Khamis, 19 Mac 2009

APA AKAN JADI AGAK-AGAKNYA???


APA AKAN JADI AGAK-AGAKNYA???

Pak Lah memang lembik. Kelembikan Pak Lah dijadikan senjata tajam untuk naikkan najib.

Pertukaran Driver semakin hampir. Apakah Pak Lah akan turun atau tidak, kena tunggu dan lihat sahaja.

Pembangkang dan sebilangan MP-MP BN harapkan Pak Lah sebagai PM berbanding najib. Naik najib, bermakna naik Mahathir. Apabila Najib naik, bermakna ramai lah ke ISA, kes Altantuya tak akan selesai, kes tuduhan liwat Pak Syaikh akan jadi masalah, dan banyak lagi mudharat akan berlaku.

Persoalan yang lain pula, apakah kes perak akan berlaku di Selangor pula ????

Naik Najib bermakna, mudharat besar akan berlaku. Bagi memilih mudharat yang ringan, pembangkang terpaksa sokong Pak Lah, walaupun Pak Lah bukan pilihan di hati.

Di rasakan Pak Syaikh Anwar main game, sebab itu ada pertemuan terbuka beliau dengan Pak Lah. Mungkin Pak Syakh tidak bermain Game, tetapi Pak Lah yang bermain game. Tapi, Pak Syaikh bersedia mem”blackgoat”kan diri beliau untuk menghilangkan mudharat yang lebih besar ini. itu semua mungkin. Tidak ada sandaran fakta dan bukti.

Lebih-lebih lagi, ramai orang-orang pak lah dah kena sound. Takkan pak Lah nak duduk diam kot????

Bila najib tengok dua tokoh ini bertemu dalam majlis yang mensangsikan itu, mesti “gedebar perut”. Apa sudah jadi dengan dua tokoh ini. Ada bincang-bincang ke????

Najib semakin berpeluh, takut-takut Pak Lah mungkir janji turun takhta. Tahu-tahu, ada jampi serapah di bawah meja Pak Lah. Sapa punya kerja ni????

Zaid Ibrahim nak jumpa sultan Mizan, minta Sultan Mizan jangan terima Najib jadi PM. Sultan Mizan lebih percayakan Presiden PAS berbanding orang lain. Alangkah baiknya kalau Presiden PAS main game sama, demi menafikan mudharat lebih besar.

Mungkin Presiden PAS tak suka bermain dengan Sultan. Bagi mengelak mudharat besar, lahirlah idea kerajaan Perpaduan. Lebih-lebih lagi, musim ekonomi kelam kabut.

Persoalannya, apakah idea kerajaan perpaduan itu adalah untuk meredakan keadaan dikala bimbang najib naik nanti???

Bermakna, kalau Najib naik pun, dia tak boleh pandai-pandai. Sebab PR bersama dengan BN.

Hanya Presiden PAS sahaja tahu, apa yang beliau maksudkan dengan kerajaan perpaduan. Memang ada penjelasan, tapi rasa tak jelas lagi. Maka lahirlah berbagai-bagai tafsiran.

Ada tafsirkan, kerajaan perpaduan adalah Kerajaan tanpa pembangkang. PR dan BN gabung. Tapi, gagasan itu rasa pelik pun ada. Siapa yang nak handle pula apabila PR dan BN dah duduk semeja????

Takkan PR nak bagi BN handle. Juga, takkan BN nak bagi kat PR handle. Atau, berbahagi memerintah. 2 tahun BN handle, 2 tahun PR pula handle. Sampai bila bertukar-tukar macam tu berlaku??? Sampai ekonomi selesai. Lepas tu, berpecah balik. Masa tu, BN dah kuat. Kita pun diper”anjing”kan dan diper”babi”kan oleh BN parti sial.

Ini masalah rumit.

Tahu-tahu BN wujudkan isu, kononnya PAS nak gabung dengan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi, kerusi PAS adalah manoriti berbanding PKR dan DAP.

PKR dan DAP mula rasa sangsi dengan PAS. Apakah luka-luka lama (baca : isu muzakarah) masih ”on track” ?? Ini masalah parah. Nasib baik tok guru nik aziz cover line.

Nampaknya, yang berjaya menyelamatkan keadaan sekarang bukan PAS, bukan PKR dan DAP, bahkan bukan UMNO atau BN, tetapi Pak Lah. Dia turun, kita kelam kabut. Dia pertahan, kita semua lega.

Lega di sini, bukan lega mutlak, tapi lega sikit.

Oleh itu, yang kita kena fikir sekarang. Macam mana kita nak buat agar pak Lah tak turun takhta, agar Mamat Monggol tu tak Naik.

Kita tengok je lah game yang sedang berlaku. Tunggu dan lihat.

Sekian

p/s : kerana satu tandatangan sahaja, 16 september tak jadi. Kalau satu tandatangan itu berjaya, sudah pasti sekarang ni mat monggol tu sudah berada di Monggolia..... tandatangan... oooo tandatangan... inilah susahnya, kalau kita dikelilingi oleh orang-orang jumud.....

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 mac 2009 * 6:14 pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz,
Betulke hanya dengan satu tandatangan sahaja yang menentukan 16 Sep jadi ke tidak jadi? Adakah 16 Sep tu segala2nya? Siapa yang dikelilingi mereka2 yang jumud?

Sekadar bertanya. Wslm.