Isnin, 8 April 2013
APA ISI PERBUALAN JUANDAJAYA DENGAN RAJA PERLIS?
Mengikut
ceritanya, malam tadi Anwar Ibrahim sepatutnya isytiharkan Dr Juandajaya
sebagai calon Parlimen Kangar. Tetapi, kehadiran pengundi Parlimen Kangar yang
begitu ramai untuk mendengar pengisytiharan Ulama Progresif sebagai calon
pilihan mereka itu hampa, apabila Anwar terpaksa tangguhkan kerana kononnya
menghormati pihak istana bahawa hari
ini, selepas zohor, Raja Perlis mahu Dr Juandajaya datang mengadap.
Diberitahu juga
bahawa dalam pertemuan antara Juandajaya dengan Raja Perlis, banyak perkara
yang dibincangkan. Tetapi, dimaklumkan bahawa perbualan lebih banyak berkisar
tentang perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh BN menjadi perbualan yang
menarik minat Raja Perlis.
Semenjak isu
penarikkan diri dari menjadi “orang besar” dalam Baitul Mal oleh Juandajaya,
sebarang perkara yang melibatkan perlis, boleh dikatakan bahawa Juanda adalah
tempat utama Raja Perlis mengadu dan meluahkan perasaan.
Maklumat
terkini pula, Dr Juandajaya sejak dari sabtu baru-baru ini, sering dikunjungi,
ditelefon dan dihubungi oleh “orang-orang Mahathir” memujuk agar beliau tidak
bertanding dalam PRU di parlimen Kangar, malahan di mana-mana parlimen
sekalipun.
Apa pula
dilema yang sedang bermain di fikiran Raja Perlis terhadap BN Perlis?
Khamis, 4 April 2013
Isnin, 1 April 2013
BN Rancang 13 Mei?
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) sedang merangka satu percaturan untuk menimbulkan huru-hara ala ‘Peristiwa 13 Mei’ sekiranya gagal mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa, BN akan menggunakan sentimen tersebut untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.
“Saya yakin ini yang sedang dirancang untuk membolehkan PRU diadakan menjelang 13 Mei untuk menyuntik satu jarum pemikiran ketakutan yang kemudiannya akan ada satu provokasi daripada BN yang sedang menaja kumpulan pengganas politik di negara ini untuk timbulkan huru-hara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Beliau percaya indikator itu boleh berlaku kerana melihat kerajaan sehingga sekarang masih belum membubarkan Parlimen, sebaliknya sengaja melengahkan tarikh PRU sehingga diadakan pada sekitar hujung April sehingga Mei ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mendakwa, provokasi itu akan berlarutan sehingga rakyat dan ahli politik pembangkang dijadikan mangsa tahanan pihak berkuasa dengan merujuk kepada Operasi Lalang 1987.
“Saya percaya BN sedang rancang sesuatu untuk timbulkan huru-hara berasaskan beberapa keadaan politik apabila BN sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat seperti mana saya dimangsakan Ops Lalang 1987 iaitu isu ketegangan kaum pada waktu itu yang diketuai Najib Tun Razak (Umno) dan Datuk Lee Kim Sai (MCA).
“Walaupun Akta Keselamatan Negeri (ISA) sudah tiada, kali ini mereka akan gunakan apa saja undang-undang yang ada termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012),” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kewujudan konspirasi tersebut dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menghalang perkara itu terjadi.
“Saya sedia bekerjasama untuk menyelamatkan negara kita daripada terjebak dalam suasana yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat dan rakyat.
“Sekarang ni rakyat pelbagai kaum kena lebih berhati-hati dengan tindakan Umno-BN dan tidak terperangkap dengan adu domba politik yang akan merosakkan negara kita,”
katanya.
sumber : link
Sabtu, 30 Mac 2013
BERLAKUKAH NASAKH DAN MANSUKH DALAM AL-QURAN?
Dalam perbincangan ini terdapat beberapa fasal. Ia adalah
seperti berikut;
FASAL
SATU : PENGENALAN
Dari sudut bahasa, nasakh bermaksud
al-Ibtal atau membatalkan dan al-Izalah atau menghilangkan. Dari sudut yang
lain pula, Nasakh bermaksud al-Naql dan al-Tahwil yang kedua-dunya memberi
maksud perpindangan dan pemalingan[1].
Adapun dari
sudut istilahnya pula, Ibn al-Hajib mendefinisikannya sebagai terangkat hukum
syarak berdasarkan dalil syarak yang datang terkemudian. Al-Qadhi al-Baqalani
pula mendefinisikannya sebagai terangkat hukum syarak dengan syarak yang datang
kemudian[2].
Ulama
sepakat menyatakan wujud nasakh antara syariat Nabi Muhammad Saw dengan syariat
nabi-nabi terdahulu. Ini berdalilkan kepada firman Allah SWT dari surah
al-Baqarah, ayat 106. Iaitu, Allah SWT menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan
menasakhkan atau melupakan sesuatu ayat kecuali akan didatangkan dengan ayat
yang lebih baik atau setara dengan ayat tersebut. (Surah al-Baqarah, ayat 106)
مَا نَنْسَخْ مِنْ آَيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ
بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيرٌ
Adapun
nasakh yang berlaku dalam syariat Nabi Muhammad SAW, berlakunya nasakh itu
dikhilafi oleh ulama. Jumhur Ulama menyatakan bahawa wujud nasakh antara ayat
al-Quran dengan ayat yang lain, tetapi seorang ulama tafsir terkemuka pada
kurun ke-4 Hijrah yang meninggal pada tahun 322 Hijrah bernama Abu Muslim
al-Asfahani pula menyatakan bahawa tiada nasakh sesama ayat al-Quran.
FASAL
KEDUA : PENGHUJAHAN
Penghujahan dari semua pihak adalah
seperti berikut;
JUMHUR ULAMA
Di sisi
jumhur ulama, nasakh sesama al-Quran itu berlaku dengan alasan-alasan berikut;
Satu:
Merujuk kepada umum ayat al-Quran
dari surah al-Baqarah, ayat 106 yang menyatakan bahawa Allah SWT tidak akan menasakhkan
sesuatu ayat kecuali didatangkan kepada mereka ayat yang lebih baik dan setara.
Dua :
Melihat banyak kes-kes yang berlaku
di zaman nabi SAW yang merujuk kepada kewujudan pengamalan nasakh ini.
antaranya adalah seperti kesepakatan Ulama pemalingan Kiblat bagi Umat Islam
dari Baitul Maqdis kepada Baitullah al-haram berdasarkan firman Allah dari
surah al-Baqarah, ayat 144;
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا
الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ
بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Juga merujuk
kepada penantian iddah bagi perempuan kematian suami dari cukupkan bilangan
setahun penuh kepada empat bukan sepuluh hari. Ini berdasarkan ayat 240 dari
surah al-Baqarah (iddahnya selama satu tahun penuh);
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ
أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِأَزْوَاجِهِمْ مَتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ
Dan ayat 234
dari surah al-Baqarah (iddah empat bulan sepuluh hari);
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ
أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا
Juga seperti kisah proses pengharaman arak dalam nas al-Quran, iaitu
bermula dari surah al-Baqarah, ayat 219[3]
bahawa Allah SWT menyatakan kebaikan yang sedikit, dan dosa yang banyak dengan
minum arak, kemudian ayat 43 dari surah al-Nisa’[4],
bahawa larangan solat dalam keadaan mabuk. Lalu diharamkan terus dengan
turunnnya ayat ke 90 dari surah al-Maidah[5].
Dan
berbagai-bagai lagi contoh yang banyak terdapat dalam kitab-kitab tafsir dan
usul fiqh.
HUJJAH
AL-ASFAHANI
Adapun hujjah al-Asfahani, beliau
menyatakan tidak berlaku nasakh dalam al-Quran kerana ayat al-Quran yang
menyatakan nasakh itu adalah merujuk nasakh antara syariat nabi Muhammad SAW
dengan syariat terdahulu.
Ditambahi
lagi, pada beliau berlaku nasakh dalam al-Quran itu sendiri sifatnya adalah
batil dengan merujuk kepada ayat 42 dari surah Fussila yang menyatakan bahawa
tidak datang kebatilan, sama ada dari depan, juga dari belakang. (Surah
Fussilat, ayat 42)
لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا
مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
FASAL KETIGA :
MELIHAT NASAKH DARI SUDUT MAQASID
Sepertimana diketahui ramai, dalam perbincangan
maqasid, semua kandungan syariat itu, sudah pasti tertakluk kepada masolih
al-‘Ibad, iaitu memastikan semampu mungkin tercapai maslahah kepada manusia,
juga semampu mungkin membuang mafsadah dari terkena kepada manusia.
Didapati dalam
perbincangan nasakh juga, objektif atau tujuan disebalik berlakunya nasakah
adalah kemaslahatan kepada hamba. Perkara ini dinyatakan oleh al-Zuhaili dengan
beliau menyatakan perkara yang paling penting disebalik hikmah bagi nasakh
adalah pemastian maslahah manusia itu merupakan tujuan asal dalam pensyariatan
hukum-hukum, sedangkan semua maslahah-maslahah ini berberbeda dengan sebab
berbeda-bedanya keadaan dan masa[6].
أن أهم حكمة للنسخ هي تحقيق مصالح الناس التي هي المقصود
الأصلي من تشريع الأحكام, تلك المصالح التي تختلف بإختلاف الأحوال و الأزمان
Ibn al-Qayyim pula ada
menyatakan bahawa perubahan hukum syarak dengan sebab nasakh adalah kerana
maslahah nasakh itu sendiri, iaitu pembinaan hukum atas perakuan terhadap
masalah dan mafsadah dalam hukum[7].
وكذلك يتبدل الحكم الشرعي بنسخه لمصلحة النسخ فإنكم إن
بنيتم على إعتبار المصالح و المفاسد فى الأحكام
Didapati
juga, pengistilahan nasakh itu sendiri disisi ulama-ulama usul terawal, ada
berbagai-bagai maksud bila diungkap nasikh dan mansukh itu. Ada dari kalangan
mereka memaksudkan nasakh sebagai mentaqyidkan mutlaq, mentakhsiskan yang umum
dengan dalil muttasil dan munfasil, penjelasan terhadap mubham dan mujmak dan
sebagainya. perkara ini ditegaskan oleh al-Syatibi dalam al-Muwafaqat[8].
وَذَلِكَ أَنَّ الَّذِي يَظْهَرُ مِنْ كَلَامِ
الْمُتَقَدِّمِينَ أَنَّ النَّسْخَ عِنْدَهُمْ فِي الْإِطْلَاقِ أَعَمُّ مِنْهُ
فِي كَلَامِ الْأُصُولِيِّينَ؛ فَقَدْ يُطْلِقُونَ عَلَى تَقْيِيدِ الْمُطْلَقِ
نَسْخًا، وَعَلَى تَخْصِيصِ الْعُمُومِ بِدَلِيلٍ مُتَّصِلٍ أَوْ مُنْفَصِلٍ
نَسْخًا، وَعَلَى بَيَانِ الْمُبْهَمِ وَالْمُجْمَلِ نَسْخًا، كَمَا يُطْلِقُونَ
عَلَى رَفْعِ الْحُكْمِ الشَّرْعِيِّ بِدَلِيلٍ شَرْعِيٍّ مُتَأَخِّرٍ نَسْخًا؛
لِأَنَّ جميع ذلك مشترك في معنى واحدًا، وَهُوَ أَنَّ النَّسْخَ فِي الِاصْطِلَاحِ
الْمُتَأَخِّرِ اقْتَضَى أَنَّ الْأَمْرَ الْمُتَقَدِّمَ غَيْرُ مُرَادٍ فِي
التَّكْلِيفِ، وَإِنَّمَا الْمُرَادُ مَا جِيءَ بِهِ آخِرًا؛ فَالْأَوَّلُ غَيْرُ
مَعْمُولٍ بِهِ، وَالثَّانِي هُوَ الْمَعْمُولُ بِهِ
Perkara yang
sama juga pernah diungkapkan oleh al-Qaradawi, beliau menyatakan bahawa banyak
perkara yang diungkap nasikh dan mansukh, termasuk dibawah bab umum dan khusus,
mutlaq dan muqayyad, mubham dan mubayyan dan seumpamannya. Wajib bagi para
mujtahid mengetahui perkara ini[9].
إن أكثر ما أطلقوا عليه "الناسخ
والمنسوخ" يدخل في باب: العام والخاص، أو المطلق والمقيد، أو المبهم والمبين
ونحو ذلك، فيجب على المجتهد أن يكون على علم به
Makanya dengan itu, sebilangan
ulama-ulama maqasid menyatakan bahawa tiada unsure nasikh dan mansukh dalam
nas, tetapi perubahan hukum itu berdasarkan kepada maqasid syariah.
Alasan-alasan
mereka sedemikian adalah seperti berikut;
Satu :
Sepertimana
kita ketahui bahawa al-Quran sendiri mengatakan bahawa Nabi SAW itu hadir untuk
menerangkan tentang al-Quran[10],
sedangkan menasakhkan ayat al-Quran ini tidak pernah diungkapkan secara terang
di zaman wahyu oleh Nabi SAW, tetapi diiktibarkan ia sesuatu ayat itu sebagai
mansukh atau tidak berdasarkan ijtihad para ulama. Sekiranya perkara nasakh ini
adalah perkara penting, sudah pasti ia akan tersebut dalam hadis, sedangkan
hakikat perkara ini tidak pernah diungkap oleh Nabi SAW berdasarkan hadis yang
saheh, lagi sareh. Ekoran itu, para
ulama tidak sepakat dalam menentukan bilangan ayat-ayat yang dimansukhkan,
seperti al-Imam al-Dihlawi menyatakan sebanyak 5 ayat sahaja, al-Imam al-Sayuti
menyatakan sebanyak dua puluh ayat dan ada pula menyatakan lebih dari itu lagi[11].
Dalam al-Kitab al-Nasikh wa
al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, karangan Abu al-Qasim Hibah Allah Salamah pula
menyatakan bahawa dalam surah al-Baqarah sahaja, ayat yang dinasakhkan sebanyak
30 ayat[12],
dalam surah ali-Imran sebanyak 10 ayat[13],
dalam surah al-Nisa’ sebanyak 24 ayat[14]
dan begitulah seterusnya
Dua :
Apabila ia
adalah perkara diijtihadkan oleh ulama, ia memungkinkan berlaku penafian
terhadap kewujudan beberapa ayat al-Quran. Apabila ini berlaku, sudah pasti ia
menyalahi firman Allah SWT yang menyatakan bahawa al-Quran itu diturunkan
Allah, dan sudah pasti dijaga oleh Allah SWT. (Surah al-Hijr, ayat 9)
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ
لَحَافِظُونَ
Ketiga:
Dalam kitab al-Halal wa al-Haram,
karangan al-Qaradhawi ada menyatakan;
أن
الأصل فيما خلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة , ولا حرام إلا ما ورد نص
صحيح صريح من الشارع بتحريمه
Maksudnya;
“Sesungguhnya
asal pada perkara yang Allah SWT ciptakan dari sesuatu atau perkara yang
mendatangkan manfaat adalah halal dan harus. Ia tidak haram kecuali ada nas
yang saheh sareh dari syarak dengan pengharamannya[15]”
Sesuatu
perkara itu tidak boleh dikatakan haram sekiranya;
Satu : ada
nas tetapi doif
Dua : ada
nas tetapi tidak sareh menyatakannya haram (tidak jelas menyatakan
pengharamannya)
Dengan erti
kata yang lain, sesuatu perkara itu boleh dikatakan haram apabila ada nas yang
saheh, disamping ia sareh pula atas menyatakan perkara tersebut adalah haram.
Ada pula,
beberapa nas yang saheh itu dilihat seperti sareh terhadap pengharamannya,
tetapi sebenarnya tidak sareh. Antara contoh perkara ini adalah satu hadis
bahawa Nabi SAW ada bersabda;
ثَلَاثَةٌ
لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَنَّانُ الَّذِي لَا يُعْطِي
شَيْئًا إِلَّا مَنَّهُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْفَاجِرِ
وَالْمُسْبِلُ إِزَارَهُ
Maksudnya;
“Tiga
golongan yang Allah SWT tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat
nanti; 1- dermawan yang tidak memberi sesuatu kecuali orang mahu dia berikan
sahaja. 2- orang yang hendak memberikan sesuatu barangnya dengan sumpah yang
buruk. 3- orang yang melabuhkan kainnya[16]”
Juga hadis;
مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ
الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
Maksudnya;
“Pakaian
yang rendah dari dua buku lali dari pakaiannya, maka ia dalam neraka[17]”
Dari zahir
hadis-hadis ini, kita akan dapati bahawa Nabi SAW melarang melabuhkan pakaian
sehingga menutup buku lali. Namun begitu, apabila diteliti lagi, didapati
bahawa hadis ini tidak sareh, ekoran itu perlu diperhatikan sama pada hadis
yang lain pula, iaitu larangan melabuhkan itu mempunyai sebab, iaitu
mendatangkan sombong. Ini dilihat pada hadis yang lain, iaitu Nabi Muhammad SAW
bersabda;
مَنْ
جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Barangsiapa
yang melabuhkan pakaiannya kerana Khuyala’ atau sombong, pasti Allah SWT tidak
akan melihat (wajahnya) pada hari kiamat nanti[18]”
Khuyala’
merupakan sifat bagi pengharaman berpakaian labuh sehingga menutup buku lali.
Sekiranya tidak mendatangkan khulaya’, maka ia tidak jadi haram.
Makanya di sini,
sesuatu perkara yang hendak dihukumkan haram pun, memerlukan kepada nas yang
saheh dan sareh. Makanya, adalah pelik jika dianggap sesuatu nas itu nasakh dan
mansukh dengan ijtihad ulama sahaja; tanpa ada nas yang sareh menyatakan
sesuatu itu nasakh atau mansukh.
HUKUM NASAKH DARI KACAMATA MAQASID
Melihat perbahasan ini,
sudah pasti akan tertimbul satu persoalan tentang beberapa hukum yang dianggap
sebagai mansukh. Bagi menjawab persoalan ini, ia hendaklah dilihat dalam
kerangka maqasid, iaitu dengan melihat dari sudut masa, tempat dan kondusif;
dilihat factor maslahah dan mafsadah.
Ekoran itu, hukum nikah
mut’ah itu dari sudut maqasid, hukum asalnya adalah haram, tetapi diizinkan di
awal islam ekoran dharurat, ekoran bilangan umat Islam yang sedikit. ini
dibuktikan dengan satu cerita bahawa ada tuduhan mengatakan bahawa Ibn Abbas
telah halalkan nikah mut’ah. Mengetahui tentang tuduhan tersebut, Ibn Abbas
telah mencelakakan terhadap penuduh tersebut lalu berkata bahawa dia tidak
halalkan itu secara mutlaq, tetapi dihalalkan ekoran dharurat, seperti hukum
bangkai, darah dan daging babi[19].
قال ابن عباس : قاتلهم الله إني ما أفتيت باباحتها على الاطلاق
، لكني قلت : إنها تحل للمضطر كما تحل الميتة والدم ولحم الخنزير له
Kupasan ini dikukuhkan
perbahasannya oleh al-Qaradawi[20].
Ini dapat dilihat
bahawa Ibn al-Arabi pernah menyatakan bahawa Nikah Mut’ah ini pernah dihalalkan
di awal Islam, kemudian diharamkan pada hari Khaibar, lalu diharuskan balik
pada peperangan awtas, kemudian diharam selepas itu
dan kekal pengharamannya[21].
وأما متعة النساء فهي من غرائب الشريعة، لانها أبيحت في صدر الاسلام ثم
حرمت يوم خيبر، ثم أبيحت في غزوة أو طاس، ثم حرمت بعد ذلك واستقر الامر على
التحريم
Juga
pengharaman menziarahi kubur di awal Islam, tetapi dihalalkan di kala keimanan
sahabat sudah kuat, iaitu setelah terhapusnya pembudayaan dalam diri para
sahabat terhadap amalan jahiliah di kala menziarahi kubur.
[1]
Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 961.
[2]
Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 962
[3]
Surah al-Baqarah, ayat 219
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ
فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ
نَفْعِهِمَا
[4]
Surah al-Nisa’, ayat 43;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا
الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
[5]
Surah al-Maidah, ayat 90;
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ
وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
[6]
Al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, jld 2, hlmn 966.
[7]
Dau’ al-Munir ‘Ala Tafasir, jld 2, hlmn 82.
[8]
Al-Syatibi, al-Muwafaqat, jld 3, hlmn 344.
[10]
Surah al-Nahl, ayat 44
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ
مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
[12] Al-Nasikh
wa al-Mansukh fi al-Quran al-Karim, hlmn 3.
[13] Ibid,
hlmn 9
[14] Ibid,
hlmn 10.
[15]
Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlmn 25
[16]
Muslim : hadis no, 155.
[17]
Al-Bukhari : hadis no, 5341.
[18]
Al-Bukhari : hadis no, 3392.
[19]
Al-Razi, Mafatih al-ghaib, jld 5, hlmn 155.
[20]
http://www.qaradawi.net/fatawaahkam/30/1707.html
[21] tafsir al-Qurtubi, jld 5,
hlmn 131
Selasa, 19 Mac 2013
MAZA JUMPA NAJIB, NAJIB JUMPA MAZA?
aku tahu awal lagi Dr MAZA berjumpa dengan PM. itupun atas kehendak PM. tp, aku dok fikir, kenapa Najib nak jumpa Dr MAZA. Takkan PM tak tahu bahawa MAZA ni "kaki sound". dia bukan kira orang. tak kira sapa.
yg kita tahu, MAZA agak baik dengan Tun Dr M'thir. Semasa kami bersembang di PJ dulu pun, ada gak cerita2 kami tentang bekas PM itu. Aku rasa, Najib panggil MAZA tu, mungkin nasihat dari M'thir.
kenapa M'thir suruh Najib panggil MAZA? tambahan lagi, mengikut ceritanya, jadual MAZA berjumpa dengan Najib itu adalah jadual Najib kena pergi ke Lahad Datu.
aku rasa, ada beberapa sebab;
1- nak tawar MAZA bertanding kerusi BN.
2- Najib dah tahu bahawa MAZA tak akan terima tawaran punya. makanya, Najib nak kurangkan serangan MAZA terhadap BN dalam PRU akan datang. (?)
pengaruh MAZA di M'sia pun boleh tahan juga. sebenarnya ramai yg tak sangka, bahawa pengaruh itu menjadi tajuk perbincangan di kalangan pimpinan PAS, UMNO, DAP dan PKR.
Isnin, 4 Mac 2013
LAHAD DATU : PELUANG LANUN DI KALA KELEMAHAN PEROMPAK
lahad datu : tentera raja sulu itu ada IC. Mereka dapat IC, walaupun kesetiaan mereka pada Raja Sulu.
Apabila ada pengikut mereka dah jadi rakyat Malaysia, mereka menjadikan sebagai peluang untuk mendapatkan wilayah tertentu sebagai kepunyaan mereka. makanya, antara game yang mereka buat adalah masuk UMNO.
Mereka mahu keluar dari Filipina dengan alasan kerajaan itu tidak Islam. Mereka mempunyai mindanao sebagai rakan jika mereka boleh bentuk kerajaan. mereka beralasan bahawa mereka mahu buat Wilayah Islam yang tidak berada dibawah kekuasaan Filipina dan Malaysia.
Mungkin mereka sudah analisa kelemahan sempadan Malaysia untuk memastikan Lahad Datu itu menjadi kepunyaan mereka. Persoalannya, di sempadan mana di Malaysia ini yang tidak "bocor"?
Secara asasnya, isu ini adalah kelemahan pemerintahan BN. Isu IC mudah yang mahu dijadikan sebagai alat untuk kemenangan BN, tetapi telah termakan diri dengan dijadikan sebagai peluang Sultan Sulu untuk membina Kerajaan mereka sendiri.
apa kesudahannya?
entahlah....
Mahathir perlu bertanggungjawab tentang hal ini, kerana kemasukan pendatang dengan diberikan IC ini bermula di era beliau.
Sabtu, 2 Mac 2013
KES LAHAD DATU
kes satu :
Muhammad berkenan kepada aminah. Muhammad minta tolong kawannya bernama Musa untuk pinang. Tahu-tahu, Musa telah pinang Aminah untuknya, bukan untuk Muhammad.
BN mudahkan sempadan lahad datu untuk peluang IC. harapannya menang dalam PRU nanti. tiba2, Raja Sulu pula ambil peluang untuk membuat pemberontakan.
kes dua :
Zaid nak beli sebuah HP. harga yang ditulis 100 ringgit. dia nakharga HP itu sebanyak 50 ringgit, tetapi minta tawaran sehingga 40 ringgit.
pada Zaid, jika dapat 40 ringgit, itu sudah kredit baginya. tp kalau dapat 50 ringgit pun, itu pun ok dah, sbb itu yang dia kehendaki pun.
Raja sulu bukan nak tanah, tapi nak duit. dia minta tanah. kalau dapat tanah, itu kredit. kalau tak dapat tanah, dpt duit pun dah ok dah.
raja ni selalunya lanun. BN pula, perompak jalanan. lanun sedang bermain dengan perompak. akhirnya, rakyat jadi susah.
Jumaat, 1 Mac 2013
[kemaskini] SULTAN KELANTAN REMBAT TANAH?
Lot Tanah ini adalah lot pembangunan milik rakyat/kerajaan di Taman Damar, Gua Musang. Ia dipohon oleh Sultan kelantan, mat Faris bin ismail petra. Ramai kata, Sultan kelantan ini bagus sebab pakai Jubah, tetapi pakai jubah pun merembat tanah rakyat ker?
peliknya, tanah untuk rakyat ini diluluskan permohonannya oleh JawatanKuasa Hal Ehwal Tanah Gua Musang dalam mesyuaratnya pada 20 Feb tahun 2012....
Jom tengok nama-nama yang hadir dalam mesyuarat tersebut;
Persoalan yang tidak terjawab;
1- Benarkah Sultan Kelantan yang mohon dan memberi tandatangan dalam borang permohonan ini?
2- ataupun, Tandatangan Sultan itu ditiru oleh pihak berkepentingan?
Jika Benar Sultan Kelantan mohon, ini tandanya Sultan Kelantan berlagak alim disebalik jubah, tetapi sebenarnya "kaki rembat" tanah kepunyaan Rakyat.
Dalam Hal ini, MB kelantan perlu berkeras tentang tanah rakyat ini. MB diamanahkan tuhan untuk menjaga tanah rakyat, bukan di"gelapkan" untuk kepentingan Sultan Kelantan.
Sultan kelantan kena jawab tentang dokumen ini.
Ahad, 24 Februari 2013
komen orang dlm blog MSO ttg ulama PAS
Ambo napok macam bersetuju dengan pengomen ni. Harap buke strategis dari perang saraf umno!. Bukan apa dengan bahasa kasar terhadap ulama ni rasa macam keterlaluan pulak. Setahu ambo Dr. Harun Din salah seorang yang pernah bermimipi bertemu Rasullullah S.A.W! Mungkin tindakannya ada juga hikmahnya.
Siapa sebenarnya ulama ? Kenapa ramai sgt terutamanya dalam politik dilabelkan sebagai ulama ?
Dan adakah mereka layak digelar ulama sbb nampak mudah sgt seseorang itu digelar ulama.
Amat setuju dgn paparn ni....cepat latah dgn permainan musuh....kdg2 terkenang ucapkan akhir Almarhum Prof Zulkifli Muhammah ttg perjuangan tapi berapa kerat sgt Pemimpin dok telaah......Wallahu akllam
Menarik juga komentar yg diberi, tetapu pada pendapat saya tidak perlulah sampai hingga menghina golongan ulamak sampai ke tahap yang bukan-bukan. Semua kita sebagai manusia, termasuk ulamak mempunyai kelemahan dan pendapat masing2 dalam setiap isu. Pertembungan idea dan cita-cita perlulah ditangani dengan terbuka. Dalam Islam begitu banyak teladan dan panduan menangani perbezaan pendapat, tetapi tidak perlu sampai menghina, seolah-olah semua ulamak begitu keji sifat dan sikapnya. Berpada-padalah dalam berbicara tentang ulamak..mungkin sebahagian tindakan2 mereka seperti menongkah arus, tetapi keikhlasan mereka tidak perlulah dipertikai. Wallah hu'alam.
Abu Ihsan
Seharus nya ulamak wajib diberi kursus perang saraf. saidaina Ali ra pernah berpesan katanya gerakkan musuh yang tersusun bole mengalahkan gerakan islam yang tidak tersusun walaupun yang walaupu mereka berada di pihak yang benar.
Oleh itu saya gesa supaya kursus perang saraf diadakan dengan silibus yang baku. sekia , Allahuakbar 3 x.
PAS dengan imej ulamak semata-mata tidak akan kemana kerana majoriti orang Melayu hari ini adalah golongan yang tidak menjadikan ulama sebagai idola. Jangankan ulama, Rasululah pun bukan idola majoriti Melayu. (Ramai yang akan marah saya kerana menulis begini, tetapi tanyalah diri kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, apakah jenis pakaian yang Nabi suka, buah-buahan apa yang digemarinya, nama anak-anaknya dsb, pasti ramai yang tiak mengetahui). Dalam keadaan begini, kalau kita mahu menegakkan Islam secara politik, kita perlukan sokongan majoriti Melayu. Pada ketika ini, Anwar Ibrahim adalah tokoh politik yang boleh menggamit citarasa Melayu, akan datang kita tak tahu.
Di harap Majlis Syura menjelaskan tindakan sedemikan rupa, pada saat-saat kritikal sebegini. Tidak perlu bersikap seperti kebudak-budakan. Kami menanti alasan yang sepatutnya tidak berbangkit sama sekali.
Jika tidak ada sebarang penjelasan, jangan salahkan persepsi orang ramai terhadap Majlis Syura.
Hendaknya tidak ada ahli Majlis Syura yang dipilih sebagai wakil rakyat kerana golongan inilah yang berperatus tinggi untuk berpaling tadah sekiranya apa yang dilaporkan itu benar.
Kami, penyokong PR menantikan penjelasan sekarang!
Memang betul pandangan saudara penulis ini. TGNA, TGHH dan rakan yang seangkatan dengannya adalah contoh yang baik ulama' yang bersusah-payah mengimplimentasikan agama dalam politik tanahair. Diharapkan para ulama' yang masih dikira baru dalam perjuangan politik, muhasabah diri mereka mengikut realiti semasa. Satu-satu amanah itu hanya layak dipikul oleh ahlinya, kalau tidak hancurlah ummah nanti. Didoakan agar para pemimpin PAS bersatu hati dan tidak memandai-mandai dalam membuat sesuatu keputusan. Selamat berjuang, sedarlah sebelum terlambat.
Nampaknya Cucu Nujum Pak Belalang telah pun membuat research atau telah lama berada dalam lingkungan jamaaah PAS.Beliau berupaya untuk menceritakan susur galur kejadian secara teratur mengikut kronologi dan terserlah persamaan dengan apa yang telah berlaku dan yang sedang berlaku didalam PAS.
Walau bagaimana pun sedikit sebanyak beliau berjaya menggambarkan sudut pandang oleh golongan-golongan seperti diri saya yang boleh dikatakan bukanlah berada didalam jamaah PAS, tidak juga berada didalam PKR atau pun DAP akan tetapi yang pasti akan mengundi dan menyokong asas perjuangan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan di Malaysia.
Percaya atau tidak, setelah 14 tahun saya masih lagi merupakan penyokong Pakatan Rakyat dan masih belum terbuka untuk menghuni dimana-mana parti yang ada. Itulah yang berlaku setelah tiga pilihanraya berlangsung.Sebagai seorang yang secara asasnya berasal dari golongan ultra Malay saya tidak betah untuk berada dalam DAP. Walaupun merupakan penyokong kuat DSAI saya tidak selesa untuk berada di dalam PKR yang bercampur gaul kerana dah memang asal dari kelumpuk ultra Malay. Saya mengambil masa yang lama meneliti PAS kerana persepsi asal saya terhadap PAS masih lagi banyak dipengaruhi oleh sudut pandang terhadap ustaz-ustaz PAS yang saya kenali dan dengari yang banyak menjengkelkan saya.
Saya tidak melihat PAS sebagai satu batu asas yang silap, saya melihat ‘orang PAS’ yang banyak melakukan kesilapan dalam cara mentarbiah masyarakat disekelilingnya. Saya melihat perkembangan polemik ini merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam PAS. Walaupun para pemimpin mula goyah, bagi saya para penyokong masih teguh dengan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Cuma bagi para penyokong biarlah perjuangan ini kita lalui dengan tekad yang teguh dan tidak remuk rendam didalamnya. Saya mengkritik bukan kerana benci tetapi lebih kepada sayang, walau pun tidak secara rasmi bersama PAS tapi hati telah lama bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau tidak masakan saya namakan Anak ketiga saya sebagai ‘Anwar Abdul Aziz’ bersempena dua teraju PR yang saya kagumi iaitu DSAI dan TGNA.Saya berimpian, suatu hari nanti akan saya khabarkan kepada anak saya tersebut, bahwa namanya dicetuskan oleh dua insan hebat yang berjuang mempertabatkan bangsa dan agamanya dan hasilnya akan dinikmati oleh generasinya kelak. Walaupun sokongan saya terhadap PAS banyak dipengaruhi oleh Ustaz Haron Din berasaskan keyakinan beliau terhadap kebenaran DSAI ketika awal reformasi dulu, namun jika kali ini Ustaz Haron Din keluar sekalipun saya masih TATAP bersama ‘Anwar Abdul Aziz’.
Saya banyak bersetuju dengan sudut pandang Cucu Nujum Pak Belalang kerana begitulah momokan yang sentiasa diberikan oleh orang luar terhadap ulamak dalam PAS. Saya masih berharap bahawa kemelut yang ada ini masih lagi berada ditahap spekulasi, walaupun sejarah menunjukkan cakap-cakap berkaitan orang-orang PAS ini seringkali berakhir dengan hakikat semata-mata yang hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja.
Persetujuan dan persepakatan bersama yang asal Dsai sbg PM tu..cantik molek dah.Terus terang cakap،Pas naik imej sejak sedekad ini pun atas isu Dsai dan meluatkan Umno.Marilah kita pakat martabatkan PR di Putrajaya dahulu،sebab waktu dah hampir senja dah.Diharap PKR pula tidak tamak membolot byk kerusi yg akan dipertandingkan nanti.Harus diingat،bkn semua penyokong PR sukakan Pas،Pkr،Dap..mereka hanya mahu Umno jatuh.Mereka mahu Umno diadili sebaiknya selepas Pru13 nanti.
Taktik BN yg menyimpan sakibaki tenaga sehingga di pusingan terakhir juga harus cekap dihidu oleh PR.Jgn nanti menang sorak shj...utamakan agenda resolusi HKR112.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Haron seperti dipetik menerusi portal berita http://antarapos.com menafikan pertemuan itu bagi membincangkan kesesuaian Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum Ke-13.
Sebaliknya, Haron ketika bercakap kepada portal berita berkenaan menyatakan, pertemuan itu hanya sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan tiada perkara kepartian dibincangkan.
Dalam masa sama, Haron turut melahirkan kekesalannya apabila ada pihak menjadikan pertemuan tersebut sebagai modal politik.
"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang.
'Nature' hidup saya, orang datang minta nasihat dan pertolongan," katanya lebih lanjut kepada portal berita tersebut.
Haron berkata, pada Selasa lalu, terdapat 200 orang berjumpa dengannya tanpa mengira latar belakang politik.
"Pertemuan dengan saya tidak sepatutnya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan.
Dia datang ke rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.
"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Haron menegaskan, dakwaan yang menyatakan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar daripada memegang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.
Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti tersebut yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti, tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.
"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.
Pengakuan Haron itu sekali gus menolak dakwaan sebuah blog pro-Pakatan Rakyat yang kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS berkenaan yang datang menemui Anwar dan bukan sebaliknya.
Bagaimanapun, blog pro-Umno cuba mensensasikan isu pertemuan tersebut kononnya Anwar 'meminta nyawa politik' dan 'merayu kepada Haron supaya keputusan Majlis Syura PAS tidak diteruskan'.
Malah, ada blog Umno yang biadap menganggap Anwar sengaja 'memalukan diri menghadap Haron sebaik menerima keputusan mesyuarat tersebut'.
yang masaalahnya TGHD kata kehendak MSU, tetapi TGNA tak tahu, kalau mengikut komen TGNA ari tu, (MSU dalam gelap) klu boleh PAS(TGNA) pejelas hal ni atau buat pendirian untuk kurangkan panas.
sebab ambo tengok "PAS" terlalu "berlapik" untuk menyatakan pendirian, senang, biar menang, dulu buat undian@pakatan dalam PR, tetapi "PAS" kena beri jaminan sekarang bahawa tiada agenda UG selepas menang.
banyak yang jual air liur.....
cuma ade satu isu yg perlu ditengahkan berkenaan kisah geng2 yg persoalkan anwar (geng perpaduang). isu dia ialah KuLi - bukan masalah sejarah die, watak @ pribadi dia tetapi hakikatnya dia adalah ahli UMNO, titik nokhta!!!
ini bukn shj menunjukan sifat 'mangkuk' tetapi juga mengambarkan sifat hasad and niat yg tidak baik dari kalangan org2 tertentu dari PAS. sebab buat camna pun, selagi Kuli masih ahli umno, tak guna - malah mengambarkan ketidak cerdikan Pas secara amnya. kalau dah pilih org umno baik tak payah tanding terus, buang masa jea sebab ending dia dah tau. tak pun, kalau dah nak kuli sgt jadi pm sebab anwar tak sesuailah ke apa ke, baik cepat masuk BN ke tak pun masuk umno - senang cite supaya nanti kuli nak lantik ahli cabinet ade peluang.
kalau justifikasi tak mau anwar sebab macam, sekarang nak pulak dgr ape dia justifikasi pilih kuli. apa dia bagus sgt kuli nie - selama ni duk goyang kaki (tak salah dia, udah dia org umno, ape hal nak sibuk2 dgn PR). ape dia sumbang die.. pendek kata, ini gile punya keja.
Penolakan ke atas UMNO (dan pemimpinnya) sebagai sebuah parti yang korup, menyalah-guna kuasa dan mengamalkan kronisme yang kronik adalah suatu hakikat majoriti rakyat telah faham dan terima.
Memilih pemimpin (umara') tidak semestinya dari kalangan alim ulama' atau orang yang wara', apa yg penting ialah dia seorang yang soleh/beriman dan memiliki ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang tinggi.
Jika dia seorang yang alim dan/atau wara' itu cuma bonus. Mereka yang alim dan wara' belum tentu dapat memerintah negara dengan berjaya.
Ilmu pengurusan garapan Ibnu Khaldun wajar disandarkan sebagai asas kemelut ini.
Setuju sangat dengan ulasan Cucu Nujum Pak Belalang. Memang benar ulamak Pas tidak ada aura dan kemesraan malahan ramai pemimpin UMNO yang lebih mesra dan mudah didampingi berbanding dengan para ulama Pas. Banyak pengalaman cuba menegur ulama Pas bila berjumpa seperti di atas kapal terbang tapi tindak balas atau responnya tidak ada kemesraan langsung dan tidak akan melakukannya lagi untuk kali ke-2. Mungkin kerana yang menegurnya itu tidak berjubah atau berketayap serta tidak pandai menggunakan istilah2 Arab sekurang-kurangnya ana atau anta. Walaupun tidak menyukai UMNO tapi hati tidak pernah terbuka untuk bersama PAS.
sumber:
Langgan:
Catatan (Atom)