Harussani dan Syaikh Ismail sound Anwar kerana mendakwa isu penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh non Muslim. Mereka sound Anwar, tapi lupa nak sound Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mempunyai bidang pengajian yang sama dengan mereka.
Pelik juga, bila dua orang agamawan ini menyatakan isu penggunaan kalimah Allah dikalangan non Muslim ini adalah isu aqidah. Aqidah siapa yang nak rosak??? Bukankah Aqidah non muslim itu sudah semulajadi lagi tidak betul???
Jika aqidah orang Islam yang dibimbangi rosak?? Bermakna, orang islam itu sendiri mempunyai aqidah yang terkeliru. Apabila aqidah mereka terkeliru, bermakna aqidah mereka “tidak jazam”. Apabila Aqidah mereka tidak jazam, menunjukkan mereka bukan orang islam lagi, tapi “kafir”. Kalau tak jelas, belajarlah kitab “matan Ummu Al-barahin” atau kitab “bakurah Al-amani” karangan Pak Da Ii. Kalau mufti tak tahu kitab-kitab tu, aku boleh tolong ajar. Sebab aku habis belajar kitab tu dengan tok guru Haji Abdullah Lubuk Tapah masa umur aku 15 tahun dulu.
Justeru, bukan penggunaan “kalimah Allah” yang dilarang, tetapi mantapkan aqidah umat Islam agar tidak terkeliru lagi; agar aqidah umat Islam jadi “jazam”.
Jika melarang juga penggunaan “kalimah Allah”, tindakan itu samalah seperti orang yang sakit jantung, tapi diberi ubat sakit kepala. Bukankah itu tindakan orang yang bodoh tahap gaban???
Apakah dua tokoh agamawan ”standart sardin cap ayam brand” ini tidak membaca Al-Quran yang menyebut;
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH,, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”
(Surah Al-Ankabut : 61)
Juga firman Allah;
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH”, Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”
(Surah Al-Ankabut : 63)
Juga firman Allah;
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH." Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”
(Surah Luqman : 25)
Nyata dari firman Allah ini menunjukkan, secara nas, Tidak ada larangan non Muslim menyebut kalimah “Allah”. Jika ada larangan, kemukakanlah dalil wahai mufti. Bukannya naikkan sentiment melayu yang berasaskan kepada assobiyyah.
Yang peliknya, mufti perak yang “cap ayam” ini menyebut;
"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja”
Ini satu kesilapan besar. Bukankah Allah itu adalah tuhan seluruh manusia. tidak kira untuk muslim, mahupun non Muslim. Apabila Allah adalah tuhan kepada semua manusia, apa salahnya mereka menyebut nama tuhan mereka.
Jika menyebut kalimah Allah disebut sebagai ”sensitiviti Islam”. persoalannya, mengapa perlu dijadikan ”sensitive” dengan keizinan yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran????
”sensitive islam” ini hanya berlaku jika bercanggah dengan Islam secara qatii. Seperti pemerintahan tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Para Isteri pemerintah yang tidak bertudung. Rasuah berlaku dikalangan ahli politik, malah berlaku juga kepada bukan ahli politik. Perjuangan assobiyyah melayu yang melampau. Dan banyak lagi perkara haram yang telah ”dibutakan” oleh mufti. Peliknya, itu tidak sensitive disisi mufti, walaupun ianya adalah sensitivie secara qatii disisi Allah SWT.
Lebih memelikkan lagi, apabila Harussani menyebut;
”Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu”
Juga Syaikh ismail berkata;
”sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan”
Nampaknya, kedua-dua tokoh agamawan ini amat terkeliru antara Islam dan melayu. Kalau Harussani menyebut, Islam adalah benteng terakhir orang melayu, seakan-akan beliau meletakkan kepentingan bangsa itu lebih utama berbanding agama. Bahkan, seakan-akan agama dicandukan demi pertahankan bangsa.
Adapun kenyataan Syaikh ismail yang menyebut agenda kedudukan orang melayu mesti dibangunkan, menampakkan kedangkalan tokoh agama ini terhadap hakikat Islam itu sendiri.
Mana mungkin orang melayu sahaja mesti dibangunkan, sedangkan tindakan sedemikian melambangkan assobiyyah yang diharamkan oleh Allah menerusi hadis Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW;
لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya;
”Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Bukan dikalangan kami mereka yang berperang atas dasar assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar assobiyyah[1]”
Dalam hadis yang lain, seorang perempuan bernama Fusailah berkata bahawa bapanya berkata;
سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ
Maksudnya;
”Aku bertanya kepada Nabi SAW. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW. Apakah dari Assobiyyah bagi seseorang menyayangi kaumnya? Menjawab Nabi : tidak, tetapi dari kalangan Assobiyyah adalah seseorang itu membantu kaumnya atas kezaliman[2]”
Tindakan mempertahankan bangsa melayu, mengambarkan mengabaikan bangsa yang lain. Tindakan ini merupakan tindakan zalim. Inilah yang dimaksudkan Nabi SAW sebagai Assobiyyah. Sedangkan Islam bersifat sejagat. Ia adalah kepunyaan semua bangsa. Justeru, bukan kemajuan melayu yang perlu dibangunkan, tetapi kemajuan keadilan sejagat, tidak kira melayu atau tidak melayu perlu diperjuangkan.
Perhatikan perjuangan Nabi SAW, yang tidak diasaskan kepada bangsa. Islam dijadikan asas perjuangan, sehinggakan berjaya mempersaudarakan antara bangsa-bangsa; seperti Aus dan Khazraj. Persaudarakan antara arab dengan ’Ajam. Ekoran dari itulah, kedengaranlah sahabat-sahabat nabi yang bernama Salman Al-Farisi, Suhaib Ar-Rumi, Bilal Al-Habsyi dan banyak lagi.
Justeru, islam mengikut pandangan dua orang agamawan ini amatlah dangkal. Kenyataan mereka ini menampakkan kebodohan agamawan tersebut terhadap bidang mereka sendiri.
Oleh itu, lebih baik dua orang agamawan ini letak jawatan, dan berikan kepada mereka yang lebih layak untuk memperkatakan islam. Kerana, kehadiran mereka dalam memperkatakan Islam sebenarnya telah mengelirukan umat Islam terhadap agama islam itu sendiri.
Sekian
p/s : Semua perkara dalam agama mesti ada dalil dan hujjahnya. Kalau tak boleh, apa dalil dan hujjahnya. Kalau boleh, apa dalil dan hujjahnya. Kalau tidak ada dalil dan hujjah, itu cakap orang jahil, walaupun namanya mufti sekalipun.
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 april 2009 * 3:29 pagi
[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Sunan Ibni majah : 3939.