AYAT-AYAT POWER TOK GURU
“kita kalau nak serang, kena serang dasar. Di mana salahnya dasar PKR itu?? Kenapa tidak serang dasar? Kenapa serang batang tubuh anwar Ibrahim?”
“sekarang timbul hina islam. Sapa sebenarnya yang hina Islam? Orang yang tolak islam lah yang sebenarnya hina Islam”
“kami pejuang islam diperhinakan. Hakikat sebenarnya, tindakan itu menghina Islam”.
“kalau kata Anwar khianat bangsa, Maka Nabi Muhammad pun khianat bangsa juga. Dia lawan bapa saudara dia. Lawan mak saudara dia”
“sejahil-jahil arab jahiliyyah pun, mereka tidak kata bahawa Nabi Muhammad mengkhianat bangsa. Mereka Cuma cakap, memperbodohkan pemimpin kamu”
“ada harga berapa bangsa melayu di padang mahsyar nanti? Kalau bangsa melayu ada harga, pastilah bangsa arab yang paling berharga. Sedangkan arab, tidak ada harga satu sen pun di padang mahsyar”
“bukan caranya kita serang peribadi orang”
“DAP hina Islam itu, sebab dia bukan orang Islam. padan la kalau dia hina Islam. Sebab itulah, kita nak dedah Islam kepada rakyat, termasuk DAP, supaya mereka tahu Islam itu apa dia”
“Orang Islam yang tolak Islam itu, kerana apa?? Inilah yang dikatakan menghina Islam. bila orang islam sendiri hina Islam, padanlah kalau orang bukan islam hina Islam”
“kita nak dedah Islam kepada masyarakat. Sebab itulah, PAS bersama dengan DAP, supaya DAP faham Islam. kita guna wacana, forum, dan macam-macam. Lama-lama mereka faham lah islam”
sumber : Institut pemikiran Nik Abdul Aziz (IPNAA)
Jumaat, 14 Ogos 2009
UMNO YANG BODOH KENA FAHAM INI !!
Khamis, 13 Ogos 2009
CENDEKIAWAN ISLAM PERLU DAKWAH DAP, BUKAN HENTAM DAP
CENDEKIAWAN ISLAM PERLU DAKWAH DAP, BUKAN HENTAM DAP
DAP tidak memahami Islam, tidak hairanlah mereka menghina Islam. apakah benar dakwaan UMNO bahawa DAP hina islam itu, tidak diketahui? Sebab, sejak kebelakangan ini, UMNO memang sering mewujudkan perkara yang sememangnya tidak wujud.
Lebih mensangsikan lagi, apabila dikhabarkan bahawa UMNO negeri Selangor sedang berusaha hendak merampas kerajaan Negeri Selangor, seawal-awalnya pada pertengahan bulan September ini. Ini dikuatkan dengan kenyataan Najib yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO selangor kini, yang mahu merampas selangor.(sila tengok klik youtube di atas)
Teori yang hendak digunakan, khabarnya adalah dengan memecah belahkan dahulu kesatuan Pakatan Rakyat. UMNO agak kurang mampu untuk melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR, atau antara DAP dan PKR. Pun begitu, mereka merasakan agak mudah untuk memecahbelahkan antara PAS dan DAP, kerana kedua-dua parti ini mempunyai idealogi parti yang dilihat bercanggah.
Kejayaan teori telah terbukti kejayaannnya, iaitu dalam mengalahkan PAS di terengganu dan dikebanyakan DUN dan Parlimen dalam pilihanraya ke 11 yang lalu.
Justeru, apabila UMNO mula berbicara tentang Islam, jangan terus terima dan telan bulat-bulat. Sebab, Islam perbicaraan mereka bukan datang dari hati yang ikhlas, tetapi datang dari hati manusia yang sedang kegawatan ekonomi poket.
DAP HINA ISLAM??
Dalam isu “DAP hina Islam” ini, didapati hanya satu sahaja kes yang dapat dilihat tentang penghinaan, iaitu melibatkan seorang Blogger yang bernama Jeff Ooi. Itupun, penghinaan yang dibuat itu bukanlah kepada Islam, tetapi terhadap JIM (jemaah Islah Malaysia).
Adapun dari yang lainnya, semuanya adalah dakwaan yang tidak disandarkan kepada bukti dan fakta. Seakan-akan ia adalah mainan Isu yang sedang digonjangkan oleh UMNO.
Pun begitu, setelah didesak, akhirnya Jeff Ooi tarik balik kenyataannya itu. (sila klik).
Apa yang pasti, tindakan jeff Ooi yang menarik balik tuduhan extreme terhadap JIM itu didasari kepada kejahilannya terhadap JIM itu sendiri. pun begitu, setelah dimaklumkan kepadanya tentang JIM, maka dia menarik balik kenyataannya yang mengandungi unsur hina itu.
Jelasnya, kerana jahil mereka menghina.
Bermusuh dengan Islam disebabkan jahil, adalah perkara yang tidak pelik, malah perkara ini juga pernah diungkap oleh cerdik pandai arab yang menyebut;
الناس أعدا ما جهل
Maksudnya;
“manusia adalah musuh dengan apa yang dijahilinya”
Justeru, jalan penyelesaian bagi isu ini, perlu adanya dakwah secara berkesan terhadap non Muslim di Malaysia. para cendekiawan Islam, tidak seharusnya sekadar berada dalam universiti sahaja, tanpa berusaha hendak menyusun, atau mencadangkan kepada pihak kerajaan, atau kehadapan dalam usaha hendak memahamkan rakyat terhadap Islam.
Sepatutnya, isu penghinaan Islam ini tidak akan berlaku di Malaysia, sebab Malaysia diperintah oleh UMNO sejak merdeka lagi. apabila sudah memerintah sejak merdeka lagi, sudah pasti dalam jangka masa itu, usaha memahamkan rakyat dengan Islam sudah berlaku.
Pun begitu, sehingga hari ini pun rakyat tidak memahami Islam. bukan sekadar itu sahaja, rakyat semakin hari semakin membenci Islam. ini membuktikan bahawa UMNO tidak berjaya, malah telah merosakkan Islam di mata-mata non Muslim dalam Negara ini.
Justeru, dalam hal ini, pihak yang wajib dipersalahkan adalah UMNO.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 ogos 2009 * 12:23 tengahari.
KEMPEN BAHAYA ARAK JANGAN BERHENTI !!
Pergeseran Hasan ali dan Ronnie liu telah berjaya didamaikan. Hasan ali sudah mula memeluk bahu Ronnie Liu, dan Ronnie liu pula boleh tersenyum dengan reaksi hasan ali dihadapan media.
Nyatanya, semua telah sepakat penjualan arak ditegah sama sekali terhadap orang beragama Islam. Inilah keputusan kerajaan Negeri Selangor.
Pun begitu, berdamainya pergeseran antara dua tokoh ini, bukan bermakna PAS perlu melupakan hasrat untuk mencegah penjualan arak ini secara yang lebih berkesan. Kempen bahaya arak yang hendak dilakukan, seperti yang dimaklumkan dalam media, hendaklah diteruskan.
Cumanya, kempen yang hendak dilakukan, jangan sampai boleh melahirkan kekecamukan, atau kecelaruan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat; la-siyama, antara DAP dan PAS. Dengan kata lain, kempen yang hendak dilakukan perlu dilakuakn secara bijaksana, dan berhikmah.
ANJURKAN DIALOG
Dalam 4 hingga 5 bulan yang lepas, aku ada menghadiri satu dialog di salah sebuah gereja di Petaling jaya. Dalam majlis dialog itu, ada seorang lelaki beragama Kristian, berbangsa Cina telah bercakap, ”PR terdiri dari parti-parti yang berbeza Idealogi perjuangan. Justeru, mengapa tidak diadakan majlis dialog dalam merungkai sesuatu isu, agar pertembungan tidak akan berlaku?”
Soalannya itu menyebabkan aku terfikir akan kewajarannya. Ini kerana, saranan disebalik soalan yang dikemukakan itu merupakan anjuran Al-Quran sendiri.
Firman Allah;
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Maksudnya;
”Katakanlah, datangkan hujjah kamu, jika kamu adalah orang yang benar”
(Surah Al-Baqarah : 111)
Dialog terbuka, banyak melahirkan jalan penyelesaian, terutama antara PAS, PKR dan DAP yang mempunyai idealogi politik yang berbeda.
Secara peribadi, aku amat pelik dengan PAS kebelakangan ini yang amat tidak agrasif untuk mengadakan dialog. Aku sering mengikuti banyak program-program dialog di sekitar Selangor, tetapi selalunya majlis dialog ini tidak pernah dianjurkan oleh PAS, malah boleh dikatakan banyak majlis dialog itu, PAS tidak menghantar wakil.
Jika keadaan ini berlaku, sampai bilakah non Muslim akan memahami Islam???
Perjuangan kita, bukan sekadar untuk mempertahankan perinsip Islam sahaja, tetapi kita mahukan perinsip kita itu difahami oleh semua rakyat, tidak kira ia Muslim atau tidak. Yang paling kita bahagia, apabila pihak Non Muslim sendiri menerima prinsip Islam yang kita perjuangankan.
Justeru, dialog merupakan jalan yang terbaik untuk diberikan kefahaman kepada rakyat tentang Islam yang kita perjuangkan.
PENUTUP
Islam perlu memerintah. Pun begitu, islam tidak akan berjaya memerintah jika rakyat tidak memahami Islam. Jika berjaya dilaksanakan pun, pemerintahan islam itu dibimbangi tidak bertahan lama disebabkan rakyat yang tidak memahami islam akan menolak Islam.
Justeru, kefahaman kepada rakyat tentang Islam perlu diseriuskan. Itupun, jika kita mahu Islam memerintah buat selama-lamanya.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 ogos 2009 * 11:42 pagi
UMNO!! KELUAR KAMU DARI BUMI ALLAH.. !!
Harussani marah kepada orang yang pertikai perlembagaan Malaysia. Dia cakap, orang yang tidak suka dengan perlembagaan Malaysia, apa jenis bangsa pun dia, hendaklah dia keluar dari Malaysia. (sila Klik)
Harussani itu mendakwa, sejak 52 tahun merdeka, negara ini aman dan makmur, waimma dalam dua tahun lepas, beliau sendiri mendakwa sebelum ini bahawa orang Islam telah murtad hampir puluhan ribu. Apakah wujud keamanan ketika itu??
Harussani kena fikir, Malaysia ini berada di atas bumi Allah. Justeru, hukum islam wajib dilaksanakan. Apa yang dapat dilihat adalah, sejak 52 merdeka inilah, UMNO tidak pernah laksanakan hukum islam. Masakan mahu laksanakannya, cita-cita kearah itu pun tiada.
Jika benar UMNO ada cita-cita melaksanakan Islam, sudah pasti polimik arak, polimik perlaksanaan hukum islam tidak akan berlaku seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Yang wujudnya adalah, sejak UMNO memerintah, sejak itulah rakyat semakin hari semakin tidak memahami Islam, malah mereka menolak Islam.
Disebabkan Malaysia berada dibumi, sedangkan bumi itu adalah milik Allah, sewajibnya UMNO sudah menggubal undang-undang yang wujud dalam perlembagaan Malaysia agar selari dengan undang-undang islam, malah Islam sudah menjadi agama yang memerintah.
Sebaliknya, sampai hari ini pun Islam tidak memerintah di Malaysia, waimma UMNO yang didokong orang melayu menjadi parti yang paling berkuasa di Malaysia. Ekoran itu, sewajibnya harussani tidak menyebut “keluar dari Malaysia” bagi rakyat yang tidak setuju dengan perlembagaan Malaysia, tetapi harussani sendiri perlu sedar bahawa UMNO wajar dihambat keluar dari bumi Allah, kerana UMNO tidak mahu melaksanakan hukum islam.
Jika Harussani juga menyokong UMNO, maka dicadangkan harussani buat bumi sendiri, dan keluar dari bumi Allah SWT ini.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 ogos 2009 * 4:12 pagi
DAP ATAU UMNO YANG HINA ISLAM??
Jahil tidak menyebabkan Allah mengambil salah terhadap kesilapan yang dibuat. Tetapi, kesalahan yang diambil kira jika dilakukan dalam keadaan sengaja.
Dalam islam, ada beberapa perkara yang tidak dikira sebagai bersalah dikala melakukan kesilapan. Lupa, dipaksa, tidur, mudharat dan jahil merupakan perkara-perkara yang dimaafkan; tidak diambil kira jika dilakukan sesuatu kesalahan.
Orang yang dipaksa mengucap kalimah kufur, dalam keadaan hatinya masih tetap beriman, dia tetap dikira sebagai beriman, waimma dia menyebut kufur sekalipun.
Orang yang bangun lewat untuk menunaikan solat subuh kerana tidak sedar langsung dari tidurnya, kelewatannya dari solat itu tidak menjadikannya berdosa. Begitujuga, orang yang makan disiang hari dalam bulan puasa kerana lupa, keterlupaannya itu tidak menyebabkan puasanya jadi batal.
Orang yang dihadapi sesuatu kemudharatan yang boleh menjadi mati disebabkan tiada makanan, lalu dia tidak ada cara lain untuk menyelamatkan nyawanya melainkan dengan makan babi, maka dibenarkan kepadanya memakan babi kadar untuk menjaga nyawa.
Menyebut kalimah kufur, bangun lewat lepas dari waktu subuh, makan babi dan sebagainya, semua ini adalah perkara haram. Jika seseorang itu melakukannya dengan sengaja, seakan-akan dia telah melakukan penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri.
Keadaan yang sama juga berlaku bagi mereka yang jahil terhadap sesuatu. Seseorang yang selalu melakukan sesuatu tindakan yang membatalkan solat dalam keadaan dia jahil, lalu dia ketahui itu adalah perkara yang batal solat, maka solatnya yang lalu tidak perlu diulang balik. Segala kesalahan yang dilakukannya dalam keadaan jahil, semuanya dimaafkan oleh Allah SWT.
Adapun orang yang menunaikan solat, dengan melakukan perkara yang membatalkan solat dalam keadaan dia sememangnya sedar bahawa dia memang telah membatalkan solat, maka solatnya adalah tidak sah, malah wajib diqada’kan solatnya dalam waktu yang lain.
Bagi orang yang jahil, kesilapan yang dilakukan dikira sebagai pengampunan. Pun begitu, jika dia sedar dia dalam jahil, wajib bagi dirinya mencari ilmu, ataupun orang yang mengetahui sedar bahawa kawannya jahil, maka wajib dia memberi kefahaman kepada kawannya yang jahil itu.
Keadaan inilah yang berlaku pada DAP yang kononnya menghina Islam seperti yang didakwa oleh UMNO. DAP tidak faham Islam, tidak hairanlah mereka menghina Islam.
Pun begitu, apabila DAP diminta agar meminta maaf terhadap orang islam dengan dakwaan menghina Islam, mereka tidak segan dan silu meminta maaf.
Keadaan ini tidak sama seperti yang berlaku pada UMNO. ketika isu hudud dikemukakan disaat PAS mula-mula memerintah kelantan, banyak ungkapan-ungkapan dari pembesar-pembesar UMNO yang menghina Islam.
Ulama-ulama UMNO ketika itu, tidak ada seorang pun yang menegur, malah mengambil sikap diam, seakan-akan redha dengan tindakan pembesar-pembesar UMNO yang menghina Islam.
Bukan sekadar itu sahaja, sehingga hari ini pun, masih tidak kedengaran lagi ucapan minta maaf dari pihak UMNO terhadap umat Islam disebalik penghinaan terhadap Islam yang dilakukan ketika itu.
Jika DAP tidak mengetahui Islam, lalu menghina Islam dikatakan sebagai bersalah, maka terlebihlah bersalah bagi UMNO yang mengetahui islam, lalu menghina Islam.
Jika DAP dikatakan kafir kerana menghina Islam dalam keadaan mereka tidak faham islam, maka terlebih kafirlah UMNO yang menghina Islam dalam keadaan mereka kenal Islam, malah mengaku beragama Islam.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 ogos 2009 * 10:24 malam
AL-KISAH (6) : BEREBUT TIDAK MAHU JAWATAN
Di kala Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dalam kegeringan untuk menghadapi kematian, beliau terbaring di katil istana. Keliling baginda Khalifah, dipenuhi dengan pembesar-pembesar kerajaan, termasuk yang hadir adalah Omar bin Abdul Aziz.
Omar ketika itu amat bimbang namanya dicalonkan sebagai khalifah sebagai pengganti Khalifah Sulaiman. Lantaran itu, beliau memerhatikan Roja’ bin Haywah yang merupakan penasihat utama Khalifah, sebagai isyarat agar mereka berdua boleh berbicara sebentar.
Ketika mereka berdua beredar dari berada di keliling Khalifah Sulaiman, Omar Abdul Aziz berkata, “wahai Roja’, Demi Allah, aku berpesan kepadamu atas nama Allah dan Islam, bahawa jangan sekali-kali kamu mencalonkan namaku sebagai pengganti Khalifah” Omar bin Abdul Aziz memberi pesanan.
“jawatan ini amat berat, aku tidak mampu untuk memikulnya, terutama ketika mengadap Allah SWT di akhirat nanti” sambung Omar lagi.
Roja’ memahami kebimbangan Omar itu. Dengan nada yang bersungguh, Roja’ berkata, ”Aku tidak melihat orang yang lebih layak untuk jawatan ini melainkan kamu. Apakah kamu mahu menempa dosa dengan melihat kemudharatan berlaku jika kamu tidak menerima jawatan ini?” soal Roja’ sambil mukanya merenung wajah Omar yang dilihat berpeluh didahinya.
Omar tidak mampu berkata apa-apa pun, melainkan jantungnya berdegup kuat kerana bimbang namanya dicalonkan sebagai pengganti Sulaiman bin Abdul Malik bagi jawatan Khalifah.
Kemudian Roja’ kembali semula kepada Khalifah Sulaiman yang sedang kegeringan.
”siapakah yang kamu nampak lebih layak menggantikan aku untuk jawatan Khalifah ini, Wahai Roja’?” soal Khalifah Sulaiman kepada penasihat utamanya.
”tuanku tidak perlu khawatir dan bimbang. Bertaqwalah kepada Allah. Insya Allah, Allah akan memberikan jalan yang terbaik dalam urusan ini” jawab Roja’ dengan nada yang tegas.
Dengan bibir yang kering, wajah yang pucat, Khalifah Sulaiman bertanya, ”siapakah gerangan yang kamu nampak layak wahai Roja’?”
”omar bin Abdul Aziz wahai tuanku” Roja’ melemparkan cadangan.
Dalam wajah kepucatan itu, Khalifah Sulaiman tersenyum seraya berkata, ”demi Allah, Omar terlalu layak untuk jawatan ini. pilihan itu amat tepat sekali. Pun begitu, aku berwasiat agar selepas Omar, orang yang mengambil tampuk pemerintahan ini adalah Yazid bin Abdul Malik”
”sengaja aku tidak memilih Yazid sebagai khalifah sebagai ganti aku, kerana aku bimbang keluarga Abdul Malik akan mewujudkan fitnah dalam rebutan kekuasaan ini” sambung Khalifah Sulaiman.
Wasiat ini didengari oleh ramai pembesar-pembesar kerajaan, dan ia disokong ramai tanpa sebarang bangkangan pun.
JAWATAN SATU BEBAN
Jawatan merupakan bebanan. Ia bukan kemuliaan, seperti anggapan sesetengah ahli politik yang tamak. Di zaman kini, jawatan menjadi satu rebutan. Semuanya bersebab, apabila dengan jawatan, mereka dapat mencapai kehendak nafsunya dengan jalan yang mudah.
Golongan salaf terdahulu, mereka akan menolak sebarang jawatan yang berbentuk amanah ini. pada mereka, itu semuanya merupakan kesangsaraan hidup mereka di akhirat; iaitu dikala mengadap Allah SWT.
Diceritakan bahawa ada seorang qadhi sedang menghadapi nazak kematian. Qadhi tersebut beranggapan bahawa selepas kematiannya, pasti anak lelakinya akan dilantik jawatan itu.
Qadhi itu memanggil anak lelakinya, lalu meminta agar anak lelakinya itu mencium kedua-dua belah telinganya. Apabila anaknya itu mencium, didapati telinga sebelah kanannnya berbau wangi, dan telinga sebelah kirinya berbau busuk.
Anak lelakinya itu kepelikkan, seraya bertanya, ”mengapa telinga bapa berbau wangi pada yang kanannya, dan berbau busuk pada kirinya?”
Qadhi itu menjawab, ”wahai anakku, bapa pernah melakukan satu kesilapan yang besar. Bapa pernah berhukum dalam satu kes, yang bapa hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Ekoran itulah, telinga bapa berbau busuk sebelahnya”
”wahai anakku, bapa beranggapan, bahawa selepas kamatianku, pasti kamu akan dilantik untuk jawatan yang sedang bapa pegang ini” sambungnya, ” Wahai anakku, apakah kamu mahu menerimanya?” soal Qadhi itu kepada anak lelakinya.
Anaknya itu berfikir sejenak. Dahinya berkerut. Tangannya diletakkan di dagu seakan-akan sedang berfikir dengan rasional untuk jawatan yang akan dibebankan itu.
”wahai bapaku, aku tidak sanggup menanggung bebanan yang berat ini” jawab anak lelaki itu dengan tegas.
Mendengar jawapan anaknya, Qadhi tersebut mengangguk kepalanya menandakan bersetuju.
Setelah kematian Qadhi, anak lelakinya itu kebingungan. Dia berfikir apakah cara yang paling baik untuk dia mengelakkan dirinya daripada dilantik oleh Khalifah sebagai Qadhi.
Akhirnya, anak lelaki itu telah bertindak seperti orang gila. Dia mengambil pelepah tamar, dan ditunggang pelepah itu seperti dia menunggang kuda, sambil mulutnya membunyikan suara seperti hentakan tapak kaki kuda.
Khalifah melihat keadaan anak lelaki Qadhi yang hendak digantikan bapanya. Melihat keadaan itu, Khalifah telah bertindak melantik orang lain bagi jawatan tersebut. Setelah jawatan itu dilantik kepada orang lain, barulah anak lelaki tersebut beransur-ansur mengubah daripada seperti orang gila kepada orang waras.
Kisah ini amat jelas, bagaimana golongan salaf terdahulu amat tidak meminati sebarang jawatan yang ditawarkan. Mereka tidak mahu jawatan itu, kerana mereka tahu, sebarang kesilapan dan kelalaian dalam menunaikan amanah menyebabkan mereka terbeban ketika mengadap Allah SWT nanti.
Apakah wujud lagi keadaan ini di zaman sekarang???
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
13 ogos 2009 * 3:15 petang
Rabu, 12 Ogos 2009
AL-KISAH (5) : PENASIHAT PENGUASA YANG BAIK
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik yang merupakan bapa saudara Omar bin Abdul Aziz telah bertolak meninggalkan syam menuju ke Makkah untuk menunaikan haji. Omar Abdul Aziz pun turut sama dalam permusafiran ibadat tersebut.
Sesampai mereka di Makkah, Khalifah Sulaiman merasa kagum dengan kehadiran jemaah haji yang begitu ramai; sudah pasti kehadiran mereka untuk beribadat kepada Allah.
”Sungguh hebat hati-hati mereka dalam melakukan ketaatan terhadap Allah SWT. Mereka sanggup menghabiskan wang ringgit, semata-mata mahu mengabdikan diri kepada Allah dihadapan rumah-Nya, Kaabah” kata Khalifah Sulaiman memulakan perbicaraan.
Omar tidak berkata apa-apa pun, melainkan mendengar dan memerhatikan sahaja segala yang dicelotehkan oleh baginda Khalifah.
”Apakah kamu tidak melihat wahai Omar, betapa ramainya manusia yang hadir pada hari ini sehingga kita tidak mampu menghitung, melainkan Allah SWT sahaja mengetahui bilangannya. Malah, Allah jualah yang memberikan mereka rezeki” sambung Khalifah lagi.
Omar mengangguk kepala mendengar celoteh Khalifah pada kali ini.
Omar berkata, ”wahai Amir Al-Mukminin, ketahuilah, mereka ini adalah rakyat kamu, tetapi jangan kamu lupa, akhirat nanti mereka akan menjadi musuh kamu”
Khalifah Sulaiman tersentak dengan apa yang disebutkan oleh Omar bin Abdul Aziz itu. Tetapi, baginda tidak berkata-kata apa-apa pun, sebaliknya wajahnya tergambar seperti sedang berfikir.
”ya tuhan kami, jangan kamu uji kami sesuatu perkara yang kami tidak mampu hadapinya” ungkap Khalifah perlahan, tetapi didengari oleh Omar bin Abdul Aziz.
Selesai sahaja melakukan ibadat di Makkah, Khalifah Sulaiman bersama dengan pembantu-pembantu dan pengawal-pengawai beserta pengiring-pengiringnya menuju ke Madinah. Kehadiran Baginda khalifah di Madinah, menyebabkan ramai pembesar-pembesar Madinah datang berjumpa dengan Baginda Khalifah.
Mereka datang dengan membawa hadiah-hadiah yang banyak; yang hendak diberikan kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.
Hadiah-hadiah itu diterima oleh Baginda Khalifah. Pun begitu, baginda Khalifah merasa agak kurang selesa setelah menerima segala hadiah-hadiah yang diberikan oleh pembesar-pembesar Madinah itu.
”apa pandangan kamu wahai Omar tentang pemberian hadiah-hadiah ini?” tanya Khalifah Sulaiman kepada Omar bin Abdul Aziz.
Omar tersenyum mendengar soalan yang dikemukakan kepadanya. Ini kerana, beliau sedar, soalan itu menggambarkan betapa khalifah seorang yang mempunyai ciri ketaqwaan yang amat tinggi.
”Wahai Baginda Khalifah, saya berpandangan, pemberian hadiah kepada kamu itu merupakan petanda bahawa kamu mencukupkan lagi keadaan kamu yang sedia cukup. Tetapi, sedarkah kamu bahawa ada dari kalangan rakyat kamu, ada yang masing lagi berada dalam keadaan tidak mencukupi? Mereka berada dalam kefakiran” jawab omar panjang lebar.
Mendengar jawapan Omar bin Abdul Aziz, menyebabkan Khalifah Sulaiman menangis. Beliau tidak menyangka, jawapan sebegitu boleh terpancul keluar dari mulut anak saudaranya, Omar Abdul Aziz.
TIDAK MENGAMPU
Kebanyakkan penasihat penguasa tidak pernah mengingatkan seseorang penguasa tentang kemiskinan rakyat. Ini kerana, tindakan sebegitu akan melahirkan kesusahan dalam hati penguasa.
Sebaliknya, kebiasaan yang berlaku adalah, wujudnya penasihat-penasihat yang sering mengeluarkan ungkapan yang menyenangkan hati penguasa sahaja, waimma rakyat berada dalam kesusahan yang memeritkan.
Sebagai penasihat yang baik; penasihat yang tidak mahu penguasanya berada dalam kelalaian dalam menunaikan amanat Allah terhadap rakyatnya, sudah pasti dia akan berusaha sebaik yang mungkin agar penguasanya itu berada dalam berhati-hati, malah sering menunaikan amanah Allah itu, supaya tidak menjadi bebanan di akhirat nanti.
Omar bin Abdul Aziz yang pernah menjadi penasihat penguasa, merupakan satu role model yang terbaik bagi melahirkan penguasa-penguasa yang tidak pernah melalaikan daripada mengingati, dan menunaikan amanah-amanah Allah SWT.
Tindakan mengeluarkan perkara yang ’sedap didengar’ sahaja, sebenarnya tidak melahirkan keuntungan terhadap penguasa, malah ia hanya akan melahirkan kerugian sahaja.
Jika kita menyelongkar buku sejarah-sejarah lama, kita akan dapati banyak penguasa-penguasa yang dilihat hebat, mereka jatuh disebabkan mereka dikelilingi pembantu-pembantu atau penasihat-penasihat yang mempunyai daya pemikiran yang hanya mahu mengampu sahaja.
Lihatlah kejatuhan Hitler yang dikenali sebagai tokoh yang berjaya membina kekuatan Jerman sehingga menyebabkan lawan-lawannya jatuh, tidak mampu berhadapan dengan kehebatan ketenteraan yang dipimpin oleh Hitler.
Walaupun Hitler hebat dalam menyusun strategi peperangan dalam menghadapi musuh, tetapi disebabkan beliau dikelilingi oleh pembantu-pembantu dan penasihat-penasihat ”kaki mengampu”, menyebabkan dikala pihak musuh sedang hebat menyerang jerman, tetapi dimaklumkan kepadanya tentang kebaikan dan kekuatan sahaja, yang akhirnya tentera pimpinan Hitler jatuh tersembam menyembah bumi.
Inilah contoh keburukan disebalik wujudnya pembantu-pembantu dan penasihat-penasihat yang hanya pandai mengampu, tidak memberikan nasihat yang baik bagi menyelamatkan penguasa dari terlalai.
Kepada para pembantu dan penasihat penguasa, contohilah Omar bin Abdul Aziz dalam memberikan nasihat yang baik kepada penguasa, agar penguasa tidak terlalai dari menunaikan tuntutan Allah SWT.
Sekian
TIDUR SEBANTAL, MIMPI BERBEDA
Antara suami dan isteri, tidak semestinya mereka mempunyai cita-cita dan kehendak yang sama. Tidak hairan, Ahmad Jais dalam lagunya yang bertajuk “budi setahun” ada menyebut, “tidur sebantal, mimpi tak sama”.
Walaupun wujud suami dan isteri yang “tidur sebantal, mempunyai mimpi yang berbeda”, hakikatnya kedua-duanya kenal pasangan masing-masing, melebihi daripada orang lain mengenali mereka.
Pepatah melayu sering menyebut, “tak kenal maka tak cinta”. Jika difahami secara “mafhum mukhalafahnya”, atau difahami secara kontradiknya pula, “kenal maka lebih menyintai”. Itu tafsiran dari pepatah melayu, sekalipun ia tidak berapa tepat. Dalam ilmu filosofi, pepatah ini merupakan ”falasi dalam berfikir”. Ini kerana, di sana wujud keadaan ”makin kenal, makin meluat dan merasa benci”.
Apabila dua insan yang sedang berada dalam alam percintaan, kehidupan hipokrit selalu berlaku. Lantaran itulah, banyak ”hakikat” sebenar tidak diketahui. Apabila perkahwinan telah berlangsung, maka segala hipokrit sudah terserlah, maka bermulalah kebencian yang kadangkala bisa melahirkan perceraian.
Dibimbangi keadaan ini berlaku, tidak hairanlah dalam Islam menekankan konsep tunang dengan wujudnya unsur ”risik merisik”, malah orang yang memberi maklumat tentang pengantin, adalah dilarang sama sekali hipokrit dan retorik ketika memberikan maklumat.
Pun begitu, terdapat di sana antara suami dan isteri yang berkahwin, makin dikenali pasangan masing-masing, makin bertambah kecintaan mereka.
Walaupun asal perkahwinannya berpunca ”awek” itu berwajah cun, dan ”balak” pula hansome, tetapi setelah perkahwinan berlaku, ternyata kedua-duanya, bukan sekadar mempunyai wajah yang cun dan hansome sahaja, malah mempunyai perangai dan tindakan yang cun dan hansome. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti kecintaan antara dua pasangan ini semakin hari semakin menghasilkan kebahagiaan.
Di sana, wujud juga sebilangan pengantin yang berkahwin atas dasar wajah yang cun dan hansome ini. tetapi, setelah perkahwinan berlaku, perangai dan akhlak sesama mereka tidak seperti wajah mereka. Lantaran itulah, berlakunya krisis rumah tangga dan kadang-kala berakhir dengan perceraian.
Bagi manusia jenis ini, jika bijak menggunakan strategi dan kaedah, perceraian tidak akan berlaku. Ekoran itulah, wujudnya dalam istilah rumah tangga yang disebut sebagai ”faham memahami”.
Contohnya, jika si isteri melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh suami, si suami terus menampar muka si isteri, atau terus bertindak menceraikan isteri, atau terus melaporkan kepada qadhi, atau menceritakan keburukan isteri itu kepada orang lain atau sebagainya, keadaan ini tidak mustahil, akan melahirkan perceraian.
Tetapi, jika si suami memikirkan strategi dan kaedah yang baik agar isteri akan berubah di masa akan datang dengan akhlak dan tindakan yang menyenangkan hati suami, sudah pasti rumah tangga yang dibina tidak akan melahirkan perceraian. Malah, bisa melahirkan kebahagiaan yang indah di masa akan datang.
Mungkin inilah yang difahami, “tidur sebantal, tapi mimpi berbeda”. Pun begitu, tidak mustahil, wujudnya tidur sebantal, tapi mimpi tidak berbeda, malah mempunyai mimpi yang sama.
Keadaan ini boleh berlaku, jika kedua-dua suami dan isteri sering bersama dalam semua perkara. Sering menimbulkan titik persamaan, dikala berlaku pertembungan. Di samping itu pula, suami tidak pernah jemu dan malas, malah sering memberi kefahaman kepada isteri secara berhikmah terhadap perbedaan yang berlaku. Jika ini dilakukan, tidak mustahil, isteri yang berbeda dengan suami, suatu masa nanti akan sekata dengan suaminya itu.
Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti melahirkan keluarga bahagia. Inilah yang disebut, “tidur sebantal, mimpi seirama”.
Yang pastinya, “tidur sebantal, mimpi berbeda” ini boleh melahirkan “tidur sebantal, mimpi seirama”. Perbedaan mimpi tidak menghalang untuk menjadikan mimpi seirama di masa akan datang. Persoalannya, bagaimana hendak melakukannya??
Apabila seorang lelaki yang sudah berkahwin dengan seorang perempuan, lalu didapati isterinya itu mempunyai “mimpi” yang berbeda dengannya, maka si suami boleh berusaha dengan kebijaksanaan yang mampu untuk melahirkan mimpi mereka seirama.
Selalunya, perbedaan berlaku apabila wujud kefahaman yang berbeda antara dua golongan. Golongan yang pertama mendakwa mereka yang terbaik, begitujuga golongan kedua. jika setiap dari dua golongan itu pertahankan “terbaik” masing-masing, “mimpi seirama” yang hendak dibina mustahil akan berlaku.
Pun begitu, jika golongan pertama mendakwa mereka yang terbaik, lalu dilihat beberapa tindakan golongan kedua yang seakan-akan mencabar golongan pertama, tidak menyebabkan dia terus melenting, tetapi difikirkan strategi yang berkesan dalam menyampaikan kefahaman yang didakwa terbaik itu kepada golongan kedua, sudah pasti pertembungan tidak akan berlaku.
Jika benar kefahaman golongan pertama itu adalah terbaik, sepatutnya golongan pertama tidak perlu takut untuk memahamkan golongan kedua tentang kefahamannya. Jika takut juga, menunjukkan kefahaman golongan pertama yang didakwa terbaik itu mempunyai masalah. Jika tidak wujud masalah pun, mungkin golongan pertama itu tidak faham apa yang dia pertahankan tentang kefahamannya.
Golongan pertama tidak terus melenting, tetapi terus menyampaikan kefahaman mereka kepada golongan kedua. Apabila golongan kedua sudah memahaminya, tidak hairan golongan kedua akan mendokong juga kefahaman yang dibawa oleh golongan pertama. Inilah yang disebut, “tidur sebantal, tapi mimpi berbeda telah berjaya menjadikan mimpi seirama”.
walau apa pun keadaan yang terjadi, semuanya memerlukan kebijaksanaan. Tanpa kebijaksanaan, ”tidur sebantal, tetap akan melahirkan mimpi berbeda”. Tetapi, dengan kebijaksanaan, ”mimpi berbeda akan berjaya menjadi seirama, walapun tidur dengan bantal berbeda”
Bagaimana pula antara PAS dan DAP?? Sampai bila hendak ”mimpi berbeda, walaupun sedang tidur sebantal”??
Terpulang kepada kebijaksanaan kita...
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Ogos 2009 * 12:24 pagi
AL-KISAH (4) : TIDAK PEDULIKAN NAFSU SANG PENGUASA
TIDAK PEDULIKAN NAFSU SANG PENGUASA
Sedang Khalifah Walid bin Abdul Malik berbincang bersama-sama dengan pembesar-pembesarnya, termasuk juga Omar bin Abdul Aziz. Tiba-tiba seorang pemuda yang berfahaman khawarij datang mengadap baginda Khalifah.
“apa yang kamu mahu katakan terhadap Abdul Malik, bapaku ketika beliau menjadi Khalifah dahulu?” Tanya Khalifah Walid kepada pemuda itu.
“Aku ingin nyatakan tentang bapamu berkenaan antara dua perkara” jawap pemuda itu.
Khalifah kehairanan, “apakah yang dimaksudkan dengan antara dua perkara itu?” tanya khalifah sambil mengerutkan dahinya.
“pertama, taat kepada Allah dan Rasul-Nya” jawabnya, ”kedua, kemaksiatan kepada Allah Rasul-Nya” sambungnya lagi.
Jawapan itu, menyebabkan Khalifah bertambah tidak memahami tentang maksud yang dikehendakinya.
“apa maksud sebenar yang kamu mahu wahai anak muda” soal Khalifah Walid kepada pemuda Khawarij itu.
“Walaupun bapamu banyak melakukan ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya, tetapi kemaksiatan yang dilakukan oleh bapamu melebih dari ketaatan yang dia lakukan terhadap tuhannya” jawab pemuda itu dengan wajah selamba.
Bagaikan kilat menyambar ke telinga khalifah Walid apabila mendengar jawapan pemuda itu, menyebabkan baginda amat marah dengan jawapan tersebut.
Baginda terus berdiri dan menoleh kepada Omar bin Abdul Aziz yang ketika itu berada dalam majlis Khalifah seraya berkata, “apa yang harus aku lakukan terhadap pemuda fasiq ini?” tanya baginda sambil merenung tajam kepada muka Omar.
Omar tidak menjawab, malah mengambil sikap diam dan menundukkan kepala sahaja.
Tindakan Omar itu, menyebabkan Khalifah Walid bertambah berang. Dengan suara yang tinggi, sekali lagi Khalifah bersuara, “kenapa kamu tidak berbicara wahai Omar?”
“maafkan saya Wahai Amir Al-Mukminin”. Jawab omar lembut,
“aku berharap agar kamu berkata sesuatu wahai Omar” Khalifah bersuara agak perlahan berbanding tadi.
Omar terus bersuara, “wahai khalifah, cercalah dia sepertimana dia mencerca bapamu. Pun begitu, jika kamu memberikan kemaafan kepadanya, pasti itu lebih hampir kepada taqwa” jawab omar, sambil dengan itu, Omar pun membaca firman Allah dari surah As-syura ayat 43 yang berbunyi;
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Maksudnya;
“tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia”
(Surah As-Syura : 43)
Mendengar jawapan Omar, menyebabkan Khalifah semakin marah. kemarahan itu amat memuncak sehingga tidak dapat ditahankannya lagi.
Baginda Khalifah terus berpaling, tidak melihat wajah Omar, malah terus melihat wajah Khalid bin Rayyan yang merupakan orang yang dilantik sebagai pelaksana hukuman mati dalam Negara.
Mengikut kebiasaan, cara Khalifah memerhatikan Khalid bin Rayyan, memberikan maksud bahawa Khalifah terlalu marah, dan mengisyaratkan agar memancung. Justeru itulah, apabila Khalifah melihat Khalid, terus Khalid memegang erat pedangnya, seakan-akan sedang menunggu perintah dari Khalifah untuk memancungkan kepala Omar bin Abdul Aziz.
Khalifah tidak memberikan sebarang arahan kepada Khalid. Tetapi, disebabkan terlalu marah, dan mahu menahan kemarahannya itu, Khalifah terus berlalu pergi, pulang ke istana.
Semua kejadian itu diperhatikan oleh Omar bin Abdul Aziz. Setelah Khalifah Walid bin Abdul malik berlalu pergi, Omar bertanya kepada Khalid bin Rayyan, ”Wahai Khalid, apakah kamu akan melaksanakan perintah khalifah agar memancung kepalaku jika kamu di arah?”
”sudah pasti wahai Omar” jawab Khalid ringkas.
Sambil tersenyum, Omar menjawab, ”Wahai Khalid, jika kamu lakukan juga, sudah pasti aku mendapat kebaikan, dan kamu sebenarnya mendapat keburukan seperti Khalifah juga”
Ungkapan itu menyebabkan Khalid terdiam, malah menyebabkan dia menitiskan air mata dengan ungkapan yang merupakan nasihat dari Omar bin Abdul Aziz itu.
NAFSU TIDAK DIIKUT
Dari kisah ini, kita dapat melihat bagaimana keberanian dalam menyatakan pandangan, waimma memungkinkan dibunuh tidak menghalang Omar menyalahi dengan keputusan Khalifah. Tindakan ini amat terpuji, kerana sebarang pandangan yang hendak diberikan itu, sekali-kali tidak akan menyebelahi kezaliman.
Omar bin Abdul Aziz amat terkenal seorang yang amat mementingkan keadilan. Justeru, tidak hairanlah beliau disayangi oleh rakyatnya di kala menjadi Khalifah.
Sesuatu kezaliman, tidak sewajarnya di sokong. Tindakan sedemikian akan melahirkan kebencian Allah SWT.
Dalam Al-Quran, Allah menyatakan larangan melakukan kezaliman, malah cenderung kepada kezaliman tersebut.
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
”jangan kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar oleh api neraka”
(surah Hud : 113)
Ekoran itulah, kita akan dapati bahawa pemerintahan yang adil itu terlaksana di zaman pemerintahan Omar bin Abdul Aziz, disebabkan beliau merupakan seorang yang mempunyai keberanian menyatakan keadilan sejak beliau belum menjadi khalifah, waimma memungkinkan beliau dipancung.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Ogos 2009 * 2:13 pagi
Selasa, 11 Ogos 2009
AL-KISAH (3) : OMAR ABDUL AZIZ, SAID MUSAYYAB DAN KHALIFAH WALID
OMAR ABDUL AZIZ, SAID MUSAYYAB DAN KHALIFAH WALID
Semua ahli hilli wa al-aqdi telah bersetuju melantik Walid bin Abdul Malik sebagai khalifah. Dengan perlantikan itu, Khalifah Walid telah melantik Omar Abdul Aziz sebagai Gabenor di kota Madinah. ketika itu, Omar telah menjalinkan hubungan persahabatan yang terlalu akrab dengan salah seorang alim tabiin yang agak terkenal, iaitu Said Musayyab.
Pada suatu hari, Khalifah Walid telah datang ke Makkah dan Madinah dengan tujuan menunaikan haji. Ketika Khalifah berada dalam masjid Nabawi bersama-sama dengan pengiring-pengiringnya, semua pengunjung masjid keluar melainkan Said Musayyab yang dijuluki sebagai “merpati masjid” itu tidak keluar, malah terus duduk ditempat duduknya dalam keadaan matanya sedang memerhatikan lantai masjid seperti sedang tafakkur, tanpa menghiraukan kedatangan Khalifah Walid bin Abdul Malik.
Tindakan Said Musayyab itu diperhatikan oleh Khalifah Walid, menyebabkan Omar bin Abdul Aziz merasa agak kurang selesa, kerana bimbang Khalifah akan melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap Said.
Melihat tindakan Said Musayyab itu, menyebabkan Khalifah menuju kearah beliau. Sesampai kepada Said, sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman, “Assalamualaikum wahai saudaraku” terungkap dari mulut Khalifah Walid.
“waalaikumsalam” jawab Said musayyab sambil melemparkan senyuman, sepertimana dia menjawab dan meleparkan senyuman kepada orang lain.
Setelah bersalaman dengan Said Musayyab, Khalifah Walid terus beredar dari situ.
Omar bin Abdul Aziz memerhatikan segala yang terjadi. Beliau merasa kagum dengan tindakan Said Musayyab yang dilihat tidak merasa kagum langsung dengan orang yang berjawatan besar seperti Khalifah Walid.
“Wahai Said, apapun yang kamu takuti, pasti Allah akan bersamamu. Demi Allah, sesungguhnya apa yang kamu lakukan tadi, sedikit sebanyak telah menyusahkan hati Khalifah Walid bin Abdul Malik” Omar bin Abdul Aziz memulakan perbicaraannya bersama dengan Said Musayyab dengan nada merasa kagum.
Dengan wajah yang tersenyum indah, Said menjawab, ”Wahai Omar, sesungguhnya aku menginginkan agar Khalifah memahami bahawa seluruh hamba yang wujud atas muka bumi ini adalah milik Allah. Tiada yang lebih berhak ditakuti melainkan Allah”
Jawapan yang tegas itu melahirkan kekaguman yang tidak terhingga di dalam hati Omar bin Abdul Aziz, menyebabkan beliau mengakhiri perbicaraan antara mereka dengan katanya, ”Maha suci Allah yang telah menyelamatkan Said bin Musayyab dari Walib bin Abdul malik”
KEGERUNAN HANYA KEPADA ALLAH
Kisah yang dinukilkan ini, dapat diperhatikan betapa tokoh ulama tabiin yang bernama Said bin Musayyab ini merupakan seorang yang amat kukuh hatinya dalam meletakkan kegerunan dan ketakutan kepada Allah SWT.
Ramai manusia kini, mereka meletakkan kegerunan dan ketakutan mereka kepada manusia, terutama terhadap orang yang mempunyai kuasa melebihi ketakutan mereka terhadap Allah SWT. Golongan yang bertindak sedemikian, kadangkala bukan dari kalangan orang yang lekeh, malah mereka yang telah mendapat jolokan ulama.
Ekoran dari itu, tidak hairanlah kita dapat melihat, bagaimana mereka sanggup mengubah hukum Allah SWT, semata-mata hendak menjaga hati orang-orang berkuasa tertentu. Lantaran itulah, tidak hairan mereka akan terhegeh-hegeh kita berjumpa dengan orang-orang berkuasa tertentu dan sebagainya.
Diceritakan bahawa ada seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Ubbadah bin As-Somit merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang agak berani ketika berhadapan dengan golongan atasan.
Menurut kisahnya, Ubadah telah dihantar oleh Khalifah Omar bin Al-Khattab agar memerhatikan pemerintahan Muawiyyah yang ketika itu dilantik oleh Omar sebagai Gabenor Islam di Syam.
Memandangkan Muawiyyah agak kemewahan sedikit ketika menjadi gabenor di sana, menyebabkan Ubadah berasa agak kurang gembira dengan cara pemerintahan Muawiyyah.
Suatu hari, di kala umat Islam menunaikan solat jumaat di Syam. Ketika itu, di masjid tersebut dihadiri oleh Muawiyyah, juga Ubadah bin As-Somit. Khatib yang berkhutbah ketika itu telah memuji-muji Muawiyyah sehingga menyebabkan Ubbadah merasa berang.
Apabila Khatib tetap terus dengan tindakannya yang terlalu memuji-muji Muawiyyah, menyebabkan Ubadah naik di atas mimbar itu dengan membawa segenggam tanah, lalu menghamburkan tanah itu ke muka khatib tersebut.
Tindakan Ubadah itu menyebabkan Muawiyyah memarahi Ubadah. Melihat Muawiyyah yang sedang kemarahan, Ubadah terus turun dari mimbar dan menuju kearah Muawiyyah sambil berkata, ”Wahai Muawiyyah, sesungguhnya aku ingat pesanan Nabi SAW yang menyebut, lemparkan tanah terhadap orang yang suka mengampu”
Kejadian itu diperhatikan oleh seluruh jemaah yang ada, menyebabkan semuanya terkamam dengan apa yang diucapkan oleh Ubadah, termasuk Muawiyyah yang merupakan gabenor Syam ketika itu.
Perhatikan, betapa hebatnya kegerunan golongan salaf soleh terdahulu. Mereka meletakkan kegerunan mereka terhadap Allah SWT melebihi kegerunan mereka terhadap orang-orang yang berkuasa di zaman mereka.
Sekian
P/S ; dengar berita dari sumber-sumber tertentu, UMNO dah target nak rampas selangor pada 16 september tahun ini?? selalunya, sumber ini tepat. wallahu alam
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri indah (B), Sg Buloh
12 ogos 2009 * 12:03 tengahari
Isnin, 10 Ogos 2009
ISU ARAK : KENAPA TIDAK DESAK TUKAR AKTA??
ISU ARAK : KENAPA TIDAK DESAK TUKAR AKTA??
Merujuk kepada isu pengawasan arak di Selangor, dilihat ada beberapa perkara yang dilihat menjadi kerumitan. Iaitu, (1) undang-undang/akta, (2) sentimen orang Islam.
Dalam isu ”arahan” yang didakwa ”nasihat” oleh Ronnie Liu, beliau menyatakan, dalam undang-undang pengawasan arak, dibenarkan penjualannya yang mempunyai kadar alkohol sebagai 8.8 % di kedai-kedai serbaneka, didapati ia disandarkan kepada akta pengawasan arak yang telah digezetkan sejak 1976. ia diguna pakai di seluruh negeri dalam Malaysia. Dimaklumkan bahawa undang-undang ini telah diguna pakai semenjak era british lagi, Cuma digezetkan di zaman UMNO/BN memerintah. (UMNO memang dasar anak didik british)
Lantaran itulah, apabila seorang Ahli Majlis mendesak agar pengarah perlesenan, Haji Rosli bin bakar agar beliau mengeluarkan arahan kepada penguatkuasaan MBSA merampas bir, ternyata tindakan itu adalah bercanggah dengan akta yang telah digezetkan oleh UMNO sejak 1976 itu.
Justeru, tidak hairanlah apabila Ronnie Liu yang kononnya ”menasihati” MBSA, bahawa pihak MBSA terus mengaku bahawa mereka tersilap dari sudut undang-undang, lalu menghantar balik Bir itu ke kedai yang dimaksudkan.
Jika difahami elok-elok dari kejadian ini, punca polimik ini bukanlah bermula dari sentimen orang islam, tetapi ia adalah melibatkan kepada undang-undang. Apabila undang-undang british ini ditaati, disitulah lahirnya polimik yang diselarikan dengan sentimen orang islam.
Padaku, jalan penyelesaian bagi isu ini adalah, PAS diperingkat negeri dan Pusat, hendaklah diadakan desakan penggubalan undang-undang arak ini di peringkat parlimen dan DUN. Jika tidak, golongan yang tidak berpuas hati dengan isu ini akan terus berpanjangan. Malah, tidak hairanlah jika selepas ini akan kedengaran berita saman-menyaman terhadap golongan Islam yang melarang penjualan arak di kedai-kedai serbaneka itu.
Yang lebih menyedihkan lagi, dibimbangi dalam saman-menyaman itu, pihak yang bencikan arak dikira bersalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang digezetkan oleh UMNO itu.
Mungkin kita kena belajar juga dari Kelantan, bagaimana pengawasan arak ini berlaku, waimma undang-undang arak yang diciptakan oleh British yang dijadikan sebagai rasmi oleh UMNO ini berjalan di seluruh Malaysia.
Sekian
Baca sama:
- Krisis bir selangor : siapa dalangnya?
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 ogos 2009 * 12:15 tengahari
AL-KISAH (2) : OMAR ABDUL AZIZ TEGUR KHALIFAH
OMAR ABDUL AZIZ TEGUR KHALIFAH
Sewaktu Omar bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki dalam satu majlis khalayak ramai.
Tindakan lelaki yang mencemuh Khalifah Sulaiman itu tidak disenangi oleh baginda Khalifah, menyebabkan baginda telah mengadakan satu mesyuarat dengan dihadiri oleh para penasihat-penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.
“apa pandangan kamu sekelian tentang kejadian mencemuh beta yang dilakukan oleh lelaki tadi?” tanya khalifah kepada semua penasihat-penasihat yang hadir.
Sebilangan besar dari mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal, tetapi tidak mendapat respon yang baik oleh Omar bin Abdul Aziz.
Khalifah Sulaiman perasan dengan respon yang tidak baik yang diberikan oleh Omar bin Abdul Aziz itu.
“mengapa kami tidak berbicara wahai Omar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?” tanya khalifah dengan nada yang lembut.
Omar menjawab, “Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah SAW” sambil berdiri dan berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat-penasihat Khalifah.
Mendengar jawapan Omar itu, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kekaguman terhadap Omar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan, “kamu wahai Omar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah”
Kisah yang dinukilkan ini, memperlihatkan kepada kita betapa Omar bin Abdul Aziz tidak pernah merasa takut dalam menyatakan kebenaran. Walaupun ketika itu, semua penasihat-penasihat Khalifah sepakat menyatakan hukuman pancung terhadap lelaki yang mencemuh baginda, tetapi persetujuan majority itu tidak dipersetujui oleh Omar atas dasar kebenaran dan keadilan Islam.
Keadaan ini jarang berjumpa pada manusia di zaman kini, waimma ada walaupun tidak ramai. Menyedihkan, disebabkan mahu mengampu para pihak yang berkuasa, ada sebilangan ulama sanggup menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal dengan alasan “mengampu”.
Justeru, kisah yang dinukilkan ini dapat dijadikan panduan oleh semua manusia, agar ia menjadi satu panduan yang amat berkesan dalam usaha melaksanakan keadilan dan kebenaran di atas muka bumi Allah SWT.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
8 ogos 2009 * 3:34 petang
Ahad, 9 Ogos 2009
AL-KISAH (1) : OMAR ABDUL AZIZ DIBOTAKKAN KEPALA
Bapa Omar bin Abdul Aziz bernama Abdul Aziz bin Marwan. Semasa Omar masih kecil, bapanya menghantarnya belajar ilmu agama dengan salah seorang ulama yang agak terkenal di Madinah bernama Soleh bin Kisan.
Abdul Aziz bin Marwan menulis surat kepada Soleh bin Kisan, meminta agar beliau bersumpah setia akan menjaga anaknya dalam menuntut ilmu agama secara mendalam. Permintaan Abdul Aziz itu diterima oleh Soleh bin Kisan dengan membalas balik surat yang diutuskan itu.
Semasa di Madinah, Soleh bin Kisan menyuruh Omar bin Abdul Aziz menuntut ilmu juga dengan salah seorang ulama yang merupakan kawan kepada Soleh bin kisan yang bernama Ubaidullah bin Abdillah bin ‘Atabah. Walaupun Omar bin Abdul Aziz menuntut ilmu dengan Ubaidullah bin Abdillah, tetapi penjagaan dan pengawasan terhadap Omar dilakukan sendiri oleh Soleh bin kisan.
Semasa Omar bin Abdul Aziz sedang menuntut ilmu, beliau mempunyai rambut yang panjang. Akibatnya, banyak program-program pengajiannya dihadirinya lambat disebabkan sebuk hendak menguruskan rambutnya yang panjang itu.
Pada suatu hari, Omar bin Abdul Aziz telah terlewat untuk menghadiri solat berjemaah. Kelewatan itu menyebabkan Soleh bin Kisan terperasan.
“mengapa kamu lambat wahai Omar?” soal Soleh bin Kisan dengan nada yang agak keras.
“maaf wahai Guru, saya terlewat kerana terlalu asyik untuk menyikat rambutku agar menjadi kemas” jawab Omar dalam keadaan kepalanya tertunduk.
Mendengar jawapan Omar itu, menyebabkan Soleh bin Kisan menjadi berang, seraya berkata, “bukankah sudah berkali-kali saya berpesan, agar rambutmu itu tidak menjadikan kamu melengah-lengahkan solat?”
Omar bin Abdul Aziz tidak berkata apa-apa pun. Beliau senyap seribu bahasa, kerana melihat kepada keberangan Soleh bin Kisan tersebut.
Kesilapan yang dilakukan oleh Omar itu telah dilaporkan kepada bapanya, Abdul Aziz bin marwan. Mengetahui kesalahan anaknya itu, menyebabkan Abdul Aziz bin marwan telah mengarahkan agar rambut anaknya itu dipotong, dan dia dibotakkan.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
10 ogos 2009 * 2:47 petang
ARAK DAN DESAKAN PAS SELANGOR
menarik apabila membaca ulasan dari sebilangan blogger-blogger. Ada dari kalangan mereka menulis, PAS akan diterima rakyat apabila PAS terus perjuangkan agar arak dihadkan penjualannya.
Menurut kajian, memang ramai rakyat tidak menyukai arak di jual dengan secara bebas. Antara yang tidak menyukai itu, boleh dikatakan adalah orang bukan Islam itu sendiri.
Jika merujuk kepada kawan-kawan yang menjadi ahli-ahli majlis Shah Alam (MBSA), mereka mendakwa perdebatan tentang larangan penjualan arak di kedai serbaneka di sekitar Shah Alam dalam mesyuarat ahli-ahli Majlis adalah dimulakan oleh seorang lelaki berbangsa India yang tidak beragama Islam. Apabila ahli majlis yang berbangsa India itu membangkitkan isu tersebut, menyebabkan kebanyakkan ahli-ahli majlis yang beragama Islam dari parti PAS bangkit dan menyatakan hujjah disebalik relevannya cadangan tersebut. Lantaran itulah, MBSA bersetuju untuk menghadkan penjualan arak di kedai serbaneka.
Jika kita tahu disebalik kronologi dari keputusan MBSA yang menghadkan penjualan arak tersebut, pasti kita akan meletakkan satu tanggapan bahawa, orang Non Muslim hakikatnya tidak suka kepada penjualan arak secara terbuka. Dan sudah pasti, cadangan PAS itu amat relevan dengan kehendak mereka sendiri.
CARA MENDESAK
Nyata, cadangan dan desakan PAS agar penjualan arak itu diterima. Pun begitu, cara dan pendekatan (ulang sekali lagi : cara dan pendekatan) untuk menurunkan Ronnie Liu agak kurang menyenangkan hati, terutama dari kalangan rakyat yang berbangsa cina yang tidak beragama Islam.
Secara peribadi, aku lebih bersetuju kalau desakan dan tuntutan itu dilakukan oleh Dr Hasan Ali dalam mesyuarat Exco. Ia tidak merumitkan, kerana Dr Hasan Ali sendiri mereka seorang yang sedang memegang jawatan exco. Jika beliau tidak menjadi exco, mungkin desakan beliau menerusi media amat relevan.
Jika beliau ”malu mata” hendak sound Ronnie Liu, tidak ada salahnya PAS Negeri Selangor minta diadakan pertemuan bersama Tan Sri Khalid untuk menyatakan segala hasrat hati PAS Selangor itu.
Pun begitu, apabila desakan exco agama itu dilakukan menerusi media, sudah pasti ia akan melahirkan polimik politik negeri Selangor. Keadaan ini memang sudah ditunggu lama oleh UMNO yang hendak memecah belahkan hubungan PAS-DAP seperti mereka berjaya lakukan dalam usaha mengalahkan Barisan Alternatif pada pilihanraya ke 11 yang lalu.
Tidak dinafikan, memang Ronnie Liu seorang yang bermasalah dari sudut perkauman. Ekoran itulah, aku antara orang yang terawal menulis dalam blog agar Ronnie Liu dipecat dari jawatan exco. Aku menulis itu, ketika mengulas cadangan Azmin Ali agar EXCO kerajaan Negeri Selangor dirombak.(sila klik)
MUDAHARAT DAKWAH
Jika kita merujuk kepada pendekatan Nabi SaW, kita akan dapati sesuatu keputusan yang hendak dibuat oleh Nabi SAW mempunyai seribu satu strategi.
Lihatlah dalam kisah Sulh Al-Hudaibiyyah. Waimma Nabi SAW dilihat seperti menggadaikan prinsip Islam diperingkat awalnya, tetapi ternyata, tindakan nabi SAW itu melahirkan keputusan yang menguntungkan Islam itu sendiri.
Begitujuga, jika kita merujuk kepada tindakan Nabi SAW yang tidak terus mengubah bangunan kaabah agar berbetulan dengan tapaknya sebenar. Tindakan Nabi SAW yang tidak mengubah itu, menyebabkan Aisyah bertanya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW menjawab, bahawa baginda tidak melakukan sedemikian adalah kerana bimbang berlaku perbalahan antara rakyat mekkah yang ketika itu baru sahaja mereka menerima Islam.
Dari kisah-kisah ini menampakkan kepada kita, bagaimana Nabi SAW melihat sesuatu tindakan itu perlu melahirkan resiko yang menguntungkan Islam, bukannya melahirkan kerugian pada dakwah islamiyyah itu sendiri.
PENUTUP
Padaku, desakan agar menghadkan penjualan arak itu amat relevan, tetapi desakan itu jika dicampurkan dengan cara dan pendekatan yang tidak berhikmah agar Ronnie Liu diletakan jawatan, atau bertukar portfolio, dibimbangi melahirkan pertembungan antara DAP dan PAS.
Ingatlah, semasa Barisan Alternatif dahulu, UMNO telah berjaya pecah belahkan PAS dan DAP dengan melagakan idealogi parti masing-masing. Setelah berpecah, dapat dilihat bagaimana PAS mengadapi masalah yang rumit dalam menyampaikan islam.
Jangan sejarah sedih ini berulang kembali. Sebaliknya, sesuatu desakan yang hendak dibuat, waimma apa jenis desakan pun, hendaklah dengan cara yang lebih berhikmah, malah boleh menghasilkan dokongan rakyat ramai, bukan sekadar dari kalangan ahli-ahli PAS sahaja.
Dibimbangi, PAS jatuh sepertimana jatuhnya Taliban di Afghanistan. Walau Taliban melaksanakan islam, tetapi sedih Taliban tidak berjaya memahamkan rakyat afghanistan tentang Islam itu sendiri. Apabila mereka diserang oleh musuh, mereka tidak berjaya bangkit, disebabkan mereka tidak mendapat dokongan rakyat mereka sendiri. (sila klik)
Harapannya, keadaan yang sama tidak menimpa PAS di Malaysia.
Sekian
p/s : menurut maklumat risikan, kemungkinan tidak sampai 2 tahun lagi (malah kurang lagi), PRU ke-13 akan berlangsung tiba. Bersiap sedialah kita untuk berhadapan dengan PRU dengan segala persiapan. Sebarang tindakan dan desakan, jangan dijadikan sebagai modal untuk digunakan oleh UMNO/BN untuk mengalahkan PAS, PKR dan DAP (PR).
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
10 ogos 2009 * 1:21 petang