Sabtu, 24 Julai 2010

TAKKAN "ULAMA" MENIPU KOT? :D

Zamry sempat jadi MB Perak. Mungkin kerana berjumpa dengan SB Harussani

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali hari ini mengakui bertemu dengan Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria pada kira-kira dua bulan yang lalu tetapi tanpa agenda sulit. (sila Klik)

Walhal, Sebelum ini SB harussani mendakwa bahawa pertemuan itu ada kaitan dengan usaha kerjasama antara PAS dan UMNO.

Ekoran itu, harakahdaily melaporkan;

"Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong" (sila Klik)

Cuma, setelah hasan ali mengakui bertemu dengan SB Harussani itu, timbul banyak soalan dan persoalan. Antaranya adalah, hasan Ali mendakwa bahawa pertemuan itu tidak sulit, walhal sebelum ini, SB Harussani berkeras tidak mahu mendedahkan nama pimpinan PAS yang berjumpa dengannya itu. Kalau ia tidak sulit, mengapa SB Harussani berkeras tidak mahu dedahkan nama pimpinan PAS itu [hasan ali]?

dan jika ia tidak sulit, mengapa di zaman IT dan kecepatan maklumat, agak lambat Hasan Ali mengeluarkan kenyataan?

"takkan tak leh berjumpa dengan mufti Harussani kot?" soal seorang kawan.

Tidak mengapa kalau berjumpa dengan Mufti Tamyiz, mufti Selangor. yang peliknya, berjumpa dengan mufti UMNO, yang mempunyai 'saham' dalam menjatuhkan kerajaan pakatan Rakyat di Perak, iaitu SB Harussani. bertemu dengan mufti yang sering mempromosi idea gabung PAS-UMNO. Masakan Mufti UMNO, kalau jumpa paderi UMNO atau sami UMNO pun orang akan persoalkan.

Dan lagi, Kalau yang jumpa itu adalah pimpinan PAS yang tidak ada skandal pertemuan sulit, ia tidak menjadi satu yang besar. Tetapi, jika yang bertemu itu orang yang sudah diketahui umum mempunyai skandal, seperti usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid, orang yang ada pertemuan sulit dengan Khir Toyo di awal 8 mac 2008 lalu, sudah pasti ia melahirkan perbincangan di kalangan rakyat.

Opss... jangan soal dan persoalkan. nanti jadi fasiq, munafiq atau kafir....


Hasan Ali dakwa, "tidak ada perbincangan kerjasama UMNO - PAS". SB Harussani dakwa, "ada perbincangan kerjasama UMNO - PAS".

Siapa pula orang dalam bulatan merah ini? Dikhabarkan, orang yang berada dalam bulatan merah ini tahu isi perbincangan antara Hasan Ali dan SB Harussani di PNB Park pada akhir bulan Mei yang lalu. Betul ke?

Jumaat, 23 Julai 2010

SURVEY MALAM SABTU


Baru pulang dari Bukit Bintang untuk Survey anak muda yang sedang lepak di sana. Hasil Survey yang dilakukan tadi, kesimpulan yang kami dapat adalah seperti berikut;

1;

Antara tiga tokoh politik di Malaysia, iaitu Tuan guru Nik Abdul Aziz, Anwar Ibrahim dan Najib. Didapati, majoriti mereka amat respek kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

2;

Apabila ditanya, apakah percaya bahawa Anwar Ibrahim melakukan amalan liwat?

Boleh dikatakan semua menjawab, tidak percaya. Dan ada kata, "tuduhan itu tidak logik"

3;

Boleh dikatakan semua mereka tidak kisah, siapa yang jadi perdana Menteri malaysia. yang penting, mereka dapat kebebasan yang sepatutnya.

4;

Boleh dikatakan, rata-rata tidak berminat dengan politik lebih dalam.

5;

Semua tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. Alasan mereka, kenaikan harga minyak tidak seimbang dengan gaji. "harga minyak naik, tapi gaji tak naik".

sekian

wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
24 Julai 2010 * 3:58 pagi


KEMPEN

RAKYAT TOLAK PEMIMPIN KHIANAT.



RAKYAT TOLAK PEMIMPIN PERKAUMAN.


RAKYAT TOLAK PEMIMPIN RASUAH.



Tidak kira ia dari Pakatan Rakyat, ataupun dari barisan nasional, malahan dari mana-mana parti sekalipun.

RAKYAT SOKONG PEMIMPIN AMANAH, PEMIMPIN KOSMOPOLITAN [TIDAK PERKAUMAN] DAN PEMIMPIN BERSIH


Khamis, 22 Julai 2010

AYAT POWER USTAZ TUAN IBRAHIM


Kata Ustaz Tuan Ibrahim, "PAS bertanding di kwsn UMNO hampir keseluruhannya. Ini bermakna sama ada UMNO menang atau PAS menang, kerusi Melayu juga dimenangi oleh orang Melayu. Jadi kekuatan orang Melayu hampir sama shj dgn perpaduan atau tidak.

"Maka dari berada dlm genggaman Melayu perasuah, penyelewengan dlm UMNO, ba...iklah orang Melayu bg peluang kpd PAS yg akan melaksanakan dasar Islam bagi keadilan utk semua"

Sumber : facebook

EKONOMI 'BERLUMBA-LUMBA MELAKUKAN KEBAIKAN'

Setiap rakyat, hendak mendapat kecukupan dalam kehidupan mereka. Apa yang mereka mahu dapatkan adalah, murah dan berkualiti. Semua ini akan tercapai sekiranya disuburkan budaya saingan.

Dalam surah Mukminun, Allah SWT ada menyenaraikan ciri-ciri orang yang sebenar-benarnya beriman dengan Allah. Antara yang disebut oleh Allah adalah golongan yang sentiasa berada dalam saingan kebaikan.

Firman Allah;

أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

Maksudnya;
"Mereka itu berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya"

(Surah Mukminun : 61)

Mengenangkan perkara inilah, tidak hairan kita akan berjumpa satu hadis. Diceritakan oleh abu hurairah bahawa, seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, lalu berkata, "tetapkan harga untuk kami".

Nabi SAW menjawab, "Yang berkuasa menetapkan harga adalah Allah, sama ada menaikkan dan menurunkan. sesungguhnya aku berharap bahawa berjumpa dengan Allah, tanpa kezaliman disisiku terhadap seorang pun".

Lalu, Baginda SAW berkata lagi, "sesungguhnya Allah adalah tuhan yang mencipta, tuhan Yang memegang dan meluaskan harga. Sesungguhnya aku berharap bahawa aku berjumpa dengan Allah tanpa aku dituntut oleh orang yang aku zaliminya, sama ada pada darah ataupun pada harta" [Sunan Abi Daud : 2993]

Sebagai rakyat bawahan yang membeli, mereka mahukan yang paling murah dan berkualiti. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti pihak-pihak pengeluar, akan berlumba-lumba sesama mereka dalam menawarkan barangan jualan mereka yang paling murah dan berkualiti kepada rakyat. Apabila keadaan ini berlaku, rakyat secara melata mendapat keuntungan, disamping tidak ternafi hak dari pihak pengeluar dan penjual.

Pihak pemodal pula, tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga barang kepada rakyat, kerana mereka merupakan golongan yang terpaksa akur dengan kehendak golongan majoriti [rakyat].

keadaan ini tidak akan berlaku, jika pemodal dipayungi oleh pihak yang berkuasa dengan apa jua nama sekalipun, seperti kouta dan sebagainya. Keadaan ini memungkinkan berlakunya pemonopolian, sedangkan ia dilarang dalam syarak islam. Keadaan ini lebih parah, apabila ia dikuotakan atas nama bangsa, sudah pasti wujud penafian hak secara tidak langsung terhadap kaum yang lain, disamping memungkinkan berlaku pengelolaan terhadap sesuatu kelolaan terhadap orang yang tidak berkelayakkan, ekoran 'lobi', rasuah dan sebagianya.

Sabda Nabi SAW:

إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya;
"Apabila disandarkan sesuatu urusan yang bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kebinasaan". [Al-bukhari : 57]

Dalam keadaan itu pula, saingan ini hendaklah dikawal oleh pemerintah, agar tidak berlaku penafian hak antara pihak penjual, pemodal dan pembeli. Justeru, tugas pemerintah adalah mengawal keadaan agar tidak wujud penafian hak yang boleh membawa kemudharatan kepada rakyat.

Kaedah fiqh menyebut;

تصرف الإمام على الراعية منوط بالمصلحة

Maksudnya;
"Tindakan penguasa harus sentiasa mengacu kepada kemaslahatan rakyat" [Fiqh muamalah : 187]

Contohnya, Seperti berlaku Monopoli atau disebut sebagai "ihtikar", iaitu yang didefinisikan oleh Imam Al-Ghazali sebagai, "penyimpanan barang niaga oleh penjual untuk menunggu melonjaknya harga pejualannya ketika harga melonjak" [ihya ulum ad din : 2/24]

Sabda Nabi SAW;

مَنْ احْتَكَرَ حُكْرَةً يُرِيدُ أَنْ يُغْلِيَ بِهَا عَلَى الْمُسْلِمِينَ فَهُوَ خَاطِئٌ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melakukan ihtikar dengan tujuan merosakkan harga pasaran, sehingga harga naik secara tajam, maka perbuatan itu adalah salah" [Musnad Ahmad : 8263]

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
23 julai 2010 * 2:37 pagi

Rabu, 21 Julai 2010

KERAJAAN TANTAWI



Antara kerajaan BN dengan kerajaan Tantawi, aku pilih kerajaan Tantawi. Sebab, Tantawi hentam ISA. Tetapi, Antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Tantawi, aku pilih kerajaan Pakatan rakyat lagi. sebab, kerajaan tantawi pertahan kouta melayu yang tidak ada beda dengan UMNO.

APA PANDANGAN ISLAM TENTANG CUKAI?

Hukum asal mengambil cukai dari rakyat adalah haram. Ini disandarkan kepada hadis, bahawa nabi SAW bersabda;

إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ

Maksudnya;
"Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka" [Musnad Ahmad : 16387]

Dalam kaedah usul fiqh, sebarang ancaman neraka menerusi nas memaksudkan perkara tersebut adalah haram. [mabahis usuliyyah fi taqsimat al-alfaz : 87]

Namun begitu, dalam beberapa keadaan, kerajaan dibenarkan mengutip cukai dari rakyat. Dr yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

و اشترط بعضهم أن يخلو بيت المال خلوا تاما حتى يجوز فرض ضرائب , و ما صنعوا ذلك إلا خشية إسراف الحكام في طلب الأموال لحاجة و لغير حاجة

Maksudnya;
"Setengah ulama mensyaratkan [mengutip cukai], bahawa dalam keadaan baitul mal [perbendaharaan negara] benar-benar kekeringan, sehingga terpaksa mengenakan cukai [kepada rakyat]. Mereka [ulama] meletakkan syarat sebegitu, tidak lain kerana bimbang berlaku pengambilan harta rakyat sewenang-wenangnya, sama ada ketika hajat atau tidak" [Fiqh Az-zakat : 2/1140]

Imam As-Syatibi pula menyatakan;

و شرط جواز ذلك كله عندهم عدالة الإمام و إيقاع التصرف في أخذ المال و إعطائه على الوجه المشروع

Maksudnya;
"Disyaratkan keharusan itu – disisi mereka [ulama] – adalah pemerintah mestilah adil, dan perbelanjaan dari sudut pengambilan harta dan pemberian harta itu atas jalan yang dibenarkan syarak" [Al-'Itisam : 2/86]

Dalam kitab Al-Mustasfa, Imam Al-Ghazali menyebut, bahawa pengambilan cukai dari rakyat adalah satu kemudharatan. Namun, apabila berhimpun antara mudharat yang kecil dan besar, maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari terjadinya mudharat yang besar. [m/s : 1/303]

Dalam Imam Al-Qurtubi pula menerangkan syarat-syarat mengambil harta rakyat dalam bentuk cukai adalah seperti berikut;

Pertama, jangan pemimpin mementingkan dirinya dengan membebankan rakyat.

Kedua, hendaklah dipentingkan kepada golongan yang paling berhajat dengan bantuan kewangan.

Dan ketiga, hendaklah disama-ratakan pembahagian negara [hasil cukai] berpandukan taraf kedudukan rakyat. [tafsir Al-Qurtubi : 11/60]

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 Julai 2010 * 5:45 pagi

"ULAMA" PEMBOHONG & "ULAMA" BERLAKON

INI ULAMA PEMBOHONG:





INI ULAMA BERLAKON:



ULASAN ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOOR:

TANTAWI DAN KUOTA MELAYU - PERKASA VERSI PAS

Tak pasal-pasal tantawi bercakap soal kuota melayu [sila klik]. Pertahankan kuota dalam wajah ini, tidak ada beda dengan cara berfikiran UMNO.

Dulu UMNO berbincang dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. Ramai orang melayu ketika itu bersama dengan UMNO. Akhirnya, malaysia berjaya mencapai kemerdekaan.

Jangan dilupa, kemerdekaan di Malaysia, bukan kemerdekaan yang sebenar. Walau british telah keluar dari Malaysia, tetapi UMNO merupakan parti yang meneruskan agenda British yang mereka tidak berjaya dilaksanakan semasa malaysia belum mencapai kemerdekaan lagi.

Pointnya, penerus agenda british adalah UMNO. Semuanya bersebab, UMNO mempunyai daya pemikiran british, bukan mempunyai pemikiran sendiri. Walau mendakwa pejuang melayu, ternyata melayu berjaya dibritishkan oleh UMNO.

Syukur kepada Allah, tuhan sekelian alam. Tuhan melayu, cina, india, malahan tuhan sekelian Alam. dengan qada' dan qadar Allah, rakyat malaysia sudah sedar bahawa cara pemikiran british yang dibawa oleh UMNO terbukti gagal. Buktinya, rakyat Malaysia semakin hari semakin menolak UMNO/BN. Penolakkan terhadap UMNO merupakan penolakkan terhadap penjajahan british secara proxi.

Makanya, rakyat mula mencari cara pemikiran alternatif. Keadaan sedang mencari ini, perlu diambil peluang oleh parti- parti alternatif dalam menarik sokongan rakyat.

Sedihnya, dikala DAP dengan konsep kesatuan rakyat dalam ekonomi, PKR dengan kebebasan dan keadilan dalam ekonomi. Tetapi Ketua Pemuda PAS masih lagi mempertahankan ekonomi dalam kerangka kuota yang berasaskan kepada bangsa.

Daripada Si Tantawi bercakap soal kuota melayu. Adalah lebih baik dia bincangkan masa depan ekonomi negara dari kacamata islam ajaran Nabi SAW. Ini baru tugas gerakan islam dalam memberikan alternatif kepada rakyat, untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS mampu memerintah mengikut acuan selain acuan UMNO.

kenyataan Tantawi ini, amat berlainan sepertimana yang disebut oleh Rab'i bin 'Amir kepada panglima Rom bernama Rostum dengan katanya;

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام

maksudnya;
"Allah melantik kami, supaya kami dapat mengeluarkan mereka yang [Allah] kehendaki daripada perhambaan sesama manusia kepada perhambaan terhadap Allah. Daripada kesempitan dunia, kepada keluasannya [atau kebebasannya]. Daripada kezaliman agama-agama, kepada keadilan Islam"

Di zaman dahulu, apabila disebut Islam, kelihatan keadilan. tetapi, pelik dengan kenyataan ketua Pemuda PAS kini, yang berserban dan berpakaian islam, tetapi kenyataannya tentang kuota melayu memperlihatkan seperti membawa mesej kesempitan dunia dan kesempitan perkauman.

sekian

berita pujian:
lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah [tuan ibrahim tuan man]

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 Julai 2010 * 3:25 Pagi

PERPADUAN MELAYU : PAK PANDIR PUN BERSTRATEGI


Ini tantawi yang pro-perpaduan arab

ini tantawi yang pro-perpaduan melayu

SB Harussani berusaha tanpa putus asa untuk menggabungkan PAS - UMNO. Sudah diam sekejap, kemudian bersuara balik. Lebih wajar berfikir, disibukkan isu ini dikala UMNO sudah mula memalu gendang PRU.

Serangan hendap yang dilakukan UMNO ini, mendapat sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO. Muhyidin dan Najib mula melaungkan 'salakkan serigala' yang berbunyi 'kokokkan ayam', dengan harapan akan ada 'ayam-ayam' dari pihak PAS yang menyahut.

Di saat itu, dua orang pimpinan PAS tertinggi PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar memberi peringatan dan nasihat agar berhati-hati dengan salakan serigala yang berbunyi kokokkan ayam itu. Ia merupakan ingatan, agar sesiapa pun dari PAS tidak terpengaruh dengan salakan serigala yang sedang memancing ayam.

Sedang nasihat dan peringatan itu sedang berkumandang dalam media, tidak semena-mena Nasaruddin tantawi berkokok menyahut kokokkan serigali. Nampaknya, kokokkan serigala ternyata berjaya mengenalkan kita, siapakah dalaman PAS diperingkat pemimpin yang benar-benar manusia, dan siapakah 'ayam'.

"syaikh.. dia berstrategi.." ada suara-suara sumbang kedengaran. Sama ada suara itu adalah suara UMNO, atau orang yang selalu mengangkat telefon Dato' razali dari syabas, sering berbual-bual tentang masa depan melayu.

"teori Strategi digunakan, dalam usaha melemahkan musuh. Kalau strategi dapat mengalahkan kita. itu bukan strategi namanya" inilah jawapan yang pernah aku berikan kepada Zulkifli Sulong satu masa dahulu. iaitu, ketika awal-awal isu UG berkumandang.

Berstrategi itu bagus, tetapi jangan kita berstrategi sepertimana pak Pandir berstrategi. Pernah pak pandir, ke kedai membeli kelembu. Sesampai di rumah, dia terus memasang kelambu di katil yang dia selalu tidur. Tiba-tiba, apabila isterinya masuk ke dalam bilik, isterinya terkejut Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu.

"kenapa abang tidur bawah katil" tanya isteri pak Pandir.

"Aku sedang bersrategi untuk menipu nyamuk la ni" ujar Pak Pandir dengan penuh kenyakinan.

Ini Strategi pak pandir. Siapa berani kata, bahawa hati Pak pandir tidak bersih kerana berstrategi ketika itu?

Itu Strategi pak pandir. bagaimana pula Strategi tantawi yang bertajuk "plan perpaduan Islam"?

Jawabnya, dia berniat baik.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
21 Julai 2010 * 6:10 Petang


Selasa, 20 Julai 2010

KOMEN ULASAN TULANG BESI

Tulang besi menulis dalam blog beliau;

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan muungkin Khairuddin Othman sekali). Saya juga pernah berkata saya sanggup bersangka baik dan kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja" (Sila Klik)

komen:

Dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di Australia, SB Harussani ada menyebut bahawa ada seorang pimpinan PAS bersama seorang peguamnya datang berbincang dengan beliau tentang perpaduan melayu di Malaysia. Tetapi, tidak dinyatakan siapa pimpinan terbabit.

Salah seorang yang hadir dalam majlis itu ada menelefonku dari Australia, memaklum dan bertanya. Sebagai orang yang melihat gambar pertemuan itu di PNB Park itu, Aku menyebut bahawa orang itu adalah Dr Hasan Ali, dan peguam itu bukan Khairuddin kerana Khairuddin bertubuh besar. Orang itu bertubuh kecil, dan aku tidak mahu menyebut nama peguam itu dalam entry ini.

sekian

Wallahu 'Alam



PASIR : UMNO KENA JAWAB



Setiusaha politik MB Selangor mendakwa;

Tambahnya, hasi daripada pasir tersebut yang meningkat sehingga RM15.3 juta sehingga pertengahan tahun ini, digunakan kerajaan negeri untuk membiayai program kebajikan termasuk Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

"Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun," katanya lagi. (sila klik)

Dari fakta yang dikemukakan, keuntungan pasir di zaman Pakatan rakyat jauh lebih menguntungkan kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat. justeru, kemana hasil pasir di zaman BN???

Khir Toyo kena jawab !!

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Shukur Idrus kena jawab !! takkan dah lupa kundang kot?? takkan lupa tasik biru kot??? takkan lupa lombong kundang kot??

NAJIB KATA, "UMNO BABI"



****

Isnin, 19 Julai 2010

SEMBANG-SEMBANG PASAL MINYAK


[1]

Dalam fiqh, Ada tiga istilah penting sebelum bincang bab minyak. Iaitu ma'adin, rikaz dan kanz.

Ma'adin bermakna galian yang wujud dalam perut bumi secara semula jadi. Kanz pula adalah, harta-harta yang ditanam dalam perut bumi oleh orang-orang terdahulu, sama ada ditanam orang islam atau orang bukan islam.

Dalam mazhab hanafi, rikaz dan ma'adin adalah benda yang sama. Ada ulama lain pula [seperti syafie] membezakan antara ma'adin yang ditempa dengan api [seperti emas dan perak] dengan ma'adin yang berbentuk cecair, seperti minyak.

walaubagaimana pun, semua perbedaan yang dikemukakan tidak disandarkan kepada nas yang sorih, tetapi disandarkan kepada qiyas.

[2]

Ulama berselisih dalam menentukan hokum minyak, apakah dibawah maksud rikaz atau dibawah maksud maadin.

Dalam mazhab maliki, hokum minyak dibawah katagori ghanimah atau fai'. Dengan kata lain, minyak yang dijumpai bukan kepunyaan individu tertentu, tetapi ia adalah milik kerajaan.

Firman Allah;

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
" Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada RasulNya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu."

(Surah Al-hasyr : 7)

Adapun dalam mazhab selain Maliki [seperti hanafi], mereka berpendapat bahawa minyak diketemui adalah dibawah maksud rikaz. Dengan makna, ia adalah kepunyaan individu yang minyak berada ditanahnya, ataupun milik orang yang berjumpa minyak tersebut.

Ini kerana, menurut pendapat mereka, seseorang yang mempunyai sebidang tanah, maka semua kandungan dalam tanahnya juga adalah miliknya.

Dalil mereka adalah, sabda nabi SAW;

مَنْ أَخَذَ مِنْ الْأَرْضِ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ خُسِفَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِينَ

Maksudnya;
"barangsiapa yang sedikit tanah orang lain tanpa hak, maka Allah akan membebaninya dengan tujuh lapis bumi " [al-bukhari : 2274]

Justeru, mereka berpendapat minyak dibawah maksud rikaz, dan pemilik minyak wajib membayar zakat.

Dalil mereka adalah hadis, dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda;

فِي الرِّكَازِ الْخُمُسُ

Maksudnya;
"pada harta rikaz, [zakatnya] satu perlima [20%] " [al-bukhari : 1403]

Ada pendapat ulama mengatakan, bahawa rikaz adalah nas yang khusus, dan fai' dan ghanimah adalah umum nas. Ini kerana, dalam nas yang menyebut fai, ghanimah dan rikaz, kesemua kiraannya, orang yang mendapat manfaatnya adalah 1/5.

Seperti hukum fai' dari surah al-hasyr ayat ke 7, yang menyebut bahawa 1/5 yang menerima manfaat adalah, [1] Allah dan rasul [kerajaan/maslahah umat], [2] ahli qurba, [3] orang-orang miskin, [4] anak-anak yatim, dan [5] Ibnu sabil.

Dan juga firman Allah;

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ

Maksudnya;
"Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil"

(Surah Al-Anfal : 41)

[3]

Dalam Islam, pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak terhadap kerajaan yang diperintahnya, sebaliknya mereka sekadar sebagai "khalifah fi Al-Ard".

Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

(Surah Al-Baqarah : 30)

Dengan perkataan lain, pemerintah sekadar menjaga dan mengurus amanah rakyat, bukan mereka boleh melakukan sewenang-wenangnya.

Justeru, apabila dalam sesuatu kerajaan itu terdapat minyak, sudah pasti tugas pemerintah adalah mengurus minyak itu mengikut kepentingan dan kemaslahatan rakyat, sepertimana yang ditekankan oleh Allah dan Rasul.

Dengan perkataan lain, sebarang tindakan dan keputusan kerajaan terhadap minyak adalah, untuk memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat, bukan mendatangkan kemudharatan terhadap mereka.

Kaedah fiqh ada menyebut;

تصرف الإمام منوط بمصلحة راعيته

Maksudnya;
"tindakan seseorang penguasa sentiasa untuk kepentingan rakyatnya"

Dan firman Allah;

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Maksudnya;
"(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan."

(Surah Al-Haj : 41)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa mereka yang diberikan kuasa ini melaksanakan tugasan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Antara maksud Kedua-dua perkara ini adalah, memberi kemaslahatan kepada rakyat, dan berusaha semampu mungkin menolak sebarang kemudharatan terhadap rakyat.

Justeru, dalam mengurus minyak ini, hendaklah dipastikan ia dapat memberi kemaslahatan kepada rakyat, disamping tidak tertimpa mudharat kepada mereka.

[4]

Timbul masalah pengurusan minyak supaya dilihat lebih cekap. Justeru, ia perlu dikelolakan oleh sesuatu syarikat tertentu, agar ia dilihat lebih memberi kesan yang baik kepada rakyat.

Justeru, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, mereka menubuhkan syarikat-syarikat swasta untuk mengurus perkara ini.

Dalam islam, penswastaan itu dilihat dari dua sudut, iaitu [1] penswastaan secara pemilikan [iqta' tamlik], dan [2] penswastaan pengurusan [iqta' intifa'].

Adapun minyak pula, ia bukan milik individu tertentu, tetapi ia adalah milik rakyat secara umum.

Sabda nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ

Maksudnya;
"orang islam itu berkongsi pada tiga perkara, air, rumput dan api. Harganya juga haram " [ibnu majah : 2463]

Ada ulama kata, minyak diqiaskan kepada api, kerana minyak adalah bahan bakar. Ada ulama lain pula mengatakan, minyak diqiaskan dengan rumput, kerana ia sebagai 'makanan' kenderaan di zaman moden ini.

Dengan maksud, minyak salah satu perkara yang dikongsikan bersama, yang tidak boleh dimonopoli oleh individu tertentu. Justeru, dengan hadis yang dikemukakan ini membawa maksud minyak tidak boleh diswastakan secara pemilikan [iqta' tamlik], tetapi yang dibenarkan adalah penswastaan pengurusan [iqta' intifa'].

Dengan maksud, sebagai kerajaan yang memerintah, untuk memajukan pengurusan minyak, dibenarkan untuk melantik mana-mana syarikat untuk mengurus minyak, bukan memberikan pemilikan minyak kepada syarikat tertentu.

[5]

Setiap perkara itu ada yang penting dan ada yang lebih penting. sesuatu perkara yang lebih penting, hendaklah didahulukan berbanding perkara yang penting. dan perkara yang penting, hendaklah didahulukan perkara yang tidak penting.

Dalam fiqh, timbangan perkara itu beralasan dengan tiga tingkatan, iaitu [1] Dharuriyyat, [2] hajiyat, dan [3] tahsinat.

Dharuriyat bermaksud, sesuatu tindakan yang tidak boleh tidak, perlu dilakukannya. Ia tidak boleh, tanpanya. Adapun hajiyat pula adalah, sesuatu yang ketiadaannya, kita boleh hidup lagi, tetapi dengan ketiadaannya itu boleh membawa kepada kepayahan dan kesusahan. Dan yang terakhir, iaitu tahsinat pula adalah, sesuatu yang menghiasi dan mencantikkan lagi kehidupan. Tanpa kewujudannya, ia tidak mendatangkan sebarang kepayahan, tetapi lebih bersifat hendak memberi penghormatan yang selayaknya.

Dari sudut minyak, apabila dilihat dari sudut kepentingannya. Ia dilihat dari dua sudut, iaitu dari sudut dharuriyat dan hajiyat.

Dari sudut Dharuriyat, minyak merupakan sumber kekuatan bagi sesuatu kerajaan dan rakyat. Adapun dari sudut hajiyat pula, ia merupakan sumber perniagaan yang boleh menambah kedudukan ekonomi sesebuah negara.

Justeru, minyak hendaklah didahulukan sebagai sumber kekuatan kerajaan dan rakyat. Adapun untuk diperniagakan dalam menambah kekuatan ekonomi negara, ia digunakan sebagai perkara yang kedua, iaitu sebagai menyokong kekuatan kerajaan sedia ada.

BIBLIOGRAFI

• Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Dr wahbah Az-Zuhaili
• Fiqh Awlawiyyat, Dr Yusuf Al-Qaradhawi
• Fiqh Zakat, Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
• Fiqh Muamalat, Dr Abdurrahman Ritonga
• Daur Al-Qiyam wa Al-Akhlak Fi Al-Iqtisad Al-Islami, Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
• Kemelut kenaikan harga minyak : kenapa kita tidak kembali kepada Islam, Zaharuddin Muhammad.
• Kerajaan pakatan rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah, wan ji Al-bakistani

Sekian

P/S : artikle ini sebagai lontaran awal. Ia terbuka kepada wacana dan perbincangan. Ia tidak semestinya tepat, dan terbuka kepada kritikan dan perbincangan.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg buloh
20 Julai 2010 * 2:11 petang

TABUNG IMPIAN RAKYAT MALAYSIA [TIRAM]

Impian yang lama. Tapi belum tercapai.

Akankah tercapai? Atau tinggal cuma impian di alam mimpi?

Impian untuk melihat Malaysia dipimpin pemimpin bersih, berjiwa rakyat, mendokong prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira bulu dan warna kulit, menerusi tonggak keadilan dan kesaksamaan. Lalu membawa ruh persaudaraan, hormat menghormati dan hidup harmoni. Membawa bersama kemakmuran yang boleh dinikmati seluruh pelusuk rakyat. Dengan bimbingan petunjuk akhlak dan hidup beragama.

Ditengah-tengah politik adu domba, satu kumpulan kaum dianggap musuh kumpulan kaum yang lain, untuk mengekalkan kuasa bagi merompak kekayaan negara dan membiarkan rakyat semakin menderita.

Fitnah dan serangan peribadi membuta tuli bertalu-talu lalu menutup kebebasan media yang menjadi teras sebuah bangsa merdeka yang berdaulat di bumi sendiri.

Yang dekat dijarakkan, yang jernih menjadi keruh, yang benar diputarbelitkan, yang sesat dijunjung, yang keparat menjadi sanjungan.

Hidup sehari-hari terasa haru biru dari Perlis sampai ke Sabah. Pertentangan, pergisiran, jenayah, ancaman, ugutan, bebanan, pembohongan dan kepungan.

Sampai bila harus begini?

Dari hari ke hari terasa semakin sempit bagai ditolak menuju lubang kubur semata-mata untuk sebuah kuasa bernama BN terus bertakhta. Terakhir, kenaikan mendadak lima dalam satu untuk menyambung hayat kerajaan yang sedang retak menunggu rebah ini.

Adakah kita semua dilahirkan hamba? Terpenjara?

Segala impian murni melihat tertegaknya 'kerajaan kita' dari rakyat untuk rakyat tidak pernah ada ruang untuk bernafas dan mengambil tempat dalam alam nyata?

Di tengah kepungan media dan salah guna instrumen kuasa, wajib bagi kita semua yang masih bernyala dalam dada sebuah impian murni bangkit mengumpul kekuatan.

Sebuah dana untuk menambah kekuatan untuk mengorak sebuah perubahan akan dilancarkan dengan nama Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM) pada 7 Ogos 2010, beberapa hari sebelum Ramadhan.

Majlis Makan Malam Perdana sempenan pelancaran akan diadakan.

Saudara saudari boleh melayari laman web khusus kami dalam sehari dua lagi untuk mengambil bahagaian dalam apa jua cara . [Sudah siap - sila layari tiram-malaysia.blogspot.com]

Harapkan kerjasama anda semua.

sumber : cetusan-hati

H 1 N 1 : Harussan1, Naj1b

sila baca:
hati-hati dengan harussani [6 julai 2010]
Agenda Kerajaan Perpaduan Akan Dihidupkan Semula oleh UMNO [11 jun 2010]

Ahad, 18 Julai 2010

MENUJU NEGARA ISLAM DALAM TEORI TASAWWUF

Tidak ada sesuatu kejayaan itu terus terlaksana melainkan perlu berhadapan dengan fasa-fasa tertentu. Bayi yang baru lahir, tidak terus boleh berjalan, tetapi terpaksa berhadapan dengan fasa merangkak, bertatih dan berjalan.

Dalam ilmu tasawwuf, proses pembersihan hati pun berhadapan dengan tiga fasa, iaitu fasa takhalli [pengosohan jiwa dari sebarang unsure dunia], tahalli [pengisian unsure-unsur akhirat dalam jiwa] dan tajalli [nyata menjadi hamba Allah yang sebenar]. Maka begitujuga untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Di sini, dipaparkan fasa-fasa dalam usaha penubuhan negara Islam yang dicadangkan mengikut teori tasawwuf. Ia seperti berikut;

FASA SATU [TAKHALLI]: JATUHKAN BN

Jatuhkan kezaliman, dan bina negara 'as-sulh', iaitu Negara yang tidak boleh digelar sebagai Negara islam, tetapi negara itu bebas dari sebarang rasuah, penyelewengan harta rakyat, tidak ada ISA, kebebasan media, system kehakiman yang terjaga dan sebagainya.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]

[surah hud : 117]

Dalam membahaskan maksud ayat ini, Dr yusuf Al-Qaradhawi menyebut, "makna zalim dalam ayat ini adalah syirik. Ini disandarkan kepada firman Allah dalam surah luqman ayat 13 yang bermaksud, "Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yg besar".. Dengan maksud, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata rakyatnya musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yg melakukan islah [kebaikan] sesama mereka" [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al islami : 355]

FASA DUA [TAHALLI] : PENGISIAN

Apabila media sudah bebas, SPR sudah tidak dikongkong lagi dan ISA sudah terhapus, maka disitu mempunyai ruang yang cukup terbuka dalam mengemukakan Islam kepada rakyat.

Firman Allah;

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ

Maksudnya;
"Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan hikmat [kebijaksanaan]"

(Surah An-nahl : 125)

FASA TIGA [TAJALLI] : TERLAKSANA NILAI-NILAI ISLAM DALAM NEGARA

Hasil dari kerja keras, menyebabkan rakyat faham Islam. justeru, mereka sendiri membentuk negara yang mempunyai nilai-nilai islam, seperti berkebajikan, kasih sayang, tidak ada penindasan, bebas dan sebagainya.

Firman Allah;

كُلُوا مِنْ رِزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

Maksudnya;
"Makanlah olehmu dari rezki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun"

(Surah As-Saba' : 15)

PENUTUP

Seseorang yang berada dalam proses pembersihan jiwa sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar [tajalli], dia berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan, seperti mendapat tekanan dari unsure keduniaan, propaganda dari bisikan iblis, dan banyak lagi.

Maka begitujuga dalam usaha melaksanakan nila-nilai islam dalam negara. Ia pasti akan berhadapan dengan berbagai-bagai rintangan, seperti tekanan dari keduniaan [kerajaan BN] seperti melayu tergugat, kouta melayu, dan sebagainya. Juga, propaganda dari bisikan iblis [UMNO] yang bernama "perpaduan melayu" dan sebagainya.

Yang perlu diingatkan adalah, "teruskan berjalan. Jangan hiraukan anjing-anjing yang menyalak. Kerana, ia adalah gangguan dalam kejayaan untuk sampai ke destinasi"

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
19 Julai 2010 * 2:02 petang

DUA KOSONG, DUA KOSONG : DUNIA KOSONG, AKHIRAT KOSONG

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai wawasan negara dan komited untuk mencapai wawasan itu.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa, walaupun Wawasan 2020 telah diilhamkan oleh Tun Mahathir, tapi kita sudah menerimanya sebagai wawasan negara dan sesiapapun selepasnya (Tun Mahathir) adalah komited untuk mencapai Wawasan 2020," katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada persidangan Dewan Negara hari ini.(sila klik)



WAJIB WALA' KEPADA HARUSSANI?

Orang dalam gambar ini ajak PAS gabung dengan UMNO. Orang ini adalah agamawan, atau lebel lunaknya "ulama". Ramai mendakwa, ulama adalah golongan yang walau tidak ma'sum pun, tetapi ia setengah dari ma'sum. Lalu ada mendakwa, kenyataan ulama wajib diwala' dan disiqah.

Siapa yang mahu siqah dan wala' dengan kenyataan "ulama" ini?

sekian

MELAYU TUKAR DASAR KUFUR KEPADA DASAR ISLAM

Melayu nak hebat bukan dengan gabung PAS - UMNO. Tetapi melayu jadi hebat, apabila melayu tukar dasar - daripada dasar kufur kepada dasar Islam.

SB Harussani menyebut, "melayu hilang kuasa selepas PRU-13". Peliknya, kenapa melayu boleh hilang kuasa sedangkan selama ini negara diperintah oleh parti UMNO yang mendakwa perjuangkan melayu.

Dari mantiq SB Harussani ini, menunjukkan bahawa UMNO merupakan punca kehilangan kuasa melayu. Kehilangan kuasa ini berpunca apabila melayu meninggalkan Islam, berfahaman kebangsaan dan perkauman sempit.

Justeru, jika SB HArussani dan UMNO sayangkan melayu, sila tukar dasar UMNO daripada kebangsaan sempit kepada Islam. Jika benar sayang kepada melayu, desak MP-MP UMNO dan ADUN-ADUN UMNO agar menukar parti - daripada UMNO kepada PAS.

seseorang berbangsa Melayu yang beragama Islam tidak akan menafikan hak bangsa selain melayu. seseorang berbangsa Melayu yang beragama islam akan menganggap cina dan india sebagai adik beradik. Seseorang berbangsa Melayu yang Islam akan menghormati hak bangsa lain, waima berbeda agama sekalipun.

Inilah melayu Islam yang ikut aturan Al-Quran dan As-Sunnah. Ia berbeda dengan seseorang berbangsa melayu "beragama" UMNO.

sekian

baca sama:
Melayu hilang kuasa pada PRU 13?
Nik Aziz : politik melayu kukuh jika UMNO tukar dasar

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
18 Julai 2010 * 3:29 petang