Sabtu, 18 April 2009

KAT ORANG BOLEH, KAT KITA TAK BOLEH : SIRI 1


KAT ORANG BOLEH, KAT KITA TAK BOLEH : SIRI 1

Dekat dengan pilihanraya ke 12; isu gabung antara PAS, PKR dan DAP untuk melawan UMNO/BN, menyebabkan banyak aku menerima SMS dan E mail, bahkan ada salah seorang pimpinan PAS diperingkat pusat yang bergelar ustaz pun ada menelefonku secara peribadi. Aku diminta menjawab hujjah-hujjah syarak berdasarkan keizinannya dari sudut Islam, lalu diminta dikupas dalam ruangan blog. Justeru, Aku pun menghabiskan masaku menelaah beberapa buah buku dapat menjawab persoalan itu.

Aku memberikan jawapan, dari sudut siyasah Syariyyah, gabungan PAS, PKR dan DAP dalam menjatuhkan UMNO adalah Syarii, sebab UMNO adalah parti yang lama memerintah; Islam terhakis ini pun banyak berpunca dari UMNO. Begitujuga, ruang media dakwah yang telah ditutup oleh UMNO, menyebabkan PAS perlu bersama-sama dengan Pakatan Rakyat demi mendapatkan ruang dakwah yang lebih luas dalam menyampaikan Islam.

Dalam jangka pilihanraya, sahabat-sahabat kita dari salafi sering menyerang, menyatakan tindakan PAS mengkritik pemimpin negara adalah haram, tidak mengikut lunas-lunas syariah. Aku juga ada menjawab hujjah-hujjah mereka itu, menerusi blog sebelum ini. Pada asalnya aku tidak mahu menjawab, tetapi diminta oleh sebilangan kawan, maka aku pun menjawab sama.

Pilihanraya umum pun berlalu. Selepas pilihanraya, Pakatan Rakyat pun di ideakan. Aku menulis tentang pakatan Rakyat dari sudut Syariah sehinggakan aku berjaya menghasilkan sebuah buku nipis yang membicarakan tentang Pakatan rakyat yang bertajuk ”Kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah”.

Dari tulisan itu, aku menyokong kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat kerana ruang dakwah yang wujud dalam kerajaan Pakatan Rakyat lebih besar berbanding dalam kerajaan Barisan Nasional.

Tidak lama kemudian, PAS pusat mengadakan seminar Siyasah Syariiyyah. Aku diminta hadir sebagai urusetia. Aku menaip segala ucapan-ucapan pembentang kertas kerja dan ucapan-ucapan pengulas yang diwakili dari kerajaan pakatan rakyat yang menang.

Pembentangan yang dilakukan oleh Tuan Guru-Tuan Guru dari PAS yang hebat-hebat, seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Haji Harun Taib, Ustaz Azizan Razak, Ustaz Harun Din. Ulasan pengulas-pengulas yang mewakili negeri Pakatan Rakyat, seperti exco Agama Negeri perak dan exco setinggan negeri selangor melahirkan satu gambaran bahawa kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah baik bagi menghadapi Barisan nasional yang merosakan Islam.

Hasil resolusi dari seminar tersebut, menunjukkan Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan dalam usaha menyampaikan mesej dakwah secara berstrategi. Dari hasil resolusi itulah, aku menganggap, apa yang aku faham dari kerajaan Pakatan rakyat adalah sama seperti yang difikirkan oleh pimpinan-pimpinan PAS juga.

Seminar telah dilakukan, resolusi pun telah dikeluarkan. Tapi bagaimana perlaksanaannya pula???

Sekian

p/s : bagaimana kita mahu kagum dengan idea orang dari team kita, kalau ianya tidak bernas. Apakah bijak jika kita menolak idea orang bukan team kita, jika idea itu bernas??? Seorang isteri mempunyai suami yang suka makan mee goreng mamak. Sedihnya, isteri itu tidak mampu masak mee goreng mamak seperti yang suaminya suka. Lalu, apabila suaminya selalu pergi kedai mamak untuk makan mee goreng mamak, menyebabkan isteri itu marah dengan tindakan suaminya.. apakah itu adalah tidakan bijak????

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 april 2009 * 8:48 pagi

Jumaat, 17 April 2009

Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BN : SOKONG


apa agaknya yang korang fikir bila tengok gambar ini??



PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

"Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini. "Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.

Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Dalam mesyuarat yang sama, PAS juga mengambil keputusan untuk tetap dengan keputusan muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Ahmad pula berkata agenda kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Sebaliknya, tambahnya yang juga pesuruhjaya PAS Perak, tidak ada perbincangan khusus berhubung agenda tersebut dalam mesyuarat itu. Katanya, cadangan presiden kini "hanya tinggal sebagai lontaran idea dan menjadi lipatan sejarah".

Manakala seorang lagi ahli jawatankuasanya Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu kerajaan perpaduan tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat tersebut.

"Tidak buat keputusan rasmi ... ia tidak timbul (lagi) selepas kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada Najib," katanya.

KOMEN:

SOKONG 100 %..

ASSOBIYYAH !!!


ASSOBIYYAH !!!

Daripada Jubair bin Mut’im berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Budak dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah. Bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah”

HURAIAN

Pertama :

Jubair adalah sepupu Nabi Muhammad SAW. nama penuh beliau adalah, Jubair bin Mut’im bin ‘Adi bin Naufal bin Abdul Manaf bin Qusai.

Bapa beliau iaitu Mut’im adalah seorang “ketua Mafia” Makkah yang telah memberikan bantuan kepada Nabi SAW; menjaga keamanan Nabi SAW untuk baginda masuk ke Makkah ketika Nabi SAW dihambat balik dari Taif.

Sebelum berlaku peperangan badar, bapanya telah meninggal dunia. Justeru, ketika berlaku peperangan badar, ada sebilangan quraish kena tangkap. Ketika itu, Nabi SAW ada berkata;

“sekiranya Mut’im bin ‘Adi ini hidup, sudah pasti aku akan membebaskannya”

Nabi SAW berkata sedemikian adalah kerana, jasa yang telah diberikan oleh Mut’im bin ‘Adi ketika baginda mahu masuk makkah dahulu.

Jubair bin Mut’im meninggal dunia pada tahun 59 hijriyyah.

Kedua :

Assobiyyah berasal dari kalimah ‘Asobah’. Maknanya adalah kaum kerabat terhampir.

Tassub juga adalah ‘musytaq’ dari kalimah Assobiyyah. Justeru, makna Assobiyyah dalam bahasa arab adalah;

التعصب والتحمس للأهل والمدافعة عنهم ظالمين كانوا أو مظلومين

Maksudnya;
“Taassub dan membangkitkan semangat (kasih) kepada ahli keluarga, juga mempertahankan mereka sama ada mereka itu zalim atau mereka itu dizalimi”

Dalam maksud hadis, Assobiyyah ditafsirkan sebagai;

مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“Mereka yang menyeru manusia agar berhimpun atas Assobiyyah; iaitu sama-sama membantu orang yang melakukan kezaliman”

Ketiga:

Nabi SAW menyatakan;

ليس منا

Maksudnya;
“bukan dari kalangan kami”

Makna bagi “bukan dari kalangan kami” adalah, mereka ternafi dari kalangan pengikut Nabi SAW sekiranya mereka melakukan tindakan mendokong Assobiyyah; dalam melakukan kezaliman.

Kezaliman itu adalah, kita bertindak mendakwa kumpulan kita, organisasi kita, puak kita tetap betul, walaupun ketika itu, puak, kumpulan atau organisasi kita sedang melakukan kezaliman.

Kezaliman yang paling besar adalah mensyirikkan Allah SWT. Mereka menjadikan selain Islam sebagai dasar kehidupan mereka. Mereka menafikan Islam sebagai aturan kehidupan mereka.

Menafikan islam dari terlaksana, bermakna redha berlakunya mudharat kepada manusia. maka sebab itulah, disebut sebagai zalim.

Membantu golongan yang menolak islam, maka kita adalah Assobiyyah. Membenarkan kezaliman berlaku, tanpa ditentang, maka tindakan itu adalah tindakan Assobiyyah.

Ini dikuatkan dengan hadis yang lain, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW dengan katanya;

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ

Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, adakah dari kalangan Assobiyyah bagi seorang lelaki yang menyayangi kaumnya?? Bersabda Nabi SAW : tidak, tetapi dari kalangan Assobiyyah bagi lelaki yang membantu kaumnya atas kezaliman”

Sekian

p/s : mudah faham Assobiyyah seperti kata; ”kalau demo Gu Kawe, gapo pun demo buat hatta karut pun, maka itu betul belaka. Ataupun, Kalau demo dari Team kawe, gapo pun demo buat, walaupun tak betu, maka tu tak jadi salah. Tapi, kalau orang buat kat team demo, maka itu salah belaka walaupun orang tu betul sekalipun”.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 april 2009 * 2:35 pagi


SYIRIK !!

Apa hukum mentalqin UMNO yang dah mati????

SYIRIK !!

Firman Allah;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”

(Surah At-Taubah : 31)

Suatu hari, Nabi SAW dikunjungi seorang lelaki yang beragama Nasrani bernama ‘Adi bin Hatim (kemudiannya masuk islam). dia datang dengan memegang salib di tangannya. Ketika dalam pertemuan, Rasulullah SAW membacakan ayat ini dihadapan ‘Adi, menyebabkan ‘Adi bertanya;

إنهم لم يعبدوهم

Maksudnya;
“Sesungguhnya mereka (yahudi dan nasrani) tidak menyembah mereka (paderi dan rahib-rahib mereka).

Mendengar itu, Nabi SAW terus berkata;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;
“Benar !! tapi, mereka mengharamkan perkara yang halal. Dan menghalalkan perkara yang haram. Mereka ikut, maka itu adalah sembahan mereka terhadap paderi dan rahib mereka” (Sunan At-Tirmizi : 3095)

Dari hadis ini, Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyebut bahawa di sana wujud satu istilah syirik, iaitu syirk Al-Qanun (baca : syirik undang-undang).

Bagaimana UMNO???? fikir-fikirkan !!!!

Sekian

p/s : “selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam, selagi itu UMNO adalah jijik dan kotor !!!!”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 april 2009 * 6:33 petang

HADIAH UNTUK UMNO !!!!

>

>

Khamis, 16 April 2009

LAWAN ISLAM??

ini satu surat yang dikeluarkan oleh UMNO, membuktikan UMNO lawan islam (klik gambar untuk besarkan)

LAWAN ISLAM??

Islam adalah agama fitrah. Menafikan Islam, bermakna menafikan fitrah.

Dalam usaha mendaulatkan islam, pasti ada manusia yang menafikan kebenaran Islam. tidak kira apa bangsa mereka itu. ada bangsa arab yang melawan Islam, ada bangsa India, bahkan ada bangsa melayu yang melawan islam.

Orang yang melawan islam ini, ada beberapa sebab. Sama ada kerana jahil terhadap islam, ada kerana kepentingan diri, dan juga kerana kedegilan mereka terhadap kebenaran Islam.

Golongan melawan Islam kerana jahil terhadap islam, mereka ini tidak seharusnya di serang, tetapi hendaklah didakwah. Adapun mereka yang melawan Islam kerana kepentingan dirinya, mereka hendaklah diberikan nasihat. Makanya orang yang melawan Islam kerana kedegilannya terhadap islam, hendaklah di serang habis-habisan.

Orang yang melawan islam dalam bentuk ketiga ini adalah, orang yang boleh disebut sebagai ingkar dengan kebenaran islam. dalam bahasa arab, ingkar itu disebut sebagai “kafir”.

UMNO adalah golongan ketiga. Mereka ini bukan tidak mengetahui kebenaran Islam, bahkan mengetahuinya. Buktinya, mereka mempunyai ulama. Tapi sayang, ulama-ulama mereka adalah ulama cari makan, ulama terompah kayu. Lain yang disebut oleh Al-Quran dan As-Sunnah, lain pula yang mereka sampaikan.

Atas asas bangsa, mereka menjadikan Islam sebagai candu. Islam disebut, semata-mata melawan kemaraan PAS yang meletakkan islam sebagai asas perjuangan. Mereka gerun dengan perkembangan Islam yang berjaya menusuk dalam hati-hati rakyat, menyebabkan mereka melawan Islam dengan bersungguh-sungguh.

Jika dahulu, mereka sanggup mencadangkan agar kalimah Islam dihapuskan dalam mana-mana persatuan dan parti. Mengapa begitu teruk sekali?? Mana mungkin orang yang sayangkan islam sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

UMNO di zaman Tun Dr Mahathir, lebih jelas keingkaran mereka terhadap Islam. di zaman itulah, kedengaran penghinaan terhadap hudud, penghinaan terhadap Nabi muhammad, penghinaan terhadap Islam itu sendiri.

Pun begitu, agak reda serangan terhadap Islam di zaman Pak Lah. Mungkin disebabkan Pak Lah adalah ”cucu Tok Guru”. Pun begitu, kekacauan terhadap agama masih berlaku, iaitu dengan lahirnya satu gagasan Islam versi baru bernama Islam Hadhari.

Tidak diketahui lagi, Islam versi apa yang mahu dibawa oleh Najib sebagai PM yang baru. Kalau dahulu, Mat Sabu selalu bergurau. Islam versi Najib adalah Islam awang liku. Pun begitu, tidak diketahui apa sebenarnya visi najib dalam politik setelah menjadi PM.

Pun begitu, satu hakikat yang kita terpaksa terima. UMNOlah punca kerosakan agama Islam yang berlaku di Malaysia. Ramainya orang murtad, kerana UMNO. ramainya anak muda berpelesaran kerana UMNO. ramainya orang jauh meninggalkan islam kerana UMNO. dan banyak lagi kebobrokan umat berpunca dari UMNO.

Segala punca-punca ini di bedah siasat. Semuanya bersebab, UMNO tidak meletakkan asas agama dalam perjuangan, tetapi meletakkan agama sebagai alat teknikal dalam mempertahankan bangsa.

Ekoran itulah, mereka sanggup menggadaikan agama. Islam didustai. Takabbur dengan kebenaran Islam itu sendiri. Tindakan mereka samalah seperti yahudi yang bertindak melawan nabi Musa A.s.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya mereka yang mendustai ayat-ayat kami, dan takkabbur terhadapnya, pasti tidak dibuka bagi mereka pintu-pintu langit”

(Surah Al-’Araf : 40)

Jika dibuka dalam kitab At-Tafsri Al-Kabir, di sana kita akan dapati Ulama tafsir berkhilaf dalam menentukan maksud pintu langit tidak dibuka untuk orang yang mendustai dan takabbur terhadap ayat Allah ini.

Ada yang kata, maksudnya adalah doa mereka tidak makbul. Bahkan ada menyebut, apabila mereka mati nanti, ruh mereka tidak dibenarkan menembusi langit. Bermakna, ruh mereka tidak berjumpa dengan Allah.

Justeru, kemana ruh itu mahu pergi??? Tidak lain dan tidak bukan, jadilah ia hantu kubur.

Sekian

p/s : UMNO parti kafir, sebab islam bukan dasar perjuangan. Ini kerana, selain Islam, maka itu adalah kafir. Bagaimana pula ORANG UMNO??? Apakah mereka kafir??? Mungkin perlu dibezakan terlebih dahulu antara “UMNO” dengan “orang UMNO”.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 april 2009 * 7:39 pagi




Rabu, 15 April 2009

KENAPA AKU BENCI UMNO???

Aku asalnya dari keluarga yang berfahaman UMNO. Sewaktu umurku 12 tahun, aku belajar di Institut Pendidikan Al-Balagul Mubin, Pasir Mas Kelantan. Pada masa itu, bapaku sering berpesan, belajar agama, tapi jangan jadi macam Nik Aziz. Aku pelik dengan pesanan itu. apa yang dimaksudkan oleh bapaku itu.

Di asrama, kawan-kawan dari pelajar kelantan selalu nyanyi lagu;

”alhamdulillah syukur nikmat, UMNO mampus rakyat selamat”

Aku pelik dengan nyanyian lagu itu. selalunya, di TV kedengaran lagunya seperti berikut;

”Alhamdulillah syukur nikmat, malaysia maju rakyat selamat”

Aku tanya kawan-kawan yang nyanyi lagu itu. kenapa sebut macam tu?? Mereka jawab, UMNO jahat. Sebab UMNOlah kita di kelantan di tekan dan ditindas. Tok Guru Nik Abdul Aziz yang baik pun dikatakan jahat.

Aku bingung. Bapaku kata, kalau ngaji agama jangan jadi macam Nik Aziz. Kawan-kawan kata, nik aziz ini orang baik. Mana satu ni????

Pelik.. memang pelik...

Selepas itu, aku belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan atas nasihat Tuan Guru Haji Abdur Rahman Awang, seorang Tuan Guru dari Fatani, Thailand.

Guruku di Pondok Lubuk Tapah adalah, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdur Rahman, yang meninggaldunia seminggu selepas pilihanraya umum baru-baru ini.

Dari beliaulah, aku berjaya menguasai ilmu nahu. Ilmu asas fiqh. Ilmu sorof. Dan banyak lagi.

Tuan Guru Haji Abdullah adalah kawan rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Nikmat. Justeru, beliau selalu adakan pertemuan di Pondok, iaitu di sesi ziarah dan lawatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Tuan Guru Haji Abdullah sangat memuji Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Rapatnya antara Tok Guru nik abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Abdullah sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat dijemput oleh Tuan Guru Haji Abdullah untuk hadiri majlis kenduri kawin anak perempuan beliau.

Aku masih ingat, ketika itu aku ditugaskan sebagai ”juru kako” untuk menyiapkan hidangan makanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Aku belum pernah melihat Tuan Guru Nik abdul Aziz secara live, maka inilah peluang aku mahu melihat Tuan Guru nik Abdul Aziz dengan live, disamping ingin melihat seorang tokoh yang sangat-sangat mencontohi Rasulullah SAW itu.

Semasa makan, aku melihat di keliling Tok Guru Nik Abdul Aziz ada beberapa tokoh yang agak terkenal, seperti Abdur Razak Abbas, Dr Muhammad bin Daud dan Fatah harun (kalau tak silap, masa tu ADUN Rantau Panjang). Itu dua tokoh sahaja yang aku kenal ketika itu. adapun yang lain, aku tidak kenal langsung.

Aku melihat. Tok guru nik abdul aziz semasa makan, tidak bercakap panjang. Hanya memfokuskan kepada makan sahaja. Tapi yang sedang rancak berbual adalah Abdur Razak Abbas. Kedengaranlah bait-bait ayat:

”Hambo tok guru... bla.. bla.. bla... hambo tok guru.. bla...bla..bla”

Sejak dari itu, aku mula mengambil tahu tentang dunia politik. Lebih-lebih lagi, budak-budak pondok adalah golongan yang ekstrem membenci UMNO.

Aku di pondok ditanam doktrin UMNO adalah kafir. Aku berpegang dengan doktrin ini sehingga kini. Kami budak-budak pondok, apabila mengetahui sesuatu kedai makan itu adalah kepunyaan orang UMNO, pasti kami akan boikot, walaupun masakannya sedap macam mana pun. Pada kami, orang UMNO adalah orang yang mengkhianati islam. Makan kedai mereka, bermakna redha Islam dikhianati.

Malam-malam ceramah, walaupun jauh mencecah Kuala Krai, kami anak-anak pondok sanggup pergi mendengar ceramah, walaupun naik motosikal tanpa memakai topi, tetapi memakai serban. Apabila pulang dari ceramah, sudah pasti dalam pukul 3 pagi baru sampai di pondok. Tapi apakan daya, itu adalah minat kami ketika itu.

Aku masih ingat, penceramah yang aku minat ketika itu adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Bunyamin Yaaqub, Ustaz Nasaruddin Daud, Mat Sabu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Abdur Razak Abbas dan sebagainya.

Aku masing ingat lagi pantun yang selalu diungkap oleh ustaz Bunyamin Yaaqub;

”Anuar Musa, Brehem Ali;;
Gi ceramah pulau melaka;
Sekor buta, sekor tuli;
Tak nampak orang buat jasa”

Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;

”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;

”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram”

Dan aku masih ingat lagi, dikebanyakkan majlis-majlis ceramah, pengerusi yang disukai ramai adalah ayahda Pok Su Pi. Kalau orang lain jadi pengerusi, ceramah hari tu tidak semeriah mana.

Semakin hari, kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, apabila media selalu sangat ratibkan kejadian memali di TV dan dikepilkan dengan ”amanat Tok guru Haji Abdul hadi” dengan menyatakan;

”kalau kita mati lawan UMNO, maka kita mati syahid”.

Padaku, UMNO memang jahat. Sehingga kini, aku tanam doktrin kepada dua orang anak aku, UMNO adalah parti kafir. Masuk UMNO, seperti masuk kafir.

Sejak belajar di Pondok itulah, aku selalu ”berperang dingin” dengan bapaku tentang PAS dan UMNO. ketika itu, bapaku amat kuat dengan UMNOnya. Beliau selalu menyebut, kalau PAS memerintah, nanti Malaysia tak maju. Beliau pegang dengan kata-kata Mahathir yang selalu ratib ayat sial itu.

Aku selalu bangkang. Dan dibangkang balik oleh bapaku. Tidak semena-mena, bapanya berubah, malah ibuku turut sama berubah. Bertukar parti, dari UMNO kepada PAS.

Kini, semua adik beradikku adalah ahli PAS. Cumanya, aku belum berjaya mengPASkan sebilangan besar bapa saudaraku. Pun begitu, walaupun dulu mereka kuat maki PAS, tetapi kini agak kendur, bahkan mengakui PAS adalah parti betul, cumanya mereka berat untuk tinggalkan UMNO kerana ”fulus”.

Kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi, apabila aku lihat susahnya para ustaz di Selangor nak berceramah agama di masjid dan surau. Ketika itu, aku amat berminat dengan ceramah agama. Antara ustaz-ustaz yang aku minat adalah, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz salahuddin Nasir, Ustaz Dahlan Masjid Airport, ustaz Ismail Mahmod, ustaz Ismail Kamus, ustaz Siddiq Nor dan banyak lagi.

Masjid tempat aku selalu lepak dengar ceramah adalah masjid Bandar Baru Sungai Buloh yang kini, aku sendiri mempunyai jadual kuliah mingguan di situ.

Bertambah membenci aku kepada UMNO, apabila dengan kejadian pemecatan Dato’ ishaq Baharum dari mufti disebabkan kes ratu cantik. Memang dasar UMNO ini parti kafir, sampai Dato’ Mufti ishak baharum laksanakan amar makruf nahi mungkar pun, mereka pecat.

Tambah-tambah lagi, di kampung aku sendiri. Aku dihalang oleh orang UMNO dari menjadi Imam dan Khatib di surau berhampiran dengan rumahku sendiri.

Sejak dahulu sehingga sekarang, aku tetap meletakkan satu keyakinan bahawa solat dibelakang Imam UMNO adalah tak sah. Pernah aku pergi solat jumaat, dalam khutbah, imam itu puji Islam hadhari ciptaan UMNO. Sejak dari itu, aku akan tengok jadual khatib masjid tersebut, apakah imam itu atau tidak. Jika imam itu, aku akan cari masjid lain. Aku tak akan solat di belakang Imam UMNO. padaku, solat belakang Imam UMNO, bermakna solat di belakang najis.

Padaku, UMNO memang jahat.. UMNO jijik dan kotor... sebab itu, UMNO adalah jijik dan kotor....hari ini kedengaran nak gabung dengan UMNO.. padaku, itu memang kerja gila.... orang yang seru gabung dengan UMNO, atau yang tulis kertas kerja nak gabung dengan UMNO. aku tak akan respek orang itu, walaupun dia belajar agama sampai PHD sekalipun....

Sekian

p/s : UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 april 2009 * 2:02 pagi





HARAKI YANG AKU FAHAMI!!!

Dua tokoh ulama haraki dalam PAS yang sukar dicari ganti
HARAKI YANG AKU FAHAMI!!!

Haraki yang berasal dari kalimah “harakah” bermakna “bergerak”. Ulama haraki bermaksud ”ulama yang bergerak”. Maksud Ulama yang bergerak, bukannya ulama yang menempa diri dalam sesuatu gerakan islam, tetapi ulama yang mempunyai minda yang bergerak. Lawan bagi ulama haraki adalah ulama jumud, ulama yang kelu dari sebarang idea baru dan pembaharuan (baca : tajdid)

Ulama adalah orang yang memahami ilmu agama mengikut kefahaman yang sebenar dan mendalam, disamping mempunyai ketaqwaan kepada Allah yang tinggi.

Firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
”hanya sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya adalah Ulama”

(Surah Fatir : 28)

Ulama yang mempunyai kefahaman Islam yang benar dan mendalam, disebut dalam istilah lain sebagai ulama mujtahid. Ini kerana, di sana wujud ulama yang tidak mujtahid.

Ulama yang tidak mujtahid adalah ulama yang mempunyai ilmu yang tidak mendalam. Ilmunya sekadar ”ilmu hal”. Ulama sebegini adalah ulama yang tidak faqih.

Ulama haraki adalah ulama yang mampu berijtihad. Berijtihad yang dimaksudkan, tidak semestinya alim seperti imam-imam mazhab. Ulama-ulama mazhab, mereka kemahiran dalam memahami Nas dari sumber yang asal. Adapun ulama haraki yang disebut ulama yang mampu berijtihad adalah dalam berijtihad untuk mentatbiqkan sesuatu fatwa ulama mazhab dengan sesuatu keadaan.

Dalam istilah Usulfiqh, ijtihad bentuk ini disebut sebagai ”ijtihad tanzili” atau dalam istilah lain ”ijtihad tatbiqi”. Mereka mahir dalam mentatbiqkan sesuatu fatwa itu dengan sesuatu keadaan. Hal ini berlaku, dalam perkara yang tidak ada nas, ataupun perkara yang ada nas, tetapi nas itu bersifat Zanni, bukan qatii.

Ini dimisalkan seperti fatwa Imam As-Syafii yang menyebut semua orang yang meneroka tanah, maka itu boleh menjadi miliknya tanpa mendapat keizinan dari pihak kerajaan.

Adapun fatwa Imam Hanafi pula, semua tanah yang diteroka tidak boleh dimiliki melainkan mendapat keizinan dari pihak kerajaan.

Kedua-dua fatwa ini sebenarnya berasaskan kepada satu hadis Nabi SAW yang menyebut;

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menghidupkan tanah yang mati, maka itu adalah miliknya


Walaupun dua ulama mazhb ini mengistinbatkan hukum dari satu hadis sahaja, tetapi mereka mendapat keputusan yang berbeza. Imam Syafii tidak mensyaratkan keizinan kerajaan. Adapun Imam Hanafi mensyaratkan keizinan kerajaan. persoalannya, kenapa berlaku perbezaan itu??

Jawapannya adalah, Imam Hanafi tinggal di baghdad yang merupakan bandar maju. Meneroka tanah terus menjadi milik tanpa mendapat keizinan kerajaan, dibimbangi terteroka tanah kepunyaan orang lain. Adapun Imam As-Syafii menfatwakan tidak perlu mendapat keizinan kerajaan, kerana Imam As-Syafii tinggal di Mesir. Sebuah negara yang banyak mempunyai padang pasir. Sesiapa yang teroka, terpulanglah kepadanya di mana yang mahu diterokai itu.

Jelasnya, kedua-dua imam mazhab ini, walaupun mereka mempunyai kepakaran dalam mengistinbat hukum, tetapi dalam masa yang sama, mereka mempunyai ”haraki” dalam mentatbiqkan hukum kepada sesuatu tempat dan keadaan.

BAGAIMANA???

Dalam berharaki. Perlunya kepada beberapa perkara yang penting dan perlu diingatkan. Antaranya adalah seperti berikut;

Tok Guru Nik Abdul Aziz, tokoh haraki dari kalangan ulama. Qadhi Husain, Tokoh haraki dari kalangan profesional

PERTAMA : FIKIR RESIKO

Sebarang tindakan yang mahu dilakukan, hendaklah diperhatikan kepada resiko yang akan berlaku. Dalam fiqh, ianya disebut sebagai ”maalat at-tatbiq”.

Pernah Aisyah bertanya kepada Nabi SAW tentang kedudukan kaabah yang tidak betul dengan tempat yang sebenar, ekoran pembinaan semula selepas keruntuhan kaabah akibat banjir. Aisyah menyatakan, mengapa Baginda Nabi SAW tidak dibetulkan kaabah itu pada tempat yang sebenar setelah Islam telah berjaya menguasai Makkah.

Baginda SAW menjawab;

لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Maksudnya;
”kalaulah tidak kerana umat kamu baru meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku lakukannya


Juga tindakan nabi SAW melarang para sahabat yang mahu mencegah seorang badwi yang sedang kencing dalam masjid. Tindakan Nabi SAW melarang itu adalah kerana, dibimbangi air kencing akan bertebaran dalam masjid, menyebabkan air kencing itu yang sepatutnya berada di satu tempat, tetapi menjadi banyak tempat yang sudah pasti menjadi masalah untuk mensucikannya.

Dalam memahami resiko tersebut, hendaklah didalami beberapa perkara. Seperti Fiqh Muwazanat, fiqh Awlawiyyat, Fiqh Waqi, Fiqh At-tadarruj, Fiqh Manat Al-Ahkam, Fiqh Maqasid dan sebagainya, yang tidak cukup di ulas dalam ruangan ringkas ini.

KEDUA : BERFIKIRAN MAJU

Haraki mesti berfikiran maju. Ia tidak akan terkongkong dengan sesuatu ijtihad, bahkan dalam beberapa keadaan dan masa, sesuatu ijtihad itu akan berubah.

Perubahan ijtihad tersebut, hendaklah dilihat dari sudut keuntungan islam itu sendiri, bukannya untuk keuntungan peribadi.

Ini dapat dilihat dengan tindakan Omar bin Al-Khattab yang tidak memberikan hak penerimaan zakat kepada ”muallaf al-qulub”. Ini kerana, pada zaman beliau, orang yang baru masuk islam bukanlah lagi disebut sebagai ”muallaf Al-Qulub” atau mahu mengkuatkan hati mereka dengan islam, tetapi apabila mereka masuk islam, sudah pasti mereka sudah mempunyai kekuatan hati terhadap Islam; yang sudah pasti jika tidak diberi sesuatu bantuan zakat pun, mereka tidak pernah hairan sehingga menyebabkan mereka keluar dari Islam.

Begitujuga, tindakan Omar yang menukar nama daripada kalimah ”Jizyah” kepada kalimah ”zakat” untuk dipungut dari yahudi bani Taghlab (ada baca : tughlub). Tindakan itu adalah dibimbangi apabila disebut membayar jizyah, menyebabkan mereka ini akan merasakan mereka seperti ”orang lain” dalam kerajaan, yang kemudiannya dibimbangi akan melahirkan tindakan menyerang kerajaan Islam dibawah kepimpinan Omar bin Al-Khattab.

Justeru, apabila dilihat kepada tindakan Omar bin Al-Khattab ini, beliau sentiasa berfikiran maju kedepan dalam melakukan sesuatu perubahan. Itupun, sekiranya perkara tersebut dalam perkara zanni atau perkara itu tidak wujud larangan dalam nas secara qatii.

KETIGA : BERJIWA BESAR

Dr Yusuf Al-Qaradhawi tokoh ulama haraki yang dikagumi dunia

Haraki juga hendaklah dari orang yang berjiwa besar. Iaitu, mereka tidak akan melihat orang yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai ganjil dan pelik sehingga menjauhkan diri dari mereka.

Perbezaan pendapat dan cara, sering dijadikan sebagai bahan komunikasi dan dialog dalam mencari titik kesamaan dalam mengharungi perjuangan Islam.

Apabila wujud perbezaan pendapat, mereka akan berbincang secara ilmiyyah. Dari situ, mereka akan bertindak mengambil keputusan yang benar-benar memberi keuntungan kepada islam itu sendiri.

Ini dapat dilihat dengan tindakan Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menimbulkan perbincangan tentang ”Taqrib baina Al-Mazahib”. Perbincangan yang melahirkan hubungan baik antara mazhab Sunni dan mazhab Syiah, tanpa membenarkan berlakunya dakyah syiah kepada sunni, dan begitulah sebaliknya.

Ekoran itulah, Yusuf Al-Qaradhawi meletakan asas taqrib, tidak berlakunya ”Takfiriyyah terhadap para sahabat”, kerana ini merupakan bibit penting ”tab’id at-taqrib”, iaitu itu menjauhkan balik hubungan baik antara dua golongan yang mempertahankan mazhab masing-masing.

Begitujuga, kita akan dapati Dr Yusuf Al-Qaradhawi menulis dalam bukunya yang bertajuk ”fiqh Ad-daulah” tentang perbezaan jemaah-jemaah Islam dengan disamakan seperti perbezaan-perbezaan antara mazhab. Pun begitu, perbezaan itu diletakkan atas asas satu matlamat, iaitu mahukan islam berdaulat dalam sesebuah negara.

PENUTUP

Mungkin ini sebahagian dari perkara yang melibatkan kepada haraki yang dapat dinukilkan di sini. Ulasan ini, lebih kepada kefahamanku tentang haraki, yang mungkin para ustaz lain dapat melakukan penambahan lagi.

Padaku, ulama haraki adalah ulama yang mempunyai minda bergerak untuk terus memajukan Islam. adapun jika seseorang ulama itu, sekadar mempunyai minda ”taqlid” semata, maka itu bukanlah ulama haraki, walaupun mereka alim banyak bidang fiqh atau usuluddin.


tokoh-tokoh haraki yang telah berjaya melahirkan hasil

Kadang-kadang berminda haraki ini tidak sekadar wujud pada ulama, bahkan wujud juga pada non-ulama atau disebut juga sebagai golongan profesional. Mereka tidak mempunyai kefahaman bahasa arab yang mendalam sehingga berjaya mengistinbatkan hukum, tetapi mereka mengetahui batas- batas syariah secara asasi, disamping mempunyai minda haraki yang boleh menerajui kepimpinan untuk memajukan Islam itu sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Ir Nizar di Perak, berjaya mengislamkan ceramah-ceramah para non Muslim sehingga mereka mampu membaca Al-Quran dalam menegakkan sesuatu hujjah dan dasar.

Kejayaan ini, seiras-iras dengan kejayaan profesional Islam yang bernama As-Syahid Sayed Qutub yang berjaya menulis sebuah kitab tafsir yang bertajuk ”Zilal Al-Quran”. Walaupun beliau bukan dari orang yang mempunyai kelulusan secara formal dalam bidang agama, tetapi kemampuan beliau dalam harakah islamiyyah tidak dinafikan lagi.

Begitujuga, Abu ’Ala Al-Maududi di Pakistan. Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan agama secara formal, tetapi disebabkan berminda haraki, beliau berjaya menulis sebuah kitab tafsir dalam bahasa urdu yang bertajuk “Tafhim Al-Quran”.

Sekian

p/s : ”ulama bertaqwa tidak berharaki VS profesional bertaqwa berharaki : pilihanku : profesional bertaqwa berharaki”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 april 2009 * 8:07 malam


LELAKI BERAMBUT PANJANG??

LELAKI BERAMBUT PANJANG??

Ada orang bertanya tentang hukum berambut panjang bagi orang lelaki. Bagi menjawabnya, dinyatakan seperti berikut;

Melihat kepada hadis-hadis, didapati rambut Nabi SAW ada beberapa keadaan, iaitu;

1- memanjangkan rambut sehingga sampai tahap cuping telinga.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم له شعر يبلغ شحمة أذنيه

Maksudnya;
“Nabi SAW mempunyai rambut sehingga mencecah cuping dua telinganya”

2- Panjang rambut nabi sehingga tahap diantara bahu dan telinganya

Anas bin Malik berkata;

كان شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أذنيه وعاتقه

Maksudnya;
“Rambut Nabi SAW panjang sehingga sampai tahap antara dua telinganya daripada bahunya”

3- Panjang mencecah bahu

Anas bin Malik meriwayatkan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعرُه منكبيه

Maksudnya;
“Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya”

Dari hadis-hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang.

Pun begitu, untuk berambut panjang, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut;

1- hendaklah tidak menyerupai perempuan.
2- tidak menyerupai orang kafir.
3- sentiasa menjaga kebersihan dan disikat rambut itu.

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 april 2009 * 7:40 malam






Selasa, 14 April 2009

PAS ADA HARAPAN DI TERENGGANU???

Ayah Chik menjala ikan di Pantai Terengganu

PAS ADA HARAPAN DI TERENGGANU???

Malaysiakini melaporkan
[1];

“Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi”

“Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini”

KOMEN:

lepas pilihanraya umum, krisis perlantikan MB di Terengganu pilihan Pak Lah di tolak oleh pihak istana menjadi bualan rakyat malaysia. Dalam diam-diam, pihak Istana telah mengambil keputusan bahawa Mat Said dipilih sebagai MB terengganu.

Apabila Mat Said di isytiharkan sebagai MB Terengganu, maka terdengarlah kalimah “kami nak deris, natang” yang ditujukan kepada pihak Istana. Maka dari situlah, bermulanya krisis kepimpinan kerajaan negeri terengganu sehingga ke hari ini.

Walaupun sudah sejuk sementara waktu, tetapi setelah naiknya Najib Tun Razak sebagai PM, krisis ini berulang kembali. Persoalannya, apakah ini merupakan satu sabotaj dalaman UMNO Terengganu untuk “test market” atas kepimpinan Najib????

Mungkin “ya” mungkin “tidak”. Tetapi, hakikatnya isu ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan pihak istana.

Jika dilihat pada sejarah PAS memerintah Terengganu. Pihak sultan amat sayang kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dikala Tuan Guru menjadi Menteri besar. Kesayangan Sultan kepada Tuan Guru amat terserlah dengan kehadiran Tuanku di Masjid Rusila untuk menunaikan solat hari raya, dengan mendengar khutbah yang dibacakan oleh Tuan guru.

Nah !!! apakah dengan berita ”sabotaj” dalaman UMNO terengganu ini, membuahkan hasil bahawa PAS akan menghantar wakil sebagai MB di terengganu pula sekali lagi?????

Itu yang sedang dinanti-nanti dan di tunggu-tunggukan... ia masih belum panas lagi....

Sekian

p/s : “apakah Perak yang diserang, terengganu yang melayang???”


Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




[1] http://www.malaysiakini.com/news/102287

Isnin, 13 April 2009

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 16 : PELUANG PAHALA VS PELUANG DOSA

PELUANG PAHALA VS PELUANG DOSA

Firman Allah;

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ * وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui * Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”

(Surah Al-Baqarah : 280-281)

Dalam ayat lepas, Allah menjelaskan bahawa Allah sendiri akan membinasakan riba dan akan menyuburkan sedekah. Ayat yang merupakan galakan kepada umat agar meninggalkan riba dan bersegera dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sedekah.

Adapun pada ayat ini, Allah SWT menjelaskan dua peluang yang selalu menjadi inspirasi manusia; peluang mendapat habuan akhirat dan peluang mendapat habuan dunia.

Apabila seseorang itu memberikan hutang, lalu didapati penerima hutang itu tidak mampu membayar hutangnya pada tarikh yang ditetapkan. Ketika itu, ada dua peluang yang mampu dikejar oleh pemberi hutang. Sama ada peluang akhirat, iaitu dengan memaafkan kepada penerima hutang, atau pun menyedekahkan terus hutang itu kepadanya, tanpa perlu membayar balik.

Ada satu lagi adalah manusia yang mencari peluang dunia, iaitu mengambil kesempatan terhadap penerima hutang tersebut dengan mensyaratkan keizinan membayar lambat, tetapi hendaklah diberikan penambahan daripada kadar hutang yang diberikan dahulu. inilah yang disebut sebagai riba.

***

Firman Allah;

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ

Maksudnya;
“Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan”

Sebab turun ayat ini adalah berikutan penurunan firman Allah;

فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مّنَ الله وَرَسُولِهِ

Maksudnya;
“maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu”

Pertama:

Apabila turun ayat ini, menyebabkan ada sebilangan kaum yang sebelum ini bermuamalah secara riba terus berhenti dari mengamalkan riba. Pun begitu, mereka ada memberikan hutang kepada satu kaum lain, iaitu kaum Bani Mughirah. Semasa tarikh membayar hutang telah tiba, mereka berjumpa dengan kaum Bani Mughirah untuk menuntut hutang. Kaum Bani Mughirah menyatakan, mereka sekarang berada dalam kesempitan wang; tidak mampu untuk membayar hutang ketika itu. mereka tetap mendesak agar Bani Mughirah membayar hutang juga.

Ekoran dari itu, turunlah ayat ini yang menyebut bahawa berilah tangguh kepada mereka yang berada dalam kesempitan.

Kedua:

Dalam ayat ini, Allah menyatakan, apabila orang yang berhutang itu berada dalam kesukaran. Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan kesukaran itu?? dan kadar mana pula kesusahan tersebut??

Sukar yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kesukaran wang untuk membayar hutang. Kesukaran ini ada beberapa bentuk, iaitu (1) sememangnya tidak mempunyai wang langsung untuk membayar hutang, (2) mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang tersebut. Pun begitu, wang yang ada itu mahu digunakan untuk keperluan lain yang penting.

Adapun jika wujud wang untuk dibayar hutang, tetapi tidak membayar hutang kerana untuk digunakan kepada keperluan yang tidak penting, ataupun sengaja tidak mahu membayarkan hutang, maka tindakan itu dikira sebagai zalim disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

مَطْلُ الْغَنِيِّ ظُلْمٌ

Maksudnya;
”Berlengah-lengah orang kaya (ada wang untuk membayar hutang) adalah kezaliman
[1]

Ketiga:

Memahami dari ayat ini, jelas kepada kita bahawa Islam adalah agama yang sungguh indah. Keindahan Islam dalam menjaga fitrah manusia.

Tidak semua manusia berada dalam keadaan senang. Juga, ada dikalangan manusia yang senang di suatu ketika, tetapi di ketika yang lain dia ditimpa kesusahan.

Bak kata pepatah;

”langit tidak sentiasa cerah”

Justeru, walaupun ada sebilangan manusia itu berjanji untuk membayar hutang pada sesuatu tarikh, kadangkala Allah tidak memberi kemudahan kepadanya untuk membayar hutang pada tarikh tersebut.

Maka disebabkan itu, ayat ini menyatakan bahawa pihak yang memberi hutang tidak mendesak atau menekan penerima hutang dikala mereka berada dalam kesempitan kewangan.

Dengan ini, kita akan dapati Islam meletakkan asas yang cukup indah, iaitu Islam tidak akan memberatkan sesuatu itu terhadap manusia, melainkan mengikut kadar kemampuan mereka sahaja.

Firman Allah;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya;
”Allah tidak akan memberatkan seseorang itu melainkan kadar kemampuan dia sahaja”

(Surah Al-Baqarah : 286)

***

Firman Allah;

وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ

Maksudnya;
”Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu”

Pertama :

Di kala orang yang berhutang tidak mempunyai wang untuk membayar hutang, menunjukkan ketika itu ia berada dalam kesusahan. Apabila dia berada dalam kesusahan, lalu diminta agar dibayar hutang, sudah pasti keadaan ini merupakan beban yang sedang dipikul.

Bagi meringankan beban tersebut, Allah mencadangkan kepada pihak yang memberi hutang agar ”menghalalkan” hutang tersebut; dengan tidak perlu lagi dibayar hutang tersebut.

”menghalalkan” hutang itu, sama ada dengan menghalalkan semuanya atau sebahagian dari kadar hutang yang diberikan.

Inilah yang disebut sebagai peluang pahala dikala kita memberikan hutang kepada orang lain. Dari sudut sebaliknya pula, ada pihak mengambil kesempatan untuk menambahkan beban kepada pihak yang berhutang; iaitu dengan mendesak agar dibayar hutang itu disertai dengan penambahan. Perbuatan ini adalah haram disisi Islam, kerana penambahan itu adalah riba.

Kedua :

Suruhan agar bersedekah iaitu menghalalkan hutang adalah sunat, bukan wajib.

Tindakan menghalalkan ini mempunyai kelebihan besar disisi Allah SWT. Keuntungan dengan tindakan sebegitu kadangkala sudah terhasil semasa di dunia lagi; iaitu mendapat kepujian di kalangan manusia, lebih-lebih lagi dari orang yang berhutang. Dan akhirat nanti, pasti mereka akan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

من سره أن يظله الله يوم لا ظل إلا ظله، فَلْيُيَسِّر على معسر أو ليضع عنه

Maksudnya;
“Barangsiapa mahu mendapat baying-bayang Allah dihari tiada baying-bayang melainkan baying-bayang Allah, maka hendaklah dia mudahkan terhadap orang yang berada dalam kesukaran (wang) atau halalkan terus hutang itu”

***

Firman Allah;

إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“jika kamu mengetahui”

Maksud tahu disini adalah, tahu tentang balasan pahala yang akan diberikan, juga tahu betapa gembiranya Allah atas tindakan sedemikian.

Pahala yang diberikan kepadanya itu disebabkan, (1) mereka bersedekah, (2) mereka yang menghilangkan masalah orang yang berada dalam kesukaran.

***

Firman Allah;

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّه ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ِ

Maksudnya;
“Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah”

Pertama;

Allah menyuruh manusia itu takut kepada hari pertemuan antara Allah dengan seluruh makhluk; iaitu hari akhirat nanti.

Hari akhirat adalah hari yang tidak ada sesiapa pun yang boleh membantu. Kehidupan akhirat amat dahsyat sehingga tidak termampu untuk dibandingkan dengan kehidupan di dunia kini.

Apabila seseorang itu mengambil kesempatan terhadap orang yang berada dalam kesempitan, seakan-akan mereka ini lupa bahawa selepas mereka mati nanti, mereka akan bertemu satu alam yang amat dahsyat. Iaitu di alam manusia diperhitungkan dihadapan Allah SWT terhadap segala apa yang telah dilakukan semasa hidup di dunia dahulu.

Justeru itulah, mereka selayaknya takut dengan pertemuan dengan Allah jika mereka dipenuhi dengan dosa-dosa menindas manusia itu.

Kedua :

Dengan ayat inilah menandakan, pembalasan akhirat itu sememangnya ada. Pembalasan azab bagi mereka yang berdosa. Pembalasan nikmat bagi mereka yang beriman dan beramal soleh.

Ketiga :

Menurut Imam Ibni Abbas, ayat ini adalah ayat yang terakhir sekali diturunkan kepada Nabi SAW. ayat ini diturunkan selepas penurunan ayat;

اليوم أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِى

Maksudnya;
“Pada hari ini, aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku sempurnakan atas kamu nikmatku”

(Surah Al-Maidah : 3)

Menurut Imam Ibni Abbas, kewafatan Nabi SAW adalah selepas 81 hari penurunan ayat ini. Ada ulama lain kata, 21 hari. Ada ulama lain kata, 7 hari.

Sekian

p/s : ”Mencari peluang tidak salah jika kena gayanya. Bermakna, mencari peluang boleh menjadi salah apabila tidak kena atau tidak betul dengan gayanya”

Wallahu ’Alam

Al-bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg buloh
14 april 2009 * 1:59 petang





[1] Muwatta’ : 1181.

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ YANG MENGKAGUMKAN

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ YANG MENGKAGUMKAN

Emy Search kagum dengan Tok Guru, Renggo pula sampai masuk PAS apabila melihat kepimpinan Tok Guru. Siti Norhaliza bersama suami juga berminat dengan cara Tok Guru.

Tok Guru Nik Abdul Aziz, walaupun mempunyai umur yang agak lanjut, tetapi orang yang meminati beliau ramai terdiri dari anak-anak muda. Mereka kagum dengan Tok Guru, disamping itu pula, Tok Guru tidak pernah menganggap anak-anak muda yang tidak sealiran dengan beliau sebagai “manusia ganjil”.

Ekoran dari itu, Tok Guru Nik Abdul Aziz di sayangi ramai.

Tidak ketinggalan juga yang meminati beliau adalah orang bukan Islam. apabila disebut tok guru Nik Abdul Aziz, pasti India dan cina akan memuji. Kalimah keji, jauh sekali kedengaran.

Aku ada merancang untuk diadakan pertemuan antara Tok Guru Nik Abdul Aziz dengan seorang penyanyi yang agak masyhur di Malaysia, iaitu Saudara Faizal Tahir.

Aku menjangkakan, Faizal akan menolak. Tetapi membanggakan, apabila Faisal terkejut dengan menyatakan bahawa beliau tidak menyangka, beliau juga boleh bertemu dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, walaupun ramai orang-orang PAS yang melihat “sinis” kepada beliau.

Ternyata, Tok Guru Nik Abdul Aziz seorang tokoh dakwah yang sukar untuk dicari ganti. Seorang tokoh yang berjaya mengubah suasana dan pemikiran rakyat terhadap islam.

Tahniah Tok Guru Nik Abdul Aziz !!!!

Sekian

p/s : jika indonesia ada sang murabbi yang bernama Ustaz Rahmat, kita di Malaysia pula ada sang murabbi yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nikmat. Kedua-dua ini, tokoh yang mengkagumkan.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 april 2009 * 11:11 pagi




PAS SELANGOR BAKAL ADA BANGUNAN SENDIRI???

PAS SELANGOR BAKAL ADA BANGUNAN SENDIRI???

Dari blog Dr Maria
[1];

“SHAH ALAM - Pas Selangor akan mempunyai bangunan sendiri dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, hasrat membina bangunan sendiri berkonsepkan pusat sehenti itu juga menjadi misi parti sejak 10 tahun lalu dan yakin penyokong parti itu akan terus membantu dalam merealisasikannya.

"Kita sedang berusaha ke arah itu dan mengharapkan sumba-ngan ahli dan penyokong. "Kejayaan Pas Pusat memiliki bangunan sendiri bernilai RM7 juta di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hasil sumbangan ahli, penyokong dan dana parti tanpa membuat pinjaman bank adalah model terbaik kepada Pas Selangor," katanya.

Menurut Dr Hasan, keperluan memiliki bangunan sendiri juga penting dalam menggerakkan pelbagai aktiviti parti secara berpusat dalam satu tempat yang lengkap dengan pejabat pengurusan sendiri.

"Kita cuba mencari satu lokasi strategik bagi tujuan ini dan insya-Allah bangunan ini akan dibangunkan dalam kawasan seluas 1.2 hingga 1.6 hektar dilengkapi ruang Dewan Ulama, Muslimat, Pemuda dan Wanita untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.

"Kita juga merancang untuk menempatkan ruang lain untuk menjayakan program pendidikan, tarbiah, riadah dan operasi parti, malah kita merancang untuk menjadikannya sebagai pusat sehenti," katanya”

KOMEN:

Tahniah Dr Hasan Ali atas kenyataan ini. Diharapkan, cita-cita 10 tahun dahulu menjadi, bukan sekadar retorik sahaja.

Diharap, kenyataan ini tidak senasib dengan kenyataan Dr Hasan Ali semasa mula-mula kita mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Seperti memperkasakan MAIS dan JAIS, mengadakan program kuliah mingguan pada setiap pagi hari ahad di Masjid Shah Alam, memperhebatkan program dakwah di pasar-pasar Tani pasar-pasar malam dan sebagainya.

Yang sangat diharapkan lagi, kenyataan ini tidak ada kaitan langsung dengan musim pemilihan PAS pada tahun ini yang akan di adakan di Selangor pada bulan 6 yang tidak lama lagi.

Sekian

p/s : “jadilah meriam yang mempunyai bunyi yang kuat, juga mempunyai peluru. Bukannya meriam buluh, yang hanya kuat pada bunyinya, tetapi tidak mempunyai sebarang peluru”

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh

14 april 2009 * 3:05 pagi



[1] http://drsitimariah.blogspot.com/2009/04/pas-selangor-bakal-ada-bangunan-sendiri.html

MUQABALAH ATAU ERDOGAN???

MUQABALAH ATAU ERDOGAN???

Nampaknya muktamar agong PAS tidak lama lagi bersua, menyebabkan berbagai-bagai isu dibincangkan. Puak erdogan dan puak muqabalah menjadi isu utama yang dibincangkan.

Pening apabila memikirkan hal itu. Tidak diketahui mana satu yang betul, sebab masing-masing ada hujjah masing-masing.

Aku merenung panjang. Fikirkan balik sebelum dua istilah ini timbul. Fikir punya fikir, terasa nak luahkan dalam blog ini.

Setahu aku, isu erdogan dan muqabalah tidak pernah timbul sebelum berlaku pilihanraya umum baru-baru ini.

Semasa PAS bersama dengan DAP, juga dengan PKR dalam usaha hendak bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, berbagai-bagai serangan UMNO lakukan. serangan yang di mainkan adalah, tentang perabungan antara PAS dengan parti bukan Islam dalam melawan UMNO. Ramai yang terpedaya dengan serangan UMNO itu, lebih-lebih lagi di kalanan golongan agamawan yang berada dipihak tidak berparti.

Ketika itu, aku masih ingat, ada seorang pimpinan PAS pusat yang dilebelkan sebagai ustaz muda dalam PAS telah menelefonku. Beliau minta agar aku menjawab isu tahaluf siyasi antara parti-parti ini menerusi laman blog berdasarkan konsep siyasah syariiyyah. Aku melakukan hal ini, sehingga segala susunan artikle-artikle itu, telah aku bukukan dalam sebuah karyaku yang bertajuk ”kerajaan pakatan rakyat dari kacamata siyasah syariiyyah”.

Maka pilihanraya umum pun berlaku. Maka lahirnya satu keputusan yang membanggakan, iaitu PAS berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan dan menawan negeri kedah. DAP di Pulau pinang dan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Dalam sedang kegembiranaan menyambut kemenangan tersebut, ketika itulah kita dihujankan satu berita yang amat menyedihkan. Iaitu didapati Dr Hasan Ali sebagai PJ Selangor telah mengadakan satu perjumpaan sulit dengan Khir Toyo pada 10 mac bagi membincangkan kerajaan campuran antara PAS dan UMNO di selangor, dengan menabalkan Dr Hasan Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan Khir Toyo sebagai timbalannya.

Aku mendapat berita itu dari salah seorang pimpinan PAS di peringkat negeri yang merupakan ADUN yang menang. Aku mendapat maklumat itu pada 11 mac.

Mendapat berita sebegini, Aku tidak dapat membayangkan, apa perasaan Tan Sri Khalid ketika mengetahui pertemuan sulit tersebut, sedangkan ketika itu beliau dalam proses untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tidak lama kemudian, terbunyi pula kisah muzakarah antara PAS dan UMNO. muzakarah yang di maksudkan, bukanlah muzakarah seperti yang pernah dilaungkan oleh Allahyarham ustaz Fadhil Nor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dahulu, tetapi muzakarah yang membayangkan gabungan parti antara PAS dan UMNO atas asas melayu-islam.

Muzakarah yang boleh disifatkan sebagai pertemuan ”menggunakan pintu belakang” ini didedahkan oleh Penarik beca, menyebabkan isu ini menjadikan suasana kelam kabut. Maka kedengaranlah penafian dari sebilangan pimpinan PAS pusat, seperti Mahfoz Omar sebagai ketua Penerangan PAS Pusat dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden PAS.

ini antara gambar yang tersebar di internet semasa isu muzakarah sedang hangat diperkatakan

Kemudiannya pula, kedengaran kenyataan Ustaz Nasaruddin mat Isa yang mahu menyaman pihak yang mendakwa bahawa beliau adalah antara yang terlibat dalam pertemuan tersebut.

Tidak lama kemudian, Pak Lah yang ketika itu PM malaysia menyebut bahawa sememangnya wujud pertemuan secara sulit antara beliau dengan beberapa orang tokoh pimpinan PAS sebanyak 3 kali.

Maka kelam kabutlah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan, mengakui bahawa sememangnya sudah wujud pertemuan antara PAS dan UMNO secara sulit. Begitujuga, Ustaz Nasaruddin mat Isa dalam beberapa sesi ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Apabila berita ini sudah semakin hangat, Tok Guru Nik Abdul Aziz mula bersuara. Beliau membantah tindakan muzakarah yang ditafsirkan sebagai ”gabung dengan UMNO” itu.

Tok guru nik abdul aziz menyifatkan, tindakan mahu bermuzakarah dengan UMNO di kala ini adalah perangkap yang UMNO lakukan terhadap PAS. Perkara ini boleh dibaca menerusi buku ”kemuncup dalam perjuangan”.

Pimpinan PAS yang terdiri dari Majlis Syura telah mengadakan pertemuan dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Hasil pertemuan tersebut, maka istilah muzakarah telah bertukar kepada muqabalah.

Dalam kekecohan itu, kedengaran pula lahirnya satu golongan manusia yang disebut sebagai ”Group anti husam”. Mereka mempunyai blog sendiri. Kandungan blog itu adalah maki hamun terhadap salah seorang Naib Presiden PAS, iaitu Datuk Husam musa, juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Blog itu mendakwa, kononnya, Husam adalah ”budak suruhan” Anwar Ibrahim. Tidak diketahui, siapa sebenarnya penulis blog tersebut. Apakah benar penulis itu adalah orang PAS yang benci Husam, atau itu adalah blog propaganda UMNO yang mahu merosakan kesatuan PAS dengan DAP dan PKR.

Blog itulah yang memasyhurkan istilah erdogan. Kononnya, erdogan itu adalah Anwar Ibrahim. Golongan PAS yang cenderung kepada Anwar disebut sebagai ”team Erdogan”.

Maka dari situlah kedengarannya di mana-mana tentang pertembungan antara team erdogan dan team Muzakarah atau Muqabalah. Pertembungan itu semakin hangat, apabila Anwar Ibrahim mahu menumbangkan kerajaan BN pada 16 september.

Mustafa Ali mengeluarkan kenyataan akhbar di muka surat depan harakah, mendakwa bahawa 16 september itu adalah gagal. Tindakan Mustafa Ali itu dihentam keras oleh tuan Guru Nik Abdul Aziz, kerana menganggap itu merungkai balik segala keputusan muktamar PAS yang berlangsung di Perak, bahawa PAS komitmen dengan Pakatan Rakyat.

Didapati, 16 september sememangnya tidak menjadi. Diberitakan, Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai orang yang mewakili parti PAS tidak menandatangani surat persetujuan dengan berlakunya pertukaran kerajaan pada 16 september. Hujjah Presiden PAS tidak menandatangani surat persetujuan pertukaran kerajaan itu juga agak kukuh, iaitu kerajaan PR yang mahu ditubuhkan itu banyak terdiri dari orang bukan Islam.

Maka masih berdirilah BN di Malaysia. PR masih juga sebagai pembangkang sehingga hari ini.

Semenjak itulah, isu erdogan semakin hangat diperkatakan, sehingga kehari ini.

Justeru, aku beranggapan, jika tidak berlaku pertemuan ”pintu belakang” dengan UMNO, pasti isu team muzakarah dan team erdogan ini tidak akan menjadi isu yang penting. Pun begitu, ianya sudah berlaku. Apa boleh buat????

Sekian

p/s : ”di khabarkan Mat Sorento dari Kelana Jaya adalah mastermain dalam gabungan antara PAS dan UMNO di Selangor. Dan di khabarkan juga, usaha tersebut masih ”On Track””

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 april 2009 * 2:03 pagi