Sabtu, 21 Februari 2009

ISA ADALAH PEMULIHAN, BUKAN HUKUMAN ??

UMNO adalah sampah, bukan lori sampah !!!!
ISA ADALAH PEMULIHAN, BUKAN HUKUMAN ??

Utusan malaysia melaporkan;

KUANTAN 22 Feb. — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman seperti yang didakwa sesetengah pihak di negara ini, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
[1]

KOMEN:

Pemulihan dan hukuman. ISA bertujuan untuk pemulihan, bukan hukuman. Eh,, Bukankah, apabila seseorang itu dihukum menunjukkan orang tersebut berada dalam proses pemulihan???

Apabila Timbalan Ketua Polis ni bercakap begini, seakan-akan hukuman di Malaysia yang wujud kini bukan bertujuan pemulihan, tetapi mempunyai tujuan lain. Tujuan apa????

Apakah masih bukan hukuman, jika seseorang itu tidak dikenalkan dengan dunia luar sehingga menjangkau 7 tahun lamanya???

Apakah masih bukan hukuman, jika seseorang itu dibiarkan terpisah dari anak dan isterinya sebegitu lama????

Opss.. itu bukan hukuman, tapi pemulihan kata Timbalan Ketua Polis...

Nak pulihkan apa? Seseorang mangsa ISA ditangkap tanpa dibuktikan dengan bukti yang kukuh, lalu di sumbat dalam ISA.

Oleh itu, apa yang mahu pulihkan, sedangkan tidak ada bukti kukuh bahawa mangsa ISA itu ada kesalahan yang mahu dipulihkan.

Jawab je la... ISA dipertahankan demi menjaga UMNO dan Barisan nasional. ISA dipertahankan demi kepentingan orang-orang politik tertentu.

Itulah hakikatnya...

Islam punya ajaran pula menyebut Kaedah fiqh;

الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ

Maksudnya;
“Asal sesuatu itu bebas dari sebarang tanggungjawab
[2]

Bermaksud, kalau seseorang itu belum dibuktikan bersalah, maka haram dikenakan apa-apa tindakan terhadap orang tersebut. Sama ada tindakan itu bernama hukuman, mahupun proses pemulihan.

Ini kerana, bertindak terhadap orang yang tidak dipastikan bersalah merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam, bahkan bercanggah dengan fitrah manusia. Ianya melahirkan kemungkinan, seseorang itu tidak melakukan kesalahan. Jika bertindak kepada orang yang tidak bersalah, bukankah itu sudah wujud kezaliman???

Nampaknya, UMNO sekali lagi berjaya menyesatkan orang malaysia. Polis pula terjerumus kesesatan UMNO laknatullah Alaih.

UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Sekian
wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 Febuari 2009 * 2:53 petang.



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
[2] Al-Asybah Wa An-Nazair : 1/95.

Tiada ulasan: