia merupakan larangan yang terpancul dari mulut Nabi SAW, terdapat beberapa hikmat terhadap larangan itu. antara yang disebut dalam kitab Al-Fiqh Al-Manhaji adalah seperti berikut;

Pertama,

Allah SWT menjadikan emas dan perak sebagai matawang untuk manusia bermuamalah dengannya. Lalu, jika dijadikan emas dan perak sebagai bekas makan dan minum, menyebabkan fungsi matawang yang bersifat subur telah dibekukan. Jika ini berlaku, bermakna kita telah menyempitkan fungsi emas dan perak mengikut yang sepatutnya.

Kedua,

Tindakan menjadi emas dan perak sebagai bekas makan dan minum akan mengguris perasaan orang miskin apabila mereka melihat orang kaya menjadikannya sebagai perhiasan; berbangga, bermegah dan takabbur.

Ketiga;

Untuk membedakan antara orang kafir dengan orang Islam. Keadaan orang kafir adalah meninggalkan akhirat dan bermati-matian mencari dunia dan segala nikmatnya
[3].

(b)

Orang miskin merupakan hadiah dari Allah kepada orang kaya. Dengan wujud orang miskin, menyebabkan orang kaya dapat mencari pahala dengan cara yang mudah, iaitu dengan sekadar mengeluarkan duit lalu diberikan kepada orang miskin.

Namun, tidak dinafikan juga bahawa dengan kehadiran orang miskin, menyebabkan orang kaya mudah mendapat dosa. Seperti, dengan sifat bakhil mereka terhadap orang miskin.

Antara sifat yang boleh menyebabkan orang kaya menempah bala hidup di akhirat dengan tindakan mereka di dunia adalah, dengan cara mereka berbangga-bangga dan mengambil sikap sombong terhadap orang miskin.

Tindakan menjadikan emas dan perak sebagai barang perhiasan yang bersifat melampau-lampau, seperti menjadikannya sebagai alat tulis, alat celak, untuk perhiasan rumah, dewan, masjid, kedai dan sebagainya, merupakan tindakan yang amat tercela, malahan ia boleh disifatkan amalan orang-orang yang sombong sahaja. tindakan ini, sudah pasti akan mengguris perasaan orang miskin, apabila mereka melihatnya.

Daripada menjadikan emas dan perak itu sebagai perhiasan yang bersifat melampau, alangkah baiknya jika ia dijadikan hadiah dan sedekah terhadap orang Miskin, sudah pasti ia memberi keseronokkan hidup bagi si miskin.

Justeru, tidak hairan Islam mengharamkan penggunaan emas dan perak ini dalam bentuk yang melampau, sehingga tidak boleh dijadikan sebagai bekas dan alat makan dan minum.

(c)

Emas dan perak yang dijadikan perhiasan yang melampau, sehingga menjadikannya sebagai alat dan bekas makan dan minum, merupakan amalan jahiliyyah yang amat jauh jika dibandingkan dengan amalan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Justeru, apabila ada sebilangan umat Islam menjadikan emas dan perak ini sebagai alat dan bekas makan dan minum, bermakna tindakan itu telah menyerupai jahiliyyah dan musyrikin, walhal amalan itu adalah teramat terlarang didalam islam.

Dalam hadis, Nabi SAW ada melarang daripada menyerupai musyrikin, yahudi dan Nasrani.

Sabda Nabi SAW;

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya;
”Hendaklah kamu tidak menyerupai orang-orang musyrikin
[4]

Larangan itu bersebab, mereka menjadikan dunia sebagai kehidupan abadi, walhal umat Islam di ajar, kehidupan yang abadi adalah di akhirat kelak, dan dunia sekadar tempat untuk bercucuk tanam dalam mendapat hasilnya di akhirat nanti.

Seperti kata hukama’;

الدنيا مزرعة الآخرة

Maksudnya;
”Dunia sebagai tempat cucuk tanam untuk menuju akhirat
[5]

Bahkan, jika perhatikan kepada nabi SAW, kita akan dapati bahawa Baginda SAW amat mementingkan kehidupan akhirat berbanding dunia.

Dalam kitab Tafsir al-Alusi, dinukilkan satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud yang bercerita, bahawa satu hari Nabi SAW tidur atas satu hamparan tikar. Ketika baginda SAW bangun dari tidur, maka kelihatan kesan tikar pada belikat Nabi SAW.

Melihat keadaan itu, menyebabkan sahabat merasa terkesan dalam hati mereka, sehingga mereka sanggup memberikan kemewahan mereka kepada Nabi SAW.

Mendengar tawaran itu, nabi SAW terus bersabda;

ما لي وللدنيا ما أنا في الدنيا إلا كراكب استظل تحت شجرة ثم راح وتركها

Maksudnya;
”Tiada ada apa untukku dan untuk dunia. Tidaklah aku ini di dunia, melainkan seperti orang yang dalam permusafiran. Aku berteduh di bawah sebatang pokok, kemudian aku sambung permusafiranku dan meninggalkan pokok itu
[6]

Memahami ini, tidak hairanlah Allah SWT mengharamkan kepada orang islam makan dan minum memggunakan alat dan bekas dari emas dan perak.





[1] Al-Bukhari : 5006.
[2] Al-Fiqh Al-Manhaji (terjemahan) : 3/674.
[3] 677.
[4] Al-Bukhari :
[5] Nazm Ad-Durar : 2/21.
[6] Al-Alusi : 9/262.

Khamis, 6 Mei 2010

TIDAK MINUM BERDIRI


Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata;

أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً

Maksudnya;
“sesungguhnya Nabi SAW melarang minum air dalam keadaan berdiri
[1]

Cegahan berbentuk larangan dari nabi SAW dalam hadis ini, bukan larangan yang berbentuk haram, tetapi sekadar larangan yang boleh menjadi makruh. Dengan erti-kata yang lain, larangan itu menggambarkan adab yang ditekankan ketika sedang minum.

(a)

Adab bukan sesuatu perkara yang dimestikan agar dilakukan. Ia sekadar galakan agar dilakukan supaya ia mempamerkan satu suasana yang indah dan murni pada diri seseorang manusia.

Apabila disebut gambaran tidak elok bagi mereka yang minum air dalam keadaan berdiri, maka terlebih buruk jika seseorang itu minum air dalam keadaan sedang berjalan dan berlari.

Cuba bayangkan, bagaimana keadaan kita minum air dalam keadaan sedang berlari. di kala kita berlari, kita sedang bernafas dengan agak laju, lalu kita minum air, sudah pasti agak memudahkan seseorang itu tersedak ketika sedang minum air.

Adapun ketika sedang duduk, unsur ketenangan itu wujud. Bernafas juga tidak begitu laju, menyebabkan laluan dalam tengkok kita ketika kita minum air agak senang.

Minum air sehingga tersedak, bukanlah satu gambaran yang baik. Dilihat oleh manusia, pasti manusia akan terfikir seribu satu tafsiran negatif.

(b)

Dalam buku ”Al-Quran kitab kedoktoran : rahsia kemukjizatan sains
[2]” karangan Prof. Dr Yusuf Al-Haj Ahmad berkata;

”Dr Abdurrazak Al-Kailani mengatakan, Makan dan minum sambil duduk lebih menyehatkan, lebih aman, lebih nyaman dan lebih nikmat. Sebab, apa yang dimakan dan apa yang diminum akan melahir ke dalam dinding lambung dengan perlahan dan lembut”

Dinyatakan juga, ”sedangkan makan dan minum sambil berdiri membuatkan minuman dan makanan langsung mengalir ke dasar lambung dengan deras. Jika ini berlaku berulang-ulang, maka lambat laung kinerja lambung akan menurun dan semakin lambat sehingga ia akan melahirkan masalah pencernaan”

Dinukilkan juga perkataan Dr Ibrahim Rawi;

”ketika seseorang berdiri, saraf-saraf tubuh manusia akan menegang dan sistem keseimbangan dalam pusat-pusat sarafnya juga mengalami hiper-aktif sehingga orang tersebut mampu mengendalikan seluruh otot tubuh untuk melakukan proses equilibrasi dan berdiri tegak”

”apabila manusia berada dalam keadaan sedemikian, manusia tidak akan mampu memperolehi ketenangan fisik yang merupakan syarat penting yang harus dipenuhi ketika makan dan minum.

”ketenangan ini tidak akan terhasil melainkan dengan duduk; iaitu ketika seluruh jaringan saraf dan otot berada dalam keadaan tenang dan santai. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti sistem pencernaan pun meningkat”

Dr Ibrahim Rawi menambah lagi, ”makan dan minum dalam keadaan berdiri menimbulkan gelombang retroaktif saraf yang sangat kuat yang dilakukan oleh hujung-hujung saraf vagus yang tersebar dalam lambung. Jika gelombang retroaktif saraf berlaku secara kuat, ia akan melepaskan kontrol saraf yang berbahaya, yang memberi kesan pada jantung; yang boleh menyebabkan pengsan dan mati secara mendadak”

Ditambahi lagi, ”kebiasaan makan dan minum dalam keadaan berdiri akan memberi bahaya pada keselamatan dinding lambung dan memungkin terjadinya pembusukan dalam lambung”

(c)

Tidak semua keadaan minum air itu terlarang dalam keadaan berdiri, malahan dalam beberapa keadaan, minum air berdiri adalah digalakkan. Antaranya adalah, ketika sedang minum air zam zam.

Dalam kitab As-Syamail Al-Muhammadiyyah, Imam At-Tarmizi ada mendatangkan satu hadis daripada Ibnu Abbas berkata;

أن النبي صلى الله عليه وسلم شرب من زمزم وهو قائم

Maksudnya;
”Sesungguhnya Nabi SAW minum daripada air zam-zam dalam keadaan berdiri
[3]

Apakah keistimewaan air zam-zam sehingga Nabi SAW minum dalam keadaan berdiri? Tidak diketahui hikmatnya; diserahkan kepada Allah yang maha mengetahui.

Namun, mengikut pengkajian saintifik didapati air zam-zam mempunyai keistimewaan yang cukup besar.

(d)

Sepertimana diketahui umum, air zam-zam adalah satu telaga yang asal dijumpainya oleh Hajar bersama anaknya, Nabi ismail.

Dalam sejarah telah tercatit, bahawa Ibrahim AS mempunyai seorang Isteri yang bernama Sarah. Namun, sarah tidak dapat memberikan zuriat kepada Ibrahim, menyebabkan Sarah sendiri telah mencadangkan kepada Ibrahim supaya berkahwin dengan Hajar.

Hajar merupakan seorang perempuan yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada Ibrahim. Setelah dibawa pulang, Ibrahim telah memberi hadiah Hajar kepada Sarah, untuk dijadikan dayang
[4].

Perkahwinan antara Nabi Ibrahim dengan Hajar, menyebabkan mereka dikurniakan seorang anak yang bernama Ismail. Disebabkan Hajar telah memberikan anak kepada Ibrahim, menyebabkan kemesraan antara Ibrahim dan Hajar ini agak berlainan dengan Sarah. Rupa-rupanya, ia merupakan bibit awal ketidakpuasan hati Sarah menyebabkan dia meminta Ibrahim agar menjauhkan Hajar dari penglihatan matanya.

Permintaan Sarah itu, diminta oleh Allah agar dikabulkan oleh Ibrahim. Berbekalkan ketaqwaan dan tawakkal hati kepada Allah, Ibrahim telah membawa isterinya, hajar dan anaknya, Ismail kearah tempat yang tidak mempunyai destinasi pun.

Apabila sampai di satu padang pasir yang dipenuhi dengan batu-batu, tanpa terdapat sumber makanan, waima saluran air; ketika sampai di situ, Ibrahim AS diarahkan oleh Allah agar ditinggalkan isteri dan anaknya di situ.

Dengan berat hati, Ibrahim terpaksa meninggalkan anaknya, Ismail dan isterinya, Hajar. Alangkah sedih dan cemas hati Hajar apabila ditinggalkan ditempat tersebut bersama dengan anaknya. Dalam keadaan menangis, Hajar telah memegang kuat baju Ibrahim memohon belas kasihan agar tidak ditinggalkan.

Perasaan sedih dan tidak tergamak itu muncul dalam hati Ibrahim AS. Namun mengenangkan ia sebagai arahan Allah, dalam keadaan berat hati, Ibrahim tetap berkeras meninggalkan anak dan isterinya disitu.

Setelah meninggalkan anak dan isterinya, Ibrahim menyerahkan semuanya kepada Allah. Ibrahim AS berdoa;

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Maksudnya;
”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”

(Surah IBrahim : 37)

Berkat doa Ibrahim AS itu, maka dikurniakan oleh Allah ditempat itu sebuah perigi yang sejak dahulu sehingga kini tidak pernah kering, iaitu Zam Zam.

(e)

Setelah peninggalan Ibrahim, banyak kejadian-kejadian berlaku kepada Hajar dan anaknya, Ismail. Bekalan makanan yang ditinggalkan sudah kehabisan, menyebabkan Hajar mula merasa beban hidup yang harus ditanggungnya.

Anak kecil yang sedang menyusu itu mula menangis. Susu hajar sudah mula mengering disebabkan ketiadaan makanan, menyebabkan kesusahan hati hajar semakin memuncak. Dia mula berlari ke safa dan marwah untuk mencari air.

Ketika berada di safa, di lihat seperti wujud air di Marwah, maka terus dia berlari ke arah marwah. Sesampai di marwah, tidak kelihatan langsung air, tetapi kelihatan seperti wujud air di safa pula.

Ternyata, semua itu adalah fatamorgana, menyebabkan dia keletihan sehingga hatinya sudah berputus asa, dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Dalam keadaan demikianlah, Allah telah mengutuskan Jibril memancutkan air di satu lembah, menyebabkan hajar merasa lega dan gembira. Dia terus berlari ke arah air dan terus membasahkan bibir anaknya, Ismail dengan air tersebut
[5]. Itulah, air zam zam yang diberikan Allah banyak keberkatan dan keistimewaannya.

(f)

Jika kita meneliti hadis, banyak sabdaan Nabi SAW menyebut tentang kelebihan air zam-zam. Antaranya adalah, Nabi SAW ada bersabda berkenaan air zam-zam dengan kata Baginda;

إنها طعام طعم وشفاء سقم

Maksudnya;
“Ia adalah makanan yang dimakan, dan ubat bagi penyakit”
[6]

Juga hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda;

ماء زمزم لما شرب له إن شربته تشتفي به شفاك الله وإن شربته لشبعك أشبعك الله

Maksudnya;
“Air zam-zam itu bergantung maksud diminumnya. Jika kamu minumnya, kamu akan sembuh dari penyakit dengan sebab Allah yang menyembuhkannya. Jika kamu minumnya, kamu akan berasa kenyang yang Allah kenyangkan dengannya
[7]

Menurut buku “Al-‘Ijaz Al-‘Ilmi fi As-Sunnah An-Nabawiyyah” dalam juzuk pertama, karangan Dr Zaghlul Najar ada menyatakan bahawa, air zam-zam adalah air karbonat yang tajam dan kaya dengan unsure-unsur dan komposisi kimia bermanfaat yang mencapai sekitar 2000 Miligram perliternya. Jika dibandingkan dengan gram di air diluar Makkah, ia sekadar mencapai 260 miligram perliternya sahaja
[8].

Dalam buku “Quran Saintifik
[9]” karangan Dr Danial Zainal Abidin ada menukilkan satu sejarah yang berlaku pada bulan april 1960. iaitu, ada seorang Doktor bernama Dr Ahmad Muhammad Kamal daripada kaherah menulis dalam majalah Ad-Doktor.

Dinyatakan bahawa air zam-zam pernah dicemari dengan teruk sehingga memberi merbahaya kepada kesihatan. Ini terjadi, disebabkan factor telaga zam zam berada di paras yang rendah, menyebabkan kotoran-kotoran dari kawasan yang tinggi masuk dalam telaga.

Tulisan Dr Ahmad Muhammad Kamal ini tersebar di akhbar-akhbar barat sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam. Lantaran, Raja Faisal telah mengarahkan kementerian pertanian dan Sumber Air Saudi Arabia bertindak mengambil sampil-sampil air zam zam bagi diuji kaji. Sebagian daripada sampil-sampil itu dihantar ke makmak-makmal di eropah.

Setelah kajian dibuat, didapati air zam zam mengandungi kadar kalsium dan magnesium yang tinggi. Hal ini memberi jawapan persoalan mengapa jemaah haji sentiasa kelihatan segar selepas minum air zam-zam. Air zam zam juga, didapati mengandungi kadar fluoride yang tinggi berbanding sumber air yang lain.

Kajian ini menakjubkan, terutama air zam-zam tidak pernah dirawat dengan menggunakan klorin atau seumpamanya, namun ia selamat diminum sehingga ke hari ini.

Dalam buku yang sama juga ada menyebut, bahawa satu kajian berhubung air zam zam dilakukan oleh empat orang pakar dari suruhanjaya kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commission), iaitu M.A Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamghir. Dalam kajian mereka, didapati bahawa air zam zam jika mahu dibandingkan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump Water). Pakar-pakar itu mendapati air zam zam wujud secara tabi’I dalam bentuk alkali. Ekoran itu, ia dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut, sekaligus mampu mencegah penyakit gastric.

Tambahan lagi, didapati dalam air zam zam terdapat kadar iodine, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) yang tinggi. Dengan itu, ia lebih memberi banyak keselamatan dari sudut kesihatan manusia, berbanding mereka minum air mineral yang lain.



[1] Muslim : 3771.
[2] 123-125.
[3] As-Syamail Al-Muhammadiyyah : 205.
[4] Kisah-kisah para nabi dan Rasul : 119.
[5] Kisah-kisah para Nabi dan Rasul : 138.
[6] tafsir Al-Qurtubi : 1/423
[7] Tafsir Al-Qurtubi : 9/370
[8] (terjemahan) : 1/106
[9] 232.

Rabu, 5 Mei 2010

PRESIDEN PAS DI MALDIVES


PAS telah menjalinkan kerjasama politik dalam satu perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Presiden PAS dengan Parti Islam Aadaalah, Maldives. Kelihatan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sedang bersalaman dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Maldives, yang merupakan Presiden Parti Islam Aadalah, Hussain Rasheed Ahmed.

UTUSAN AKUI UMNO/BN KAWAN YAHUDI


Hari ini utusan Malaysia telah pun membuat pengakuan terbuka tentang betapa akrabnya hubungan negara kita dengan yahudi… dengan memetik tulisan Rachel Motte, iaitu seorang penulis penyokong kuat sistem kapitalis dan konservatif Amerika…

Motte menyatakan bahawa beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia… dan katanya lagi... ini bukan kali pertama Anwar mengambil jalan ini dan beliau mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian…

sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte juga amat berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya lagi, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dengan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat. Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara...

Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

Motte berkata, jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." Kata Motte lagi, "Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika…

Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika. Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang. (sila baca)

baca sama:
Anwar Khianati kawan (Utusan Meroyan)

Selasa, 4 Mei 2010

SATU LAGI KES POLIS BUNUH RAKYAT?

Mohamad Taufik Noorzan, 21. Seorang Pemuda OKU yang telah ditembak polis sampai mati dalam keadaan tangannya sedang bergari. (sila baca)

Nampaknya, sejak PM Malaysia berkawan dengan Israel, semakin ganas kelihatan anggota-anggota polis di malaysia. Mereka tidak ubah seperti Israel yang sedang dahagakan darah rakyat Palestine.

Isnin, 3 Mei 2010

TADABBUR AYAT KE-2, SURAH AL-BAQARAH

Al-Baqarah, makna bahasa melayunya adalah lembu betina

Firman Allah;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
“Kitab itu, tiada keraguan dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

(1)

Sebelum dari penurunan al-Quran, sudah terdapat kitab yang telah diturunkan kepada umat-umat sebelum ini; seperti Zabur, Injil dan Taurat. Namun begitu, kesemua kitab-kitab itu telah diselewengan, menyebabkan ia jadi tidak asli lagi.

Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maksudnya;
“kecelakaan bagi mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, kemudian mendakwa ia datang dari Allah”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Apabila kitab-kitab itu bukan lagi dari perkataan Allah, malahan sudah bercampur antara perkataan Allah dan perkataan rahib-rahib dan paderi-paderi, menyebabkan kitab-kitab tersebut sudah diragui.

Adapun Al-Quran, ia adalah kitab yang tidak tercampur aduk dengan sebarang kalam makhluk, bahkan ia adalah kalam Allah SWT seratus peratus.

Ekoran itu, Allah SWT menyebut;

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ

Maksudnya;
”kitab itu, tiada keraguan didalamnya”

(2)

Kenapa Allah menggunakan kalimah ”Al-Kitab” dalam ayat ini. mengapa Allah tidak menggunakan kalimah ”Al-Quran”, kerana ia lebih jelas dan nyata?

Sengaja Allah menggunakan kalimah Al-Kitab, tidak menggunakan kalimah Al-Quran. Ia adalah kerana, sebelum penurunan al-Quran, terdapat beberapa puak-puak yang mengatakan mempunyai kitab juga, iaitu yahudi dan nasrani.

Namun, kalimah Al-Kitab yang Allah sebut dalam ayat ini, didatangkan dengan alif dan lim Ma’rifah, sudah pasti ia merujuk kepada al-Quran.

Lebih-lebih lagi, Surah Al-baqarah adalah surah yang banyak berbicara tentang yahudi, ekoran itu ia didatangkan dengan kalimah Al-Kitab, bukan kalimah Al-Quran.

(3)

Kalimah ”Zalika” bermakna ”itu”. kenapa Allah tidak menggunakan kalimah ”Haza” yang diterjemah sebagai ”ini”?

Kalimah zalika bermakna itu. apabila disebut itu, sudah pasti ia adalah isim isyarat yang merujuk kepada tunjuk kepada benda yang jauh. Adapun jika diguna kalimah ”Haza” yang merujuk kepada makna ”ini”, sudah pasti ia memberi maksud sesuatu yang dekat.

Hikmah Allah SWT, tidak menggunakan kalimah ”haza” iaitu diterjemah sebagai ”ini”, tetapi menggunakan kalimah ”zalika”, iaitu itu adalah kerana, Allah SWT hendak menyatakan bahawa Al-Quran itu jika mahu dibandingkan dengan kitab-kitab terdahulu, seperti taurat dan Injil, jauh lebih tidak diragui. Adapun kitab sebelum ini, dipenuhi dengan seribu satu keraguan.

(4)

Firman Allah;

هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
”petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”

Ada beberapa keadaan, iaitu seperti berikut;

Pertama,

Kita tidak pernah sampai ke Kota Bharu. Apabila kita mahu ke sana, kita memerlukan beberapa petunjuk jalan, seperti berhajat kepada papan tanda, atau ada orang yang lebih mengetahui menunjuk jalan kepada kita.

Kedua,

Apabila kita sudah berkali-kali ke Kota Bharu, kadang-kadang jalan ke Kota Bharu itu telah kita hafal. Bukan sekadar hafal, malahan apabila kita ke Kota Bharu, tanpa papan tanda dan orang tertentu tunjuk jalan pun, kita sudah tahu jalan ke Kota Bharu.

Ketiga,

Burung yang keluar mencari makanan untuk anak-anaknya, tidak perlu kepada pandai membaca papan tanda dan sesiapa pun tunjuk ajar. Tetapi, setelah dia keluar untuk mencari makan, sejauh mana pun ia pergi, pasti ia akan jumpa jalan pulang, untuk diberikan makanan kepada anak-anaknya.

Justeru, hidayah yang diterjemah sebagai petunjuk juga begitu.

Ada hidayah yang tidak perlu diajar, bahkan kita boleh memahaminya dengan penerimaan akal yang sihat; fitrah yang telah diberi oleh Allah SWT.

Benci kena curi, kena rompak, dikhianati dan sebagainya merupakan kehendak fitrah manusiawi. Justeru, waima tidak disebut dalam al-Quran pun, ia sudah dimengerti oleh manusia.

Ada pula hidayah yang perlu kita pelajari. Iaitu, dalam perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta’zir. Ia tidak boleh dilaksanakan jika tidak diberi kefahaman. Justeru, ia perlu diajar agar umat memahaminya.

Kemudharatan pada kerosakan nasab dengan sebab, ramai manusia tidak mengerti. Ekoran itu, Allah SWT mendatangkan ayat khusus tentang larangan zina.

Apabila setiap hari kita berjumpa dengan sesuatu amalan hidayah, dan kita lakukan. Apabila setiap hari kita lakukan, menyebabkan kita akan melakukannya tanpa perlu diajar lagi.

Seperti, kita yang selalu menunaikan solat pada setiap hari. Apabila dilakukan setiap hari, menyebabkan kita boleh tunaikan tanpa diajar banyak, bahkan amalan harian itu menyebabkan kita terbiasa.

Orang bertaqwa adalah orang yang sudah terbiasa dengan amalan al-Quran. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, ”Ia (Al-Quran) adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa”.

Sekian

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 Mei 2010 * 4:57 Pagi

MASJID BUKAN GEREJA

Noh Omar berkata;

“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.

“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.

“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor. (Sila Klik)

KOMEN:

(1)

Apabila disebut masjid, sudah pasti ia disebut sebagai rumah Allah. Allah SWT menurunkan Islam; agama yang syumul, merangkumi semua perkara, termasuk ekonomi, budaya, politik dan sebagainya.

Mengatakan bahawa tidak layak bercakap politik dalam rumah Allah, sama seperti mengatakan bahawa Agama Allah ini tidak cukup sempurna. Justeru, mana hendak diletakkan maksud Firman Allah SWT;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

maksudnya;
"Hari ini, Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan atas kamu nikmat-nikmat-Ku, dan aku Redha bagi bagi kamu islam sebagai agama"

(Surah Al-Maidah : 3)

(2)

sejak 1511 lagi, tanah melayu telah dijajah oleh pemikiran selain Islam. Bermula dengan Portugis, belanda, Inggeris, Jepun dan akhirnya UMNO/BN/APCO. Mungkin kebekuan pemikiran barat ini, menyebabkan orang memahami islam ala paderi @ kristian. Apabila disebut agama, maka difahami fungsi masjid seperti fungsi Gereja.

Inilah yang disebut sebagai "agama suku, politik suku". Pemikiran halus ini wajib dihapuskan. Jika ada ulama yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh berbicara politik, maka pasti ulama itu adalah ulama berfikiran penjajah. Ia sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak ada beda dengan paderi di gereja-gereja.

(3)

Islam ini bukan dilihat datang dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau tidak. Kebenaran islam dirujuk kepada sumber yang asli; Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang dibuat oleh nabi, maka itu adalah kebenaran.

Jika ada ulama yang mengeluarkan fatwa tidak sealiran dengan nabi, pasti ulama itu adalah ulama songsang. persoalannya, apakah nabi SAW menggunakan masjid untuk politik?

ya, Politik nabi SAW adalah politik Islam. politik nabi bukan politik perkauman seperti UMNO. Politik Nabi SAW bukan politik penindasan. Politik nabi bukan politik jual negara. Politik nabi SAW adalah politik menuju kepada kejayaan umat di dunia dan di akhirat. politik nabi SAW adalah politik keadilan sejagat.

Justeru itulah, nabi SAW bercakap politik dalam masjid. UMNO tidak relevan bercakap politik dalam masjid, kerana politik mereka perkauman, penindasan, jual negara dan banyak lagi.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Bulatan Pahang
4 Mei 2010 * 12:35 pagi


ISLAM BUKAN AGAMA YANG DIDOKTRINKAN (2)

(1)

Jika mahu dikatakan kepada kepercayaan semata-mata, agama lain juga wujud kepercayaan. Tidak dikatakan agama, jika tanpa kepercayaan. Cuma yang wajib difikirkan adalah, apakah kepercayaan itu adalah sesuatu yang benar atau tidak, maka itu perlu dibahaskan.

Sesuatu tempat itu tidak akan dikatakan berhantu, melainkan wujudnya kepercayaan bahawa tempat itu adalah berhantu. Namun, apakah benar tempat itu benar-benar berhantu?

Begitujuga dengan Agama selain islam. Ia berasaskan juga kepada kepercayaan, tetapi ia tidak berasaskan kepada kepercayaan yang bersandarkan kebenaran. Konsep tahayul, purba sangka dan sebagainya, merupakan kepercayaan juga.

Penyebar agama selain Islam hendak mempromosi pemikiran agama mereka, sudah pasti terpaksa melakukan sesuatu tindakan. Tindakan tersebut dinamakan usaha pendoktrian.

Ya, memang benar doktrin itu adalah kepercayaan. Tetapi, maksud doktrin adalah kepercayaan terhadap sesuatu yang dianggap benar (sekali lagi : dianggap benar), bukan ia sememangnya benar.

Adapun kebenaran, ia tidak perlu didoktrinkan, tetapi ia perlu kepada memberi kefahaman. Nyatanya, Kebenaran tidak perlu kepada pendoktrian. Kebenaran pasti akan diterima oleh manusia, jika mereka menilai dengan akal yang sihat dan jiwa yang bersih.

Lihatlah orang kuffar zaman nabi SAW. Mereka melawan nabi SAW dengan mewujudkan doktrin khurafat. Mereka menyeksa Bilal bin rabah yang memeluk islam dengan berusaha menanam doktrin bahawa Al-lata Wa Al-Uzza sebagai tuhan yang memberi rezeki, walhal ia tidak begitu.

(2)

Jika kita merenung jauh ke sejarah lampau; zaman kegelapan eropah. Kita dapat melihat, bagaimana punca kegelapan itu berlaku.

Semuanya bermula dengan sebab pendoktrian sesat yang dilakukan oleh paderi dikala itu. Para paderi menyatakan bahawa paderi sahaja dapat menentukan hala tuju Negara, tanpa memberi ruang kepada golongan bawahan memberi pendapat.

Semua pendapat golongan bawahan dianggap sebagai "najis". Pendapat yang diterima adalah pendapat gereja sahaja.

Jika bawahan hendak mengeluarkan pendapat, hendaklah sealiran dengan pendapat gereja. jika tidak sealiran, pasti golongan bawahan akan mendapat fatwa jijik; seperti kafir, ahli neraka dan sebagainya.

Doktrin takutkan azab neraka jika melawan golongan paderi telah berjaya diserap masuk. Akibatnya, golongan paderi menjadi kuat; bukan sekadar kuat, bahkan ia menjadi peluang golongan paderi mengaut kekayaan. Mereka adalah golongan kapitalis 'bertopeng' agama.

Namun, perkembangan keilmuan di baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah harun Ar-rashid (763-809) di Baghdad menyebabkan lahirnya beberapa tokoh ilmuan yang hebat, seperti al-farabi, Ibnu Sina, Ibnu Ar-Rushd dan sebagainya.

Al-farabi sebagai contoh, telah membuka balik pemikiran Aristotle. Ibnu Rushd sendiri dengan pemikiran falsafah islam yang mengkagumkan (sehingga berlaku debat antara beliau dengan Imam Al-Ghazali : sila lihat Tahafut Falasifah dan Tahafut at-tahafut) sehingga beliau mendapat jolokan 'Plato islam'.

Tokoh-tokoh pemikir Islam ini mendapat tempat dikalangan sarjana barat, menyebabkan Pemikiran ini telah mempengaruhi banyak pemikir-pemikir barat, seperti Amanual Kant, William Harvey, Spinoza dan banyak lagi.

Pemikiran ini menjadi asas utama serangan mereka terhadap golongan 'doktrian gereja', menyebabkan golongan gereja rebah menyembah bumi. Positifnya, lihatlah kepada pembangunan dunia keilmuan dan cara berfikir orang barat. Cuma agak Sedih sedikit, apabila dunia keilmuan mereka hebat tanpa naungan wahyu, menyebabkan keilmuan mereka tidak membawa kepada ketaqwaan kepada Allah.

(3)

Secara kasarnya, kita akan dapat fahami bahawa doktrin boleh dikalahkan dengan kefahaman. Asas kefahaman yang dibawa oleh golongan pemikir-pemikir barat, menyebabkan golongan canduan gereja berjaya dihapuskan.

Apa wajib kita fikirkan, pendoktrian itu dikalahkan oleh golongan pemikir-pemikir yang mereka mencedoknya dari sumber tamadun islam. Dengan kata lain, golongan gereja sebenarnya telah dikalahkan dengan sumber Islam, Cuma sumber islam ini telah dimanfaatkan oleh golongan mereka sendiri.

Hakikatnya, Islam mengajar tentang kefahaman, bukan pendoktrian. Jika diasaskan juga dengan pendoktrian, bermakna ia adalah satu kepalsuan, walhal Islam bukan agama palsu; jauh sekali jika mahu disamakan dengan cara pemikiran paderi di zaman kegelapan eropah.

Menyatakan bahawa islam diasaskan kepada pendokrian, merupakan satu tindakan yang sama dengan cara Darwin menyebarkan doktrin bahawa manusia itu berasal dari beruk.

Bersambung….

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Jalan Pahang
3 Mei 2010 * 11:49 Malam








ISLAM BUKAN AGAMA YANG DIDOKTRINKAN


(1)

Nabi SAW adalah manusia yang bersih. Dia memisahkan dirinya daripada masyarakat Makkah yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Dia berada dalam gua hira’.

Sedang berada dalam gua Hira’, Allah SWT telah mengirimkan kepada Baginda SAW seorang Malaikat. Jibril namanya. Dia mengajar kepada Baginda SAW satu surah yang mengandungi seribu satu maqasid dan hikmah yang perlu dipelajari.

Surah Iqra’, merupakan surah yang mula-mula sekali diturunkan oleh Allah. Makna ’Iqra’ adalah, bacalah. Apabila disebut membaca, sudah pasti ia berkaitan dengan ilmu; berbentuk kefahaman.

(2)

Kefahaman dalam Islam ini, amat ditekankan kepada mereka yang mahu masuk Islam. Tidak dinafikan, hidayah itu adalah pilihan Allah. Tetapi, adalah satu perkara yang bercanggah dengan fitrah, jika dinafikan asbab al-hidayah (sebab dan punca datangnya hidayah).

Bimbang terhadap mereka yang memeluk islam bukan kerana kefahaman, menyebabkan mereka boleh keluar dari islam di masa akan datang. Mungkin mereka memeluk islam kerana hendak kahwin, kerana mahu bantuan kewangan dan sebagainya. mereka akan kekal dengan islam, di kala mereka dapat apa yang mereka mahu, tetapi setelah benda yang mereka mahu itu tidak didapati, memungkinkan mereka akan keluar dari islam.

Justeru, kefahaman terhadap Islam ini amat penting. Ekoran itu, Allah SWT berfirman dalam al-Quran;

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ

Maksudnya;
”tidak paksaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata antara petunjuk dan kesesatan”

(Surah Al-Baqarah : 256)

Makna ”ar-Rusd” adalah petunjuk. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang baligh itu disyaratkan ”sinnu Ar-Rushd”, yang diterjemah sebagai umur matang. Matang berlaku kepada mereka yang mempunyai kefahaman.

Dengan kata lain, makna ar-rushd adalah petunjuk yang berlaku bagi mereka yang mempunyai kefahaman. Inilah hikmah Allah SWT tidak menggunakan kalimah ”Al-Hidayah”, tetapi menggunakan kalimah ”Ar-Rushd” dalam ayat ini.

Apa yang boleh dipelajari, Islam meletakkan asas kefahaman sebagai perkara utama dalam kehidupan beragama bagi mereka yang mahu memeluk Islam. Ia bertujuan, mengukuhkan pegangan manusia itu terhadap agama.

(3)

Dalam buku risalah ta’lim, pasti kita akan berjumpa dengan istilah ”rukun baiah”. Rukun Bai’ah pertama adalah ”Al-Fahm”, iaitu kefahaman. Daripada rukun yang pertama itu, lahirnya pula 20 prinsip, yang dinamakan sebagai ”usul ’isyrin”.

Imam Hasan Al-Banna menyebut;

إنما أريد بالفهم أن تؤمن بأن فكرتنا أسلامية صميمة و أن نفهمه في حدود هذه الأصول العشرين الموجزة كل الإيجاز

Maksudnya;
“Perkara yang saya maksudkan dengan faham adalah hendaklah kamu meyakini bahawa fikrah kita adalah fikrah islam yang tulin, dan hendaklah kita memahami batasan-batasan prinsip dua puluh yang serba ringkas ini”

Nyata dari sini, asas dalam seseorang yang menggabungkan diri dengan sesebuah gerakan Islam, hendaklah beralaskan kepada konsep kefahaman, bukan taqlid, bukan taat buta tuli dan sebagainya.

(4)

Mendakwa ikutan kita terhadap Islam sebagai doktrin adalah sesuatu yang salah. Dalam kamus dewan bahasa menyebut;

“Doktorin : prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya diterima. Seperti doktrin Karl Marx
[1]”.

Dari definisi ini, kita akan fahami bahawa doktrin bermakna sesuatu prinsip yang ‘DIANGGAP BENAR’. Dengan kata lain, sesuatu itu sememangnya tidak benar, tetapi sengaja diwujudkan dan didoktrinkan agar dipercayai benar.

Darwin adalah satu tokoh yang berbangsa yahudi yang telah menyatakan satu teori evolosi dengan mendakwa bahawa semua manusia itu berasal daripada beruk. Peringkat awalnya, teori ini dicemuh dan diperlekeh, tetapi setelah didoktrinkan oleh sebilangan ‘orang-orang besar’, menyebabkan teori ini diterima pakai.

Nyatanya, teori ini adalah tidak benar. Tetapi, setelah didoktrinkan, menyebabkan teori ini dianggap benar.

Makanya, mendakwa bahawa agama Islam ini sesuatu yang didoktrinkan adalah satu perkara yang salah. Islam bukan agama doktrin (dianggap benar), tetapi ia adalah agama kefahaman, kerana dengan kefahaman orang akan mengetahui kebenaran.

Justeru, apabila wujud sebilangan manusia yang mengatakan perkara-perkara yang wujud dalam islam ini sebagai doktrin, bermakna dia telah menyamakan islam dengan teori-teori yang bukan bersumber dari ilahi.

Ingatlah, Islam berdiri dalam diri manusia atas asas kefahaman. Dengan kefahaman, Islam tersebar luas. Islam ditolak kerana mereka jahil (tidak faham) tentang Islam. Ramai diperingkat awal yang menerima Islam, tetapi menolak Islam di saat akhir, kerana Islam yang mereka dapat bukan Islam atas asas kefahaman, tetapi atas asas doktrin.

Bersambung....

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Mei 2010 * 4:58 petang

[1] Kamud Dewan : 311.

Ahad, 2 Mei 2010

QISAS TERHADAP PEMBUNUH AMINURRASHID


Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى

maksudnya;
"Wahai Orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu melaksanakan qisas terhadap pembunuhan (bunuh balas)"

(Surah Al-Baqarah : 178)

Perlaksanaan hukum dalam Islam, mempunyai unsur "Nakalan Min Allah", iaitu pencegahan dari Allah. Pencegahan tersebut, sudah pasti mempunyai dua unsur, (1) mencegah pembunuh tidak melakukan pembunuhan lagi, dan (2) mencegah orang yang tidak membunuh supaya tidak melakukan pembunuhan.

Selepas kejadian pembunuhan terhadap Allahyarham Aminur Rashid (15 tahun), berlaku pula tindakan ke arah yang seakan-akan sama, iaitu terhadap Muhd Nazrul Anwar (20 tahun).

Semua ini berlaku, ekoran tidak ada pencegahan yang berkesan. justeru, Islam telah memberikan alternatif hukum yang cukup baik bagi mengelak berlaku kejadian ulangan seperti ini, iaitu hukum Qisas.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Mei 2010 * 5:18 Pagi

POLIS, MAFIA NEGARA

Salah satu angkara kemafiaan Zionis APCO


Berita Pertama;

Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam. (Sila Klik)

Berita kedua:

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan. (Sila Klik)

KOMEN:

Macam mana rakyat nak bersikap adil dengan polis, kalau Polis bertindak macam Mafia. berita di malaysia dua tiga menjak ini, memperlihatkan Malaysia seperti negara cowboy, atau seperti negara gangster. Berita pembunuhan dan tembak menembak menjadi seperti biasa.

Dari mana datangnya senjata api ini?

Mungkin ini angkara penjenayah dalam Negara. Tetapi, dari mana penjenayah itu ambil senjata Api? Sudah pasti, senjata Api itu datang dari luar negara. Jika datang dari luar negara, melalui mana senjata Api itu dimasukkan ke dalam negara?

Apakah dalam negara ini, tidak ada sempadan? apakah sempadan negara ini tidak dijaga oleh KASTAM? tidak ada kastam? itu mengarut, sebab terbukti Kastam itu wujud. Peliknya, kenapa senjata api ini boleh masuk juga dalam negara? jawapannya adalah, RASUAH.. RASUAH.. RASUAH..

Negara Malaysia bukan negara yang selamat lagi untuk diduduki. UMNO/BN memerintah telah terbukti tidak berjaya. Kerajaan UMNO/BN wajib di tukar demi keselamatan Rakyat dalam negara.

Mungkin orang-orang UMNO/BN/APCO yang bodoh-bodoh tidak sedar lagi, melainkan kalau yang kena tembak itu anak, bapa, ibu, isteri atau orang yang ada kaitan rapat dengan keluarga mereka... cit bodoh betul orang UMNO/BN/APCO ni....




81 JUTA, BUKAN 77 JUTA


APCO digunakan untuk menarik pengaruh BN untuk PRU akan datang. Setahun, 77 Juta Kerajaan Malaysia (BN) bayar kepada Syarikat Israel itu.

Dalam minggu ini, terbongkar satu lagi usaha hendak menarik pengaruh BN untuk PRU akan datang. Kalau 77 Juta yang dibayar kepada APCO ini digunakan untuk membina imej BN, tetapi bayaran ini untuk memburukkan parti PAS di Kelantan, yang merupakan antara sumber penting kekuatan PR di Malaysia.

Bayaran itu tidaklah setinggi bayaran kepada APCO. Ia sekadar 4 Juta sahaja, mungkin kerana ia kosaltan dalam negara.

Bermakna, BN telah menghabiskan 77 Juta + 4 Juta = 81 Juta untuk memenangkan parti BN dalam PRU akan datang. Duit itu, duit rakyat yang membayar cukai dan sebagainya. Kita rakyat, kena nyah perkara sebegini.

sekian

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Mei 2010 * 5:06 petang

POLIS ISRAEL DAN POLIS INDIA


PERTAMA:

Kes Aminur Rashid. Mula-mula Polis dakwa dia penjenayah. kemudian, dengar pula dia gostan kereta nak langgar polis. Polis tambah lagi ajinomoto, dakwa dalam bonet kereta dia ada parang sebagai bukti dia penjenayah.

Tidak lama kemudian, kakak Aminurrasyid kata, tak ada parang. Lagipun, tidak semestinya orang yang bawa parang itu penjenayah.

Teman Aminur rashid bagitau, Aminurrashid tidak gostan kereta seperti didakwa, sebab dia terbabas itu sebab setelah ditembak yang kena di kepalanya. dengan kata lain, dia dah mati. kalau dia dah mati, macam mana dia boleh gostan kereta nak langgar polis.

Jika ini terbukti, macam mana orang nak percaya dengan polis? Polis tidak boleh salahkan rakyat, tetapi polis sendiri wajib salahkan diri mereka.

Mereka-reka bukti tuduhan, bukan sikap dan cara polis Malaysia, tetapi ia adalah sikap polis Israel.

KEDUA:

Di malaysia ini, orang yang kita boleh tengok pegang pistol atau senapang di tempat awam ini hanya polis dan askar. orang biasa tidak boleh memiliki senjata api melainkan mendapat lesen.

Kalau ada penjenayah pegang senjata api, menjadi tanggungjawab polis menangkapnya. Penjenayah kadang-kadang menembak orang awam, dan kadang-kadang tembak polis juga. tetapi jangan lupa, dalam filem hindi dan tamil, bahawa polis boleh diupah oleh penjenayah, bahkan ada juga polis itu adalah penjenayah.

Nasib baik Malaysia bukan negara india...

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Mei 2010 * 4:51 petang