Sabtu, 20 Disember 2008

IJN – SIME DARBY : UMNO/BN “GILA BABI”

IJN – SIME DARBY : UMNO/BN “GILA BABI”

Kita digegarkan oleh berita usaha kerajaan UMNO/BN yang jijik dan kotor yang mahu menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Sdn Bhd. Tindakan ”gila babi” yang dilakukan oleh pihak kerajaan ini merupakan rentetan satu fahaman ekonomi kuffar yang sedang diamalkan, iaitu sistem ekonomi Kapitalis yang menyesatkan.

Jika menyorot balik kepada sejarah lampau. Usaha mengamalkan sistem ekonomi berasaskan kepada pemikiran kapitalis di Malaysia dengan menswastakan perbendaharaan negara adalah satu usaha gila yang telah dilakukan Tun Dr Mahathir pada tahun 1983.

Berbagai-bagai alasan yang dikemukakan ketika itu, antaranya adalah seperti berikut;

kononnya penswastaan dapat menjimatkan kos.

Realiti dari dakwaan ini merupakan satu mitos yang sengaja diwujudkan, bahkan yang menyedihkan adalah apabila pihak swasta yang telah diberikan kuasa oleh pihak kerajaan dalam mengurus sesuatu perbendaharaan negara, menyebabkan kos itu sering naik.

Kenaikan itu, memang terpaksa pihak kerajaan naikkan, sama ada memang menjadi masalah pada kerajaan jika tidak dinaikan, ataupun mendapat desakkan ”politik” dari pihak syarikat swasta yang telah memegang kuasa perbendaharaan negara.

kononnya Penswastaan meningkatkan kualiti.

Ada pihak mendakwa, apabila sesuatu perbendaharaan negara diswastakan, ketika itu kualiti servis akan dilaksanakan secara memuaskan. Tetapi, setelah diswastakan, dilihat dakwaan itu adalah sesuatu ”penipuan rasmi”, bahkan yang didapatinya adalah satu kesusahan kepada rakyat, lebih-lebih lagi terhadap rakyat yang tidak berkemampuan.

kononnya penswastaan dapat mengelakkan pembaziran dan salah guna kuasa.

realiti dari dakwaan ini adalah sebaliknya. Bahkan, dilihat seringkali pembaziran dan salahguna kuasa ini berlaku. Ini dapat dibuktikan dengan apa yang berlaku pada tahun 1997, yang mana pihak kerajaan terpaksa ambil alih Empangan Bakun dan bayar balik kepada ekran kepunyaan Ting Pek Khing dengan nilai RM 7.2 bilion.

Pada tahun 2000, perbendaharaan memberi semula 30 % saham renong Group yang bermasalah, kerajaan membeli saham Tajuddin Ramli 29 % dalam MAS dengan harga RM 470 Juta, Petronas memberi 25.8 % saham DRB –Hicom dalam proton.

Dan banyak lagi dakwaan mitos dan khurafat yang ditimbulkan bagi membenarkan tindakan mereka.

Pada hari ini pula, sekali lagi dakwaan mitos kedengaran yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Yang mana, antara dakwaannya menerusi akhbar Utusan malaysia pada hari ini adalah seperti berikut;

“Sekiranya IJN diserahkan kepada Sime Darby, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan, dalam erti kata tanggungjawab sosial akan disumbangkan oleh kerajaan”

Begitujuga, utusan Malaysia mendakwa bahawa;

“Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas isu tersebut turut mahukan jaminan daripada Sime Darby bahawa ia akan meneruskan khidmat kepada golongan berpendapatan rendah jika mengambil alih kepentingan dalam IJN”

Dakwaan ini, merupakan satu mitos yang seakan-akan sama yang pernah disebut oleh pihak kerajaan pada tahun 1983 dahulu, iaitu dikala mahu mencadangkan dasar penswastaan ini.

Apakah kita boleh bercaya dengan dakwaan yang mengandungi “mitos-mitos khurafat” ini???

Ingatlah !! orang mukmin tidak akan dipatuk ular oleh ular dari lubang yang satu sebanyak dua kali..

Walaupun Timbalan Perdana Menteri mendakwa, sumbangan kerajaan untuk pembedahan akan terus dilakukan. Apakah itu perkataan yang boleh dipercayai, sedangkan selama ini pun, sudah banyak kes-kes yang memeritkan berlaku kepada rakyat yang tidak berkemampuan. (artikle esok, akan membuktikannya. Insya Allah)

Ada sebilangan rakyat yang berbeza idealogi politik, telah ditekan dengan sedemikian rupa. Tekanan yang dilakukan dengan berbagai-bagai kerenah birokrasi yang diwujudkan sehingga mereka menjadi frust dalam usaha menyelesaikan masalah mereka.

Begitujuga, ”Perdana Menteri tidur” yang kononnya mahukan jaminan daripada Sime Darby bahawa ia akan meneruskan khidmat kepada golongan berpendapatan rendah jika mengambil alih kepentingan dalam IJN.

Ini juga satu mitos khurafat yang ditimbulkan. Memang diawal ini, berbagai-bagai alasan yang digunakan bagi menjamin, tetapi nasib akan datang sapa yang tahu???

Memang kucing agak tidak berminat dengan ikan bakar, tetapi apakah kita percaya kalau kucing itu dibiarkan bersendirian dengan ikan bakar itu bahawa ia tidak akan makan ikan tersebut???

Disebabkan itulah, Islam amat mengharamkan bentuk penswastaan yang melibatkan kepada perbendeharaan negara ini. keharaman itu merujuk kepada Allah menerusi ayat Al-Quran.

Firman Allah:

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Supaya perbendaharaan negara tidak berlegar dikalangan orang-orang kaya dikalangan kamu”

(Surah Al-Hasyr : 7)

PENUTUP

Sudah sampai masanya, pihak Islam menyediakan satu bentuk dan dasar ekonom alternatif yang merujuk kepada Islam. Jika ini berjaya dibentangkan, pasti Islam akan menang di Malaysia.

Persoalanya, adakah kita serius?? Atau kita lebih suka membantah sahaja???

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://4-g-bakistani.blogspot.com/

abu_abdillah_azzam@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Disember 2008 * 5:15 petang.

Tiada ulasan: