Sabtu, 5 Mac 2011

DOKUMEN JUDI UMNO

* untuk melihat lebih jelas, klik pada gambar





































IKLAN PKS

....

Rabu, 2 Mac 2011

Statistik Kemiskinan Mengelirukan



Angka rasmi dan angka yang disiarkan media bersimpang siur dan bertentangan antara satu sama lain.

Oleh KHIER ZAHRIE

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Sungguh mengelirukan. Amat memalukan. Bagaimana statistik yang dibuat oleh kerajaan kemudiannya disanggah oleh kerajaan sendiri. Semasa Umno/BN menghentam pembangkang khususnya Kerajaan PAS di Kelantan, isu kemiskinanlah yang menjadi modalnya.

Kerajaan PAS Kelantan didakwa tidak melakukan apa-apa untuk membebaskan kemiskinan rakyatnya. Rakyat Kelantan makin miskin di bawah pemerintahan PAS. Bahkan tuduhan sehingga kepada seolah-olah yang menjadikan rakyat miskin itu adalah kuasa dan hasrat PAS.

Inilah sikap bebal dan babilnya Umno/BN. Semua jari yang ada di tangan mereka menghalakan kepada PAS yang menjadi penyebabnya rakyat menjadi miskin.

Di masa yang sama, yang mampu membasmi kemiskinan adalah UMNO/BN sahaja. Samada semasa kerajaan Pusat di pimpin oleh Dr Mahathir mahupun Abdullah Badawi atau kalau ditoleh ke belakang lagi mahupun Perdana Menteri yang sebelumnya dan sebelumnya.

Apa sudah jadi dengan statistik kemiskinan mengikut negeri-negeri yang menjadi senjata paling tajam yang selalu digunakan dalam peperangan isu antara UMNO/BN dengan PAS/BA. Senjata yang diagung- agungkan oleh pemimpin Umno/BN, sekarang ini terserlah dengan memuntahkan segala kecelaruan dan kekeliruannya.

Di kawasan Parlimen Pekan, yang menjadi wakil rakyat adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, didapati jumlah orang miskin yang mendiami kawasan tersebut adalah seramai 1,047 orang. Dengan tidak mengubah walaupun sehuruf perkataan, BERNAMA melapurkan "Terdahulu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, menyampaikan bantuan sumbangan kepada 1,047 penduduk miskin daerah Pekan".(22 Oktober, 2005 14.42 PM)

Sekiranya, inilah yang terjadi dan benarlah sebagaimana lapuran BERNAMA, maka betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang menimpa rakyat dan bangsa Melayu di Pekan yang bukan sahaja mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka akan tetapi pernah juga mempunyai Perdana Menteri.

Apakah sebab "bala jentaka"nya sehingga kemiskinan Bandar D'Raja itu tidak mampu dihapuskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kalaulah Pekan yang pernah mempunyai dua orang yang berada di peringkat "kayangan" itupun tidak mampu untuk membasmikannya, maka apalah taruhan dan harapan nasib rakyat yang ada di Kelantan kerana mereka tidak ada Perdana Menteri dan Timbalannya.

Angka 1047 orang bukanlah sedikit. Dan dirasakan mungkin lebih daripada itu jumlah sebenarnya. Mengikut statistik 2002/2003 yang dikeluarkan kerajaan, di Pahang hanya mempunyai 1714 orang sahaja yang miskin.

Bererti setelah ditolak orang miskin dari Pekan, hanya tinggal seramai 697 orang sahaja lagi bagi 13 parlimen(Pahang ada 14 parlimen). Sekiranya dibahagi sama rata 697 orang itu kepada setiap parlimen maka jumlahnya adalah seramai lebih kuang 53 orang sahaja yang miskin di setiap parlimen. Benarkah begitu???? Wallahu A'lam.

Walau bagaimanapun Pahang bukanlah sebuah negeri yang disenaraikan sebagai maju. Pahang sama sahaja dengan Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Sarawak.

Di utara, mengikut statistik pada tahun yang sama Perlis mempunyai 822 orang miskin. Mungkin betul dan benar kerana Perlis negeri kecil. Sudah tentu apabila negeri kecil maka rakyatnyapun sedikit. Apatah lagi Exconya hampir sama ramai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri. Boleh jaga rakyat dengan begitu teliti sekali. Apatah lagi Menteri
Besarnya juga seorang yang aktif??.

Walau bagaimanapun, semuanya macam kisah seribu satu malam. Macam angan-angan Mat Jenin. Akhbar Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Utara melapurkan, tanpa prajudis

"Shahidan berkata, kira-kira 40,000 penduduk miskin akan menerima bantuan kerajaan negeri pada Ramadan ini dan sumbangan itu dilakukan secara berperingkat".

Jumlah 40,000 orang bukan 40 orang!! Tidak tahulah kalau-kalau Shahidan tersalah sebut atau wartawan tersalah lapur. Harap-harap begitulah. Sebab sukar mempercayai antara angka yang dinobatkan di dalam statistik negara dengan apa yang berlaku di Perlis. Sungguh menyayat hati sekali. Walau bagaimanapun diingatkan sekali lagi
bahawa Perlis juga bukan dikategorikan sebagai negeri maju.

Akan tetapi, terkejut dan amat terkejut sekali apabila negeri yang diistiharkan negeri maju seperti Selangor akhirnya "melondehkan kainnya" apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) dalam websitenya mendedahkan bahawa tanpa syak wasangka

"Shah Alam – Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM7,418,750 kepada asnaf fakir dan miskin serta anak yatim sempena persiapan Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,834,800 diperuntukkan kepada 9,909 orang asnaf miskin dan RM392,250 kepada 529 orang golongan fakir. Manakala anak yatim fakir miskin pula diperuntukkan sebanyak RM191,700.

Sabak Bernam merupakan daerah yang paling tinggi menerima peruntukan iaitu sebanyak RM5.1 juta yang melibatkan 2,453 orang miskin diikuti daerah Hulu Langat sebanyak RM1.050 juta untuk 1563 orang dan Kuala Selangor berjumlah RM1.095 juta untuk 1563 orang fakir dan miskin". Tajuk Berita: PZS (MAIS) Agih RM7.4 juta sempena Ramadhan dan Syawal (Tarikh: 06/10/2005 Penulis: zool; http://www.e-zakat.com.my/).

Terkedu hati dan terkelu lidah. Lemah seluruh anggota badan. Bahasa yang macam mana lagi mahu diungkapkan Bagaimana mahu dibuat penjelasan terhadap apa yang di lapurkan oleh PZS itu. Apakah institusi agama itu sanggup membohongi kenyataan sebenar? Atau
siapakah yang sebenarnya berbohong?. PZS kah atau Khir kah atau statistik negarakah?.

Dengan apa yang dicatatkan oleh Daftar Profil Miskin Tegar 2002/2003 Mengikut Daerah, Bahagian PK, KKLW, Selangor hanya mempunyai seramai 489 orang miskin sahaja. Siapa yang benar dalam hal ini. Sekali lagi Wallahu A'lam.

Menurut sumber Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2004, dimana pertanyaan mulut daripada Y.B TUAN LIM CHOON KIN (DAMANSARA UTAMA), mengenai orang miskin di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAH JUMLAH PENDUDUK MISKIN

Sabak Bernam 799
Kuala Selangor 618
Hulu Selangor 705
Petaling 345
Gombak 545
Kuala Langat 510
Hulu Langat 192
Sepang 356
Klang 319
JUMLAH KESELURUHAN 4,389

Apapun alasannya, Kerajaan Kelantan dan rakyatnya tidak perlu bersedih di atas segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka baik dari pemimpin Umno di luar mahupun pemimpin Umno di dalam negeri sendiri. Kalau diambil kira dengan hujah Pak Pandir "bukan anak aku sorang mati, anak orang lainpun mati juga" sudah cukup
menggambarkan segala-galanya.

Mengikut Satistik 2002/2003, Kelantan mempunyai isi rumah miskin seramai 12,826 orang. Akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor yang orang miskinnya berjumlah 10,043 orang apalah sangat gahnya pemimpin Umno Selangor. Kadar zakat fitrahpun sama sahaja Kelantan dengan Selangor iaitu RM4.70. Apalah
hebat sangatnya negeri yang dipimpin oleh Umno jika dibandingkan dengan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Begitu juga dengan Sabah yang sering menjadi negeri contoh dalam ceramah-ceramah pemimpin Umno Kelantan kerana kemajuannya hasil dari BN memerintah. Menurut sumber Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Sabah & Sarawak, orang miskin tegar sahaja sudah berjumlah 20,000 orang. Tidak termasuk lagi dengan yang dikategorikan sebagai miskin.

Siapa yang harus dipersalahkan tentang statisti yang bercelaru ini. Pemimpin Umno Kelantan, Selangor, Pahang dan Perlis perlu menilai semula sikap "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar" yang bersarang dalam benak hati mereka.

Walau bagaimanapun itulah hakikat sebenarnya. Bukan mencari kesalahan sesiapa cuma memohon sedikit keikhlasan dalam percakapan dan berhujah. Mungkin juga di masa-masa akan datang sesuatu yang bersabit dengan statistik perlu diperhalusi tanpa mempunyai agenda politik dan kepentingan parti.

Yang hitam katalah hitam dan yang putih sebutlah putih. Buai laju- laju sampai pokok sena, janganlah rasa malu, sekiranya kita sendiri yang kena". //Hrkh


dengan sama;

ADEGAN YG TAK INGIN DILIHAT

...

Selasa, 1 Mac 2011

DOWABIT AL MASLAHAH [NOTA]


KHAS PERTAMA

1- setiap amalan yang mendatangkan manfaat - walau kesannya lambat - maka ia dikira juga sebagai amalan soleh. Contohnya seperti org yg berniaga, yg untungnya tidak dapat masa itu, walau terpaksa letak modal diperingkat awalnya.- 59.

2- setiap amalan yang menghasilkan secara zan terhadap pengamal itu mendapat manfaat di waktu masa akan datang, maka ia layak diberi hukum maslahah - 59

3- tidak harus bagi pengkaji bahawa menghukumkan sesuatu perbuatan itu sebagai masalahah dengan semata2 merujuk kepada perkara zahir dan kesan2 duniyawi sahaja, malahan hendaklah merujuk kepada kesan2 Ukhrawi. Ia tidak terhasil kecuali dengan merujuk kepada nas-nas syariah - 61

MASA DAN MASLAHAH

A- IA KEMBALI KEPADA HAK TUHAN DAN HAK HAMBA SECARA BERSEKALI [QARD MUSYTARAK]

4- "tidak didapati hak hamba kecuali akan didapati padanya hak Allah" imam al-qurafi dlm kitab al furuq. - 62

5- asas bagi terhasilnya maslahah dunia adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat - 63

B- DIASINGKAN ANTARA HAK ALLAH DAN HAK HAMBA

6- sabda Nabi " hak Allah terhadap apa bahawa ia menyembah Allah tanpa melakukan syirik kepadanya sedikit pun. Hak hamba terhadap Allah, apabila mereka sembahnya dan tidak syirik kepadanya bahawa Dia tidak mengazabkan mereka" [muslim] - 64

7- ringkasnya, [1] hak Allah, disebut sebagai taabbudi seperti solat, taharah dll, dan [2] hak sesama manusia, seperti qisas, hudud, bayar hutang dll - 65

8- imam al qurafi berkata, "setiap bagi hamba yg boleh digugurkannya [boleh dimaafkan oleh sesama manusia], maka ia dimaksudkan sebagai hak hamba. Setiap yang tidak boleh digugurkan, maka ia adalah hak Allah" - 65

KHAS KEDUA

9- Antara rujukan penting dlm mengetahui kebenaran adalah fitrah. [lihat surah ar rum, ayat 30] - 68

10 - sabda Nabi SAW, "aku ciptakan hambaku dlm keadaan hanif [bersih] semuanya. Kemudian datang syaitan yang mengelincirkan mereka terhadap agama mereka. Diharamkan perkara yang dihalalkan dan syaitan suruh mereka syirik kepada-Ku" [muslim] - 68

13- sbb itu, maslahah dlm syariah perlu merujuk kepada dua, iaitu jisim dan ruh bersekali - 68 [p] krn gabungan antara dua perkara itu dinamakan sebagai fitrah.

14- lawan bagi fitrah adalah hawa nafsu. sbb tu, tidak boleh ikut nafsu. Krn ia boleh menyesatkan. lihat firman Allah dlm surah al mukminun ayat 71. Dan hadis, sabda Nabi "tidak beriman seseorang kamu hingga hawa/nafsunya mengikut apa yang aku datangkan" [dailami].

KHAS KETIGA

1- maslahah agama asas bagi maslahah yang lain. Jadi, semua wajib dikorbankan sekiranya bertembung dgn maslahah agama - 71

2- maslahah agama ini tidak akan bertembung dengan maslahah manusia, krn syariah islam itu sendiri dtg untuk memberi maslahah kepada hamba - 72

3- maslahah tertakluk dgn bendera agama. Dgnnya baru syarak dikira sah. - 73

4- memastikan sesuatu maslahah hendaklah dlm kerangka agama yang terhasil dari nas dan hukum yang sareh. Juga yang terhasil dari ijmak. Dgn maksud, tidak sah maslahah yang bercanggah dengan nas kitab, sunnah atau qias - 74.

5- ijmak yang terasas atas maslahah dunia tidak bersifat tetap. Ia harus berubah dengan berubahnya maslahah - 74

6- [p] ijmak ada dua, iaitu ijmak yg terhasil dari satu kefahaman dikalangan mujtahid dlm memahami sesuatu nas. Dan satu lg, ijmak, kesepakatan ulama dlm berijtihad pada perkara yang tiada nas.

7- tidak sah para profesional [khibrah], imbangan akal dan kajian bahawa semua itu menyendiri dalam memahami maslahah hamba tanpa melibatkan kpd nas. Ekoran itu, tidak harus pakar ekonomi menyendiri, sehinngga terpaksa tersandar terhadap keharaman riba. – 79

SYARIAH MERAIKAN BAGI MASLAHAH

1- dlm ilmu kalam, semua sepakat mengatakan bahawa perbuatan Allah tidak boleh diillatkan - 85

2- maqasid syariah adalah untuk memastikan kewujudan kebahagiaan [saadah] di dunia dan akhirat. disebabkan itu, syariah islam mesti mengandungi unsur memberi maslahah kepada manusia - 85

DALIL

3- tidak kami utuskan kamu kecuali untuk rahmat sekelian alam [107, anbiya]. Rahmat bermakna memberi kemaslahatan.

4- Allah suruh kamu melaksanakan keadilan dan ihsan [jasiah : 90].. Adil dgn maksud, imbangan antara dua dalam sesuatu perkara. Sudah pasti, maslahah lebih besar lebih diutamakan berbanding maslahah kecil.

5- al anfal : 23. Allah SWT menyatakan syariah itu memberi kehidupan yang sempurna. Ia tidak lain, untuk menusia mendpt maslahah.

6- byk lagi dalil2, seperti Allah mahukan manusia senang. [baqarah : 185].. Allah tidak suka org yg buat fasad [baqarah 204-205].

7- alat untuk memastikan manusia itu taklif adalah akal dan baligh. Jadi, akal dpt menilai sesuatu itu maslahah atau sebaliknya. - 92

8- meraikan syariah dgn melihat kepada uruf manusia dgn syarat bahawa tidak melahirkan mafsadah dan tidak menghapuskan maslahah. - 93

9- dalam meraikan syariah itu, juga perlu dilihat dari sudut wasilah yang boleh membawa kepada tercapainya maqasid. - 94

10- syarak melarang bai' ma'dum [jual benda yg tak ada depan mata] kerana ia boleh mendatangkan gharar terhadap kedua2 orang yg beraqad dalam jual beli – 95

1- maslahah terbahagi kepada dua, A- ukhwawi [berkait dgn aqidah dan ibadat], dan B- Duniawi [berkait dengan muamalat] - 96

2- riayah masalih tidak berlaku kecuali dalam perkara muamalat - 96.

3- pun begitu, diyakini bahawa semua kandungan syariah [ibadat, aqidah dan muamalat] mesti memberi maslahah kepada manusia untuk hidup mereka di dunia dan akhirat- 96

4- dijirus dengan hujan ibadat dalam berbagai-bagai titisan dan renjisan, menyebabkan aqidah dalam hati semakin subur dan berbuah. Makanya, semakin mati anai-anai nafsu dan hawa. Lalu jadilah akar iman semakin kukuh, ia melahirkan manusia yang sempurna dan menyempurnakan.

5- mualamat mengubat maslahah dunia secara langsung. Adapaun aqidah dan ibadat, ia mengubat maslahah dunia hamba tidak secara terus. Dgn maksud, muamalah ini secara terus dapat dilihat oleh manusia akan maslahah hamba. Sebaliknya pada aqidah dan ibadah - 98

6- kena ada beda maksud illat dalam ilmu kalam dan ilmu usul fiqh - 99

7- illah pada perbuatan Allah ada tiga aliran, iaitu [1] muktazilah - mereka kata, penentuan baik buruk itu tertakluk kpd akal. [2] maturidiyyah - baik dan buruk adalah penentuan akal, tetapi ia tidak boleh dipastikannya kecuali syarak mengakuinya. [3] asyairah - baik dan buruk tidak boleh berdasarkan akal secara menyendiri, kecuali ia perlu dikatakan diterima atau ditolak berdasarkan uruf manusia dan hukum syarak [nas mengakuinya] - 100

8- ekoran dari itu, muktazilah mengatakan, perbuataN Allah wajib berillat. Maturudiyyah kata, ia mesti berillah, tetapi tidak wajib. Asyairah pula kata, ia tidak berillat. - 100

9- boleh dikatakan semua ulama maqasid menyatakan bahawa manat bagi hukum Allah adalah mencapai maslahah - 102

10- illat sebagai tanda kpd hukum. [p] klu tidak ada tanda, ia tidak bermakna tiada hukum. Contohnya, rumah zaid ini dikenali melalui tanda pokok. Tiba2 pokok tak ada, maka bukan bermakna rumah itu bukan rumah zaid. - 103.

11- setiap nas yg ada illat, maka ia tidak boleh dianggap sebagai munasabah hukum. Contoh, perang. Dlm nas, Allah nyatakan illat perang, iaitu supaya tidak berlaku fitnah. Sekiranya di suatu tempat perang itu boleh melahirkan fitnah, maka perang ditempat tersebut tidak relevan. [p]

12- klu nas tidak disebut illat, sebaliknya disebut munasabah sahaja, maka illatnya boleh ditemui secara istinbat, atau perlu taat sahaja tanpa ketahui illatnya [p].

13- illat - mengikut as-syarbini - terbahagi kepada dua, iaitu illat aqliyyah dan illat syariiyyah. - 106

14- [p] illat syariyyah adalah illat yng termaktub dalam nas. Illat aqliyyah adalah illat yg difahami oleh mujtahid dgn kaedah istinbat.

15- menurut al-ghazali, illat adalah mu'sir, iaitu yg memberi kesan kepada pelampauan hukum yg ada nas kepada perkara yg tiada nas.

16- menurut al amidi, illat adalah ba'is, iaitu merangkumi hikmah2 yg patut bagi sesuatu hukum. Iaitu, ia merupakan tujuan syara terhadap sesuatu hukum. - 107

IKLANEKA



[klik gambar untuk besarkan]

Isnin, 28 Februari 2011

PROJEK "ISLAM PERTENGAHAN" PROJEK PRU

pada 3 Jun 2010 lepas, aku ada menulis tentang projek Islam wasati [islam pertengahan] yang sedang dirangka oleh Jamil Khir. Maklumat itu didapati dari seorang teman yang bekerja di Putrajaya.

ini artikle aku itu;

Mungkin kita belum lupa lagi dengan Islam Hadhari yang dicanang oleh Pak Lah Badawi. Seorang kawan yang bekerja di Putrajaya memaklumkan bahawa kini Jamil Khair Baharum sedang merangka satu perancangan bagi menarik pengaruh undi-undi melayu yang beragama Islam dalam PRU akan datang.

Jika pada tahun 2004 yang lalu, terdapat idea Islam Hadhari, tetapi kali ini dikhabarkan bahawa akan dilontarkan satu idea yang seiras dengan Islam hadhari, iaitu “Al-Islam al-wasati”.

Dimaklumkan juga bahawa konsep 1 Malaysia digunakan untuk menarik undi non Muslim, termasuk bangsa selain melayu. Adapun Islam Wasati untuk menarik pengaruh undi-undi melayu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

***

sehari dua ini, kedengaran pula najib mula mengungkap "islam pertengahan". ungkapan setelah melakukan lawatan hormat ke makan Mustafa Kamal Art-Tarturk di Turki baru-baru ini.

namun, ia telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, seperti berikut berikut;

"Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan mengingatkan bahawa “tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.”

sekian

baca sama:
"Al-ISLAM Al-WASATI" DALAM PRU AKAN DATANG?
Islam sederhana Umno ditemplak Nik Aziz

Ahad, 27 Februari 2011

PELAJAR TERIMA ZAKAT

MUQADDIMAH

Islam adalah agama yang memberikan pembelaan kepada mereka yang memerlukan. Disamping itu, ia dapat merapatkan jurang sesama manusia. Yang senang membantu yang susah, yang susah merupakan ruangan bagi yang senang mendapat habuan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam Islam, hubungan tidak tertumpu antara manusia dengan Allah sahaja [disebut sebagai hablullah, iaitu pertalian antara manusia dengan Allah], malahan antara terpenting dalam hidup ini adalah hubungan antara manusia sesama manusia [disebut juga dengan hablunnas, iaitu pertalian sesama manusia]. Atas asas hubungan sesama manusia itu, menyebabkan al-Quran mempamerkan larangan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Malahan, digelar munafiq kepada orang islam yang melakukan kezaliman dan cenderung kepada kezaliman.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

Maksudnya;
"apabila diberitahu kepada mereka [munafiq], jangan kamu lakukan kerosakan di atas muka bumi. Mereka menjawab, kami adalah orang yang melakukan pembaik pulih"

[Al-Baqarah : 11]

sebagai manusia yang baik, kukuh memperkukuhkan sesama manusia atas asas ketaqwaan dan kebaikan merupakan tuntutan. malahan, ia termaktub dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
"bantu membantulah kamu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan bantu membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan"

[Maidah : 2]

PELAJAR TERIMA ZAKAT

ada sebilangan bertanya tentang hukum memberi zakat kepada pelajar, apakah ia dibenarkan atau tidak?

Bagi menjawab persoalan ini, didapati bahawa, Ulama sepakat menyatakan bahawa boleh memberi zakat kepada pelajar yang miskin. Diberikan zakat itu, bukan kerana dia sedang belajar, tetapi kemiskinannya.

Adapun semata-mata pelajar itu belajar, bukan kerana kemiskinan; dengan maksud pelajar itu mempunyai kemampuan tenaga untuk mencari harta, tetapi tidak mempunyai kesempatan masa kerana sibuk dengan belajar, ulama berbeda pendapat dalam menentukan kelayakkan pelajar itu menerima zakat atau tidak.

Walaubagaimana pun, di sana ada ulama-ulama yang mengharuskan pemberian zakat kepada pelajar. Antara mereka adalah Dr Yusuf Al-qaradhawi dan Ibnu Abidin, seorang ulama dalam mazhab Hanafi.

Merujuk kepada fatwa Ibnu 'Abidin dari mazhab Hanafi, beliau berpendapat bahawa pelajar layak menerima zakat kerana mereka termasuk dibawah tafsiran "fi sabilillah" dalam ayat tentang asnaf zakat.

Firman Allah;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

[at-taubah : 60]

Pendapat ini didokong kuat oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau berkata, "pelajar yang menghambakan dirinya dengan belajar, dibenarkan baginya menerima zakat. Sekiranya dia tidak mempunyai masa untuk menghimpunkan diantara mencari harta dan menuntut ilmu, maka ia diberikan zakat mengikut kadar yang dapat membantunya menyempurnakan keperluan hajatnya. Termasuknya adalah, kesibukannya menulis ilmu yang perlu untuk perkembangan dunia dan agama"

HUJJAH

Antara hujjah-hujjah yang dikemukakan adalah seperti berikut;

Pertama;

Firman Allah;

فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ


Maksudnya;
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”

[At-Taubah : 122]

Belajar agama merupakan tuntutan yang besar. Ini kerana, ia bersifat "taaddiyyah", iaitu melibatkan manfaatnya kepada orang lain. Mengikut logiknya, jika terhadap orang miskin dan faqir yang pemberian zakat kepada mereka itu hanya keuntungan mereka, tanpa dapat dimanfaatkan kepada orang lain pun menyebabkan mereka layak terima zakat, maka terlebih utama pelajar mendapat zakat, kerana belajar itu melibatkan ilmu, sudah pasti ia dapat dimanfaatkan kepada orang lain.

kedua;

belajar ilmu merupakan jihad. Orang yang belajar mencari hujjah-hujjah yang benar dalam memahamkan manusia dengan kebenaran. Dengan kebenaran itu, akan lahir manusia yang menyatakan kebenaran dihadapan penzalim.

Sabda Nabi SAW;

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ أَوْ أَمِيرٍ جَائِرٍ


Maksudnya;
"jihad yang paling afdhal adalah berkata kebenaran di sisi pemerintah yang zalim" [Abu Daud : 3781]

Jadi, pelajar layak menerima zakat, kerana tidak salah jika mereka diketagorikan sebagai "fi sabilillah".

PENDAPAT TIDAK BENARKAN

Namun begitu, di sana wujud sebilangan ulama yang tidak membenarkan pelajar menerima zakat. Antara Hujjah mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Sabda Nabi SAW;
لَا تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ

Maksudnya;
"Tidak halal sedekah [zakat] kepada orang kaya" [Abu Daud : 1392]

Dijawab bahawa keizinan zakat kepada pelajar ini, bukan dibawah tafsiran orang miskin dan faqir menerusi ayat 60 dari surah at Taubah, tetapi merujuk kepada maksud "fi sabilillah".

Kedua;

Pelajar tidak termasuk dalam "fi sabilillah" seperti dalam surah at taubah ayat 60. Jika benar pelajar agama layak menerima zakat, sudah pasti telah termaktub dalam asnaf zakat itu adalah pelajar, tetapi ia tidak termaktub.

Dijawab hujjah ini dengan mengatakan bahawa pelajar sudah cukup ditafsirkan sebagai salah satu golongan yang berada dibawah maksud "fi sabilillah". Kerana, ciri-cirinya amat nyata seperti dalam ulasan di atas.

BERSYARAT

setelah melihat kepada segala penghujahan ini, secara asasnya pemberian zakat kepada pelajar adalah dibenarkan dalam syarak. Namun begitu, keizinan itu tidak bersifat mutlak, tetapi bersyarat.

Antara syarat-syarat kelayakkan menerima zakat itu, ditetapkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi seperti berikut;

Satu, pelajar tersebut mempunyai keputusan yang terbukti dia adalah seorang yang cerdik.

Dua, ilmu yang dipelajarinya itu adalah ilmu yang harus, wajib dan sunat.

Tiga, ilmu yang dipelajari itu adalah ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Sekian

Wallahu 'Alam.

Al-Bakistani


Jejantas Sg Buloh
28 Feb 2011 * 1.35 petang