Rabu, 13 Mei 2009

APA MASALAH LEMBAGA ZAKAT SEBENARNYA??

APA MASALAH LEMBAGA ZAKAT SEBENARNYA??

Di kampungku, ada seorang anak kecil berumur 2 tahun lebih dihinggap penyakit jantung berlubang. Sakitnya itu sejak dia dilahirkan lagi.

Ibu dan bapa anak kecil itu, bukanlah orang berada. Bapanya bekerja sebagai pomen kereta. Bekerja dengan abangnya sendiri. Gajinya sebulan, paling tinggi RM 8 ratus. Itupun, jika ada kenderaan yang rosak. Kalau tak ada, gajinya hanya Rm 5 ratus hingga Rm 6 Ratus sahaja.

Anaknya yang sakit itu adalah anaknya yang bongsu dari dua adik beradik. Memandangkan anaknya sakit jantung berlubang, menyebabkan bapanya sentiasa membawanya ke IJN. Berulang alik ke IJN menyebabkan wang kantong kehabisan. Apabila tidak mempunyai wang untuk dibayar, maka terpaksalah keluarga itu berhutang.

Apabila hutang telah menjangkau RM 82 ribu, pihak IJN terpaksa menolak dari memberikan rawatan kepada anak kecil tersebut. Keluarga miskin ini kesedihan.

Maka ke hulu ke hilirlah si bapa untuk mencari bantuan. Menyedihkan, semuanya hampa.

Sejak dari itu, bapanya hidup seperti orang gila. Badannya yang berisi, sudah jadi kurus kering. Kadang-kadang terpancul di mulutnya kalimah ”biarlah anak aku ini mati, aku dah tak tahu nak buat macam mana dah”.

Pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini, menampakkan sikap bapanya yang terlalu membenci kepada UMNO/BN. Dia menaruh harapan besar kepada parti PAS, PKR dan DAP untuk menang dikeranakan slogan ”negara berkebajikan”.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor menyegarkan hati si bapa. Mungkin, kebajikan yang dilaungkan berjaya menyelesaikan masalah anaknya yang sedang sakit jantung.

Aku dimaklumkan masalah itu oleh bapa saudaranya selepas kemenangan pakatan Rakyat di selangor. Aku meminta agar menyediakan semua dokumen-dokumen yang berkaitan, disamping mengisi borang permohonan zakat.

Setelah sempurna segala dokumen-dokumen itu, aku mengantarnya sendiri ke pejabat exco kerajaan negeri selangor yang mempunyai kuasa terhadap lembaga zakat selangor. Dan pihak di pejabat exco berjanji, akan menyelesaikan masalah ini dengan segara.

Aku berbangga dengan janji itu. tetapi menyedihkan, sudah hampir 4 bulan, masih tidak kedengaran berita pun tentang bantuan zakat yang dijanjikan.

Aku sendiri melakukan follow up sebanyak 4 kali, dijawab bahawa segala dokumen itu telah diserah ke lembaga zakat, tetapi sedihnya sehingga sekarang tidak kedengaran sebarang bantuan pun.

Tiba-tiba baru-baru ini, aku diberitahu oleh seorang yang mempunyai hubungan keluarga terhampir dengan keluarga anak kecil tersebut, bahawa anak kecil tersebut telah berjaya dibantu. Menggembirakan hatiku apabila mendengar berita sebegini. Pun begitu, gembiraku hanya sementara, kerana didapati yang membantu itu bukan lembaga zakat selangor, tetapi pergerakan Pemuda UMNO bahagian.

UMNO memang parti sial. masakan tidak, semasa mereka memerintah, anak kecil itu tidak pernah dijengok. Pun begitu, setelah mereka kalah; mereka tidak menguasai kerajaan, mereka dilihat sangat menjaga perkara kebajikan sebegini.

Walaubagaimana pun, sekurang-kurangnya mereka ini berjaya menyelesaikan masalah sebegini walaupun dengan niat ”modal politik”, tetapi menyedihkan, apabila pihak yang melaungkan slogan ”berkebajikan”, ditambahi dengan ungkapan ”yang berteraskan Islam”, serta ”ikhlas dalam pemerintahan” pun tidak berjaya menyelesaikan masalah seperti ini.

Mungkin islam ”cara kita” adalah, biarkan anak itu mati sakit jantung, sebab itu adalah qada’ dan qadar Allah SWT. (mungkin kot itulah islam yang difahaminya)

Setelah mendapat berita sebegitu, Aku berfikir panjang. Persoalan yang sering bermain dalam pemikiranku sehingga kini adalah, apa masalah sebenar yang sedang berlaku pada lembaga zakat selangor???

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 mei 2009 * 5:34 petang





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teman pun ada terfikir benda tu sejak sekian lama. Mana pergi duit zakat kita. Tiap tahun kutip puluhan juta. Pembangunan ekonomi orang Islam tak juga berkembang. Teman nampak duit kutipan zakat banyak digunakan untuk pengurusan. Berseminar sana, berseminar sini. Pencapaian tak ke tahap mana.

bumilangit berkata...

tuan,

mana lebih sial sebenarnya?

Unknown berkata...

jenguk la siapa di belakang LZS tu. orang rejim lama jugak....

tukang_pancung berkata...

- aku rasa duit yg UMNO bagi kat adik tu adalah duit pusat zakat
- sbb aku aku ckp mcm tu, sbb dlm pusat zakat tu masih ada org2 yg link dgn UMNO
- bila ada bantuan yg perlu diagihkan, maka juak2 nih akan panggil UMNO utk sampaikan kpd penerima
- spt yg ustaz ckp, ini lah 'modal politik' parti taik UMNO
- kesimpulan: bersihkan semua agensi bwh kerajaan negeri dari juak2 nih
- exco yg jaga agensi nih jgn la tido! bukak la mata tu luas2, tak kan menda cam ni masih tak nampak lagi!

achoksabah berkata...

malu aku jadi ahli pas..,baik aku keluar parti je kalau begini..kata nak masuk pilihanraya untuk mendapatkan wasilah(wadah) perjuangan,tapi semuanya haprak..

Tanpa Nama berkata...

bodohnya PR selangor yer, dah pegang kuasa, exco jaga zakat lak geng pro umno, hehehe nasib laa ummah kalau cam gitu, PAS=UMNO jer, politik jer citer cara lain

Tanpa Nama berkata...

Jangan bersikap prejudis kpd LZS coz ana percaya selagi ade org mcm Ust Uda Kassim dalam LZS pasti dia berusaha sedaya upaya memberikan hak kpd yg berhak..

aTie berkata...

assalamualaikum,

Saya sokong apa yang dikatakan tukang-pancung sebab saya pernah mengalaminya.
Ada kawan saya, dia mohon bantuan dan hantar borang kat tempat Pakatan Rakyat tetapi bila nak ambik bantuan tu kena ambik kat tempat UMNO, tu lah yang pelik. Dalam pentadbiran sekarang masih ramai yang UMNOnya.. ni lah yang tengah kaji ni...

Wassalam
A+A

Pak Oncu berkata...

betul tu pancung staff staff yg masih totok dgn UBN nye,,,,, bebas kan agensi dari pengaruh JAHAT UBN,,,,,

WUZARA berkata...

Assalamualaikum...

Sedikit pemerhatian saya berkenaan kutipan zakat di Malaysia.

1) Asas konsep zakat sebagai salah satu dari rukun Islam telah diselewengkan. Pihak yang menguruskan zakat lebih menjadi institusi komersil berbanding menunaikan kewajipan negara mengurus zakat.

2) Lantaran dari itu idea untuk memperoduktifkan zakat - mempelbagai sumber zakat - sangat dititikberatkan sehingga timbul fiqh2 zakat yang menimbulkan kontroversi seperti zakat pendapatan, zakat saham kapitalisme spt ASB&ASN, zakat emas perak yang menjadi barang perhiasan dsbnya.

3) Setelah mereka melaksanakan bid'ah dalam sumber zakat, dalam aspek pengagihan zakat mereka juga menakwilkan asnaf2 zakat kepada yang pihak-pihak yang tidak berhak. Akibatnya mereka yang layak menerima zakat tidak menerima hak mereka sedangkan mereka yang tidak disebut oleh Al Quran sebagai asnaf zakat telah menerima zakat tersebut.

4) Akibat dari kecurangan dalam agama ini, kita lihat bahawa pengurusan zakat tidak lagi mempunyai roh Islam tetapi sekadar sumber pendapatan bagi pihak-pihak berkepentingan. Dan akhirnya, apa yang diceritakan oleh ustaz adalah sekelumit dari penganiayaan terjadi yang malah banyak lagi berlaku di luar sana.

Izinkan saya memberikan respon terhadap kegagalan ini. Walaupun telah berada di bawah Pakatan Rakyat, malangnya LZS masih lagi diselaputi kelambu UMNO.

Sejarah dunia telah membuktikan, kesemua perubahan sistemi/ideologi tidak cukup dengan sekadar perubahan pemerintah tetapi ia melalui inqilab (revolusi) yang mengubah nizam secara total. Begitu juga revolusi Perancis kearah kebangkitan kapitalisme dan Revolusi Bolshevik semasa kebangkitan sosialisme. Ia selari dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah ketika penegakkan negara Islam madinah, dimana perubahan adalah secara total. Cuma bezanya revolusi Islam tidak secara pertumpahan darah, malah disambut dengan laungan nasyid, aduahai indahnya. Untuk mencapai tahap tersebut, satu persatu thariqah dakwah nabi perlu kita turuti. Jika tidak yang dinyatakn oleh ustaz berkenaan kes LZS ini akan berlaku dan malah dalam skop yang lebih luas dan sadis.

Tanpa Nama berkata...

Akum saudara2ku,Bila sentuh pasal zakat ni,saya rasa kita semua terlepas pandang,ingat duit zakat org tak berani rembat,rupa2nya asalkan duit depa rembat semacam shj.Duit zakat memang banyak tapi bukan nak tolong atau gunakan dgn cara betul tapi depa buat bangunan besar2,bila hujan org nak tumpang bertuduh pun depa hambat.Saya ingat dah sampai masanya seluruh pengurusan zakat disetiap negeri diselaraskan/dirombak supaya lebih telus, ni ada peraduan pulak untuk pembayar zakat,duit zakat bolih buat peraduanka?Dulu ada cerita YB ambil duit zakat untuk bayar kereta,apa ni? Sudahlah......

nur mohd nidzam berkata...

Salam sdr,
Memang itulah keajaiban qada' dan qadar ALLAH SWT,pemimpin umno yang jahat dan zalim sudah menyebabkan ayah anak itu putus asa,tapi allah SWT telah memberikan harapan baru kepada anak itu,bantuan itu datang dari adik umno jahat itu sendiri, itulah kekuatan dan keajaiban ALLAH SWT.

nur mohd nidzam berkata...

Saya setuju dengan TN 1500,
yang dah sampai masa ada ketelusan mengenai kutipan zakat ini.Sehingga kini kita tidak ada sebarang rekod dan informasi mengenai akaun kutipan dan bagaimana diagihkan.

Nevada berkata...

lembaga zakat di malaysia telah pun bersikap sebagai salah satu drpd badan korperat. duit byg diterima drpd pembayar2 zakat tidak terus di berikan kpd yg berhak akan tetapi disimpan dan dilaburkan, dgn alasan untuk menambahkan lagi dana. namun akhirnya sifat mahukan keuntungan itu telah mengatasi tanggung jawab asal sebagai pemegang amanah wang zakat tersebut.

yg paling menyedihkan, terdapat ramai golongan2 yg tidak berhak/tidak patut didahulukan telah berjaya mendapat bantuan manakal yg lebih berhak kempunan.