Khamis, 30 Disember 2010

APA YANG TAK KENA PADA ZAHARUDDIN MUHAMMAD?

satu:



dua:




dari Facebook Abe Tah, Veteran PAS dalam kepimpinan PAS kelantan


[1]

Handphoneku berbunyi. Dilihat pada screen, termaktub nama Azlan. Aku sambut panggilan itu. Setelah diberi salam dan aku membalas salamnya, aku diajak berjumpa. Aku bersedia dengan pelawaan itu.

Azlan adalah seorang pemuda PAS yang mempunyai kamera. Semasa Nasir Zakaria menyatakan persediaan untuk bertanding di DUN Paya Jaras, Azlan adalah seorang yang cukup istiqamah, sehingga ke mana sahaja Nasir berada, maka di situ dia ada untuk mengambil gambar.

Sedihnya, apabila Nasir Zakaria meninggalkan DUN Paya Jaras dengan seribu satu keraguan kerana beberapa faktor yang tidak perlu dinyatakan disini. Disamping, beberapa cerita berlaku sebelum perpindahan yang tidak dimaklumkan kepada pekerja parti, menyebabkan sebilangan pemuda merasa tidak puas hati, terutama Azlan. Lebih-lebih lagi, banyak keraguan yang timbul, tidak dijawab dengan jawapan yang memuaskan, sebaliknya hanya sekadar alasan untuk menyelamatkan diri.

Azlan mula dituduh sebagai SB oleh Nasir. Memang modus Operandi Nasir ini sama ketika berhadapan dengan orang yang tidak sealiran dengannya. Jika dahulu, dituduh seorang muslimat pusat sebagai “seperti pelacur”, sambil menunjukkan sesuatu SMS yang dia berbalas-balas sesama mereka. Begitujuga, sebilangan pemuda-pemuda PAS yang tidak bercanggah fikrah dan tindakan dengannya, amat mudah dilebelkan orang itu sebagai SB.

Tuduhan sebagai SB yang dilakukan oleh Nasir itu, dipercayai oleh Zaharuddin Muhammad yang merupakan menantu presiden PAS. Ekoran itu, Zaharuddin Muhammad telah melakukan tindakan yang cukup luar jangka, iaitu dia telah memerangkap Azlan agar datang ke pejabat PAS kawasan, lalu dirampas handphone. Kemudian berlaku beberapa tindakan yang dilakukan oleh menantu presiden tersebut terhadap Azlan, seakan-akan siasatan polis yang dilakukan kepada seorang penjenayah.

Kejadian itu, amat menjadikan Azlan terkejut. Memandangkan azlan mempunyai penyakit lemah jantung sejak dilahirkan lagi, sudah pasti ia amat memberi kesan kepada kehidupannya. Dikala kami berjumpa di salah sebuah gerai makan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelihatan wajahnya pucat.

“kenapa muka anta pucat?” soalku.

Lalu Azlan menceritakan kejadian yang baru sahaja menimpa dirinya. Maka, fahamlah aku bahawa tindakan menantu presiden PAS itu adalah tindakan yang tidak patut, malahan boleh disifatkan sebagai “Melampau”.

Sejak dari itu, aku tidak mahu berjumpa dengan Zaharuddin Mohammad lagi. Aku bimbang, banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku, seperti berlaku tepuk meja ketika bersembang, bercakap dengan suara keras dan sebagainya. Semuanya adalah terkesan dengan tindakan Zaharuddin Mohammad yang dilakukan terhadap seorang pemuda PAS yang istiqamah dalam membantu memenangkan PAS dalam Kawasan Subang. Ia ditambahi lagi bahawa beliau seorang yang cukup mendokong fahaman “kawin campur PAS –UMNO” yang bising selepas itu, kemudian tenggelam tetapi dihidupkan balik dalam seminggu dua ini.

[2]

Seminggu sebelum aku dijadual berdebat bersama dengan Fathul Bari di Masjid bangsar, aku telah dijadualkan menyampaikan kuliah tafsir di Surau Al-Azhar, Sri Damansara. Aku telah mengajar tafsir di situ, lebih 6 tahun pada setiap hari selasa. Pada Kuliah tafsirku disitu, aku mulai dari Surah Al-Fatihah, sehingga kini baru sampai ayat ke 64 dari surah Al-Imran. Setiap kali aku hendak menyampaikan kuliah di surau tersebut, pasti aku akan merujuk sebanyak 4 buah kitab tafsir, iaitu kitab At-Tafsir Al-Kabir karangan Imam Fakruddin Ar-Razi, Tafsir Al-Quran Al-Azim karangan Imam Ibnu kathir, Maariful Quran karangan Mufti Syafee’ [dalam bahasa Urdu] dan Tahrir wa Tanwir karangan Ibnu Asyur.

Namun, pada 7 Disember yang mengikut jadualnya aku berkuliah disitu. Aku agak pelik, kerana kehadiranku tanpa diberitahu adalah untuk berforum, walhal pada siangnya aku telah research tentang ayat 64 dari surah Al-Imran untuk menyampaikan kuliah tafsir seperti pada setiap minggu.

Aku hadir agak awal pada hari itu. Ekoran itu, aku ditolak agar mengimamkan solat pada hari tersebut. Setelah menunaikan solat sunat ba’diyyah, kebiasaannya, ada jemaah yang mengeluarkan meja. Tetapi pelik pada kali ini, meja tidak diangkat, tetapi yang dikeluarkan adalah sofa.

Aku mula sangsi. Hatiku berkata-kata, “apakah aku tersilap jadual? Apakah aku sepatutnya berdebat dengan Ulama UMNO di surau ini?”

Aku berpaling kebelakang, kelihatan dari jauh Zaharuddin Muhammad, menantu presiden PAS yang aku tidak berjumpa hampir 2 tahun. Hati kecilku mula menutur, “tak habis-habis lagi. Dulu perangkap Azlan, hari ni nak perangkap aku pula”

Jika diikut kebiasaan pun, sebarang program forum yang dianjurkan, hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu. Dinyatakan tajuk forum, dan bersama dengan siapa akan berforum. Tetapi, kejadian ini amat memelikkan. Tanpa dimaklumkan tentang majlis forum, tajuk forum dan dengan siapa aku akan berforum, tiba-tiba berlaku majlis forum tersebut.

Aku akur sahaja. Aku merasakan ada pakatan dalam mengadakan program pada malam itu. Dari sudut hati kecilku menjangkakan, pasti akan ada perkara yang tidak diingini berlaku selepas ini, ekoran program forum pada malam itu.

Saudara Zainul Faqar yang tinggal dikawasan situ turut hadir dalam majlis forum tersebut. Ternyata, forum itu kelihatan seperti berlaku pertembungan antara aku dan Zaharuddin Muhammad, waima tidak ada unsur menghentam atau menyindir. Bagi mereka yang tahu tentang isu kerajaan perpaduan, pasti mereka akan faham disebalik kandungan forum pada malam itu. Perkara itu, dilakarkan oleh Zainul Faqar dalam blog beliau [Sila Klik]

[3]

Sepertimana yang dijangka, ternyata berlaku perkara yang tidak diingini selepas dari kejadian tersebut. Berlaku sedikit kekecohan dan ketidak-puas hati dari sebilangan jemaah di surau tersebut terhadap tindakan seorang jawatankuasa yang kelihatan “taassub” dengan Zaharuddin yang dilakukannya terhadap aku.

Sudah aku katakan, aku tidak mahu bertemu dengan Zaharuddin Mohammad, kerana mahu mengelak berlaku perkara yang tidak diingini. Tetapi, perangkap jahat yang sering dilakukan oleh Zaharuddin ini, sering mengundang keburukan, menyebabkan berlaku perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

lima orang menghubungiku bertanya tentang perkara itu. Agak sukar untuk aku menjawab secara terang, kerana mahu menjaga nama baik Zaharuddin Muhammad. Namun, setelah banyak kali berfikir, aku ingin nyatakan disini bahawa, aku bersedia sepentas sekali lagi dengan zaharuddin demi menyelesaikan sebarang kekeruhan yang berlaku. Tetapi pada kali ini, aku tidak mahu sepentas atas nama forum, tetapi aku mahu berdebat dengan beliau atas tajuk-tajuk yang lima orang jemaah yang menghubungi bertanya kepadaku. Iaitu, berkenaan “gabung PAS-UMNO”, atau “apakah pimpinan PAS ini tidak boleh ditegur dan dikritik”.

Aku menghormati dan memandang tinggi keilmuan yang ada pada diri Zaharuddin. Jika mahu dibuat perbandingan, ilmu yang ada pada zaharuddin terlalu jauh dan tinggi jika mahu dibandingkan dengan ilmu yang aku ada. Memandangkan atas keilmuan itu, Aku rasa, Zaharuddin perlu mengambil sikap yang lebih bermaruah dan tidak perlu mengambil sikap “playself”, seperti yang dilakukan sebelum ini. Dia tidak perlu melakukan komen dalam blog dengan menggunakan “tanpanama” atau mempergunakan blog-blog hantu, sepertimana yang dilakukan oleh Saudara Suhaimi Embong. Malahan, jika Zaharuddin tidak bersedia pun, aku cadangkan Suhaimi embong datang berdebat atau berbincang denganku dalam isu yang dikemukakan, sepertimana yang dia sering berhujjah atas nama blog Batuapi @firestone.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
31 Januari 2010 * 3:38 petang

KISAH-KISAH YANG MUNGKIN RELEVAN KALA PAS PEMBANGKANG, BUKAN PEMERINTAH?

Pertama:

Saidina Umar naik atas mimbar, meminta agar rakyat dengar ucapannya dan taat. Apabila beliau menyatakan demikian, tiba-tiba bangkit seorang pemuda sambil menghunuskan pedang berkata, “kami boleh dengar dan taat, tapi sebelum itu, nyatakan dari mana kamu dapati pakaian kamu itu. Setahu kami, kain itu adalah hasil dari rampasan perang. Kami juga dapat, tapi yang kami dapat tidak sampai boleh menyiapkan sehelai jubah”

Perkataan pemuda itu tidak dimarahi oleh Umar bin Al-Khattab yang merupakan pemimpin ketika itu. Sehinggakan, anak saidina Umar bin Al-Khattab bernama Abdullah telah menjelaskan bahawa beliau juga mendapat kain dari hasil rampasan perang, dan bahagian kainnya dihadiahkan kepada bapanya, lalu cukuplah sehelai jubah yang dipakai itu.

Mendengar penjelasan tersebut, pemuda itu menyarungkan balik pedangnya, lalu menyuruh Umar menyampaikan ucapan yang mahu disampaikan.

Kedua:

Saidina Umar dimaklumkan oleh anak muda betapa mahalnya mas kahwin yang dikenakan oleh perempuan di zamannya. Umar telah memanggil kaum ibu, lalu menyampaikan ucapan di hadapan mereka.

Antara kandungan ucapan adalah, berkenaan dengan mas kahwin yang terlalu mahal, yang umar meminta agar direndahkan kadar mas kahwin tersebut.

Ucapan umar itu menyebabkan seorang muslimat telah bangun dan mengkritik Umar dengan membaca sepatah ayat Al-Quran. Mendengar kritikan itu, Umar berkata, “benar perempuan, salahlah Umar”

Ketiga:

Zaman kelaparan menimpa pemerintahan Umar. Mengenangkan keadaan itu, Umar sendiri telah berpuasa dan menginfaqkan sebilangan besar hartanya kepada baitul mal.

Mengetahui zaman kelaparan ini tertimpa juga pada rakyat Syam, maka sebagai pemerintah Umar telah ke Syam untuk melihat keadaan rakyatnya di sana.

Sesampai disana, Umar berbual dengan seorang mak cik yang hanya mengenal nama Umar, tetapi tidak pernah kenal batang tubuh umar, malahan wajah umar. Apabila Umar bertanya khabar kepada mak cik tersebut, Umar terus mendengar perkataan yang agak kurang enak dari Mak Cik tersebut.

“kami disini berada dalam kelaparan. Umar di madinah sedang bersenang lenang. Aku akan dakwa Umar di akhirat kelak” ujar mak cik itu tanpa mengetahui bahawa pemuda yang sedang berbual dengannya itu adalah umar yang juga lapar.

Umar tidak marah, sebaliknya menangis kerana mengenangkan kelaparan rakyat.

Keempat:

Sedang umar berehat, datang seorang pengembala kambing melaporkan bahawa salah seorang anaknya telah mengembala kambing sehingga kawasan padang ragut dipenuhi kambing-kambing kepunyaan anaknya. Ia menjadikan pengembala lain, tidak mendapat ruang yang selesa untuk kambing mereka meragut rumput.

Mengetahui keadaan itu, umar telah memanggil anaknya tersebut dan bertanya laporan itu. Anak Umar mengakuinya, lalu diarahkan oleh umar agar semua kambing-kambingnya dijual, kemudian diambil hanya modal, dan keuntungan hendaklah dibubuh ke dalam baitul Mal.

Banyak lagi kisah-kisah yang relevan di kala PAS jadi pembangkang, tetapi mungkin [ulang : MUNGKIN] tidak relevan di kala PAS sudah memerintah. Belum kuasa kerajaan pusat pun, sudah ada unsur tidak relevan lagi kisah-kisah ini. Justeru, cuba bayangkan kalau menguasai kerajaan pusat?

Kalau dahulu, UMNO yang halang hak orang bersuara dan menyatakan pandangan. Tapi kini, ada dah pimpinan PAS buat kerja macam tu. Kalau UMNO ada ISA [Internal Security Act], tapi PAS juga ada ISA selepas PRU ke 12, iaitu Islamic Security Act. Tidak boleh kritik. Kalau kritik, tidak wala', tidak siqah, munafiq, itu dan ini.


Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
30 disember 2010 * 4:17 petang

Rabu, 29 Disember 2010

PENALIS BODOH DALAM DEBAT TV9

PERTAMA:



KEDUA:



KETIGA:



LAGI

PERTAMA:



KEDUA:



KETIGA:



bodoh betul la UMNO/BN ni..

BENARKAN PENIPUAN PEMIMPIN, NABI TAK NGAKU UMAT

Satu hadis, dari Kaab bin ‘Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya selepas dariku, akan ada pemimpin. Barangsiapa membenarkan mereka dengan penipuan yang mereka lakukan, dan membantu mereka atas kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya” [An-Nasai : 4136]

ULASAN

PERTAMA : PEMIMPIN

Dalam hadis ini, kalimah “umara’” digunakan bentuk yang nakirah [tanpa alif dan lam]. Lantaran, ia mengandungi makna umum. Dalam perkataan lain, maksud pemimpin menerusi hadis ini, tidak kira ia adalah pemimpin yang beragama islam, atau tidak beragama islam; berserban atau tidak berserban; dari kalangan ilmuan atau tidak; bergelar ulama atau tidak; dari parti islam atau secular; dari parti PAS atau UMNO dan sebagainya.

KEDUA : PEMIMPIN PENIPU

Antara sebab pemimpin itu menipu adalah seperti berikut;

Satu, kerana mahu mempertahankan kuasa. Kedua, kerana dia mahu mempertahankan orang yang disayanginya. Ketiga, mahu mempertahankan kuasa. Keempat, dipergunakan atau diperbodohkan oleh penasihat-penasihat yang jahat. kelima, tidak mahu mengakui kelemahan diri dan banyak lagi.

KETIGA: PEMIMPIN ZALIM

Antara sebab seseorang pemimpin itu berlaku zalim adalah;

Satu, kerana dia mahu kekal sebagai pemerintah sepertimana Firaun. Kedua, tidak mahu dicabar. Lantaran tidak hairan, menggunakan istilah agama untuk pertahan kezaliman yang dilakukan. Ketiga, kegilaan terhadap hidup di dunia dan sebagainya.

KEEMPAT : BANTU PEMBOHONG / ZALIM

Apabila seseorang pemimpin itu menipu atau berbohong dan melakukan kezaliman, pasti akan ada sebilangan pengikut-pengikut mereka yang mempertahankan pemimpin tersebut.

Antara sebab mereka mempertahankan pemimpin mereka itu adalah seperti berikut;

Satu, kerana mengharapkan habuan dunia dari pemimpin tersebut. Dua, kerana taassub kepada pemimpin terbabit, sepertimana berlaku pada jemaah Al-Arqam. Tiga, kerana pemimpin itu adalah kaum kerabat, seperti bapa mertua dan sebagainya. Empat, lebih menyanyangi pemimpin berbanding kebenaran. Lima, meletakkan tanggapan bahawa pemimpinnya itu seperti ma’sum. Enam, pengikut itu terlalu bodoh dan sebagainya.

Dalam hadis yang dinukilkan ini, Nabi SAW menyatakan bahawa jika wujud pengikut yang membenarkan penipuan seseorang pemimpin, dan memberi bantuan kepada pemimpin yang zalim, maka di akhirat kelak, pengikut itu tidak diakui umat oleh nabi SAW.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
30 disember 2010 * 3:19 pagi




Khamis, 23 Disember 2010

PELIK HARUSSANI JADI MUFTI, WALHAL DIA TAK FAHAM FIQH

malaysiakini melaporkan bahawa, dalam mengherdik Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Harussani berkata;

"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku" [baca lagi disini]

komen;

soalnya pula, apakah semua orang bukan islam tidak faham Islam? bukankah wujud bukan islam yang faham islam, malahan amanah dengan ilmu islam? ini terbukti di zaman terdahulu. tentang mereka tidak beragama islam. Ini soal hidayah. Hidayah adalah kepunyaan Allah. Peliknya, orang bukan Islam yang faham islam, tidak boleh jadi peguam syarie, tapi orang macam Harussani yang tak faham fiqh boleh jadi mufti.

itu yang pertama. yang kedua pula adalah, keizinan non Muslim menjadi peguam syarie, adalah membuka ruang untuk non Muslim mengkaji Islam secara tepat dan mendalam. Jika mufti harussani yakin dengan kebenaran Islam, sudah pasti harussani akan izinkan mereka menjadi peguam syarie, kerana ia membuka ruang untuk mereka semakin mengenali kebenaran islam. Ia tidak mustahil, akan membuka jalan untuk mereka memeluk islam dengan kefahaman yang betul - Insya Allah.

Mungkin pemikiran fiqh konservatif ini, perlu diluputkan. agamawan dan mufti konservatif kena tarik diri dan letak jawatan. Di malaysia, kita ramai agamawan muda yang lebih bijak dan berkelayakan untuk membawa fiqh yang segar, seperti Dr Asri, Dr Juanda, Ustaz Zaharuddin Abdur Rahman [UZAR], Ustaz Nazri Chik, Ustaz Ramadhan Fitri dan sebagainya

para mufti konservatif perlu sedar bahawa Fiqh semakin berkembang. Jika tidak boleh terima perkembangan fiqh, maka mereka sebenarnya "tertinggal bas".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
23 Disember 2010 * 4:55 petang

Rabu, 22 Disember 2010

RM500 UNTUK GURU TAK BOLEH, TP RM5 BILION MENARA WARISAN BOLEH? - TUAN IBRAHIM

"Kita pelik bagaimana Perdana Menteri dan timbalannya mengatakan bahawa janji Pakatan ini diluar kemampuan kerajaan.

"Untuk memberikan imbuhan RM500 kepada guru-guru tidak ada kemampuan, tetapi membina menara warisan berharga RM5 bilion mereka mampu. Malah memberi RM500 juta seorang kroni sebagai komisyen pembelian kapal selam BN mampu lakukan.

"Begitu juga BN mampu berikan subsidi sehingga RM20 bilion untuk IPP (penjana tenaga bebas), tetapi untuk rakyat dikurangkan," kata tuan ibrahim tuam man dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Sabtu, 18 Disember 2010

DEBAT PEMILU INDONESIA : PKS vs PDS

pertama:



kedua:



ketiga:



keempat :



kelima :


TRANSFORMASI FIKRAH, TINDAKAN DAN KEPIMPINAN [3]

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS [2]

[1]

Tidak sempat untuk menyambung tulisan dalam perkara ini. Agak kesebukan sedikit, apabila ada orang yang mencadangkan “munazarah” antaraku dengan Ustaz Fathul Bari [Munazarah adalah istilah yang beritahu oleh Fathul bari, walhal pada asalnya aku dimaklumkan forum]. Walaubagaimana pun, setelah selesai segala forum yang dimaksudkan, aku ingin menyambung balik tulisan berkenaan dengan isu transformasi ini.

Sepertimana dalam tulisan lepas, segala ungkapan dan coretan yang aku kemukakan itu, adalah hasil dari berbual dengan beberapa orang bekas pimpinan JIM yang telah masuk PAS. Sudah pasti, dakwaan ini dinafikan oleh pihak extreme PAS atau mutassibin PAS, dengan menukilkan beberapa kenyataan sebilangan pimpinan-pimpinan yang mereka taassubkan itu.

Peliknya, dakwaan dari pimpinan-pimpinan itu, tidak pernah nampak selari dengan dakwaan bekas-bekas pimpinan JIM yang kini berada dalam PAS. Lebih pelik, dalam keadaan wujud percanggahan ini, malahan menjadi bahan “umpatan” dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin PAS diperingkat Universiti, tidak pernah pula wujud usaha untuk menghadirkan kedua-dua belah pihak, untuk menyelesaikan kekusutan ini, dan dapat dibincangkan secara fakta dan ilmiyyah. Akhirnya, perkara ini dibincangkan secara “umpatan” sehingga tidak melahirkan penyelesaian, malahan membarah.

jika perkara ini sekadar umpatan, ia tidak melahirkan kemudharatan yang besar. Tetapi, jika perkara umpatan ini melahirkan “pandang sinis”, atau “syak dan sangsi” antara kedua belah pihak, sudah pasti disebalik senyuman, tetapi berlaku “kocakan dalam gelas”. Dari pihak A akan memburukkan kepada pihak B, disamping dari pihak B pula melakukan tindakan yang sama.

[2]

Telah dinyatakan dalam tulisan lepas. Kekhilafan antara Fikrah ini, ia bukan perkara yang bersifat Qatie dan perkara yang disifatkan sebagai “As-Sawabit”. Tetapi, kekhilafan fikrah ini tidak lebih sekadar dalam perkara ijtihad tanzil, iaitu ijtihad dalam mengadaptasikan dakwah yang mahu dilakukan antara kedua-dua belah pihak di Malaysia.

Cuma, kekhilafan fikrah ini sudah dianggap oleh sebilangan pihak seperti perkara yang sealiran dengan aqidah. Ekoran itu, pihak yang berada disebelah PAS, akan mengaggap orang yang didakwa “JIM” seperti terkeluar dari Islam, maka begitujuga sebaliknya. Makanya, wujud sangsi menyangsikan antara kedua belah pihak, waima ketika berhadapan wujud puji-memuji antara satu dengan yang lain.

Dalam perkara ijtihad, Islam meletakkan asas hormat menghormati. Itupun, selagi tidak mendatangkan kemudharatan kepada Islam. Kemudharatan kepada PAS tidaklah terlalu penting, tetapi yang paling penting adalah, apakah ijtihad yang dikemukakan itu akan melahirkan kemudharatan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Islam dan PAS adalah dua unsur yang berbeda. PAS adalah sebuah parti politik dalam usaha hendak menabalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahan negara. Sedangkan Islam adalah agama yang menjadi asas perjuangan PAS. Islam tidak mungkin malahan sekali-kali tidak akan silap, tetapi PAS memungkinkan berlaku kesilapan.

[3]

Era ini adalah era penyatuan manusia atas kesamaan antara semua pihak dalam usaha hendak memenangkan Islam. Orang Islam kini, bukan berfikir untuk menegakkan fikrah masing-masing, tetapi orang islam kini sudah bersama dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan di atas muka bumi Allah SWT ini.

Ekoran itu, tidak hairan PAS sendiri sudah berani mengemukakan satu ijtihad yang agak berani, iaitu apabila bersedia membuka keahlian partinya kepada non Muslim. Atas asas keadilan ini, ia melahirkan kesediaan non Muslim “duduk semeja” dengan ahli-ahli PAS, kemudian mereka sedikit demi sedikit mengenali Islam, seterusnya tidak hairan mereka boleh memeluk islam, ataupun sekurang-kurangnya mereka mengakui bahawa Islam adalah agama yang adil.

Inilah pemikiran umat Islam di era ini. tetapi, masih lagi difikirkan oleh sebilangan yang lain, masih lagi mahu mengangkat ketaassuban fikrah mereka, walhal tanpa mereka sedari cara mereka berfikir ini tidak lebih sekadar melambatkan penerimaan non Muslim terhadap Islam itu sendiri; melambatkan kemenangan islam di Malaysia.

Jika dengan non Muslim, umat Islam kini sudah berfikir untuk merapatkan jurang. Inikan pula, jurang antara dua gerakan islam yang wujud di Malaysia. Jika dirapatkan antara jurang-jurang ini, seterusnya melahirkan kesatuan bertindak, sudah pasti Islam mampu memerintah di malaysia dalam jangka masa yang sangat hampir – Insya Allah.

[4]

Padaku, setiap umat Islam di Malaysia, malahan di dunia, tidak seharusnya mereka berfikir untuk memenangkan fikrah, tetapi yang lebih besar dari itu adalah, kewajipan setiap individu muslim itu berfikir untuk memenangkan Islam. Menang Fikrah, tidak bermakna menangkan Islam. Tetapi, menangkan Islam, melambangkan menang ke semua fikrah-fikrah dalam gerakan islam.

PAS tidak akan ditubuhkan, kecuali kerana mahu melihat Islam memerintah. Maka begitujuga gerakan islam yang lain, sama ada bernama JIM atau sebagainya.

Inilah yang wajar difikirkan oleh setiap umat Islam di Malaysia, juga di mana-mana dunia sekalipun.

Sekian

P/s : aku yakin, artikle ini akan diulas oleh Suhaimi Embong [sila klik, klik dan klik] dalam blog hantu beliau.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 Disember 2010 * 2:31 pagi

IBNU ASYUR TIDAK PERNAH HALALKAN BUKA AURAT – MEMBETULKAN TANGGAPAN DR ASRI

[1]

Aku agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Syaikh Muhammad At-Tahir Ibnu Asyur ada menyatakan bahawa boleh bagi orang perempuan membuka aurat. Didakwa bahawa alasan yang diberikan oleh Ibnu Asyur itu adalah, soal bertudung ini adalah perkara yang berkait dengan adat budaya orang arab. Jadi, Ayat Al-Quran yang menyuruh menutup aurat itu meraikan budaya arab.

Apabila ditanya, sumber mana yang mereka nyatakan dakwaan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka membaca dari tulisan Dr Asri Zainal Abidin dari lamanweb peribadi beliau. Dalam tulisan itu, dinyatakan bahawa sumber itu dari kitab Ibnu Asyur yang masyhur, iaitu Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah.

Padaku, Dr Asri seorang yang alim, dan mempunyai kemampuan ilmu yang wajar diberikan pujian. Disamping keberanian beliau menyatakan beberapa isu-isu semasa dalam negara, sama ada berkait dengan politik atau tidak, menyebabkan beliau agak dihormati.

[2]

Pun begitu, Aku sangsi dengan dakwaan bahawa Dr Asri menyatakan tentang Syaikh Ibnu Asyur tersebut. Ini kerana, setelah aku membaca kitab Ibnu Asyur yang bertajuk Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah, didapati tidak ada pun dakwaan yang mengatakan bahawa Ibnu Asyur membenarkan perempuan membuka aurat.

Pun begitu, setelah membuka lamanweb Dr Asri, terbaca kenyataan Dr Asri seperti berikut;

“2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn ‘Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:

“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut” ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-‘Ilm).” [sila klik]

Membaca sahaja tulisan Dr Asri ini, pemikiranku terus meletakkan tanggapan bahawa Dr Asri ternyata tersilap dalam menanggapi tulisan Asy-Syaikh Muhammad At-tahir Ibnu Asyur tersebut.

[3]

Jom kita perhatikan terlebih dahulu tulisan As-Syaikh Ibnu Asyur seperti berikut;

وفى القرءان :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

فهذا شرع روعيت فيه عادة العرب , فالأقوام الذين لا يتخذون الجلابيب لا ينالهم من هذا التشريع نصيب

Maksudnya;
“Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak mempunyai nasib [iaitu tidak terbabit] dengan pensyariatan tersebut”

[Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 323]

Mungkin kekeliruan Dr Asri ini pada kalimah Jilbab yang dimaksudkan dari firman Allah SWT. Ini kerana, dalam bahasa arab, tudung ini mempunyai beberapa kalimah, iaitu “hijab”, “Khimar” dan “Jilbab”.

Makna “Hijab” adalah, “perempuan menutup aurat-auratnya dari dilihat oleh lelaki ajnabi dan dia sendiri menyendirikan dirinya dari dilihat”. Adapun makna Khimar pula adalah, “perempuan menutupkan badan dan mukanya, tanpa kelihatan sedikitpun dari badannya”. Makna “jilbab” pula adalah, “rida’ [pakaian luaran] yang berada di atas khimar”. [Ibnu kathir : 6/481]

Tidak hairan, ada ulama menafsirkan maksud dengan jilbab ini adalah, termasuk memakai furdah atau niqab, iaitu menutup seluruh muka sehingga kelihatan dua belah mata, atau sebelah mata sahaja, atau menutup kedua-dua mata dengan kain yang jarang.

Jika dilihat kepada kebudayaan arab, memang perempuan mereka dahulu, memakai “rida”’, iaitu pakaian luaran di atas bagi tudung yang menutup aurat. Ia tidak sepertimana kebudayaan bangsa lain seperti melayu, yang perempuannya sekadar menutup aurat, tetapi tidak menambah jilbab. Namun, budaya memakai jilbab itu semakin hari semakin berkembang di Malaysia, dan negara lain.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
18 Disember 2010 * 4:10 petang

Khamis, 16 Disember 2010

Nik Aziz temui blogger jelaskan isu semasa

KOTA BHARU, 16 Dis: Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.

“Diharap melalui pertemuan terbabit blogger akan mendapat gambaran sebenar perkembangan semasa di Kelantan sepanjang di bawah pentadbiran PAS,” katanya di sini.

Oleh itu blogger yang berminat boleh menghubungi pejabat Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di talian 09 7433529 (Puan Hazami) atau email: mnyahya65@gmail.com.

Rabu, 15 Disember 2010

WAN JI : NAMA CINA, TAPI ORANG MELAYU

KEJADIAN 1

semasa aku hendak melanjutkan pengajian ke Pakistan. Aku telah ke pejabat pendaftaran Kuala Lumpur untuk buat pasport. Apabila aku ke meja kaunter, didapati penjaga kaunter itu adalah seorang gadis berbangsa cina.

apabila dia melihat namaku, dia bertanya, "eh.. You melayu ke Cina?".

Sambil senyum kelat aku menjawab dalam nada gurauan, "Melayu asli. keturunan Hang Tuah lagi".

"Oooo.. itu Hang Tuah pun, macam cina punya nama maa" kata gadis cina tu.

hati kecilku berkata, "hampeh aku hari ini"

KEJADIAN DUA:

Aku dijemput menyampaikan satu ceramah di salah sebuah surau di sekitar Sri Damansara. Sesampai di sana, didapati parking penuh. Aku terpaksa mencari parking, sehingga aku sampai di satu kedai cina.

Apabila aku lihat pada sainbordnya, aku terkejut, kerana Nama restoran Cina itu, "Wan Jia Restoran".

"Wah... ramainya orang cina minat kat aku" bisik hatiku sendirian.

KEJADIAN TIGA:

tidak perlu diceritakan, tapi lihatlah gambar dibawah ini;




melihat gambar yang diambil dari sebuah kedai makan di Gurun, kedah. hati kecilku berkata, "Eh.. tak duduk kedah pun, dah ada orang kedah syok kat aku" :D

KENAPA PERLU BERPARTI?

[1]

Islam wajib memerintah di Malaysia, kerana Malaysia berada dibawah bumi Allah. Lantaran, perlaksanaan Islam yang sesuai dengan kehendak Al-Quran dan As-Sunnah, adalah wajib diusahakan agar terlaksana.

Soalnya adalah, bagaimana hendak memberi kejayaan dalam perlaksanaan islam di malaysia? Mungkin ini adalah jawapan yang wajib kita berikan.

Di malaysia mengamalkan demokrasi. Sesuatu parti yang mendapat suara majoriti, maka parti itu akan memerintah. Sejak merdeka lagi, parti yang memerintah adalah UMNO. Semenjak itu, Islam tidak pernah berjaya dilaksanakan, malahan non Muslim yang sepatutnya sudah memehami islam, seterusnya mereka menerima hukum hakam islam. Isunya adalah, sehingga kini malaysia masih lagi belum terlaksana islam.

Jika dilihat pada kaedah yang ada menyebut;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“Tidak akan sempurna perkara wajib, kecuali dengan melakukan perkara tersebut, maka melakukan perkara itu adalah wajib”
Makanya, melahirkan parti ke arah perlaksanaan islam adalah wajib. Dan cita-cita ini, wajib disokong. Menyokong itu, bukan kerana partinya, tetapi kerana niat dan cita-citanya. Jika tidak, Islam tidak akan berjaya dilaksanakan di malaysia.

[2]

UMNO adalah parti yang memerintah sejak sekian lama. Walau parti ini memerintah begitu lama, masakan islam tidak berjaya dilaksanakan, malahan kezaliman dan kebobrokan dalam pemerintahan amat nyata kelihatan.

Lantaran itu, UMNO wajib digugurkan. Mengugurkannya, dengan tujuan untuk menggantikan parti lain, dalam usaha melaksanakan keadilan sejagat, seterusnya melaksanakan islam sebagai agama yang wajib memerintah di bumi Allah SWT ini.

Ekoran itu, keterlibatan antara parti dan Islam dalam waqie malaysia, tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, wadah untuk melaksanakan Islam di Malaysia adalah dengan kemenangan sesuatu parti dalam pilihanraya. Tanpanya, Islam tidak boleh dilaksanakan.

[3]

Namun begitu, disana terdapat beberapa individu beragama di malaysia yang mahu memisahkan antara parti dan islam. Berkata sedemikian, samalah seperti mengatakan perlu dipisahkan keberadaan nasi dari beras. Mengapa Islam tidak boleh dilibatkan dengan parti politik? Walhal, dalam islam wujud perbincangan tentang Siyasah Syariiyyah? Apakah tidak sekular, jika mahu memperkatakan agama, maka tidak perlu berbincang tentang ekonomi? Apakah tidak sekular lagi, jika mahu memperkatakan islam, maka tidak perlu dikaitkan dengan undang-undang? Apakah tidak sekular lagi, jika mahu memperkatakan islam, maka tidak perlu dikaitkan dengan siyasah atau politik?

Jika keadaan ini yang berlaku, kelihatan kebekuan sebilangan manusia, dan kekurangan mereka dalam memahami Islam sebagai agama yang syumul adalah amat menyedihkan. Jika dahulu ada orang berkata, “politik suku, agama suku”, tetapi kini orang menyoal dengan sinis, “kenapa Islam dan politik sering digabungkan?”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
16 Disember 2010 * 4:57 pagi



RAKAMAN DEBAT "TEGUR PIMPINAN NEGARA"





sila mahu dengar rakaman debat "menegur pimpinan terbuka" sila klik di sini

KOMENTAR FORUM SEMALAM

[1]

Aku menulis buku “menegur pimpinan negara dari perspektif Maqasid Syariah” adalah ekoran ucapan Ustaz fathul bari dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. dalam ucapan itu, Ustaz Fathul bari sudah kelihatan menyerang parti-parti selain UMNO, khususnya PAS dalam hal menegur pimpinan negara. Menariknya, yang dipertahankannya itu bukan pada pimpinan negara, tetapi isteri perdana menteri, Rosman mansur.

Jika dalam ucapan itu tidak ada sebarang serangan terhadap parti yang tidak sealiran dengan UMNO, atau dalam ucapan itu dipenuhi dengan teguran-teguran terhadap pimpinan UMNO, atau dalam ucapan itu hanya penuh dengan pujian dan ampuan terhadap pimpinan negara, aku tidak mempunyai keinginan langsung untuk menulis buku untuk membalas kenyataan Ustaz Fathul bari itu. Ini kerana, ia tidak memberikan impak kepada kesan umat di malaysia.

Ternyata, tulisan buku itu melahirkan satu majlis forum, tetapi diungkapkan oleh ustaz Fathul bari dalam pertemuan kami di PJ sehari sebelum berlaku forum sebagai “Munazarah”. Apabila disebut munazarah, ia memberi maksud debat. Ia amat berlainan dengan istilah muzakarah dan Musyawarah.

Dalam pertemuan pada malam itu, ustaz fathul bari ada menyatakan beberapa syarat. Antara syarat yang dikenakan adalah, Munazarah ini hendaklah tertakluk dengan rujukan Al-Quran, As-Sunnah dan para salaf soleh. Dan lagi, dikenakan syarat sebarang pertanyaan dan pandangan dari hadirin, hendaklah dalam bentuk bersurat, dan aku diminta untuk membentangkan pandangan aku terlebih dahulu.

Aku akur dengan syarat-syarat yang dikenakan. Aku tidak membantah, malahan bersetuju. Namun, semasa pulang, apa yang harus aku bentangkan terlebih dahulu. Ini kerana, aku hadir sebagai hendak menyatakan pandangan yang tidak setuju dengan kenyataan Ustaz Fathul bari.

Sedang berfikir, aku terbaca satu firman Allah SWT;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Katakanlah Wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu; bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah, dan kita tidak melakukan syirik terhadap Allah sesuatu pun, dan tidaklah setengah kita mengambil tuhan terhadap setengah yang lain. Jika mereka berpaling, maka saksikanlah sesungguhnya kami adalah orang Islam”

[Al-Imran : 64]

Dari firman Allah ini, dinyatakan bahawa Allah SWT mengajar cara untuk berhadapan dengan golongan yang tidak sealiran dengan kita. Iaitu, ada beberapa step.

Step pertama, mencari unsur kesamaan terlebih dahulu, iaitu atas asas sama-sama menyembah Allah; dan step kedua, baru bermula menilai perbedaan, iaitu tidak melakukan syirik kepada Allah dan tidak menjadikan setengah terhadap sesetengah yang lain sebagai tuhan, lain dari Allah SWT.

Memandangkan kefahaman dari ayat ini, dalam pembentangan aku mengambil sikap untuk mencari titik kesamaan terlebih dahulu antara aku dengan Fathul bari, iaitu sama-sama mengakui kewajipan ataupun tugas yang wajib dilakukan oleh pemerintah, dan kewajipan mengugurkan pemerintah berdasarkan sebab-sebab yang dinyatakan.

Alhamdulillah, ternyata Ustaz Fathul bari menyokong segala apa yang aku ulas. Tetapi, apabila sampai pada round yang kedua, baru aku mempertikaikan beberapa hujjah-hujjah beliau yang beliau meletakkan tanggapan bahawa ia merupakan satu tindakan yang salah menegur pimpinan secara terbuka.

Sekadar yang aku perhatikan, sebarang pertikaianku itu, tidak dinyatakan sokongan oleh Ustaz Fathul bari, tetapi tidak kelihatan pula beliau mengkritik balik hujjah-hujjah yang aku kemukakan dengan hujjah yang jitu. malahan, aku merasakan beliau bersetuju dengan hujjah aku.

[2]

Aku tidak nafi ada orang yang mempertikaikan tindakan aku yang banyak kemukakan ulasan tentang kewajipan pemerintah, dan sebab-sebab pemerintah digugurkan diawal ulasan. Tetapi, padaku, aku mengambil sikap membentangkan asas ini adalah kerana ingin menggambarkan, tegur pemerintah ini perlu dilihat kepada pemerintah yang bagaimana? Sekiranya pemerintah yang mahu ditegur itu adalah pemerintahan yang adil, mungkin tidak berlaku pertikaian. Tetapi, sekiranya pemerintahan itu adalah pemerintahan yang zalim, maka isu yang wajar difikirkan adalah, bukan soal menegur, tetapi yang paling besar adalah, menggugurkan pemerintahan itu, lalu digantikan dengan pemerintahan yang lain.

Padaku, tindakan mengulas apakah boleh menegur pimpinan zalim atau tidak, tanpa membincangkan terlebih dahulu boleh atau tidak menjatuhkan pemerintah yang zalim, sama seperti membincangkan kemestian solat solat, tanpa membincangkan kewajipan solat fardu. Lebih parah lagi, orang yang membincangkan tentang solat sunat itu sendiri, apabila menunaikan solat sunat, dilakukan dalam keadaan tidak berwudu’.

Walaupun begitu, Munazarah yang dicadangkan ini adalah berbincang tentang tegur. Jadinya, pada pada round kedua, telah aku jawab sebarang hujjah-hujjah yang berkaitan dengan tegur pemerintah sebagai mengkritik balik terhadap hujjah-hujjah ustaz Fathul bari.

[3]

Ada sebilangan rakan-rakan Fathul bari yang tidak berpuas hati denganku. Mereka menyatakan bahawa tindakan aku mengemukakan kewajipan yang pemerintah mesti lakukan, dan kewajipan menggugurkan pemerintahan yang zalim, adalah sama seperti yang dilakukan oleh golongan Hizbu Tahrir.

Padaku, kita tidak harus menjadi jabariyyah disamping kita menekankan kewajipan beraqidah. Jabariyyah bermaksud, golongan yang meletakkan keyakinan bahawa tidak perlu difikirkan dan dilakukan oleh hamba, tetapi semua perkara diserahkan kepada Allah SWT.

Contohnya, Jika kita tidak berusaha ke kedai makan untuk makan, atau kita tidak memasak, maka sudah pasti kita tidak boleh makan. Tetapi, tindakan yang betul adalah, kalau mahu makan, maka berusaha ke arah untuk mendapatkan makanan, barulah makanan itu akan diperolehi. Kita tidak boleh bersila di atas masjid atau sejadah, tanpa sebarang usaha untuk memastikan makanan masuk dalam mulut kita. Mengambil sikap sebegini, merupakan tindakan yang menyanggahi aqidah Ahli As-Sunnah wa Al-Jamaah yang didokong oleh Nabi SAW dan Salaf soleh.

Maka begitujuga dalam usaha hendak menjatuhkan pemerintahan yang zalim. Ia bukan kerana Hizbul tahriri atau tidak, tetapi isunya adalah, bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan oleh manusia untuk menjayakan kewajipan perlaksanaan islam dalam sesebuah negara, dan bagaimana hendak memastikan, keadilan berjaya terlaksana, dan kezaliman berjaya dihapuskan.

[4]

Dalam forum, Ustaz Fathul bari ada menyentuh tentang Hizbu tahrir. Aku tidak mahu ambil “port” tentang isu Hizbu tahrir dalam forum pada malam itu. Padaku, ia bukan satu perkara yang wajar dibincangkan pada malam itu.

Namun begitu, dalam ruangan blog ini, Aku ingin nyatakan agak kurang bersetuju bahawa Ustaz Fathul bari ada menyebut tentang “mengharamkan” terhadap Hizbut Tahrir. Apakah dimaksudkannya adalah mengharamkan pertubuhan atau tidak, itu terserah kepada tafsiran beliau. Tetapi, pada tafsiran aku, semasa beliau menyebut itu, seakan-akan beliau mendesak agar pertubuhan Hizbut tahrir ini perlu diharamkan.

Padaku, Islam tidaklah seganas yang digambarkan. Islam adalah agama dialog dan perbincangan.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu dari kalangan orang yang benar”

[Al-baqarah : 111]

Di zaman Ali bin Abi Talib berhadapan dengan Khawarij pun, beliau tidak pernah terus menyerang mereka, sebaliknya dimulakan dengan dialog, dengan dihantar Abdullah bin Abbas untuk berhadapan dengan khawarij. Ini menandangkan, sebarang kelahiran persatuan di malaysia, tidak terus diharamkan, tetapi hendaklah dinilai terlebih dahulu dengan dilakukan dialog dan berbincangan terlebih dahulu.

[5]

Ustaz Fathul bari memberikan kesimpulan penutup. Di sana, beliau ada mengulas tentang ijtihad, disamping menyatakan bahawa siapa kita untuk berijtihad, waima aku ada menyebut tentang istilah Ijtihad Jamai’ yang diulas oleh Dr Ar-Raisuni dalam kitab Muhadharat fi Maqasid As-Syariah di akhir bab kitabnya.

Memandangkan beliau orang yang terakhir, aku tidak mempunyai ruang untuk membalas balik. Tetapi, dalam ruangan ini ingin aku nyatakan bahawa, soal ijtihad jamai ini, bukan dalam perkara yang berkait dengan mengistinbatkan hukum dari nas.

Ini kerana, dalam kitab-kitab Usul fiqh, kebanyakkannya mengulas bahawa ijtihad itu terbahagi kepada dua, iaitu [1] ijtihad fi Fahm An-nas, dan [2] Ijtihad fi tatbiq An-Nas, atau lebih dikenali Al-Ijtihad At-tanzili.

Dalam ijtihad jamai, ia bukan perbincangan tentang ijtihad fi Fahm An-Nas, sehingga mampu mengistinbatkan hukum, sepertimana yang dilakukan oleh para sahabat terdahulu, dan para ulama-ulama mazhab. Tetapi, ijtihad jamai adalah, ijtihad dalam mentatbiqkan nas kepada sesuatu tempat dan masa, berdasarkan kepada fatwa-fatwa dan ijtihad-ijtihad ulama-ulama yang muktabar [yang ijtihad mereka itu berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah].

Ekoran itu, disana ada perbincangan fiqh yang dinamakan sebagai “As-Sibru Wa At-Taqsim”, “Tangqih Al-Manat”, “Tahqiq Al-Manat”, “maalat At-tatbiq”, dan banyak lagi. Dan semua ini, boleh dilakukan oleh para yang berkelayakan di zaman kini. Tetapi, kemampuan itu mungkin terbatas, maka lahirlah istilah yang disebut sebagai “Al-Ijtihad Al-Jamai’”.

[6]

Munazarah semalam, aku kira sebagai menarik dan berilmu. Cuma, ada sebilangan yang tidak berpuas hati. Padaku, itu perkara biasa. Sebab, orang yang tidak berpuas hati itu juga kena rai orang yang berpuas hati. Mungkin jika dilakukan seperti yang dikehendak oleh pihak yang tidak berpuas hati, maka akan melahirkan tidak puas hati dari pihak yang berpuas hati. Jadinya, ia tidak akan selesai.

Walaubagaimana pun, padaku ilmu Allah SWT ini amat luas. Aku tidak mahu menjadi orang yang sombong dengan ilmu, waima dari sesiapa sekalipun. Sekiranya itu adalah ilmu manfaat, maka tidak wajar kita mengambil sikap riya’ disebabakn kita sudah memahaminya, atau kita rasa tidak masuk “line” kita.

Pada sessi makan pula, kelihatan ada sedikit “ketidak puas hati” dari pihak ustaz Fathul bari. Dia agak tidak bersetuju, apabila perbincangan ini dilihat agak kepolitikkan. Tetapi, dalam munazarah malam itu pun, beliau ada mempertikaikan tindakan sebilangan ahli politik PAS, waima tidak menyebut nama. Jika beliau tidak setuju, sudah pasti beliau tidak akan menyebut, tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Justeru, tidak seharusnya beliau menyatakan ketidak-puas-hatian itu sehingga bercakap seperti [ulang: seperti] orang yang sedang kemarahan.

Padaku, aku hadir dalam forum pada malam itu, disamping ingin mempertikaikan hujjah-hujjah Ustaz Fathul bari yang mempunyai jawatan dalam UMNO [Ulama Muda UMNO], tetapi ia juga kerana desakan ekoran melihat dan mendengar ucapan Ustaz Fathul bari dalam perhimpunan Agung UMNO hari itu.

“Anta datang bukan untuk kebaikan Umat?” mungkin ada orang berkata begitu.

Jika ini soalannya, aku akan menjawab, “kerana kebaikan umat, UMNO wajib dijatuhkan, kerana mereka bukan sekadar zalim, tetapi telah mengagalkan perlaksanaan islam di malaysia; mencipta persepsi buruk terhadap islam dan sebagainya”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
15 Disember 2010 * 6:00 petang.

Isnin, 13 Disember 2010

FORUM "TEGUR PIMPINAN NEGARA" MALAM NI



[Klik gambar untuk besarkan]

Makluman: sebentar tadi, berlaku pertemuan dengan Ustaz Fathul Bari di Petaling Jaya. Beliau mengenakan enam syarat dalam forum. Antara syarat untuk hadirin, bahawa semua hadirin yang ingin mengajukan soalan atau ingin nyatakan pandangan bahawa menggunakan surat sahaja. Sesiapa di kalangan hadirin ingin bertanya dan memberikan pandangan, boleh sediakan kertas dan pen, agar tidak berlaku "tidak puas hati" di kalangan hadirin.

sekian Makluman.

Al-Bakistani

Sabtu, 11 Disember 2010

BUKU YANG MENGUBAH PEMIKIRANKU


Ahmad Wahib, adalah sorang budayawan, wartawan dan pemikir. Mati dilanggar motosikal pada usia muda - pada 1973. Buku ini merupakan kumpulan catatan harian beliau. Beliau mengikut secara dekat perdebatan ilmuwan dan intelektual pada era Orba. Orde Baru - Zaman Suhartoe. Buku yg berkisarkan tentang pergolakan, cadangan, solusi, opini bagi setiap pergolan. Secara jujurnya aku tidak sempat membaca buku ini - speed reading atau menelaah cuma berkesempatan untuk membaca ulasan penulis lain terhadap beliau dan sedikit sinopsis.

Tajuk:Pergolakan Pemikiran Islam, catatan harian Ahmad Wahib.

Tulisan: Ahmad Wahib

Tebal: 335 halaman

Harga: RM28 by hand,

Kontak: Sam Ahmad - 017 528 5276

Bank in RM30 (+ kos penghantaran) - acc Maybank, 1580 9778 4646. (by hand negotiable).

Rabu, 8 Disember 2010

ULAMA PELAPIS PAS HARAMKAN BUKU DR MUJAHID?





Tengahari tadi, dapat satu SMS yang berbunyi;

"Salam. Muzakarah buku 'menuju PAS baru' oleh ulama pelapis pada 5 Disember, dihadiri oleh 32 pakar Syariah seluruh malaysia telah meresolusikannya sebagai TERSASAR"

Tadi, berlaku satu wacana. Ahli penalnya adalah, penulis buku sendiri, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Dr Ghazali Muhyiddin [penganalisa politik], Ustaz Zaharuddin Mohammad [Ahli majlis Syura PAS] dan Dr Abdul Aziz Bari [Penganalisa dan pakar rujuk perlembagaan Malaysia] yang membicarakan tentang buku ini.

Di Akhir forum, Ustaz Zaharuddin Muhammad yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS menyatakan, pada 5 disember baru-baru ini, Ulama Pelapis PAS Pusat telah mengadakan perbincangan tentang buku ini dan keputusannya adalah buku ini perlu DINILAI semula.

Sebelum penutup, sebagai menjawab, Dr Mujahid Yusuf Rawa menyatakan bahawa beliau tidak ada sebarang masalah tentang komentar dari Ulama Pelapis PAS Pusat tentang buku tulisan beliau, tetapi beliau menyatakan bahawa beliau tidak dijemput untuk menyatakan pandangan di hadapan ulama Pelapis Pusat itu terhadap buku yang dilihat seperti di "haramkan" kan itu.

Dikhabarkan pula bahawa Ustaz Ridhwan Mat Nor ada menyatakan bahawa beliau akan menulis buku untuk mengkritik balik tulisan dari buku "Menuju PAS Baru" ini.

Kita sedang menanti kehadiran buku jawab balas, dan kita sedang nantikan wacana terbuka tentang buku "Menuju PAS baru" dan jawapan balas terhadap buku ini, dengan dihadiri penulis ke dua-dua belah pihak, untuk diwacanakan secara ilmiyyah.

"Wacana ke arah kesegaran minda anak Muda"

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
9 Disember 2010 * 2:45 Pagi

BANNER MENARIK

cadangan Idris Ahmad, Ketua penerangan PAS pusat untuk dinaikkan banner. Antara yang menarik pada cadangan ini adalah;

Berikut cadangan perkataan di kain rentang yang akan dinaikkan di seluruh negara.

"Terima Kasih BN Kerana Naik Harga Petrol, Diesel, Gas dan Gula”

“Barang Naik,Rakyat Kena Dulu”

“Beri Kuasa Pada Pakatan Rakayta Kalau Tidak Boleh Jaga Rakyat”

“Kerajaan Pakatan Rakyat Teruji Dan Terbukti Membela Rakyat”

“Pemimpin Kaya Rakyat Terseksa”

“Pemimpin Joli Rakyat Tidak Dipeduli”

“Jangan Biarkan Anak Cucu Kita Melarat”

“Tolak BN Anda Mampu Mengubahnya”

“Kami Rakyat Bermaruah Akan Tolak BN”

“Barang Naik, BN Tidak Pandai Memerintah”

“Tugas Kerajaan Jaga kebajikan, Bukan Tekan Rakyat”

“Selamatkan Negara Daripada Muflis”

“Mana Wang Petronas Dihabiskan?”

“Negara Malaysia Bukan Padang Pasir Yang Tidak Ada Hasil”

“Ke mana hasil Balak, Kelapa Sawit,Getah, Mutiara, Pasir Dihabiskan?”

“Pemimpin BN Bela Kroni Dan Anak Bini”

“Anda Sayang Keluarga, Bangkit Tolak BN”

Ahad, 5 Disember 2010

AKU KAGUM "HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH"

Aku bukan seorang ahli tasawwuf, lebih-lebih lagi sehingga sanggup menghabiskan seluruh hidupku dengan tarikat itu dan tarikat ini. Semasa di pondok dahulu, Tuan Guru Haji Abdur Rahman Lati pernah mengijazahkan aku satu amalan tarikat, tetapi aku tidak amalkannya. Amalan sekadar "la ilaha illa Allah" yang Tuan Guru suruh aku amalkan sehari sebanyak satu ribu kali, aku tidak amalkannya.

Secara peribadi, aku lebih berminat beramal dengan zikir-zikir yang warid dari hadis yang saheh dan dari Al-Quran. Ekoran itu, Ma'surat adalah amalan zikir yang paling aku yakin, berbanding zikir-zikir atas nama Hizb dan sebagainya.

sefaham aku, Amalan zikir adalah hubungan antara manusia dengan Tuhannya. hati yang berzikir, hati yang selalu teringat kepada kekuasaan-Nya yang maha hebat. orang yang "syok" berzikir, adalah orang yang sedang "syok" bersama Allah.

Kadangkala, berkawan juga membantu untuk kita berzikir. Walau sekadar menyebut "YA Allah", atau "Ya Rahman" atau sebagainya, kadangkala dengan bantuan kawan tersebut, perkataan "YA Allah" atau "Ya Rahman" yang diungkap sekali ungkap itu mengingatkan kita kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi, berbanding kita menyebut "Ya Allah" seribu kali sambil memegang biji tasbih.

YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS adalah antara ramai-ramai kawan-kawanku yang terlalu minat berbicara tentang dirinya dengan Allah. Dalam bulan ramadhan, boleh dikatakan hampir setiap minggu beliau telefonku di waktu sahur, semata-mata berbual-bual tentang hubungan diri masing-masing dengan Allah yang maha berkuasa.

Semasa berbual, kadangkala aku bercerita tentang ketuhanan dan beliau mendengar. Tetapi, semasa bercerita, hatiku tidak pernah hadir tentang apa yang aku ceritakan. Aku bercerita itu, tidak lebih sekadar pengetahuan ilmu yang dibaca dan didengar dari guru-guru, tanpa penghayatan terhadap cerita tersebut. Tetapi, setelah habis berbual, kadangkala aku termenung sendirian dan mula menghayati terhadap apa yang aku ceritakan itu. Menghayati hubungan diri dengan Allah dalam keadaan termenung sendirian itu lebih memberi kesan dan terasa manis pada jiwa berbanding bercerita dalam telefon tadi.

Antara kawan-kawanku yang lain; yang cukup menjadikan aku terkesan apabila berbicara tentang hubungan diri dengan Allah adalah pak bakaq Haq. Apabila berbicara tentang Allah, beliau sering menjadikan aku termenung sendirian. faktor bahasa yang diungkapkan oleh beliau, sudah cukup untuk aku akui bahawa beliau seorang yang cukup jujur dalam perkataan. kejujurannya dalam perkataan itu, kadangkala menyebabkankan aku termenung, mengenangkan Allah yang maha berkuasa.

Seperti yang diketahui ramai, Anak Pak Bakaq telah meninggal dunia semalam. Aku mengetahui berita itu, tidak lama selepas Allah telah mengambil roh Muhammad Sadiq. pada asalnya, aku menghantar sms kepadanya. tujuannya adalah sekadar ingin bertanya, apakah pada malam itu kami boleh berjumpa untuk berbual dan bertanya khabar. Tetapi, SMS yang dibalasnya itu ternyata menyebabkan hatiku sebak sendirian.

"Tolong doa agar Allah ampunkan anak saya. Dia dah tak ada"

Aku cukup terkesan dengan perkataan "Allah ampunkan anak saya". membaca ayat ini, badanku seperti terkena letrik. Ayat itu, mengingatkan aku kepada Pak Bakaq yang menutup kesedihannya ketika anaknya sedang berada dalam HKL. Ayat itu, mengingatkan aku kepada Pak Pakaq yang boleh melawak dengan kami, walhal di saat itu dia sedang kesedihan dengan penderitaan anaknya yang sedang sakit.

Aku dapat rasakan kesedihan yang tersembunyi disebalik wajah Pak bakaq yang tenang. Aku dapat rasakan, walau dia melawak yang menyebabkan kami ketawa, tetapi disebalik ketawa itu tersembunyi seribu satu masalah yang sedang difikirkan.

Pada hari ini, sekali lagi hatiku sebak apabila membaca posting Pak Bakaq kali ini. [sila Klik]

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
6 Disember 2010 * 4:20 pagi




Sabtu, 4 Disember 2010

FORUM TEGUR PIMPINAN NEGARA BERSAMA FATHUL BARI

forum "tegur pemimpin Negara dari perspektif islam"

Penalis:
Ustaz Fathul Bari
[anak bekas Mufti perlis, Ulama Muda UMNO]

Wan Ji bin Wan Hussin
[Blogger Al-Bakistani]

tarikh;
14 Disember 2010 [selasa malam]

Jam;
8 malam

tempat:
akan diberitahu kemudian, tetapi di sekitar Petaling Jaya.

FORMAT PROGRAM

round pertama:

setiap panel memberi pandangan masing-masing selama 20 minit.

Round kedua:

soal jawab dan respon hadirin.[masa tidak dimaklumkan, kerana dijangka dalam round ini memakan masa agak lama]

Round ketiga:

kesimpulan ringkas dari setiap penal.

sekian makluman




BERITA SEDIH : ANAK PAK BAKAQ MENINGGAL DUNIA

BERITA SEDIH.

ANAK PAK BAKAQ [BLOGGER PENARIK BECA] YANG BERUMUR 16 TAHUN, MENINGGAL DUNIA BARU SEKEJAP TADI. SUDAH HAMPIR SEBULAN BERADA DI HKL KERANA SAKIT JANTUNG.

DOAKAN DIA DARI KALANGAN ORANG YANG SOLEH, DAN MENDAPAT RAHMAT DARI ALLAH DI AKHIRAT KELAK.. AMIN !!!!

ini SMS dari Pak bakaq;

"Tolong doa [agar] Allah ampunkan anak saya, dia dah tidak ada"

Jumaat, 3 Disember 2010

TRANSFORMASI FIKRAH, BERTINDAK DAN KEPIMPINAN [2]

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS

[1]

Islam agama sekelian alam. Ia tidak dibataskan kepada muslim sahaja, tetapi menjangkaui seluruh alam, termasuk mereka yang tidak beragama islam. Islam tidak mungkin salah, kerana ia diturunkan oleh Allah, tuhan yang mencipta langit dan bumi.

Adapun fikrah bagi sesuatu persatuan atau kelompok, ia tidak lebih sekadar ijtihad; yang kadangkala betul dan tidak boleh menafikan wujud sebarang kemungkinan kesalahan. Mengatakan sesuatu fikrah itu sahaja yang betul, sedangkan yang lain adalah salah, adalah sama seperti orang yang bermazhab As-Syafie mengatakan Imam As-Syafie sahaja alim, seterusnya menafikan kealiman ulama-ulama mazhab lain.

Tindakan menafikan kealiman ulama-ulama mazhab yang lain, tidak salah jika mahu diistilahkan sebagai “Ta’assub mazhab”. Maka begitujuga bagi mereka yang menafikan ijtihad-ijtihad persatuan lain, disamping mengatakan bahawa ijtihad persatuan yang didokong sahaja adalah betul.

[2]

Sebilangan ahli-ahli PAS amat elargic dengan istilah JIM. Orang JIM yang telah masuk PAS, amat diwaspadai. Berbagai-bagai dakwaan yang bertiup; seperti mendakwa golongan JIM dalam PAS ini mempunyai usrah tersendiri [tidak ikut manhaj usrah PAS], mereka memberi wala’ kepada JIM lagi berbanding PAS, golongan JIM dalam PAS adalah usaha secara saraf bahawa mereka mahu membawa PAS kepada UMNO, JIM ini adalah golongan “munafiq” dalam PAS dan sebagainya.

Tidak diketahui kebenaran dakwaan yang tersebar dalam usrah-usrah, tamrin-tamrin, Mukhayyam-mukhayyam PAS dan sebagainya. Jika hendak menafikan kewujudan sebaran saraf ini, ia adalah satu perkara yang mustahil, kerana ia amat terbukti bagi mereka yang terlibat dalam usrah-usrah PAS.

[3]

Secara peribadi, aku pernah berdialog dan memprovokasikan terhadap salah seorang bekas pimpinan tertinggi JIM dengan beberapa persoalan yang berkaitan pertembungan PAS dan JIM.

Apabila ditanya, “mengapa JIM? Kenapa tidak PAS?” Dinyatakan, ia semua terkesan dengan pengaruh gerakan islam dari luar negara, khususnya Ikhwan Muslimin [Mesir] yang ditubuhkan oleh Hasan Al-Banna dan Jamaat Islami yang ditubuhkan oleh Maulana Abu ‘Ala Al-Maududi di pakistan.

Idea penubuhan JIM yang pada mulanya dikenali sebagai IRC itu, didakwa tertubuh ketika PAS masih lagi bersama-sama dengan UMNO dalam kerajan Perikatan [kemudian menjadi BN]. Memandangkan terkesan dari hukuman gantung terhadap Sayed Qutub yang dilakukan oleh Kerajaan mesir ketika itu, menyebabkan golongan JIM tidak dapat menerima tindakan PAS yang bergabung dengan UMNO, kerana pada mereka, UMNO adalah taghut sepertimana kerajaan mesir yang membunuh Sayeq Qutub.

Ekoran itu, mereka mengasingkan diri dari PAS sehingga bermula era kepimpinan ulama dalam PAS. Diceritakan juga, “ikon Ikhwan” yang cukup berpengaruh dalam PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Lantaran itu, tidak hairan ada sebilangan pimpinan JIM amat kagum dengan Tuan Guru Haji hadi pada tahun 80an dahulu, yang kini adalah Presiden PAS.

“Ana sanggup bermalam satu family di masjid Rusila selama 4 hari 4 malam, semata-mata nak dengar ceramah haji hadi” ujar salah seorang bekas pimpinan JIM.

Apabila ditanya, dimanakah aura sebegitu hebat sekali? Dijawabnya, “anta tak dengar haji hadi tahun 80an.. Dia punya ceramah, terus boleh taip dan buat buku”

[4]

Cuma agak memelikkan sikit adalah, apabila JIM berjaya ditubuhkan secara rasmi pada 27 Julai 1990[sila Klik]. Namun, apabila ditanya sebilangan bekas pimpinan JIM, mereka mendakwa bahawa penubuhan JIM adalah bertujuan untuk membantu PAS. Cuma, mereka tidak menggunakan aliran politik sepertimana PAS, tetapi mereka mementingkan dakwah berbanding lainnya.

Didakwa juga, PAS dilihat agak perlahan dari sudut dakwah dan dalam penyediaan manhaj dakwah dan usrah. Lantaran itu, tidak hairan bahawa sehingga kini PAS tidak mempunyai buku-buku usrah tersendiri yang bersifat konfrehensif, kecuali ‘mencilok’ beberapa buah usrah dari luar, seperti terjemahan bagi tulisan Fathi Yakan, Mustafa Masyhur, Abu ‘Ala Al-Maududi, Bapak Natsir dan sebagainya.

Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan JIM mengambil inisiatif yang serius dalam menyediakan manhaj usrah dalam membantu PAS. Maka lahirnya risalah usrah tulisan bekas Presiden JIM, [YB] Syaari Sungip atau dikenali sebagai Abu Urwah. Risalah usrah ini, amat mudah didapati di kedai-kedai yang mempunyai kaitan rapat dengan PAS. Malahan kini, jika mahu koleksi risalah-risalah usrah tersebut, boleh didapati di kedai buku yang berada di bawah pejabat harakah [Surat Khabar PAS] di Jalan Pahang.

[5]

Dalam keadaan sebegitu baik pun, unsur curiga mencurigai antara dua gerakan islam ini tetap berlaku. Pertembungan antara dua ini di peringkat Universiti amat ketara kelihatan. Perebutan keahlian pula, merupakan bukti yang paling nyata bahawa pertembungan antara dua gerakan islam ini sememangnya berlaku.

Sukar untuk merungkai pertembungan antara dua gerakan Islam ini. Tidak diketahui, apa sebenarnya yang PAS dan JIM mahu, sehingga berlaku pertembungan antara satu dengan yang lain ini diperingkat Universiti sebegitu hebat sekali.

Di pihak PAS, ada mendakwa bahawa JIM satu aliran dengan UMNO di negeri yang UMNO kuat, dan menjadi PAS di tempat yang PAS kuat; JIM tidak lebih sekadar lalang yang ditiup angin. Dakwaan sebegini, sering kali aku dengar dari sebilangan pimpinan PAS yang cukup anti dengan JIM.

Dari pihak JIM pula, ada yang mendakwa bahawa PAS tidak lebih sekadar parti politik. Dari sudut tarbiah, didakwa PAS tidak kemana. Dakwaan ini bersifat idealis, tetapi tidak mustahil ia sukar dilaksanakan PAS secara ideal, kerana Ustaz Idris Ahmad pernah berkata, “Ahli PAS ini; bermula dari orang yang ada Phd, sampai orang yang tak gosok gigi”.

[6]

Dahulu, aku amat anti dengan JIM. mungkin faktor keluargaku pada asalnya dari UMNO, dan terasa betapa susahnya untuk menukar fikrah mereka kepada PAS, menyebabkan aku agak elargic dengan UMNO. Lalu, apabila didakwa bahawa JIM ini bersifat lalang dan berusaha hendak mengUMNOkan PAS, menyebabkan aku amat anti dengan JIM sebelum ini.

Namun begitu, penilaianku ketika itu lebih kepada sentimen, bukan dengan rasional yang sihat. Justeru, apabila aku berfikir secara rasional, aku masih tertanya-tanya tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini.

Aku masih tidak mendapat jawapan yang jitu tentang pertembungan antara dua gerakan islam ini. namun, selepas era 8 mac 2008, aku meletakkan tanggapan bahawa Islam yang diperjuangkan oleh PAS, bukan sekadar mahu diterima oleh orang islam, tetapi mahu diterima juga oleh Non Muslim.

Jika dengan Non Muslim, kita mengharapkan sokongan dan dokongan dari mereka, inikan pula dengan sesama gerakan islam yang bernama JIM. tetapi, keadaannya adalah sebaliknya; dengan maksud, curiga mencurigai antara PAS dengan gerakan islam lain ini masih tetap berlaku. Perkara ini yang sedang aku fikirkan, tetapi sehingga kini belum ada lagi dapat memberikan kepadaku jawapan yang jitu dan diterima akal secara rasional.

Bersambung…. Fikrah JIM vs Fikrah PAS [2]

HARGA DAN NILAI BAGI SATU MAKLUMAT

Hari ini, aku ikut seorang wartawan untuk mengambil kenyataan media satu badan kerajaan di ibu kota. Sedihnya, kami sesat jalan sehingga sampai agak lewat; iaitu kenyataan media sudah selesai.

Keadaan wartawan terbabit agak kesedihan. Dia bimbang tidak dapat menyediakan berita tentang isu yang agak hangat juga dibincangkan dengan cepat pada hari ini. Makanya, kelihatan dia seperti ibu kucing yang kehilangan anak untuk mendapatkan maklumat tentang kenyataan media yang boleh dijadikan berita.

Dia menelefon tokoh-tokoh tertentu, tetapi tetap mereka tidak mahu melayan. Lalu, dia teringat kepada seorang kawan sesama wartawan untuk mendapat sedikit maklumat untuk dijadikan berita. Setelah menekankan butang off Handphone, kelihatan wajahnya sayu.

Apabila ditanya, dijawab bahawa wartawan yang merupakan kawannya yang hadir awal itu seperti meminta habuan yang agak lumayan, walau kenyataan tokoh terbabit tidaklah lama; sekadar dalam beberapa minit sahaja. Mendengar penerangannya, aku terkejut dengan dunia kewartawanan ini. Aku tidak mengetahui langsung pembudayaan sebegini, malah inilah pertama kali aku melihat situasi ini.

"Ko nak bayar ker?" soalku.

"aku ada maruah. Aku tak akan buat kerja macam tu" jawabnya ringkas tapi membanggakan.

Mendengar jawapan itu, aku mula teringat dengan kisah seorang kawan yang menjadi penasihat syariah di salah sebuah bank di Malaysia. Dimaklumkan bahawa dia kesangsian dalam beberapa isu fiqh berkaitan dengan sistem kewangan islam. Ekoran itu, dia telah menelefon seorang “Prof” dalam bidang kewangan islam, untuk mendapat sedikit pencerahan.

Soalan pertama dijawab dengan baik. Begitujuga pada soalan kedua. Tetapi, apabila masuk ke soalan ketiga, “prof” terbabit terus berkata, “apa? awak ingat ini free ker?” lalu terus dimatikan handphone tanpa sebarang ucapan salam.

Fuh.. inilah nilai satu maklumat. Tidak hairan seorang kawan yang sering berwacana denganku, ada sekali dia berkata, “aku baca buku banyak-banyak. Aku habis banyak duit untuk beli buku. Tiba-tiba, ko nak maklumat aku mudah dan free.. sori la beb”

Mendengar kata-kata kawanku itu, hati kecilku terus berkata, “Ya Allah, Aku minta berlindung dengan-Mu, agar tidak menjadikan aku kedekut ilmu yang dibaca dan dipelajari semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] sg Buloh
4 Disember 2010 * 4:32 pagi

Johor, N Sembilan, Melaka diramal tumbang ke tangan PR

PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

Portal berita rasmi parti itu memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen baru-baru ini.

“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.

Menurut Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana mereka terpaksa bertanding di padang yang tidak sama rata.

“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hari ini PAS sudah mempunyai dua ADUN di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Mahathir berkata ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan ada kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

***

sebagai ahli PAS, aku bangga klu ada kenyataan media seperti ini... walau agak lewat dan selepas dikritik [melalui SMS kpd pimpinan tertinggi terbabit dan blog], tetapi ia tetap membanggakan..

Khamis, 2 Disember 2010

KALAULAH CHEGUBARD KP PAS PUSAT?

semasa berlaku pemilihan PKR baru-baru ini, harapan aku kepada AMK adalah, supaya mereka bertukar ketua AMK mereka; daripada lembab kepada laju. Walau terbukti Sam lembab dalam menerajui AMK sebelum ini, tetapi ia tetap dipilih juga, berbanding Chegubard yang lebih agrasif menerajui anak muda.

Walaubagaimana pun, pada hari ini, Chegubard buat kenyataan atas nama badan NGO yang ditubuhkan atas inisiatifnya sendiri untuk menggerakan anak muda untuk demonstrasi mempertahankan hak rakyat Selangor. Aku membayangkan, jika pemimpin sebegini wujud dalam PAS; malahan memimpin Pemuda PAS Pusat.

***

Sebuah NGO yang diketuai calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin menawarkan sekurang-kurangnya 50 'marsyal demo' bagi memastikan kelancaran perhimpunan 'baju merah' Ahad ini.

Menurut Badrul, sukarelawan Solidariti anak muda malaysia (SAMM) yang menawarkan diri itu berpengalaman mengendalikan demonstrasi sejak 1998 dan terlibat dalam perhimpunan besar seperti 'demonstrasi BERSIH' sebelum ini.

"Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut.

"Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata Badrul (kiri) yang tewas di tangan penyandang AMK Shamsul Iskandar Md Akin minggu lalu.

Ahad ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengetuai perarakan besar dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.

Kumpulan ini yang berbaju merah berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi kumpulan yang 'antipenyelewengan' kerajaan negeri (berbaju hitam) yang turut menuju ke tempat yang sama bagi menyerahkan memorandum mereka.

Dalam satu kenyataan, Badrul menyeru semua anak muda dan jentera kerajaan negeri turut serta atas "semangat ketuanan rakyat" bagi merpertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air.

"Ini juga kali pertama dalam sejarah, himpunan dianjurkan (oleh) kerajaan negeri," katanya yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Mempertahankan keabsahan tindakan mereka, Badrul berkata, perarakan ke Istana Negara merupakan "praktik membesarkan institusi beraja" bagi membolehkan rakyat mengadu masalah.

"Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka," tegas Badrul.

Badrul juga berharap pihak polis "bertindak lebih waras" mengawal perhimpunan itu memandangkan mahkamah sebelum ini membebaskan tertuduh dalam perhimpunan BERSIH atas alasan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul.

TIADA TPM DALAM PERLEMBAGAAN - DR AZIZ BARI

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

"Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

Rabu, 1 Disember 2010

KEMANA PENASIHAT POLITIK PRESIDEN?

themalaysianinsider melaporkan;

KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut.

Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja,” kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider. [sila klik]

KOMEN:

aku terkejut membaca berita ini. Sebagai presiden PAS, perkara yang dia perlu bicarakan adalah MERAMPAS MALAYSIA. Menawan negeri termasuk terengganu, hanya perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS negeri sahaja yang bercakap. Tidak perlu Presiden bercakap. Jika beliau bercakap juga, bermakna beliau telah merendahkan status negarawannya dalam persepsi dunia politik.

Persoalan aku adalah, kemana pergi penasihat politik Presiden? kemana pergi penasihat strategi politik Presiden, sehingga presiden mengeluarkan kenyataan sebegini?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 Disember 2010 * 3:02 petang

NAK PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM, TAPI TIDAK CERDIK

PM dan TPM mesti beragama Islam. Itu syarat yang mesti. Tapi, tidak cukup sekadar beragama Islam, jika tidak melakukan keadilan. pemimpin yang zalim, walau beragama islam juga wajib ditentang dan dilawan.

Negara yang diperintah oleh non muslim, tetapi rakyatnya sentiasa melakukan 'Islah' atau pembaik pulih dikalangan mereka, adalah negara yang tidak akan ditimpakan azab oleh Allah.

Firman Allah;

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

maksudnya;
"Tidaklah tuhan kamu [wahai muhammad] membinasakan sesebuah kampung secara zalim, sedangkan ahli kampung sentiasa melakukan islah [pembaik pulih]"

[Surah Hud : 117]

ekoran itu, tidak hairan Imam Ibnu Taimiyyah ada berkata;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

maksudnya;
"Allah SWT akan membantu negara yang adil, waima ia adalah kafir. Dan tidak akan membantu negara yang zalim, waima ia adalah mukmin"

[Al-Hisbah : 4]

An-Najasyi, seorang raja yang tidak beragama islam, tetapi keadilan yang dilakukannya, menyebabkan nabi SAW memujinya. Ini memberi gambaran, bahawa islam mengakui keadilan, waima dilakukan oleh bukan islam sekalipun.

isunya sekarang, kita sering melaung-laungkan kewajipan seseorang pemimpin negara dari kalangan orang islam, tetapi pemimpin cadangan kita tidak pernah berhikmah dalam memimpin. Ucapannya tidak lebih sekadar retorika, yang rakyat melihatnya dengan penuh "kurang kepercayaan" dan "tidak disiqahi".

Pada saat, rakyat sedang mahu mendengar kenyataan yang bijak, pemimpin yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan berbau kebodohan. Tidak dinafikan, berhikmah bagi seseorang pemimpin bukanlah sesuatu yang wajib mengikut pendapat sebilangan ulama. tetapi adalah salah jika dinafikan bulat-bulat kewajipan berhikmah bagi seseorang pemimpin. Sesuatu fatwa ulama, sudah pasti terkait dengan 'Uruf setempat. JIka uruf menghendaki pemimpin berhikmah adalah wajib, maka menabalkan pemimpin berhikmah adalah wajib.

Di Malaysia di era 8 mac 2008, pemimpin yang berhikmah [bijaksana] adalah satu perkara yang wajib. Ini kerana, keadaan politik kini bukan sekadar mempamerkan perang politik dengan musuh, tetapi mempamerkan 'berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan' dengan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat. ekoran itu, pemimpin berhikmah dan bijaksana adalah satu kewajipan.

Dan lagi, pada saat rakyat meluat dengan kezaliman dan penindasan, pemimpin beragama islam memberi kenyataan berbau sokongan terhadap pemimpin yang zalim. Jika ini berlaku, sampai bila-bila pun pemimpin islam cadangan kita tidak akan diterima rakyat.

peliknya, yang tidak beragama Islam pula komitment dengan keadilan dan melawan kezaliman. Mereka tidak pernah bertoleransi dalam perkara zalim, malahan bertegang leher dalam menentang kezaliman.

Jika keadaan ini yang berlaku, kesalahan ini tidak boleh disalahkan kepada non Muslim, tetapi wajib disalahkan kepada muslim yang tidak bersungguh-sungguh mempamerkan bukti yang meyakinkan rakyat.

Nabi SAW masuk ke Madinah, dilantik jadi pemerintah. Ketika itu, Orang islam tidak sampai 30% pun. Orang bukan islam lebih majoriti. Persoalannya, kenapa orang islam tidak majoriti boleh terlantik nabi SAW sebagai pemerintah? ini melambangkan kebijaksanaan politik, dan bukti keadilan yang diperjuangkan oleh nabi SAW, menyebabkan rakyat melantik nabi, waima rakyat itu ramai yang tidak beragama islam.

sebab itu, apabila kita lihat kejatuhan kerajaan osmaniyyah turki ke tangan Mustafa Kamal Art-Tarturk. Kita tidak boleh sekadar menyalahkan golongan sekular dan yahudi sahaja, kerana mereka sememangnya mempunyai agenda untuk merosakan umat Islam. tetapi yang wajib disalahkan adalah kepada pemimpin beragama Islam, yang dilihat kerusi takhta mereka pun diperbuat dari Emas. Ini boleh dilihat di Muzium Topkapi, Turki. Jika inilah keadaannya, tidak hairan rakyat turki lebih memilih pemimpin sekular berbanding pemimpin yang beragama islam

Lantaran itu, di saat ini, tidak seharusnya kita sekadar mengatakan kewajipan PM atau TPM mesti beragama Islam, tetapi sewajibnya dipamerkan seorang bakal PM dan TPM yang bijaksana dalam mengurus politik, agar rakyat lebih mempercayai kita dalam memerintah Malaysia selepas kejatuhan UMNO dari tampuk kekuasaan putrajaya.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
2 Disember 2010 * 3:26 pagi

Selasa, 30 November 2010

ALLAH TOLONG NEGARA KAFIR YG ADIL - IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah berkata dalam kitab Al-Hisbah;

الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة

maksudnya;
"Allah SWT membantu negara yang adil, waima negara itu kafir. Dan tidak membantu negara yang zalim, waima negara itu negara orang mukmin"

[Al-hisbah : 4]

SEJARAH TEMA “KETUANAN MELAYU”


Tema ketuanan melayu dimainkan. Sebelum kejadian 8 mac 2008, tema ini seakan-akan tidak pernah kedengaran. Namun, kejatuhan BN amat teruk selepas tsunami politik dalam PRU ke 12 ini, menyebabkan tema ini bergema.

Ramai dari kalangan orang melayu yang terpengaruh dengan tema ini, tetapi mereka tidak mengetahui dari sumber asal manakah datangnya tema tersebut. Disini, dipaparkan beberapa fakta sejarah tentang perkara itu, yang ia adalah seperti berikut;

Ada sebilangan pihak mendakwa, maksud dengan ketuanan melayu adalah mempertahankan kuasa raja-raja melayu. Mungkin ia merujuk kepada perjuangan dato’ Onn yang mempertahankan raja-raja melayu yang ditipu oleh rakan sekutu UMNO selepas itu, iaitu British atas nama Malayan Union.

Menurut sejarah, pada tahun 1943, Jabatan negara bagi tanah dan jajahan takluk british merancang hendak menjadikan negeri-negeri melayu sebagai jajahan takluk [koloni] british, apabila sahaja Jepun dikalahkan dalam peperangan.

Ketika itu, British bercadang menggabungkan;

[1] Negeri-negeri melayu bersekutu yang terdiri dari perak, selangor, pahang dan negeri Sembilan.
[2] negeri-negeri melayu tidak bersekutu yang terdiri daripada johor, kedah, kelantan, terengganu dan perlis.
[3] tiga negeri-negeri selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Province Wellesly.

Ketiga-tiga unsur ini mahu digabungkan oleh British untuk diletakkan dibawah satu pentadbiran pusat yang bernama Malayan Union [melayu : Negara melayu bersatu].

Malayan Union akan menggantikan pemerintahan beraja di Negeri-negeri melayu dengan beberapa cara, antaranya adalah, menghapuskan kuasa raja-raja melayu, termasuk sebagai penaung agama islam dan ketua adat resam melayu.

Sebuah “majlis penasihat Islam dan Adat resam melayu” akan ditubuhkan oleh kerajaan malayan Union kelak. Majlis ini dipengerusikan oleh gabenor Inggeris, dengan raja-raja melayu menjadi ahli-ahlinya. Majlis penasihat itu akan berperanan sebagai kuasa penimbal untuk memutuskan fatwa-fatwa berkaitan dengan agama islam dan perkara berkenaan dengan adat resam orang melayu. [UMNO dan Malayan Union : 1-2]

Dinyatakan bahawa Malayan Union ini, pada asalnya disetujui oleh raja-raja melayu sehingga melahirkan kemarahan orang-orang melayu ketika itu. Ia melahirkan desakan dari persatuan melayu johor (PMJ) agar sultan Ibrahim [johor] dipecat dari takhta Negeri johor pada febuari 1946. [ibid : 11]

Namun begitu, Dato’ Onn yang sedar kejadian ini telah menulis sepucuk surat yang dikirimkan kepada utusan melayu, bertarikh 23 Januari 1946 memohon disiarkan, mengajak pemimpin-pemimpin melayu di seluruh negara berhimpun mengadakan kongres untuk membincangkan perkara penubuhan Malayan Union ini, disamping memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membenteras rancangan kerajaan Inggeris itu.

Ekoran itu, lahirnya UMO [United Malays Organisation] kemudian dicadangkan dengan nama UMNO [Uniterd Malays Nasional Organisation] oleh pendeta Za’ba [Zainal Abidin bin Ahmad], seterusnya usaha melawan Malayan Union berjaya.

Antara punca kejayaan menghapuskan Malayan Union, dinyatakan dalam buku “UMNO dan malayan Union” bahawa Malayan Union terancam bukan sekadar dari gerakan orang melayu sahaja, tetapi dengan faktor pengaruh PKM [parti komunis Malaya], pengaruh parti-parti siasah luar negara, seperti parti kuomintang [KMT] China, parti kongres India dan parti-parti siyasah Indonesia. Ketika itu, british berpendapat keterlibatan PKM dan parti-parti siyasah asing adalah lebih berbahaya terhadap mereka, disamping dengan bantuan PKM dan parti-parti asing ini, akan menaikkan kepercayaan orang melayu untuk melawan British.

Pada british pula, mereka yakin boleh bekerjasama dengan orang melayu, jika pemerintahan tanah melayu dipulihkan seperti sedia kala dengan sedikit perubahan dari segi pentadbiran. British juga percaya bahawa persefahaman dan persahabatan dengan orang melayu dapat dijalinkan dan ia boleh mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada kedua belah pihak.

Maka dengan itu, pada bulan jun 1946, British bersetuju mewujudkan suatu jawatan kuasa kerja untuk menggubal dan merangka perlembagaan persekutuan tanah melayu dan perjanjian negeri-negeri yang keahliannya terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu; [1] kerajaan British, [2] raja-raja melayu, dan [3] UMNO.

Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut, maka berlakulah berbagai-bagai perbincangan antara wakil UMNO dan British, sehinggalah terbentuk perjanjian [perlembagan] persekutuan tanah melayu serta dengan perjanjian-perjanjian negeri melayu dengan disahkan oleh Jemaah menteri-menteri kerajaan British yang setahun kemudian, malayan Union dibubarkan dan persekutuan Tanah melayu ditubuhkan pada 1 febuari 1948. [Ibid : 81]

Dari ulasan buku sejarah “UMNO dan Malayan Union” ini, kita akan dapati UMNO telah bersekongkol dengan British dalam usaha menghapuskan Malayan Union ciptaan Inggeris, disamping meninggalkan terus PKM dan parti-parti asing. Walhal, didapati British ketika itu lebih takut dengan gerakan parti PKM dan parti asing berbanding pergerakan UMNO yang melawan Malayan Union.

Namun begitu, British sedar bahawa UMNO mudah ditipu, makanya mereka bergabung dengan UMNO, seterusnya mewujudkan persefahaman yang memberi keuntungan kepada British, dan ia disetujui oleh UMNO.

Walau kelihatan usaha UMNO ini berjaya menghapuskan Malayan Union, tetapi sedikit sebanyak UMNO telah menyerahkan beberapa kepentingan Tanah melayu kepada British. Walau raja melayu kelihatan berjaya diselamatkan, tetapi UMNO di era Tun Dr mahathir menjadi Perdana Menteri telah berjaya menghapuskan kuasa-kuasa raja melayu.

Justeru, jika isu raja melayu yang mahu ditafsirkan ketunanan melayu, maka UMNO lebih bertanggungjawab dalam menghapuskan kuasa raja melayu di Malaysia. Juga, jika isu kepentingan melayu yang mahu ditafsirkan bagi maksud ketuanan melayu, maka UMNO adalah parti yang menggadai beberapa kepentingan tanah melayu kepada British dengan persefahaman antara mereka dalam usaha menghapuskan Malayan Union ketika itu.

Adapun pada fakta yang kedua ini pula, dari buku “krisis Ketuanan melayu” karangan Dato’ Kamaruddin jaafar, dinyatakan seperti berikut;

Konsep ketuanan melayu rancak dilaungkan selepas peristiwa berdarah 13 mei 1969. Pada tahun 1970-an, boleh dikatakan forum-forum perdebatan agung ekonomi, simposium bahasa dan kebudayaan melayu yang sering dianjurkan di kampus Universiti malaya dan Univerisiti kebangsaaan Malaysia sarat dengan perdebatan isu ketuanan melayu. Malah, Dr Mahathir ketika itu yang disingkir dari UMNO menjadi orang yang cukup istiqamah mengungkapkan ‘ketuanan melayu’ di peringkat kampus-kampus pada masa itu.

Tema ketuanan melayu yang dibangkitkan semula oleh UMNO selepas sejarah 8 mac 2008, adalah diceduk daripada ucapan Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih popular dengan panggilan Dollah kok Lanas. Tan Sri Abdullah mengungkapkannya ketika berucap di singapore pada 31 ogos 1986, iaitu sebelum pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1987.

Tema ini digunakan oleh tan Sri Abdullah yang ketika itu masih bergelar Dato’ sebagai kempen untuk pertandingan jawatan Ahli majlis tertinggi UMNO. Namun, bermula dari situ, UMNO menggunakan tema tersebut kerana UMNO yakin, tema tersebut mampu menarik minat orang melayu kepada mereka. [krisis ketuanan melayu : 31-32]

Apa yang nyata dari ulasan ini adalah, tema ketuanan melayu ini tidak lebih sekadar propaganda UMNO bagi meraih sokongan orang melayu. Ia tidak lebih sekadar, projek membodohkan orang melayu.

baca sama:
ketuanan melayu [wikipedia]
ketuanan melayu [ensiklopedia-malaysia]
Ketuanan Melayu Sama dengan Zionisme ? [ustabdullahzaik]


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
1 Disember 2010 * 5:44 pagi

Ahad, 28 November 2010

TRANSFORMASI FIKRAH, BERTINDAK DAN KEPIMPINAN [1]

ZAMAN “PERTAHAN” DAN ZAMAN “PENYEBARAN”

[1]

Perubahan dalam politik adalah perkara lumrah. Mana mungkin mengekalkan sesuatu bentuk politik, kerana politik itu terkait dengan manusia yang sering berubah. Perubahan yang manusia mahu adalah dari tidak baik kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik. Pun begitu, tidak dinafikan ada manusia yang mahu kepada baik, tetapi ia menjadi tidak baik. Ia berdasarkan nasib dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Malaysia berada dalam era perubahan ini. Pergolakkan politik menandakan bermula perubahan politik. Pergolakkan politik, merupakan tanda manusia sedang berfikir untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Sebagai orang Islam, mengecapi kebaikan itu tidak lain dan tidak bukan dengan keadilan Islam. Disamping, tidak pernah menolak keadilan dari pihak yang lain dari islam. Ini dibuktikan bahawa Nabi SAW pernah mengakui keadilan raja habsyah yang ketika itu belum lagi beragama Islam.

[2]

Islam perlu dikembangkan. Kemajuan Islam kini, tidak sama seperti di era 80 an, era 70 an atau era 60 an dan sebelum-sebelumnya. Era Dr Burhanuddin Al-Helmi, Islam dibicarakan dalam bentuk ‘melayu-islam’. Tetapi di era ini, ucapan “melayu-islam” sudah tidak relevan, tetapi yang perlu diperkatakan adalah “Islam For All”.

Jika diteliti sejarah perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmi pun, kita dapati ada kerelevanan disebalik tindakan Dr Burhanuddin Al-Helmi itu. Ini kerana, antara alasan yang paling penting difikirkan disebalik tindakan Dr Burhanuddin Al-Helmi itu adalah seperti berikut;

Pertama, pendefinisian bagi melayu oleh Dr Burhanuddin Al-helmi bersifat kosmopolitan. Ia tidak sama seperti pendefinisian yang dikemukakan oleh UMNO. Pada Dr Burhanuddin Al-Helmi, pendefisian melayu itu tidak sekadar melayu di Tanah melayu [kini : malaysia], tetapi ia merangkumi melayu di Indonesia, filipina, kemboja dan sebagainya. [Dunia melayu dan tersebar luasnya rumpun bangsa : 4] Ekoran itu, Dr Burhanuddin Al-helmi adalah orang agak kehadapan dalam mempertahankan slogan “melayu raya” [slogan ini ditolak oleh UMNO]. [baca buku “gagasan nasionalisme melayu raya”]

Kedua, pendefinisian melayu oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi disebatikan dengan Islam. Dengan maksud, apabila disebut melayu maka ia adalah islam. Pendefinisian ini mengandungi unsur strateginya tersendiri. Mungkin faktor terkesan dengan perjuangan Palestina yang Dr Burhanuddin Al-Helmi dapat lihat bagaimana kejatuhan kerajaan Palestina di ke tangan Israel semasa beliau berada di sana; dilihat rakyat palestine tidak dapat bersatu atas nama Islam, juga tidak dapat bersatu atas nama bangsa arab seterusnya Palestine tertindas.

Ketiga, sengaja didefinisikan sebegitu, kerana bilangan orang melayu beragama islam sebelum dan di awal kemerdekaan adalah boleh dikatakan hampir 100 %. Didakwa, kemasukan golongan kolonial sebelum merdeka, mempunyai agenda pengkristianan, seperti penubuhan kolej latihan katholik bagi muballigh di pulau pinang pada tahun 1807. [tradisi pemerintahan Islam dan kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m.s : 66], juga terbukti lahirnya perkembangan kritistian di melaka hanya dengan berlakunya perkahwinan antara orang-orang portugis dengan perempuan tempatan sehingga keturunan mereka dikenali sebagai SERANI di melaka. [tradisi pemerintahan Islam dan kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m.s : 64]

Dengan maksud, tindakan Dr Burhanuddin Al-helmi ini mengandungi strateginya yang tersendiri ketika mempertahankan pendefinisian melayu ketika berhadapan dengan rakan-rakan seperti Ahmad Bostamam, juga ketika berdebat dalam parlimen ketika beliau menjadi MP PAS dari Besut di awal kemerdekaan Malaysia dahulu.

[3]

Era zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi sudah berlalu. Pemikiran nasionalis yang dibawa oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi diteruskan oleh Dato’ Mohd Asri sedikit sebanyak semakin terhakis. Ia bermula dari beberapa rentetan, iaitu kejatuhan PAS yang amat teruk setelah disepak terajang oleh UMNO agar keluar dari Barisan Nasional [Asalnya perikatan. Dicadangkan oleh Dato’ Asri agar ditukar kepada Barisan Nasional: memoir politik Asri : m.s 97], disamping keriuhan dengan revolusi Iran yang mempamerkan Ayatollah Al-Khumaini sebagai idola. [Dalam muktamar PAS ke-28, ungkapan yang digunakan adalah ‘marakbar asri’ [melayu : pergi mampus asri]. Marakbar adalah kalimah dari bahasa farsi]

Bermula dari situ, PAS mula mempamerkan perjuangan yang agak luar dari kerangka nasionalis melayu, tetapi sudah mula menuju ke era PAS yang diterima oleh non Muslim dan non melayu. Era PAS di zaman Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuktikan bahawa bentuk islam For All ini dibuktikan.

[4]

Era pemikiran Islam For All telah berlaku dalam PAS. Walau slogan “Islam For All” ini agak baru, tetapi dengan perubahan politik selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan perdana menteri, melahirkan gerakan reformasi dan ADIL. Ustaz Fadzil Noor dilihat kehadapan dalam mengambil keuntungan politik. Ternyata, tindakan berani Ustaz Fadhil Noor [walaupun ketika itu, ia dihentam oleh sebilangan pemimpin PAS berfikrah konservatif] melahirkan satu perkembangan politik islam yang agak membanggakan, iaitu PAS sudah mula berada di luar dari kerangka kemelayuan, tetapi berada di kerangka islam adil untuk semua.

Tidak pernah terbayang sebelum itu, bahawa PAS boleh berganding dengan parti bukan islam. Tetapi, ia ternyata berjaya dilakukan oleh ustaz Fadzil Noor. Ia melahirkan kejayaan yang gemilang bagi PAS, sehingga berjaya merampas Terengganu dari tangan BN, seterusnya mempertahankan kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak tahun 1990 lagi.

[5]

Tahun 2008 merupakan sejarah besar bagi rakyat malaysia. Kejatuhan beberapa buah negeri dari tangan BN melahirkan lahir penubuhan satu gagasan politik yang bernama Pakatan Rakyat. Gabungan PAS, PKR dan DAP, mempamerkan ketoleransian PAS yang hakikatnya telah berjaya mempamerkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu sudah berada dalam kerangka bangsa melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula, seorang yang cukup konsisten menyebut bahawa Islam tidak sekadar dikalangan orang melayu, tetapi hendaklah merentasi bangsa. Walau ada berbagai-bagai provokasi dari sebilangan wartawan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz tentang ‘Fikrah Islam For All” ini, tetapi Tuan Guru berjaya menjawab dengan jawapan yang memuaskan hati.

Pernah Tuan Guru Nik Abdul Aziz di tanya oleh seorang wartawan tentang semangat nasionalis. Persoalan wartawan itu tidak dijawab oleh Tuan Guru, sebaliknya dipersoalkan balik dengan katanya, “tolong royak [bagitahu] kepada hambo [saya], Nabi Adam itu bangsa gapo [apa]?”

[6]

Jika kita perhatikan dari dua zaman, iaitu zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi dan zaman Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kita dapati bahawa, di zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi, perjuangan Islam di kala itu bersifat ‘PERTAHAN’. Sedangkan zaman Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, perjuangan islam bersifat “PENYEBARAN”.

Bersambung…. FIKRAH PAS vs FIKRAH JIM

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
28 November 2010 * 8:20 malam