Sabtu, 17 Julai 2010

ISLAM AKAN DIHINA, JIKA PAS GABUNG DENGAN UMNO

(klik untuk besarkan)

"Melayu hilang dalam PRU akan datang jika PAS berdegil tidak mahu bergabung dengan UMNO" ujar SB Harussani.

Sebenarnya, bukan melayu hilang, tetapi yang hilang adalah UMNO. UMNO tidak mewakili melayu, dan melayu tidak mewakilkan UMNO untuk melayu.

UMNO terbukti mengkhianati Rakyat malaysia. Cina dan India adalah dua bangsa utama yang dikhianati UMNO. Orang melayu juga jadi haprak di tangan UMNO.

Melayu hebat apabila melayu melakukan keadilan. Melayu jadi haprak, sebab menjadi pengkhianat. Kini melayu haprak, sebab UMNO mendakwa bahawa mereka adalah Melayu. Justeru, jika melayu mahu hebat, hendaklah keluar dari kepompong UMNO.

Islam agama melayu, dan melayu akan berusaha sebarkan Islam kepada Cina dan India dan seluruh bangsa di malaysia. Dengan maksud, jika melayu ikut UMNO, kita akan dapat lihat bahawa cina dan india akan lari meninggalkan islam.


UMNO AJAK FBI LAWAN PR UNTUK PRU 13

FBI merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat. Peperangan di Afghanistan adalah kerja-buat FBI. Slogan yang mereka mainkan adalah, "anti-keganasan" dengan mempamerkan Osama bin Laden sebagai tokoh militan. Akhirnya, Afghanistan hancur diserang Amerika Syarikat.

Pada 19 hingga 23 Julai ini, FBI yang merupakan cabang militan Amerika ini bersidang di Kuala Lumpur. Kehadiran FBI itu, sangat hampir dengan PRU yang bakal berkunjung tiba.

Seperti yang dimaklumi, pentadbiran Najib sehingga malaysia menjadi "kerajaan laki-bini" ini telah menggunakan duit rakyat sehingga RM77 juta setahun untuk membayar APCO, sebuah syarikat zionis. Kekurangan tabung kerajaan, sehingga terpaksa menaikkan harga Minyak, Gas, Diesel dan gula. Justeru, Apakah keputusan FBI mengadakan persidangan di Kuala Lumpur ini mempunyai kaitan dengan APCO? Jika ada, bermakna ia ada kaitan dengan UMNO.

UMNO kena jelaskan, kenapa militan amerika yang merancang serangan terhadap negara Umat Islam, seperti Iraq dan Afghanistan ini mengadakan persidangan di Kuala Lumpur pada 19 hingga 23 Julai ini. Kenapa buat di malaysia? kenapa dekat dengan tarikh Pilihanraya Umum? Apakah UMNO bukan sekadar meminta bantuan dari APCO, bahkan sudah meminta tolong dari FBI pula?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
18 Julai 2010 * 5:15 pagi

Malaysia Bebas Cukai 5 Tahun Jika Pakatan Rakyat Mentadbir Malaysia Selepas PRU-13 : Husam


Kuala Krai, 16 Julai - AJK PAS Pusat yang juga EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Dato' Haji Husam Musa memberi jaminan jika Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat dalam PRU-13 untuk mentadbir Malaysia, Pakatan Rakyat akan mencari jalan terbaik untuk memansuhkan cukai selama 5 tahun. Idea ini ditawarkan oleh Dato' Haji Husam Musa dalam ceramah anjuran Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat di Kuala Krai, Kelantan semalam.

Penceramah lain yang turut hadir ialah ADUN Mengkebang, YB Ustaz Latiff, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr.Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) YB Tony Phua.

Pakatan Rakyat memiliki formula istimewa untuk merealisasikan "Malaysia Yang Bebas Cukai Demi Kesejahteraan & Kemakmuran Rakyat" kata Dato' Haji Husam Musa.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat membantah sekeras-kerasnya tindakan drastik Kerajaan UMNO/BN menaikkan harga barangan keperluan asas tanpa membentangkan terlebih dahulu untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen. Jelas dan Nyata bahawa UMNO/BN bertindak sesuka hati seumpama Negara ini milik mutlak mereka dan bebas berbuat apa saja tanpa memikirkan kesan kepada rakyat yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah dan miskin.

Dat' Haji Husam yang juga EXCO Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan menyelar etika kerja Kerajaan UMNO/BN yang zalim dan tidak bertanggungjawab apabila projek-projek mega yang memakan kos mencecah billion ringgit serta pembelian dengan kos yang melampau dan tidak masuk akal tetap diteruskan pada masa rakyat terus menerus dibebani dengan pelbagai kenaikan harga dan cukai contohnya yang terbaru kenaikan barangan keperluan asas yang diumumkan secara tergesa-gesa oleh Najib pada malam 15 Julai selepas sahaja Sidang dewan untuk penggal ini ditangguhkan..

Kenaikan harga barang tanpa kenaikan taraf ekonomi dan gaji rakyat Malaysia yang majoritinya terdiri dari petani,nelayan, buruh, peladang, bekerja sendiri dan bekerja di sektor swasta pastinya akan membebankan rakyat akibat malapetaka ekonomi dan inflasi yang teruk di Malaysia.

Dato' Haji Husam serta barisan penceramah dalam majlis penerangan isu semasa mengajak semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama untuk menolak UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang serta menyokong Pakatan Rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan Negara Malaysia.

sumber : perisik-rakyat

Jumaat, 16 Julai 2010

SIAPA RANCANG BUNUH ANWAR?



Abdul Samad Gul mati dibunuh.
Prof Zulkifli Muhammad didakwa dibunuh.
Anwar Ibrahim bakal dibunuh?

Siapa yang bunuh Abdul samad Gul?
Siapa yang didakwa membunuh Prof Zulkifli Muhammad?
siapa yang bakal membunuh Anwar Ibrahim?

Sila Klik

Khamis, 15 Julai 2010

Rabu, 14 Julai 2010

JOM KITA GELAK KERANA UMNO JUGA PARTI PERJUANGKAN ISLAM



malaysiakini melaporkan;

"Perdana Menteri dan Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut" (sila Klik)

gambar di atas adalah gambar isteri presiden parti yang memperjuangkan islam.


UMNO - PAS, BUKAN HASRAT UMAT ISLAM ANJURAN NABI

KUALA LUMPUR 14 Julai - UMNO dan Pas digesa melaksanakan impian umat Islam yang mahu melihat kedua-dua parti itu menjalin kerjasama demi kepentingan perpaduan ummah.

Sehubungan itu, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, sudah tiba masa dua parti itu bersikap terbuka, matang dan meletakkan kepercayaan sesama mereka bagi membangunkan agenda ummah. (sila Klik)

***

Islam haramkan perkauman. islam haramkan kezaliman seperti ISA. islam haramkan pengkhianatan hak rakyat.

Islam seru agar memberikan hak kepada rakyat secari adil, tanpa melihat etnik dan kaum. Islam tidak ajar, melakukan tindakan sehingga menyebabkan bangsa lain melihat Islam agama kaum tertentu.

justeru, PAS - UMNO bergabung, bukan hasrat Umat islam yang dianjurkan oleh nabi SAW. tetapi, mereka adalah golongan umat yang melibat dalam lingkungan yang terlalu sempit.

"wahai UMNO, islam bersifat universal. tidak ada perkauman sempit dalam islam"

SIAPA YANG NAK JATUHKAN KERAJAAN PR SELANGOR?


[1]

Dalam Akhbar Sinar harian pada hari rabu bertarikh 14 Julai 2010, melaporkan satu berita yang bertajuk "siang Dun tegang" di muka surat depan sentral.

Dalam laporan tersebut, Azmin Ali yang merupakan ADUN bukit antarabangsa mempersoalkan kerajaan negeri yang masih mengekalkan khidmat syarikat alam flora, meskipun dikatakan tidak memberi perkhidmatan yang baik seperti di Ampang yang mana sampahnya tidak dikutip mengikut jadual.

Azmin Ali juga menyatakan, negeri lain, seperti di perak telah menswastakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejalnya termasuk Sarawak yang tidak menggunakan Alam Flora.

Namun, tindakan Azmin Ali mempersoalkan tindakan kerajaan negeri terhadap Alam Flora ini dipertahankan oleh Exco infrastruktur.

[2]

Mungkin kita tidak perasan disebalik tindakan Azmin Ali yang mempersoalkan itu?

Sumber dalaman Alam Flora mendakwa, sebarang pembahagian projek yang diselenggarakan oleh Alam Flora, yang diberikan kepada kontraktor - kontraktor diputuskan dalam meeting exco.

Dikhabarkan, antara keputusan yang dibuat adalah, PAS mendapat kouta sebanyak 18%, PKR mendapat 21%, DAP mendapat 16% dan kontraktor lama [sudah pasti kontraktor-kontraktor UMNO] dikekalkan koata sebanyak 45%. Dan semua ini diserahkan kepada exco yang terbabit untuk menguruskannya.

Menurut dakwaan dalaman Alam Flora itu, berlaku beberapa perkara pelik dalam pembahagian projek dalam Alam Flora ini. Antaranya adalah, setiap kontraktor baru yang menghantar nama, perlu menghadapi ujian kelayakan. Namun, keputusan markah itu tidak dikeluarkan dengan sebab wujud campur tangan dari SUK [exco yang terbabit dengan Alam Flora].

"Peliknya, hanya seorang sahaja kontraktor PAS dapat dari koata PAS, dan yang lainnya, semua kontraktor-kontraktor UMNO yang dapat" dakwa dalaman Alam Flora tersebut, sambil memberikan kepada kami beberapa nama-nama kontraktor-kontraktor UMNO yang terbabit. Disertakan juga jawatan-jawatan mereka dalam UMNO.

Apabila ditanya, siapakah kontraktor PAS itu?

"Saya tidak ingat namanya, tetapi dia dari Kuala selangor" jawabnya.

[3]

Lebih mengejutkan lagi, dalaman Alam flora itu mendakwa bahawa antara yang dapat projek ini adalah seorang yang memberi funder yang agak besar dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"dorang selalu buat meeting kat Indonesia.. dorang tidak buat di Malaysia" dakwa dalaman alam flora itu.

Dakwa dalaman alam flora itu lagi, "funder ini bersekongkol dengan beberapa orang tertentu dalam Alam Flora dan juga seorang dato' Bandar"

Apabila ditanya, apakah ia hanya melibatkan kepada UMNO sahaja?

"Ini bukan UMNO sahaja terlibat, tetapi ada juga orang-orang tertentu dalam pakatan rakyat terlibat dalam usaha ini" ujarnya yang boleh menimbulan persoalan.

Apabila ditanya, dia enggan menyebut siapakah orang-orang dari pakatan rakyat itu. Walau bagaimanapun, di akhir pertemuan kami, dalam loghat kelantan dia menyebut, "mungkin kito keno tanyo, Siapa orang yang bernama Zaini? Barangkali exco infrastruktur kenal, dan mungkin juga dia tidak kenal"

Sekian

P.s : segala ulasan ini, hasil dari pertemuan kami dengan seorang orang lama dalam Alam flora di ibu kota malam tadi. Diminta agar berita ini dikaji terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] sg buloh
15 Julai 2010 * 3:45 pagi

Selasa, 13 Julai 2010

EXCO INFRASTRUKTUR SEDIA KERJASAMA UMNO - PAS?

Muhyiddin berbunyi lagi tentang kerjasama antara PAS - UMNO. Alasan kerjasama adalah, perkukuh Islam dan kedudukan melayu. Apakah benar kerjasama ini benar-benar boleh perkukuh Islam dan kedudukan melayu, atau sebenarnya mahu perkukuh UMNO?

Melayu dan Islam tidak boleh dikukuhkan selagimana rasuah masih berleluasa, ISA masih berjalan seperti biasa, penyelewengan harta rakyat berleluasa . Bukan sekadar tidak beragama, UMNO terbukti menjual agama. Apakah kita sudah lupa "Islam hadhari"?

Melayu dan Islam mengajar keadilan, UMNO melakukan kezaliman. Melayu dan islam menyeru kepada menghormati hak manusia termasuk terhadap bangsa cina dan india, tetapi UMNO mengkhianati bangsa cina dan india, malahan secara diam-diam UMNO mengkhianati Melayu.

Yang syok nak bergabung dengan UMNO ini, hanya exco inftrastruktur Negeri Selangor yang beliau sendiri ada melakukan pertemuan sulit dengan seorang mufti yang satu-satunya sering bercakap pasal gabung UMNO-PAS, iaitu Harussani di PNB Park pada tiga bulan lepas. Dalam reteriat PAS baru-baru ini pun, dengan lantang exco berkenaan mencemuh Tan Sri Khalid, PKR dan DAP. Ucapannya itu, memberi satu kejutan baru, bahawa retreat PAS kali ini seolah-olah dihadiri seorang wakil UMNO.

Sekian

p.s : 18 % kouta PAS dalam Alam Flora - dimaklumkan semuanya diberikan kepada Kontraktor UMNO [majoritinya orang Rahman Palil, Bekas Exco Agama dalam Kerajaan Selangor BN lalu] kecuali satu sahaja dapat kepada kontraktor PAS. Siapa yang bagi kepada kontraktor UMNO itu? dimaklumkan juga, exco yang ada kaitan dengan alam flora ini memberi surat sokongan terhadap Kontraktor-kontraktor UMNO itu.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg buloh
14 Julai 2010 * 12:04 tengahari

KAJIAN SECARA RAMBANG UNTUK PENGUNDI MUDA

kajian telah dilakukan sejak 3 bulan yang lalu berkenaan dengan 3 ketua pemuda; Nasaruddin Tantawi, Samsul Iskandar dan Khairi Jamaluddin. Ia tertumpu kepada anak muda berbangsa melayu dan lelaki sahaja.

kajian ini tertumpu kepada soalan-soalan berikut;

1- pada anda, parti apakah menjadi dokongan anda?
2- anda kenalkah ketiga-tiga tokoh ini?

Kajian ini tertumpu di tempat-tempat berikut;

1- setiap malam minggu [sabtu malam ahad] di dataran merdeka. - seramai 50 orang [sempena orang bandar]
2- di felda sungai tengi - seramai 30 orang [sempena melayu kampung / felda]
3- di Kuala Kubu Bharu - seramai 40. [sempena pemikiran pertengahan]

Hasil kajian dilakukan ini, didapati mereka menjawab seperti berikut;

Pertama:

Parti yang didokong?

Dataran merdeka; 50 org
28 - tak mahu bgtau.
17 - sokong PR.
5 - sokong BN

Kuala Kubu Bharu ; 40 orang.
Tak mahu bgtau : 22
Sokong PR : 7
Sokong BN : 11

Felda sungai tengi ; 30 orang.
Tak mahu bgtau : 12
Sokong PR : 5
Sokong BN : 13

Kedua:

antara tiga, siapa yg paling dikenali?

Dataran merdeka - 50 orang

Tantawi : 2 orang.
Samsul iskandar : 6 orang
Khairi : 15 orang.
Tak kenal semua : 27 orang.

Kuala Kubu Bharu ; 40 orang.

Tantawi : 1 orang
Samsul iskandar : 4 orang.
Khairi : 24 orang.
Tak kenal semua : 11 orang.

Felda sungai tengi ; 30 orang.

Tantawi : 0 orang.
Samsul iskandar : 3 orang.
Khairi : 14 orang.
Tak kenal semua : 13 orang.

* kajian ini adalah inisiatif peribadi, tidak ada kaitan dengan mana-mana badan. Ia fokus kepada anak-anak muda yang sedang lepak-lepak.

Sekian..

MELAYU VS UMNO


Melayu adalah bangsa yang sopan santun. Melayu bangsa yang menghormati bangsa lain. Melayu bangsa beragama. melayu tidak menerima rasuah, tidak seleweng harta orang lain, tidak pernah sokong ISA.

Yang jadi kurang ajar, adalah bangsa UMNO. Yang mengkhianati bangsa lain adalah bangsa UMNO. Yang tidak beragama adalah bangsa UMNO. Yang makan rasuah adalah bangsa UMNO. Yang selewengkan harta rakyat adalah bangsa UMNO. yang sokong ISA adalah bangsa UMNO.

Siapa bangsa UMNO?

Bangsa yang menjadi balaci British semasa kemerdekaan dahulu. Rosaknya melayu kini, kerana UMNO. Rosaknya islam kini, kerana UMNO. Pertelingkahan antara bangsa di malaysia, kerana UMNO. Yang bunuh Altantuya adalah pemimpin bangsa UMNO?

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Julai 2010 * 6:25 petang

Isnin, 12 Julai 2010

"KALAU TOLAK PERSEPSI, LEBIH BAIK JANGAN MASUK PILIHANRAYA"

[1]

Politik kepartian untuk menang Pilihanraya, bukan seperti perjuangan yang dilakukan oleh taliban di Afghanistan dan perjuangan revolusi di Iran. Membaca buku-buku politik kepartian, kita akan dapati segala keputusan yang dibuat tidak lebih sekadar persepsi.

persepsi boleh diurus. Bijak menyerang dan mengawal media, melambangkan kebijaksanaan dalam mengurus persepsi dalam dunia politik kepartian.

orang yang kalah, selalunya adalah orang yang tidak bijak bermain dengan persepsi. Orang yang menang pula adalah orang yang bijak bermain dengan persepsi.

[2]

nabi SAW akui persepsi. Jika tidak, masakan nabi SAW tidak mengizinkan Umar bin Al-Khattab membunuh Abdullah bin Ubai bin salul, bapa munafiq Madinah, setelah diminta sendiri oleh umar. Semuanya adalah kerana bimbang dikatakan bahawa nabi Muhammad SAW tidak melarang membunuh umatnya sendiri.

Ini menunjukkan, Nabi SAW amat memandang penting persepsi, waima terbukti kewujudan Abdullah bin Ubai bin Salul itu amat memberi banyak kerosakan kepada perjuangan islam yang didokong oleh Nabi SAW sendiri.

[3]

Memang gendang pilihanraya belum dipalu, tetapi gendang pilihanraya telah ditempatkan ditempatnya sudah kelihatan. Lihatlah serangan dari pihak BN terhadap Pakatan rakyat yang terpancul di kaca TV, juga di ruangan akhbar pro BN.

Ada mendakwa, yang paling hampir berlaku PRU ke 13 adalah bulan november ini. benar atau tidak, terserang kepada penilaian masing-masing. yang pastinya, penentuan tarikh PRU bukanlah satu sistem yang dipersetui bersama antara BN dan PR, tetapi ia hak mutlak PM Malaysia.

Kalau PM merasakan ia adalah tarikh selamat bagi BN, tidak mustahil ketika itulah dia akan mengisytihar pembubaran Parlimen. Jika ia tidak selamat, maka ditangguhkan sehingga sampai tarikh yang selamat bagi mereka.

[4]

Kelihatan dari media-media BN, usaha mencari tarikh yang benar-benar selamat bagi BN sedang dicari. makanya dibangkitkan banyak isu-isu yang boleh melahirkan persepsi buruk kepada Pakatan rakyat.

Tidak dinafikan, isu perpaduan PAS - UMNO [dalam wajah baru kini, digunakan kalimah kerjasama]dimainkan semula. Ia tidak ada tujuan lain, supaya melahirkan pertembungan antara PAS, PKR dan DAP, seterusnya melahirkan perpecahan.

perpecahan antara PAS, PKR dan DAP melambangkan kemenangan pertama bagi BN untuk merampas negeri-negeri yang mereka terlepas dari tangan Pakatan rakyat. Justeru, usaha ini dilakukan dengan begitu bersungguh sekali. Teori yang dilakukan oleh BN ini, sama seperti teori yahudi menggempur kerajaan Osmaniyyah turki, yang dikenali sebagia teori pecah perintah.

Serangan bagi menjayakan teori ini, ternyata dilakukan. Ia tidak lain dan tidak bukan, bagi melahirkan perpecahan. perpecahan ini boleh berlaku, cukup sekadar melahirkan persepsi dari sesuatu parti kepada satu parti yang lain.

Justeru, kebijaksanaan bermain dengan persepsi ini wajar diambil kira. terutama, bagi mereka yang datang dari parti PAS, kerana jika tidak bijak bertindak, ia mengundang parah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
13 Julai 2010 * 12:43 petang




SUSAHNYA BASUH TAHI BN DI SELANGOR

[1]

Langkah kerajaan Selangor mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan mengawal industri perlombongan pasir yang sebelum ini memberikan pihak tertentu peluang mengaut keuntungan mudah daripada kegiatan berkenaan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain itu, ia juga bertujuan membolehkan Selangor mengenali selok belok industri berkenaan untuk mengenalpasti ketirisan yang berlaku dalam kegiatan perlombongan pasir

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

[2]

Khalid dalam jawapannya berkata, pada tahun 2006 kerajaan negeri memperoleh royalti sebanyak RM4.37 juta. Manakala bagi tahun 2007 pula jumlah kutipan berjumlah RM4.2 juta - jauh daripada kutipan sepatutnya yang dijangkakan sebanyak RM30 juta setahun.

"Kecurian masih berleluasa. Kita dapati (hasil) berjumlah RM30 juta tidak terkutip sebab kita tidak kawal. Jadi cara kita adalah tubuhkan Kumpulan Semesta," katanya.

[3]

Katanya lagi, kaedah menangkap individu terlibat dalam kegiatan tersebut dan menyita peralatan mereka didapati tidak berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.

"Untuk ini kerajaan berpendapat, salah satu usaha bukan saja selesaikan pengeluaran tetapi juga mengawasi penggunaan atau pengeluaran," katanya lagi.

Jelasnya, kaedah mengenakan kawalan di pihak pengguna pasir didapati berkesan untuk mengawal industri perlombongan, seperti yang diamalkan dalam industri minyak.

"Dulu kita hanya sekat tempat keluar pasir. Sekarang strategi kita ialah tempat penggunaan pasir. Kita akan letakkan pegawai untuk buat semakan sama ada pasir diambil dari tempat yang diluluskan kerajaan negeri.

[4]

Katanya lagi, selain langkah makro seperti itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan mesyuarat mingguan dengan pegawai setiap daerah untuk mengenalpasti kawasan yang berlaku kecurian pasir.

Tambahnya, kerajaan juga akan membayar sagu hati sebanyak RM5,000 kepada pemberi maklumat yang boleh mendedahkan maklumat kegiatan kecurian pasir.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan langkah untuk merampas tanah milik persendirian yang membiarkan kegiatan kecurain pasir dilakukan di tanah mereka.

sumber : malaysiakini.

***

Selangor tidak pernah jatuh ke tangan selain BN kecuali selepas sejarah 8 mac 2008. Setelah diambil dari BN, didapati banyak penyelewengan yang terbongkar; yang dilakukan oleh kerajaan BN. Semua ini terbukti, setelah diadakan Selcat, waima ada sebilangan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri tidak bersetuju dengan penubuhan Selcat [mungkin mereka nak rembat sama]

Pun begitu, usaha tan Sri Khalid menyelesaikan isu kecurian pasir ini, wajar diberi pujian. Walau tidak banyak, sedikit sebanyak usaha ke arah penyelesaian itu berlaku.