Jumaat, 7 September 2012

PIJAK GAMBAR NAJIB-ROSMAH : MULAKAN DENGAN SISTEM


[1]

Isunya bermula apabila pihak polis bertindak terhadap orang yang membontotkan gambar Najib dan Rosmah. Berbagai-bagai komentar yang dilontarkan dalam mengupas isu ini.

Dikhabarkan Dr MAZA sendiri, dalam khutbah Jumaat, hentam keliling dalam isu ini. Beliau tidak sekadar hentam di pihak budak-budak yang anti-Najib dan Rosmah yang membontotkan gambar kedua-dua insan dibenci itu, tetapi dihentam juga dipihak budak-budak yang pro-Najib dan Rosmah yang sekian lama gambar budak-budak itu kencing ke arah gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dato' Seri Haji Abd al-Hadi awang. 

Aku rasa, aku faham apa yang MAZA maksudkan dalam hentaman beliau itu. Beliau mahu di Malaysia wujud politik segar dan sihat. Tiada maki hamun, kutuk mengutuk dan sebagainya, tetapi politik yang berbeda pendapat dengan daya intelektual dan sebagainya.

Pada aku, semua yang dibisingkan oleh MAZA itu sendiri tidak akan berjaya. Ini kerana, sesuatu yang berlaku mesti ada puncanya. Orang tidak akan maki, jika mereka tidak marah. Kalau tidak marah, tetap maki juga, itu mesti ada masalah wayer di kepala.

[2]

Kalau kita perhatikan kepada Islam, kita dapati antara perkara yang penting dikemukakan oleh Islam adalah soal penyusunan sistem. Pepatah juga pernah menyebut, 'kebenaran tidak bersistem akan dikalahkan dengan kebatilan bersistem'

Islam itu sendiri datang mengajar sistem. Bukan masyarakat ketika itu tidak berakhlak, ini kerana Nabi SAW menyatakan kedatangan baginda SAW untuk menyempurnakan akhlak. (al-Sunan al-Kubra, hadis no : 19144)

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ

Dengan maksud, akhlak sudah ada, tapi kedatangan nabi mencantikkan lagi akhlak. 

Namun, Nabi SAW datang mengajar tentang kehidupan. Baginda SAW mengajar sistem, atau disebut juga sebagai manhaj dan jalan untuk menjalani kehidupan. (Surah al-Maidah, ayat 48)

لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجاً

[3]

Sistem membentuk manusia, bukan sebaliknya. Apabila sistem itu baik, maka manusia akan baik. Tapi kalau sistem rosak, maka manusia akan rosak.

Namun begitu, ada manusia yang tidak ikut sistem. Makanya, mereka akan jadi baik dalam sistem yang rosak; mereka menjadi buruk dalam sistem yang baik. Ia seperti orang islam yang ramai jahat, ekoran tidak mengikut islam; seperti orang bukan islam yang ada yang baik, walaupun mereka berpegang dengan agama yang tidak mempunyai sistem yang terperinci seperti islam.

[4]

Kalau kita perhatikan kepada ajaran Islam, khususnya dalam bab fiqh jinayah, sesuatu hukuman yang dikenakan mesti mempunyai tujuan mencegah, sama ada mencegah pelaku kesalahan tidak ulangi kesalahan, atau orang lain tercegah dari melakukan jenayah seperti yang dilakukan oleh penjenayah. Ia dibawah maksud “nakalan min Allah”, iaitu pencegahan dari Allah (Surah al-Maidah, ayat 38)

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُواْ أَيْدِيَهُمَا جَزَاء بِمَا كَسَبَا نَكَالاً مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Makanya, sesuatu jenayah tidak akan berjaya dihentikan, jika hukuman yang mempunyai tujuan seperti ini tidak dilakukan.

Ia sama seperti tindakan PAS sebelum ini yang mengenakan tindakan disiplin menggantung jawatan Khalid Samad dengan dakwaan mendedahkan kandungan mesyuarat dalam satu tulisan beliau dalam blog, tetapi Dr Hasan Ali yang ketika menjadi PJ PAS Selangor yang jauh lebih ringan dikenakan tindakan disiplin, waima pertemuan dan pendedahan tentang Bai'ah talak dengan blogger UMNO itu dilakukan oleh Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Memandangkan hukuman disiplin PAS itu tidak memandang konsep nakalan min Allah, menyebabkan kini Dr Hasan Ali dan Ust Nasha dilihat 'buat perangai' dengan keputusan PAS dengan Pakatan Rakyat sedangkan Khalid Samad dilihat amat konsisten dengan pendirian PAS itu.

Ini menunjukkan, implikasi dari hukuman, ia akan melahirkan kesan; ekoran dari sebab, ia akan lahir akibat.

Maka begitulah juga Isu bontotkan atau pijak gambar Najib dan Rosmah. Ia tidak akan terjadi, jika dahulu kerajaan telah mengambil tindakan undang-undang kepada budak-budak pro-Najib dan Rosmah yang kencing kepada gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dato Seri Abdul Hadi Awang; Isu altantuya tidak akan menjadi yang tersebar luas, jika menteri pertahanan yang meluluskan C4 keluar untuk dibom kepada altantuya itu telah dihadapkan dalam mahkamah. 

[6] 

Sebelum kita nak berbicara soal perlaksanaan hudud, kita perlu bercakap soal kebajikan rakyat. Ini kerana, tanpa kebajikan, hudud tetap ditangguhkan perlaksanaan kerana ketiadaan kebajikan itu sendiri merupakan syubhat. Serupa juga sebelum kita bicara soal politik sihat, sewajarnya kita bicarakan dulu soal sistem. Kerana, tanpa pertukaran sistem, budaya lama tetap akan berlaku. 

Yang paling penting, kita perlu sistem yang baru untuk membina politik baru. Tanpa sistem yang baru, tidak hairan satu masa nanti orang yang melaungkan budaya politik baru pun akan terjerumus dalam budaya lama. Masakan tidak, abby abadi yang tak tahu apa-apa pun, disound dalam twitter dengan dihukumkan kononnya mahu jadi ustazah, walhal Nabi Muhammad SAW tetap menyantuni seorang badwi yang kencing dalam masjid.
 
Smile@peace ..... ;)

Wallahu 'Alam 

Khamis, 6 September 2012

[WACANA RANG UNDANG-UNDANG HUDUD KELANTAN 6] HUKUM BUNUH MURTAD?


PERKARA DUA : HUKUM BUNUH MURTAD?

Dalam klausa 23 (3) dan (4) Rang Undang-Undang Hudud Kelantan menyatakan;
'sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.

'sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan baitul-mal'

Dalam klausa ini, dinyatakan bahawa hukuman orang murtad itu secara mutlak adalah bunuh tanpa diklasifikasikan terlebih dahulu. Disamping, hukuman orang murtad ini diletak dibawah hudud.

Namun, dalam perbincangan ini dinyatakan perbahasannya adalah seperti berikut;

Pertama:

Sebelum perbincangan ini lebih panjang, kita klasifikasikan dahulu bentuk murtad. Menurut Dr Ahmad al-Raisuni[1], riddah atau murtad itu dibahagikan kepada dua jenis, 1- riddah mujarradah, 2- riddah muharabah.

Yang dimaksudkan dengan riddah mujarradah adalah orang yang murtad, tanpa melakukan serangan terhadap islam dan orang Islam. Dia berdiam diri sahaja setelah dia keluar dari Islam. Istilah ini digunakan juga oleh Ibn taimiyyah dalam kitab al-sorim al-maslul.

Dan satu lagi adalah riddah muharabah, iaitu seseorang yang keluar dari Islam, lalu dia melakukan serangan terhadap islam dan orang islam, sama ada memberontak atau melakukan dakyah murtad kepada orang Islam yang lain. Dalam istilah Ibn Taimiyyah, digunakan istilah riddah mughallazah.(al-Sorim al-Maslul, hlmn 366)

Kedua: 

Di kalangan ulama fiqh, semua ijmak menyatakan bahawa hukuman bunuh itu dikenakan pada murtad pada jenis yang kedua, iaitu riddah muharabah atau riddah mughallazah. Cuma, menurut ibn Taimiyyah, bunuh orang murtad pada jenis ini tidak disyaratkan istitabah atau minta bertaubat terlebih dahulu. (al-sorim al-maslul, hlmn 366)

Adapun  riddah mujarradah, ulama fiqh tidak sepakat dalam menentukan hukuman bunuh. Ada sebilangan mereka mengatakan dikenakan hukuman bunuh atas nama hudud, dan ada pula mengatakan ia bersifat takzir; dengan maksud hukuman bunuh itu hanya pilihan dari pihak kerajaan. Dalam erti kata lain, hukum asalnya tidak dibunuh, tetapi terpulang kepada kerajaan hendak menetapkan hukum bunuh itu berdasarkan kepada kemaslahatan.

Ketiga:

Ulama tidak pernah sepakat dalam menyatakan bahawa hukuman murtad itu dibawah hudud, tetapi sebilangan ulama menyatakan bahawa hukuman murtad dibawah takzir. 

Antara ulama yang menyatakan sedemikian adalah Syaikh Mahmood Syaltut[2] dalam kitab beliau bertajuk 'Al-Islam :  aqidatan wa syariatan', juga Dr Taha Jabir al-awani dalam tulisan beliau bertajuk 'la Ikrah fi al-din' dan Dr Ahmad al-Raisuni dalam salah satu artikle beliau dalam lamanweb beliau bertajuk “hurriyyah al-I’tiqad wa Qadiyyah al-Riddah fi al-Islam'

NAS-NAS TENTANG HUKUMAN MURTAD

Senarai nas-nas yang menyebut tentang murtad adalah seperti berikut:

[1]

Dalam surah al-Baqarah, ayat 217, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang murtad dari agamanya itu akan terbatal segala amalannya di dunia dan akhirat.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

[2]

Allah berpesan kepada orang beriman bahawa orang yang murtad itu akan digantikan oleh Allah SWT dengan kaum lain yang lebih sayangkan Allah dan Rasulnya. (surah al-Maidah, ayat 54)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

[3]

Ibn Abbas menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyatakan bunuh terhadap orang yang keluar dari agamanya. (al-Bukhari, hadis no : 2794)

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

Juga ada hadis riwayat imam Malik dalam Muwatta’ dari Zaid bin Aslam menyatakan seiras sama maksud hadis, Cuma dinyatakan dalam hadis dengan jelas bahawa orang yang tukar agama dipancung akan kepalanya. (muwatta’, hadis no : 1219)

مَنْ غَيَّرَ دِينَهُ فَاضْرِبُوا عُنُقَهُ

 [4]

Hadis Kisah Abu Musa Al-As’ari ke Yaman untuk menziarahi Muaz bin Jabal. Sesampai di sana, disediakan kepadanya bantal untuk diduduk. Tetapi, sebelum Abu Musa duduk, dapati ada seorang lelaki yahudi yang murtad terikat pada tiang masjid. Lalu, disuruh oleh Abu Musa agar Muaz membunuh orang lelaki yahudi itu. (al-Bukhari, hadis no : 6412)

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ أَقْبَلْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعِي رَجُلَانِ مِنْ الْأَشْعَرِيِّينَ أَحَدُهُمَا عَنْ يَمِينِي وَالْآخَرُ عَنْ يَسَارِي وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ فَكِلَاهُمَا سَأَلَ فَقَالَ يَا أَبَا مُوسَى أَوْ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قَالَ قُلْتُ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا أَطْلَعَانِي عَلَى مَا فِي أَنْفُسِهِمَا وَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُمَا يَطْلُبَانِ الْعَمَلَ فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى سِوَاكِهِ تَحْتَ شَفَتِهِ قَلَصَتْ فَقَالَ لَنْ أَوْ لَا نَسْتَعْمِلُ عَلَى عَمَلِنَا مَنْ أَرَادَهُ وَلَكِنْ اذْهَبْ أَنْتَ يَا أَبَا مُوسَى أَوْ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ إِلَى الْيَمَنِ ثُمَّ اتَّبَعَهُ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ فَلَمَّا قَدِمَ عَلَيْهِ أَلْقَى لَهُ وِسَادَةً قَالَ انْزِلْ وَإِذَا رَجُلٌ عِنْدَهُ مُوثَقٌ قَالَ مَا هَذَا قَالَ كَانَ يَهُودِيًّا فَأَسْلَمَ ثُمَّ تَهَوَّدَ قَالَ اجْلِسْ قَالَ لَا أَجْلِسُ حَتَّى يُقْتَلَ قَضَاءُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَأَمَرَ بِهِ فَقُتِلَ


keempat :

Ulama yang menyatakan bahawa hukuman murtad adalah hudud dan wajib dibunuh adalah merujuk kepada dua hadis, iaitu bahawa Nabi SAW menyatakan barangsiapa tukar agama, maka hendaklah dibunuh orang tersebut.  Juga hadis riwayat muwatta' yang menyatakan bahawa dipancung kepada orang yang menukarkan agamanya


Pada mereka, hadis-hadis ini adalah mufassil bagi mujmal ayat al-Quran yang menyatakan bahawa orang murtad itu terbatallah segala amalan mereka di dunia yang termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 217.

Kelima:

Bagi golongan kedua; tidak dibunuh orang murtad bagi riddah mujarradah kerana merujuk kepada umum al-Quran yang menyatakan penjagaan Nyawa. (surah al-an’am[3], ayat 151; surah al-Isra’[4], ayat 33 dan surah al-Furqan[5], ayat 68)

Adapun hukuman bunuh kepada orang murtad itu dalam hadis ahad, sedangkan mereka merujuk kepada manhaj usul dalam mazhab Hanafi yang menyatakan hadis ahad tidak boleh mentakhsiskan umum al-Quran yang bersifat mutawatir, kerana mustahil zanni didahulukan berbanding qatie. (Mabahis al-Usuliyyah fi Taqsimat al-Alfaz, hlmn 132)

Makanya hadis ahad tersebut diihtimalkan merujuk kepada jenis murtad yang kedua, iaitu riddah muharabah atau riddah mughalazah. Ini disokong dengan ayat al-Quran yang menyatakan tentang hukum bunuh kepada mereka yang melakukan hirabah atau pemberontakan dalam sesebuah negara. (surah al-Maidah, ayat 33)

إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Keenam:

Mereka menambahkan lagi ulasan dengan menyatakan bahawa hadis yang menceritakan tentang hukum bunuh terhadap orang murtad itu sendiri tidak bersifat saheh dan sareh, sedangkan dalam menentukan sesuatu perkara yang haram pun memerlukan nas yang saheh lagi sareh. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlmn 25)

Kalau dalam penentuan hukum haram sesuatu pun memerlukan kepada nas yang saheh lagi sareh, inikan pula dalam perkara yang berat setahap hukuman membunuh terhadap orang murtad. Menurut Dr Ahmad al-Raisuni, bagaimana dalam al-Quran dinaskan tentang hukuman bunuh, curi, zina dan hirabah, tetapi tidak dinaskan langsung tentang hukuman murtad.

ونحن نعلم أن القرآن الكريم نص على عقوبات لعدد من الجنايات الأكثر خطورة في الميزان الإسلامي؛ فقد نص على عقوبات القتل والسرقة والزنى والحرابة ، فكيف لم ينص على عقوبة الردة، مع أنه ذكرها مرارا وذكر عقوبتها الأخروية ، كما تقدم ؟! وكيف لم ينص عليها وهي أخطر من سائر الجنايات النصوص على عقوباتها ؟! ألا يدل هذا إما على أنها ليست لها ـ في ذاتها ـ عقوبة دنيوية ، أو أن أمرها مختلف عن بقية الجنايات التي نص على عقوبتها في القرآن؟

Ketujuh;

Pada mereka, nas yang menyebut tentang murtad ini, status sahehnya juga dipertikaikan. Seperti hadis al-bukhari yang menyatakan bunuh terhadap orang yang menukar agamanya. Ini kerana, hadis yang dilihat saheh oleh al-Bukhari ini, dikritik status sahehnya oleh imam ibn solah. 

Kritikan itu bersebabkan perawi hadis yang bernama Ikrimah yang merupakan hamba kepada Ibn Abbas. Dalam mengomentari tentang Ikrimah, dalam buku “la Ikraha Fi al-Din, Karangan Dr Taha Jabir, beliau menyatakan Ikrimah adalah hamba kepada Abdullah bin abbas. Dia banyak nukilkan perkataan ibnu abbas, sama ada benar-benar ibnu abbas kata, ataupun ada perkara yang dikatakan oleh Ibnu Abbas.

Selepas kematian Ibnu Abbas, ikrimah diwarisi anak-anaknya. Kemudian mereka menjual dan memerdekakannya. 

Ali bin Abdullah bin Abbas pernah menuduh bahawa ikrimah seorang yang sering dusta terhadap perkataan bapanya. Sehinggakan, dia pernah merantai kedua tangan dan kakinya. 

Tindakan Ali itu ditanya oleh ramai orang. Ali menjawab, "orang busuk ini telah berdusta atas nama bapaku"

Ibnu sirin memasukkan ikrimah ke dalam golongan orang yang majruh. Dia kata, "ikrimah adalah pendusta".

Ibnu abu dzi'b berkata, "hadisnya tidak boleh dijadikan hujjah. seperti itulah yang disebut oleh ramai manusia"

Said bin Musayyib selalu berpesan agar sentiasa berhati2 dengan ikrimah. Dia berkata, "budak ibni abbas ini tidak akan henti sampai lehernya dililit tali".

Ibnu Umar pernah berkata hambanya, nafi', "jangan kamu berdusta atas namaku sepertimana ikrimah berdusta atas nama Ibnu abbas".

Al-bukhari ada mengambil hadis ikrimah, tetapi tindakan bukhari itu dikritik. Antara yang mengkiritik itu adalah Ibnu solah. Dia berkata, "al-bukhari berhujjah dengan kelompok orang yang marjuh seperti ikrimah, hamba Ibnu abbas"

Imam muslim menjauhi ikrimah sekiranya tidak ada riwayat lain yang mendokongnya. 

Imam malik menolak riwayat ikrimah kecuali kalau ada syawahid. Malahan, imam malik amat membenci apabila mendengar nama ikrimah. 

Orang yang sering bersangka baik dengan ikrimah ini adalah AYUB AS-SAKHTIYANI [Abu Bakar bin Taimah]. Dia seorang ahli zuhud. Dia membela ikrimah atas sifat sangka baiknya, tanpa peduli persoalan jarh wa tadil. (La Ikrah fi al-Din (terjemahan), hlmn 127 - 128)

Kelapan:

Menyatakan hukuman bunuh bagi orang murtad, bukanlah hukum hudud, tetapi ia adalah hukuman ta’zir, Dr Taha Jabir menguatkan hujjahnya dengan merujuk kepada beberapa hadis. Antaranya adalah seperti berikut;

[1]

Orang murtad dengan orang munafiq, didapati orang munafiq lebih bahaya. Ini kerana, orang murtad, mereka mempamerkan tindakan mereka yang keluar dari Islam. Adapun orang munafiq, kekufuran mereka disembunyikan.

Namun begitu, tidak dikenakan hukuman bunuh kepada orang munafiq. Ini kerana, pernah Umar bin al-Khattab meminta izin membunuh Abdullah bin Ubai, si bapa munafiq pada zaman tersebut. Tetapi dihalang oleh Nabi SAW. (al-Bukhari, hadis no : 4525)

دَعْهُ لَا يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ

[2]

Tindakan Umar bin Al-Khattab yang tidak membunuh orang yang murtad, sebaliknya mencadangkan bahawa ditangkap dan diberikan makan kepada orang yang murtad tersebut dan diminta supaya dia bertaubat sahaja. (al-Sunan al-Kubra, jld 8, hlmn 207)

قال هل كان فيكم من مغربة خبر فقال نعم رجل كفر بعد اسلامه قال فما فعلتم به قال قربناه فضربنا عنقه قال عمر رضى الله عنه فهلا حبستموه ثلاثا وأطعمتموه كل يوم رغيفا واستتبتموه لعله ان يتوب أو يراجع

KESIMPULAN

Dari ulasan ringkas ini, dapat dinyatakan bahawa status hukuman murtad ini dibunuh adalah seperti berikut;
1-      Ulama Sepakat menyatakan bahawa hukuman bunuh terhadap orang murtad adalah apabila si murtad itu ada sifat muharabah atau mughallazah. Adapun semata-mata murtad (mujarradah), maka tidak dikenakan hukuman bunuh.
2-      Ulama tidak sepakat dalam menentukan hukuman murtad itu sebagai hudud, sebaliknya ada sebilangan yang lain menyatakannya sebagai hukuman takzir, seperti Dr Taha Jabir, Dr Ahmad al-Raisuni dan Syaikh Mahmood Syaltut.

Wallahu ‘Alam


Bersambung… (smile, peace…. :D )






[1] Komentar Dr Ahmad al-Raisuni;


هذه القضية ـ كما في العنوان ـ ذات شقين:
ـ الشق الأول، يتعلق بحرية الاعتقاد عموما ، وبحرية الاعتقاد ابتداء ، أي قبل الدخول في الإسلام . ففي هذه الحالة لا إشكال في حرية الاعتقاد واعتناق أي دين وأي عقيدة.
فمن كان يهوديا أو نصرانيا أو مجوسيا فله دينه وله أن يعيش عليه بين المسلمين ، لا يجبره أحد على ترك دينه والدخول في دين الإسلام . وها هو التاريخ والواقع شاهدان بذلك . فجميع الأديان والملل التي كانت موجودة في المجتمعات التي دخلت في الإسلام ، بقي منها من أراد البقاء على دينه ، إلى الآن.
وإذا كان هذا الحق ثابتا لغير المسلمين ، فمن باب أولى أن يُتحمل الخلاف العقدي وممارسة حرية الاعتقاد، داخل الدائرة الإسلامية . فقد عرفت الفرق الكلامية اختلافات ونقاشات عقدية شديدة ، ولم يقل أحد من العلماء بمنع طائفة ما ، أو معتقد ما. ولقد كانت هناك بعض التعديات والإذايات بسبب الاختلاف المذهبي والفكري، ولكنها لم تكن عن رأي أو فتوى لأحد العلماء أو لأحد المذاهب، وإنما هي من تعصبات العوام ، أو من تدخل بعض الحكام واستغلالهم لاختلاف المذاهب والطوائف الكلامية أو الفقهية أو الصوفية...، كالذي وقع للإمام أحمد بن حنبل وغيره في فتنة خلق القرآن ، وكما وقع للإمام ابن جرير الطبري مع عوام الحنابلة ، وكالذي وقع لفقهاء المذهب المالكي مع العبيديين ، ومع الدولة الموحدية في أول عهدها...

ـ الشق الثاني، هو قضية من يدخل في الإسلام ، ثم يرتد عنه. وهو الشق المقصود في هذه الحلقة.

والحقيقة أن قضية الردة وعقوبة المرتد ، هي من المعضلات في الفقه الإسلامي . وإذا كان الفقه القديم قد حل هذه المعضلة بطريقته ، وفي سياقه التاريخي وملابساته السياسية ، فإن الفقه الحديث مدعو لمزيد من النظر والمراجعة والاجتهاد لهذه القضية. وهو ما قد بدأ يحصل ، لكن على تخوف وتهيب، نظرا لوجود إجماع أو ما يشبه الإجماع ، على قتل المرتد ، عند الفقهاء المتقدمين.

وقبل أن أبدي رأيي في الموضوع ، أقدم بين يديه بعض القضايا والبيانات التمهيدية ، وهي:

1. القرآن الكريم ذكر الردة والمرتدين في عدة مواضع ، دون أن يذكر أي عقوبة دنيوية في الموضوع . من ذلك قوله تعالى )وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ( [البقرة/217] ، وقوله ) إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ وَأَمْلَى لَهُمْ( [محمد/25]

ونحن نعلم أن القرآن الكريم نص على عقوبات لعدد من الجنايات الأكثر خطورة في الميزان الإسلامي؛ فقد نص على عقوبات القتل والسرقة والزنى والحرابة ، فكيف لم ينص على عقوبة الردة، مع أنه ذكرها مرارا وذكر عقوبتها الأخروية ، كما تقدم ؟! وكيف لم ينص عليها وهي أخطر من سائر الجنايات النصوص على عقوباتها ؟! ألا يدل هذا إما على أنها ليست لها ـ في ذاتها ـ عقوبة دنيوية ، أو أن أمرها مختلف عن بقية الجنايات التي نص على عقوبتها في القرآن؟

2. من الثابت أن الارتداد عن الإسلام كان أسلوبا من أساليب التلاعب والحرب النفسية، ضد الدعوة الإسلامية الفتية ، بغية فتنة أتباعها وتشتيت كيانها. وقد فضح القرآن الكريم هذا الأسلوب الماكر الذي كان يروجه بعض يهود المدينة ، ويوحون به للمشركين والمنافقين من العرب . قال الله عز وجل : )وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آَمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آَخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ( [آل عمران/72]. وقد حكى القرآن من أساليب المنافقين :) وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آَمَنُوا قَالُوا آَمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ( [البقرة/14]، وقال أيضا )إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ آَمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلَا لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلًا( [النساء/137]

3. بعض الأحاديث والأحداث المتعلقة بالموضوع ، تكشف عن جانب آخر لحركة الردة في الصدر الأول . فلم تكن الردة مجرد انتقال من دين إلى دين ، ولم تكن مجرد تغير فكري عقدي، بل كانت انتقالا من صف إلى الصف معاد له، ومن جيش إلى جيش محارب له. وهذا ما تشير إليه بعض روايات الحديث النبوي الصحيح ( لايحل دم امرئ مسلم إلا بإحدى ثلاث...)، وهو أصح حديث في الموضوع.

ففي رواية الصحيحين والترمذي ، عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : (لايحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إلـه إلا الله وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والمارق من الدين التارك للجماعة ). فالحديث لم يقتصر على المروق من الدين( وهي الردة )، بل أضاف إليه ترك الجماعة، أو مفارقة الجماعة، أو الخروج من الجماعة، كما في روايات أخرى. وهي إضافة لا يمكن أن تكون بدون فائدة زائدة وبدون أثر في موجب الحكم .

ومفارقة الجماعة، أو الخروج عن الجماعة، كانت تعني التمرد والمحاربة ، وربما الانضمام إلى العدو المحارِب. وهذا ما جاء صريحا في روايات أخرى لهذا الحديث. فعند أبي داود والنسائي عن عائشة رضي الله عنها ، عن النبي صلى الله عليه وسلم : ( لايحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إلـه إلا الله وأن محمدا رسول الله، إلا بإحدى ثلاث: رجل زنى بعد إحصان فإنه يرجم، ورجل خرج محاربا لله ورسوله، فإنه يُقتل أويصلب أو ينفى من الأرض، أويَقتل نفسا فيُقتل بها.)

وفي رواية النسائي، والطحاوي في مشكل الآثار، عن عائشة أيضا: (..أو رجل يخرج من الإسلام يحارب الله ورسوله، فيُقتل أو يصلب أو ينفى من الأرض )

فهذه الروايات مقيدة ومبينة للروايات التي ورد فيها قتل المرتد مطلقا دون تقييد، لأنها زيادات وتقييدات صحيحة وفي نفس الموضوع. 

ومجمل هذه الأدلة والملا بسات تؤكد أن الردة التي يحكم على صاحبها بالقتل ، كما جاء في الأحاديث والآثار ، إنما هي الردة المركبة ؛ أي الردة المحاربة ، والردة المتآمرة . فهي ردة مصحوبة بالنفاق والتلاعب بالدين ، أو مصحوبة بالتمرد والحرب على المسلمين ، أو مصحوبة بذلك كله.

وإذا كان الأمر كذلك ، فإن العقوبة على هذه الردة المركبة ، لا ينبغي أن تكون من باب الحدود ، بل هي من باب التعازير والسياسة الشرعية ، ومن باب التصرف بالإمامة . وقد تطبق فيها عقوبة الحرابة ، كما في حديث عائشة أعلاه . وكل هذا يقدر تبعا لظروف الإسلام والدولة الإسلامية ، من استقرار أو فتنة ، أو ضعف أو قوة ... وتبعا للأفعال المصاحبة للردة ، والمخاطر والأضرار الناجمة عن هذه الردة أو الخيانة.

وأما الردة البسيطة أو الردة المجردة ؛ أي ردة الشخص مع نفسه ومع فكره، سواء أسرها أو جهر بها ، فليست هي الردة الموصوفة في القرآن والحديث. ولذلك أرى أنها غير مشمولة بعقوبة الردة المركبة . بل هي مشمولة بنصوص وأدلة أخرى ، أبرزها وأصرحها قوله تعالى ) لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ( [البقرة/256]

فهذه الآية تقرر بصورة قاطعة شاملة، أن الدين لا مجال فيه للإكراه، ولا يقوم على الإكراه، ولا ينفع فيه الإكراه. وهذه حقيقة يقينية لا تخفى على أحد ؛ فالدين إيمان ، والإيمان اعتقاد إرادي طوعي، يأتي عن تصديق واقتناع واطمئنان يستقر في العقل والقلب، كما قال تعالى )وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ( [الحجرات/7] وكما جاء في الحديث الشريف"رضيتُ بالله ربا وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا ورسولا"[1]

وهذاكله لا مدخل للإكراه فيه وفي إنشائه . بل الإكراه لا يأتي إلا بالكره.

ولو كان للإكراه أن يتدخل في الدين ويُدخل الناس فيه، أو يستبقيهم فيه، لكان هو الإكراه الصادر عن الله عز وجل، فهو سبحانه وحده القادر على الإكراه الحقيقي والمُجْدي، فهو الذي يهدي من يشاء ، وهو الذي يُـحَول الإنسان ويُـحَول قلبه تحويلا حقيقيا ، فيجعل الكافر مؤمنا والمشرك موحدا والكتابي مسلما، ويمكنه أن يجعل جميع الناس مؤمنين مسلمين . ولكنه سبحانه ـ بحكمته ـ أبى ذلك ولم يفعله: {وَلَوْ شَاء رَبُّكَ لآمَنَ مَن فِي الأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُواْ مُؤْمِنِينَ} [يونس: 99] {قُلْ فَلِلّهِ الْحُجَّةُ الْبَالِغَةُ فَلَوْ شَاء لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ} [الأنعام: 149]، {وَلَوْ شَاء اللَّهُ مَا أَشْرَكُواْ وَمَا جَعَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ} [الأنعام: 107].

فإذا كان الله عز وجل لم يكره الناس على الإيمان به، وهو الذي يملك ذلك ظاهرا وباطنا، وكذلك لم يأذن بشيئ منه لرسوله صلى الله علي وسلم ، حيث قال له:) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُسَيْطِرٍ( [الغاشية/21، 22] وقال له )أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُواْ مُؤْمِنِينَ( ، فكيف يأذن ، بل يأمر ولاة المسلمين ، بإكراه أحد على البقاء في الإسلام ، أو الرجوع إليه بعدما خرج منه ، تحت طائلة القتل؟!

[2] perkataan al-Imam Mahmood Syaltut;

وقد يتغير وجه النظر في المسألة إذا لوحظ أن كثيرا من العلماء يرى أن الحدود لا تثبُت بحديث الآحاد، وأن الكفر بنفسه ليس مبيحا للدم، وإنما المبيح هو محاربة المسلمين والعدوان عليهم ومحاولة فتنتهم عن دينهم، وأن ظواهر القرآن الكريم في كثير من الآيات تأبى الإكراه في الدين
Al-Islam, Syariatan wa Aqidatan, hlmn 292
[3] Ayat
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
[4] Ayat
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَمَنْ قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِفْ فِي الْقَتْلِ إِنَّهُ كَانَ مَنْصُورًا
[5] Ayat
وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا

Rabu, 5 September 2012

FIQH TAWAQQU’ – FIQH RAMALAN


Dalam al-Muwafaqat, al-Imam al-Syatibi mencadangkan satu teori fiqh yang disebut sebagai maalat al-Af'al, iaitu melihat kepada implikasi terhadap sesuatu tindakan.

Antara dalil-dalil bersumber dari nas dalam menyatakan bahawa wujudnya fiqh maalat al-‘af’al ini adalah seperti berikut;

Pertama:
Dari sudut hukum asal, memaki sembahan-sembahan selain Allah adalah dibenarkan. Namun begitu, dibimbangi ia memberi implikasi yang buruk disebalik memaki sembahan-sembahan itu, iaitu menerima makian balas terhadap Allah SWT dari mereka dengan prejudis, maka perkara itu diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah, “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan” (Surah al-‘An’am, ayat 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

Kedua;
Dalam hadis ada dinyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW melarang seseorang memaki ibu bapa temannya. Larangan itu kerana melihat kepada implikasi yang bakal diterima, iaitu seperti memaki ibu bapanya sendiri. Ia disandarkan kepada satu hadis, daripada Abdullah bin Amr berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sebahagian dari dosa besar itu adalah seseorang itu memaki kedua ibu bapanya”. Nabi Muhammad SAW ditanya, “Bagaimana mungkin wujud orang yang memaki kedua ibu bapanya?”. Berkata Nabi Muhammad SAW, “Seseorang memaki bapa seseorang yang lain, lalu dia memaki balik bapanya dan memaki balik ibunya”. (al-bukhari, hadis no : 5516)

إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ

Ketiga;
            Daripada Aisyah R.Ha, sesungguhnya Nabi Muhammad SAW ada berkata kepadanya;
“Apakah kamu tidak melihat sesungguhnya kaum kamu ketika mereka membina kaabah, mereka membataskan pada qawaed Ibrahim”. Aku (Aisyah) bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, kenapa tidak kamu kembalikannya pada qawaed Ibrahim?”. Nabi Muhammad SAW menjawab, “kalaulah tidak kerana baru kaum kamu meninggalkan kekufuran, pasti aku sudah lakukan” (al-Bukhari, hadis no : 1480)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهَا أَلَمْ تَرَيْ أَنَّ قَوْمَكِ لَمَّا بَنَوْا الْكَعْبَةَ اقْتَصَرُوا عَنْ قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَرُدُّهَا عَلَى قَوَاعِدِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ


Jika diperhatikan kepada jawapan Nabi Muhammad SAW, kita dapati bahawa Baginda tidak terus meruntuhkan kaabah dan membaiki kedudukan balik Kaabah pada tapaknya yang sebenar, kerana bimbang melahirkan implikasi yang lebih buruk, iaitu pandangan arab bahawa Nabi Muhammad SAW mengajar kepada mereka meruntuhkan tempat-tempat suci ini.

Keempat;
Dari Anas bin Malik, bahawa seorang badwi telah kencing dalam masjid. Sebilangan sahabat bangkit (untuk menghalang badwi itu berkencing). Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda, “Jangan kamu halang dia kencing”. Kemudian Nabi Muhammad SAW menyuruh mendatangkan satu baldi air, dan baginda SAW sendiri yang tuangkan air itu pada tempat kencing badwi tadi. (al-Bukhari, hadis no : 5566)

أَنَّ أَعْرَابِيًّا بَالَ فِي الْمَسْجِدِ فَقَامُوا إِلَيْهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُزْرِمُوهُ ثُمَّ دَعَا بِدَلْوٍ مِنْ مَاءٍ فَصُبَّ عَلَيْهِ

Nabi SAW melarang para sahabat dari menghalang Badwi itu kencing kerana, jika menghalang ketika badwi itu sedang kencing akan mendatangkan implikasi yang lebih besar buruknya, iaitu tempat yang kena air kencing dalam masjid itu akan menjadi lebih besar. Juga, mungkin apabila menghalang, menyebabkan badwi itu lari. Ketika itu, implikasinya lebih buruk, iaitu air kencingnya akan kena pada pakaian dan badannya.

Dari fikrah itu, ternyata fiqh itu semakin berlaku tajdid dan pembaharuan. Makanya lahir berbagai-bagai teori fiqh yang dapat difahami dalam kerangka kehidupan tanpa menafikan faktor nas-nas syariah.


Terkini, perbincangan Fiqh Tawaqqu' semakin berkembang. Ia dibicarakan oleh sebilangan besar tokoh-tokoh ilmuan islam yang muktabar, seperti Abdullah Bin Bayyah dan seumpamanya.


Fiqh Tawaqqu' atau diterjemah sebagai fiqh ramalan adalah kesan dari perbincangan tentang teori Maalat al-af'al atau implikasi terhadap sesuatu. Ia rentetan dari perbincangan tentang teori sad al-zaraie yang dikemukakan oleh Imam Malik, juga teori Fath al-zaraie yang dikemukakan oleh imam al-Qarafi.


Fiqh ramalan ini satu perbincangan tentang kefahaman yang mendalam dalam memastikan sesuatu yang bakal berlaku. Makanya, dari sekarang dilakukan beberapa tindakan supaya kemaslahatan lebih tercapai untuk masa mendatang berbanding kemudharatan, atau sekiranya diandaikan tercapai kemudharatan, dilakukan beberapa tindakan mengurangkan kemudharatan yang bakal berlaku.


Ada sebilangan ilmuan menolak teori fiqh tawaqqu' ini dengan alasan bahawa mengandai sesuatu yang bakal terjadi adalah satu perkara yang tertolak. Mereka berdalilkan dengan perkataan Umar bin al-Khattab di atas mimbar pada suatu hari. Iaitu, Umar menyatakan bahawa orang yang bertanya perkara yang bakal berlaku adalah orang yang meminta bala itu disegerakan berlaku. Makanya ia wajar dibuang. (‘Ilam al-Muwaqiin, hlmn 91)

قال عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ : أُحَرِّجُ بِاَللَّهِ عَلَى كُلِّ امْرِئٍ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يَكُنْ ، فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ بَيَّنَ مَا هُوَ كَائِنٌ


Dijawab pendapat ini dengan satu kisah perbualan antara seorang sahabat bernama qatadah bersama Imam Abu Hanifah. Iaitu, Abu Hanifah bertanyakan perkara yang cukup susah dan ia belum berlaku. Soalan itu menyebabkan Qatadah memarahi Abu Hanifah, kerana bimbang mengundang bala. 


Namun begitu, Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa soalan tersebut adalah sebagai cara untuk kita bersedia untuk berhadapan dengan bala yang bakal menimpa. Jika diketahui, maka kita sudah untuk masuk atau keluar dari bala tersebut. (tarikh Baghdad, jld 6, hlmn 106 )

عن النضر بن محمد قال: دخل قتادة الكوفة ونزل في دار أبي بردة فخرج يوما وقد اجتمع إليه خلق كثير فقال: قتادة والله الذي لا إله إلا هو ما يسألني اليوم أحد عن الحلال والحرام إلا أجبته فقام إليه أبو حنيفة فقال: يا أبا الخطاب ما تقول في رجل غاب عن أهله أعواماً فظنت امرأته أن زوجها مات فتزوجت ثم رجع زوجها الأول ما تقول في صداقها وقال لأصحابه الذين اجتمعوا إليه لئن حدث بحديث ليكذبن ولئن قال: برأي نفسه ليخطئن فقال: قتادة ويحك أوقعت هذه المسألة قال: لا قال: فلم تسألني عما لم يقع قال: أبو حنيفة إنا نستعد للبلاء قبل نزوله فإذا ما وقع عرفنا الدخول فيه والخروج منه


Ia dikukuhkan lagi dengan beberapa keputusan Nabi SAW, seperti dalam sejarah sulh al-Hudaibiyyah. Ini kerana, perjanjian yang dilihat berat sebelah itu dengan berani diterima oleh Nabi SAW kerana menjangkakan kemaslahatan yang lebih besar bakal dikecapi dari pihak umat Islam. Ternyata, keberanian Nabi SAW menerima perjanjian tersebut mendatangkan keuntungan yang cukup gemilang dari pihak Islam.


KHILAF

Secara asasnya, sesuatu ramalan ini diterima dalam syariah berdasarkan syarat-syaratnya. Jika dipenuhi syarat, maka ia adalah fiqh tawaqqu', tetapi ia tidak mencukupi syarat, maka ia tidak boleh disebut sebagai fiqh tawaqqu'.


Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1- Ia mesti berdasarkan kepada ghalabah al-zan, iaitu sangkaan yang menguasai. Dengan maksud, sesuatu sangkaan itu mempunyai bukti penyokong.


Ini sepertimana firman Allah yang menyatakan bagi orang yang berpoligami, jika mereka bimbang bahawa mereka tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah mereka berkahwin seorang sahaja. (surah al-Nisa’, ayat 3)

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً


Jika ikut kepada realitinya, kita tidak tahu apakah kita boleh berlaku adil atau tidak, jika kita tidak berpoligami terlebih dahulu. Namun Quran menyatakan jika bimbang dari berlaku, maka hendaklah kahwin satu sahaja. Menunjukkan, ia tertakluk kepada sangkaan yang mendominasi dalam diri orang yang berpoligami tersebut.

2- Ia perlu melihat kepada qarinah yang TELAH dan SEDANG berlaku, disamping qarinah itu mempunyai kaitan dengan keadaan yang BAKAL berlaku. Semua ini perlu kepada analisa.


Ia dilihat pada perjanjian Hudaibiyyah yang dibuat oleh Nabi SAW. Semasa Nabi SAW menerima perjanjian, Nabi SAW sudah melihat suasana ketika itu, dan kaitannya yang bakal mendapat keuntungan di pihak umat Islam di masa akan datang.

3- Hendaklah diimbang perkara ini berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah. Iaitu, dengan disenaraikan andaian-andaian yang berbentuk keuntungan yang bakal berlaku. Juga diisenaraikan andaian-andaian tentang kerosakan-kerosakan yang bakal berlaku. Lalu, dianalisa untuk memilih tindakan yang boleh mengurangkan kerosakan, jika disana didapati akan berlaku kerosakan. Atau memilih kemaslahatan yang besar, jika disana dapat menghapuskan kemaslahatan tersebut.


Ini dilihat kepada tindakan Nabi SAW yang menerima untuk tidak menulis 'bismillah al-Rahman al-Rahim' dan 'Muhammad Rasulullah' dalam perjanjian hudaibiah pada tahun ke 6 hijrah, kerana melihat kemaslahatan yang lebih besar, iaitu umat Islam bukan sekadar boleh menunaikan ibadat Umrah qadha' pada tahun ke 7 hijrah, tetapi berjaya mengambil alih kerajaan Makkah pada tahun 8 hijrah.

4- Apabila sudah mendapati sesuatu itu bakal mencapai mafsadah atau kerosakan, maka disediakan 'ubat' bagi mengelak dari berlaku kerosakan tersebut. Ia seperti dalam analisa perlaksanaan hudud, didapati bahawa kerosakan yang bakal berlaku adalah penolakan ekoran dari tidak memahami. Makanya disediakan 'ubat' bagi menyelesaikan perkara ini dengan mengadakan kempen berbentuk keilmuan dan sebagainya. Atau misal lain, seperti seseorang doktor itu merasakan bahawa seorang pesakit itu mempunyai tanda-tanda ketika itu bahawa dia bakal ditimpa penyakit kusta, maka disediakan ubat-ubat pencegahan dari tertimpa penyakit tersebut.


Ini dapat dilihat dengan tindakan Nabi SAW menyuruh para sahabat membawa segala makanan dan duit ketika hendak menunaikan umrah qadha' pada tahun ke 7 hijrah (perjanjian hudaibiah pada 6 hijrah) untuk diberikan kebajikan kepada rakyat Makkah yang miskin dan berhutang ketika mereka melakukan ibadat. Tindakan itu, menyebabkan Islam menjadi buah mulut dikalangan rakyat makkah yang mendatangkan gelombang rakyat pada tahun selanjutnya, iaitu dalam sejarah Fath al-Makkah.


KESIMPULAN

Teori ini memang agak baru dibincangkan dalam dunia umat Islam, tetapi ia tidak salah dari sudut pengamalannya. Ini kerana, diteliti pada nas-nas dan sirah, didapati ia sudah diamalkan.

Teori ini amat penting dibincangkan dan diamalkan bagi mereka yang terlibat dengan ilmu kedoktoran, business, politik dan sebagainya. Ia sebenarnya berasaskan kepada islam yang selayaknya diamalkan.

Wallahu 'Alam.