FIKRAH DAMAI???
Mungkin kita merasakan agak relevan dikala ini berbicara tentang “politik damai”, sedangkan kadang-kala kita lupa untuk berbicara tentang “fikrah damai”.
Ini kerana, menyoroti balik sejarah kita. Kita akan dapati, sebelum 8 mac 2008, suasana politik malaysia berbeda. Semua ahli PAS bersatu hati untuk lawan UMNO, dan semuanya bercita-cita nak benamkan UMNO agar ia tidak wujud lagi atas muka bumi.
Dalam keadaan sebegitupun, dalam sebilangan hati kecil ahli-ahli PAS tertentu, mereka masih lagi meletakkan syak dan ragu kepada ahli sejamaah dan ahli separti. Di sana wujud fikrah yang didakwa “anti JIM”. Dan disini pula wujud fikrah yang didakwa “Pro JIM”.
Secara peribadi, aku menilai isu professional atau ulama yang sering dibincangkan kini, bukanlah kerana professionalan golongan professional dan keulamaan bagi golongan ulama. Ini kerana, ada dari kalangan golongan professional yang tidak professional dalam bertindak, dan ada ulama yang tidak keulamaan dalam berbicara tentang hukum.
Malah, terdapat dari kalangan professional yang berbicara hukum lebih hebat dari ulama dengan rujukan, kajiannya dan banyak lagi. begitujuga, terdapat ulama yang professional dalam bertindak.
Jika kita masih lagi mengatakan, isu ulama dan professional ini menjadi bahan perbincangan yang serius, mengapa keadaan ini tidak pernah berlaku di awal perjuangan PAS??.
Ini kerana, dalam sejarah PAS pun, kerjasama antara ulama dan professional dalam mengemudi bahtera PAS dalam mengadapi gelora lautan politik Malaysia sememangnya wujud. Lihatlah kepimpinan PAS di peringkat awal dahulu, seperti Dr Zulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al-Helmi, Ustaz Ahmad Fuad dan banyak lagi, yang menggabungkan tenaga professional dan ulama.
Dengan itu, aku beranggapan, pertembungan ulama-profesional yan sedang berlaku kini, bukanlah kerana keulamaan atau keprofesionalan, tetapi disebabkan factor “sejarah lama” yang melibatkan “bekasan-bekasan JIM”.
Pertembungan berkenaan dengan fikrah harakah islamiyyah, bermula dari isu IRC yang kemudiannya bertukar kepada Ikhwan Alami dan seterusnya menjadi JIM ini menjadi ingauan mimpi ngeri sebilangan golongan PAS.
Sebelum ini, aku secara peribadi pun agak membenci dengan golongan yang didakwa JIM. ini kerana, aku sering didoktrin, golongan ini adalah “lalang”, yang mengambil kesempatan politik di mana mereka berada.
Jika mereka berada di Kelantan yang kuat PAS, maka mereka boleh menjadi PAS. Jika mereka berada di selangor yang kuat UMNO, mungkin mereka boleh jadi UMNO dan sebagainya.
Memandangkan keadaan itulah, aku diberitahu bahawa “bekasan JIM” dalam PAS adalah ”jarum halus” dalam usaha mensekularkan PAS untuk menjadi UMNO. Keadaan itu, menyebabkan ketika itu aku terlalu membenci JIM.
Pun begitu, aku melihat keadaannya agak berbeda selepas keputusan pilihanraya ke 12 yang lalu. Ini kerana, disana wujud sebilangan manusia yang didakwa ”PAS anti JIM” yang agak lunak dengan UMNO.
Aku tidak pernah terlibat dengan UMNO. Bahkan, sejak kecil amat membenci UMNO. Punca utama aku membenci UMNO, sebab UMNO lawan Islam, UMNO pengkhianat Negara dan rakyat Malaysia, UMNO parti asobiyyah perkauman dan banyak lagi.
Apabila wujudnya “pertemuan di balik tabir” dengan UMNO. Sebagai Ahli PAS, aku menganggap itu adalah kerja gila, juga Usaha menggilakan ahli PAS. dan usaha mahukan ahli PAS berpecah.
Jika dahulu, ketika PAS bergabung dengan Barisan Nasional, Ahli PAS berpecah kepada beberapa firqah. Maka lahirnya HAMIM dan BERJASA. Jika dilihat kini pula, iaitu dikala PAS tidak bergabung dengan UMNO, tetapi sekadar wujudnya usaha kearah tersebut, itupun sudah melahirkan bibit permulaan kepada perpecahan di kalanan ahli PAS.
Menariknya dari sejarah, kita akan dapati bahawa selepas PAS ditendang keluar dari UMNO/BN, ketika itulah semua ahli PAS bersatu kembali. Maka terkuburlah HAMIM dan BERJASA.
Dengan ini menandakan, Ahli PAS mampu bersatu dalam melawan UMNO. bermakna, jika PAS mahu bersama atau bercita-cita mahu bersama dengan UMNO, menunjukkan ahli PAS akan berpecah.
PAS ANTI-JIM VS PAS PRO-JIM??
Dilihat selepas 1998, pernambahan ahli PAS amat ketara. ”Fikrah damai” yang dikemukakan oleh Ustaz Fadhzil Noor berjaya menarik minat berbagai-bagai golongan dan lapisan agar terlibat dengan PAS.
Ketika itu, ramai golongan profesional masuk dan terlibat dalam PAS. Ini kerana, dengan fikrah damai yang dicadangkan oleh Ustaz Fadzil Noor itu, telah berjaya memberikan gambaran bahawa PAS adalah sebuah parti Islam yang universal, tidak parti surau atau parti kepondokan seperti yang dimomokkan sebelum itu.
Golongan JIM yang dahulunya terlibat dengan UMNO juga telah keluar UMNO dan menawarkan diri untuk berkhidmat dalam PAS. Golongan JIM ini, amat sinonim dengan gelaran golongan profesional.
Ketika mereka masuk PAS, banyak perubahan yang tidak boleh dinafikan berlaku dalam PAS. Seperti, perubahan dan imej parti yang dilihat agak lunak, disamping majlis dialog secara ilmiyyah, menyebabkan PAS sudah mula diterima oleh golongan Non Muslim dan para cendikiawan-cendikiawan dalam negara.
Bukan bermakna sebelum ini semua ini tiada, tetapi ia tidak seagrasif seperti yang berlaku selepas kemasukkan mereka kedalam PAS.
Faktor ini dikuatkan lagi dengan individu tok guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang dilihat ”open minded”; tidak menghalang usaha memajukan PAS dengan lebih berkesan. Lebih-lebih lagi, tok guru sering berpesan agar kita selalu menjadi perjuang Islam, bukan menjadi Pejuang PAS.
Pun begitu, dalam keadaan itulah, golongan ”PAS Anti JIM” yang boleh digelarkan sebagai ”team ulama” meletakkan kesangsian terhadap pergerakan mereka dalam parti. Antara alasan yang sering kedengaran, golongan JIM dalam PAS ini hanya mengiktiraf team ”PAS Pro JIM” sahaja, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak berterima kasih dengan petugas-petugas dari kalangan ”PAS anti JIM”.
Dan didakwa lagi, golongan JIM ini mempunyai ”lajnah tarbiyyah” mereka sendiri, yang sebarang program yang dianjurkan mereka tidak melibatkan dengan lajnah tarbiyyah PAS. Didakwa, mereka mempunyai usrah sendiri, tanpa berada dibawah kawalan Lajnah tarbiyyah PAS Pusat. Itulah antara dakwaan yang sering kedengaran dari lidah-lidah ”team ulama” yang membenci JIM.
DAMAIKANLAH !!
Ada orang bertanya, mengapa kita perlu meletakkan sangsi dengan ahli PAS yang dahulunya mereka dari JIM. Jawapan yang diberi, bimbang wujudnya jemaah dalam jemaah.
Ditanya balik, jika mereka tidak masuk PAS, apakah PAS redha dengan keadaan itu? soalan itu, tidak bisa diberikan jawapan.
Secara peribadi, aku merasakan ungkapan-ungkapan seperti ”dia tu JIM”, ”dia tu team ulama”, ”dia tu team profesional” dan banyak lagi ungkapan sudah tidak relevan lagi diguna pakai. Lebih-lebih lagi dalam usaha PAS mahu kehadapan berbanding PKR dan DAP. ini kerana, istilah-istilah sebegini sedikit sebanyak melahirkan bibit permulaan berlakunya perpecahan dalaman PAS, seterusnya melemahkan PAS.
Sebab itulah, apabila wujudnya dua tindakan yang berbeda dalam parti, sudah pasti akan terdengarlah kelahiran istilah ”team ulama” dan ”team profesional”. Sedangkan, isu sebenarnya bukan ulama atau profesional, tetapi adalah ”PAS anti JIM” dan ”PAS pro JIM”.
Padaku, pro atau anti kepada JIM bukan isu yang penting dibicarakan dikala kita sedang berada dalam usaha hendak memajukan parti agar mendahului parti-parti dalam pakatan rakyat kini. Jika perbincangan ini tidak kehabisan dibicarakan, sampai bila-bila pun usaha mendaulatkan Islam dalam negara kita ini tidak akan berjaya.
Kadang-kala aku berfikir sendirian. Orang cina boleh bersatu atas nama bangsa mereka. Sebab itu, kita akan dapati mereka mampu mengatasi bangsa melayu yang merupakan bangsa asal di malaysia dari banyak segi, terutama dari segi ekonomi. Tetapi sedihnya, seluruh gerakan Islam di Malaysia tidak boleh bersatu atas nama “perjuangan mendaulatkan Islam”, dikala berhadapan dengan musuh-musuh islam yang sedang asyik menjarah agama, harta, undang-undang dan kedaulatan negara.
Jika kita sering berbicara tentang “adab Al-Iktilaf” antara mazhab-mazhab islam, sehinggakan kita boleh menerima seruan Dr Yusuf Al-Qaradhawi untuk diadakan “majlis Taqrib Al-Mazahib” antara syiah dan Sunni, mengapa tidak perbicaraan yang sama juga dilakukan antara gerakan-gerakan islam dalam mencari natijah kemenangan islam?
SATUKAN TUJUAN
Secara peribadi, aku berpendapat PAS perlu persatukan tujuan. Tidak perlu lagi berbicara, apakah kita mahu bersama pakatan rakyat atau tidak, tetapi kita perlu mengambil keputusan yang jitu, bahawa akan bersama Pakatan Rakyat dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN.
Kita perlu lihat kepada kehendak rakyat kini yang sedang terlalu membenci UMNO/BN, yang semuanya adalah hasil usaha dakwah kita selama berpuluh-puluh tahun.
Bersama dalam kerajaan Pakatan Rakyat merupakan keputusan dalam muktamar yang lepas, perlu diperkukuhkan dengan sekukuh-kukuhnya. Tidak perlu ada lagi sebarang keputusan yang bercanggah dengan muktamar, juga tindakan yang diluar dari maksud keputusan muktamar yang perlu diberikan wala’. Ini kerana, ia merupakan bibit penting berlakunya kekacauan dikalangan ahli-ahli PAS.
Dalam masa yang sama, kita perlu bertindak dengan seagrasif yang mungkin dalam menyampaikan dakwah islamiyyah, agar di pilihanraya akan datang, kita akan menjadi parti yang dominan dalam kerajaan.
Tindakan menyalah parti PKR dan DAP dikala PAS tidak dominan dalam kerajaan Pakatan Rakyat merupakan tindakan yang kurang bijak. Ia diumpamakan seperti pasukan bola yang kalah menyalahkan pasukan bola yang menang, sedangkan tindakan yang sepatutnya adalah, pasukan bola yang kalah perlu muhasabah diri untuk memajukan pasukannya itu.
Antara profesional dan ulama, atau antara “PAS Pro JIM” atau “PAS anti JIM” tidak perlu lagi dijadikan bahan perbicaraan yang penting. Hentikan perbincaraan seperti ini dalam usrah-usrah atau tamrin-tamrin. Ini kerana, ia merugikan, malah melambatkan kemenangan islam di negara kita ini.
Luka yang lama, bisa menjadi baik jika sering dibubuh ubat. Tetapi, jika luka yang lama sering ditenyeh-tenyeh, masakan baik, malah luka tersebut pasti akan kekal terluka. Jika tidak ada luka pun, sekurang-kurangnya kesan luka pasti akan wujud.
Pihak ”PAS anti JIM” atau ”team Ulama” tidak selayaknya mempertahankan sentimen mereka dengan mendakwa mereka yang terbaik. Begitujuga, pihak ”PAS pro JIM” atau ”team Profesional” tidak selayaknya bertindak yang sama. Ini kerana, tindakan seperti ini merupakan kelemahan dalam usaha memartabatkan Islam di Malaysia dengan menggunakan wadah PAS.
Sekian
p/s : "Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut dalam kitab Fiqh Ad-Daulah, bahawa berbilang-bilang ahzab (parti atau jemaah) adalah sama seperti berbilang-bilang mazhab. Ia dibenarkan sekiranya mempunyai masing-masing mempunyai matlamat yang sama"
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh

22 mei 2009 * 6:47 petang