Lagu awan nano menang
dalam AJL baru-baru ini. sejak menang lagu itu, ramai yang tidak mengetahui
maksud lagu tersebut. Lebih-lebih lagi, penulis lirik lagu itu sendiri tidak
pernah bersedia hendak menerangkan maksud lagu tersebut.
Jika kita seorang
peminat seni dan sastera, kandungan lagu itu amat menarik untuk difikir dan
dikaji. Ini kerana, ia mengandungi sastera yang menarik, disamping mempunyai unsur
kesufian.
Bagi menerangkan
tentang kandungan lagi tersebut, dikupas seperti berikut;
PERTAMA : TASYA’UR
Sesuatu cerita yang
diceritakan oleh seseorang kepada kita, pasti akan memberi kesan yang besar
pada diri kita, jika kita menjadikan diri pencerita itu ke dalam hati kita. Kita
merasakan diri pencerita itu adalah diri kita sendiri. Dalam istilah komunikasi
disebut sebagai empati, sedangkan dalam istilah sastera arab disebut sebagai
tasya’ur ( تشاعر).
Dalam hadis Qudsi,
banyak perkataan Nabi SAW itu terhasil dari empati nabi SAW terhadap beberapa
perkataan tuhan. Ekoran itu, hadis qudsi itu sifatnya adalah perkataan yang
dituturkan oleh Nabi SAW, tetapi maksudnya adalah dari Allah SWT. Keadaan ini
berbeda dengan al-Quran yang mana, ungkapan dan maknanya adalah dari Allah SWT.
Di zaman dahulu, ada
seorang sufi bernama Hallaj yang mengungkap “ana al-Haq” yang bermaksud “aku
adalah tuhan yang benar”. Ramai menganggap bahawa dia mengaku sebagai tuhan.
Jika kita perhatikan,
takkan begitu bodoh sekali Hallaj bermaksud bahawa dia adalah tuhan, sedangkan
dalam kehidupannya penuh dengan peribadatan yang cukup mendalam. Tetapi, jika
difahami secara tasya’ur, kita akan fahami itu adalah satu perasaan yang cukup
tinggi nilai yang telah diungkapkan oleh Hallaj dalam merasakan kebenaran Allah
SWT.
Begitulah keberadaan
pada lagu awan Nano. Ia mengandungi unsure Tasya’ur ini, iaitu apabila
diungkapkan “Aku”, ia melahirkan perasaan yang cukup memberi kesan pada diri
kita, apabila “Aku” iaitu “Allah” dalam lagu itu memberikan berbagai-bagai
kebaikan-Nya kepada kita tanpa kita mampu “mencapainya” dengan jari sekalipun.
Walaupun tuhan itu
tidak dapat dilihat, tidak dapat dipegang, tidak dapat dicapai dengan jejari,
tetapi kasih sayang-Nya berikan kepada kita amat hebat sehinggakan tanpa kita
sedari, kita sedang merindui-Nya.
KEDUA : TASYBIH
Dalam sastera arab,
ada satu tajuk disebut sebagai tasybih. Ia seperti seseorang itu berkata, “Ahmad
itu seperti harimau dari sudut garangnya”. Dari sudut maksud, ahmad itu bukan
harimau, tetapi sifat-sifat garang itu wujud, makanya disebut Ahmad itu seperti
harimau.
Jika didalami lagi,
dalam perbincangan tasybih ini ada satu tajuk disebut sebagai tasybih baligh,
iaitu apabila alat tasybih iaitu kalimah “seperti” telah dibuang, dan sifat
juga dibuang, iaitu kalimah “garang”. Makanya jadilah ayat, “Ahmad adalah
harimau”. Ia bukan bermaksud ahmad itu adalah harimau, tetapi garang yang ada
pada ahmad itu ‘seiras-iras’ harimau, makanya ahmad pun disinonimkan dengan
harimau.
Dalam lagu awan nano,
kasih sayang tuhan itu diungkapkan dalam bentuk makhluk yang memberi sayang. Ia
memberi ingatan kepada kita bahawa, jika awan sudah dianggap memberikan
sayangnya kepada kita dengan memayungkan kita ketika kita kepanasan, makanya
Allah SWT itu memberikan kasih sayang-Nya kepada kita melebihi dari apa yang
kita anggap yang awan berikan kepada kita.
KETIGA : TAJALLI
Allah SWT berfirman;
Maksudnya;
“Sesungguhnya dalam
penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,” (Surah al-Imran, ayat 190)
Juga dalam hadis yang ulama hadis berselisih
menentukan taraf hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda;
تَفَكَّرُوا فِي كُلِّ شَيْءٍ وَلا تَفَكَّرُوا فِي اللَّهِ
Maksudnya;
“berfikirlah pada semua perkara,
tetapi jangan berfikir tentang Allah”
Dari
ini, dikalangan para ahli tasawwuf, mereka menimbulkan satu perbincangan yang
disebut sebagai “tajalli”. Iaitu, Allah SWT mempamerkan tentang sifat-sifat-Nya
dalam bentuk makhluk yang diciptakannya. Ia bukan zat Allah, tetapi ia adalah
pameran agar manusia dapat mengenangkan sifat-sifat Allah SWT.
Ia
seperti seseorang melihat langit yang luas, maka dia mengenangkan sifat
pengampun Allah yang diberikan tuhan melepasi keluasan langit yang dilihat;
seperti degupan jantung, mengenangkan kepada betapa pemurahnya Allah SWT dalam
memberikan kasih sayang-Nya kepada manusia yang mempunyai jantung yang sentiasa
berdegup tanpa henti selama manusia hidup.
Unsur
ini wujud dalam lagu awan nano. Iaitu, mempamerkan betapa kasih sayang awan
yang memayungi manusia di kala kepanasan sehingga mengores pipi dan bibir, maka
kasih sayang tuhan itu melebihi dari kasih sayang awan tersebut.
lirik awan nano :
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Wallahu
‘Alam.