Isnin, 24 Ogos 2009

KERAGUAN ATAU KESAMARAN??

KERAGUAN ATAU KESAMARAN??

Keraguan lahir dari diri orang yang melihat. Adapun kesamaran lahir dari diri orang yang dilihat.

Seorang ustaz masuk gereja, tindakannya itu melahirkan kesamaran kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kesamaran dalam diri orang melihat itu lahir bersebabkan keraguan.

Apabila seseorang itu ragu, hendaklah dia tinggalkan keraguannya, dan ambil perkara yang tidak ragu. Bermaksud, apabila dia melihat seseorang ustaz masuk gereja, jangan terus dituduh bahawa ustaz itu beragama kristian, kerana mungkin ustaz itu masuk dengan tujuan dakwah.

Jika dia terus berhukum dengan keraguannya tadi, bermakna dia telah melakukan kesalahan pada hakikat tindakan ustaz yang masuk dalam gereja. Justeru, bagi menghilangkan keraguan, hendaklah dia bertanya kepada ustaz tersebut tentang tujuan dia masuk ke dalam gereja.

Adapun dari pihak ustaz pula, tindakannya masuk ke dalam gereja itu telah melahirkan kesamaran kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Lantaran itulah, melahirkan berbagai-bagai andaian dan tohmah yang boleh mencacatkan pada agama dan maruah sang ustaz.

Pun begitu, ia tidak bermakna tindakan ustaz yang masuk gereja itu adalah haram. Jika dikatakan haram masuk gereja secara umum, maka tindakan itu adalah zalim, kerana mungkin ustaz yang masuk ke dalam gereja kerana nak berdakwah seperti berdialog dan sebagainya.

Justeru, apabila sang ustaz hendak masuk ke gereja, maka hendaklah dia maklumlah terlebih dahulu kepada sesiapa sahaja yang melihat, agar tidak melahirkan kesamaran.

Jika tidak dimaklumkan, akan lahirlah kesamaran. Apabila lahir kesamaran, maka lahirlah kecacatan pada agama dan maruahnya di mata-mata manusia ramai. haram itu, bukan keranan haramnya masuk gereja, tetapi haramnya kerana melahirkan kecacatan pada agama dan maruahnya.

Bermakna, haram disini adalah ”haram lighairih”, bukan ”haram lizatih”.

Mungkin inilah yang boleh kita fahami dari dua hadis Nabi SAW seperti berikut;

دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Maksudnya;
”Tinggalkan perkara yang meragukan kamu, (dengan mengambil) perkara yang tidak meragukan kamu
[1]

Dan juga hadis;

الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لَا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ فَمَنْ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Maksudnya;
“halal itu nyata, dan haram itu nyata. Antara kedua-duanya adalah perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui ramai manusia. barangsiapa yang berhati-hati daripada melakukan perkara kesamaran, maka dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya
[2]


Sekian

Baca sama:
Hasilan kajian berkenaan hukum vigil


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 ogos 2009 * 7:49 malam


[1] SUnan At-Tarmizi : 24442.
[2] Sahih Al-Bukhari : 50.

1 ulasan:

Abu Amirul berkata...

assalamualaikum ustaz,

menarik dan penuh pengertian.
teruskan perjuangan.
dijemput ke askamakalikada.blogspot.com
dijemput menjadi follower dan jangan lupa jika sudi masuk dalam blog ustaz.

wassalam. takbir!