Jumaat, 30 Oktober 2009

BUKIT UHUD PERLU DIPERTAHANKAN


BUKIT UHUD PERLU DIPERTAHANKAN

Peperangan uhud menyaksikan kekalahan dari pihak umat Islam. Boleh dikatakan semua penganalisa sirah menganggap, kekalahan peperangan uhud adalah bersebabkan tindakan para sahabat yang telah melanggar strategi Nabi SAW yang menetapkan agar bertahan atas bukit uhud.

Ternyata, perangkap musuh amat licik. Mereka melakukan serangan kepura-puraan di bawah bukit uhud, menyebabkan ramai di kalangan sahabat menganggap itu adalah serangan pemutus. Mereka berpura-pura berundur, dengan meninggalkan harta yang agak banyak, menyebabkan sebilangan sahabat yang berada di atas bukit uhud tidak mampu bersabar, mereka turun untuk mendapatkan harta ghanimah tersebut.

Ada dari kalangan sahabat mencegah, supaya jangan turun dari bukit uhud, kerana dalam plan strategi Nabi SAW, bertahan di bukit uhud adalah amat perlu. Jika tidak, kekalahan akan menimpa umat Islam dalam pertempuran tersebut.

Ramai yang tidak mengendahkan cegahan tersebut, mereka turun beramai-ramai dari bukit uhud untuk mengumpul harta ghanimah. Ternyata, apabila bukit uhud sudah ketiadaan tentera lagi, menyebabkan tentera quraish menyerang dari arah lain untuk menguasai bukit uhud.

Apabila bukit uhud telah dikuasai oleh tentera Quraish, ketika itu, kedengaran pula berita bahawa kononnya Nabi SAW telah dibunuh, menyebabkan semangat perjuangan para sahabat menjadi lemah, dan seterusnya kekalahan menimpa tentera Islam dalam peperangan Uhud.

PAKATAN RAKYAT

Jika dilihat pada peperangan uhud, kita dapat melihat bahawa strategi Nabi SAW telah menetapkan, perlunya bertahan di bukit uhud ketika peperangan sedang berlaku. Jangan sekali-kali ditinggalkan bukit uhud, demi mempertahankan kekuatan tentera Islam dalam menghadapi tentera Quraish.

Begitujuga, jika kita melihat dengan perkembangan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sudah diputuskan, strategi PAS adalah mempertahankan hubungan tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat. Perkara ini telah diputuskan dalam syura terbesar PAS; iaitu muktamar PAS yang berlaku di ipoh, Perak.

Pun begitu, muktamar itu sekadar bersidang sahaja, tetapi yang mengambil penting dengan keputusan muktamar tersebut hanya ahli dan sebilangan kecil dari pimpinan PAS sahaja. Adapun yang lainnya, tetap degil, tidak mahu mempertahankan ’bukit uhud’, dengan berbagai-bagai alasan yang bukan jawapan.

Jika keadaan ini terus berlaku, tidak hairan selepas ini, kekalahan tentera islam dalam ’peperangan uhud’ akan berulang kembali. Itupun, jika tentera Islam dalam Pakatan Rakyat masih leka dan seronok berusaha hendak bertindak untuk melemahkan Pakatan Rakyat kini.

KELICIKAN MUSUH

Khalid Al-Walid yang menjadi Panglima Perang Uhud, ternyata mempunyai kehebatannya dalam mengendalikan peperangan. Beliau melihat perkembangan politik Islam di Madinah, terutama setelah tentera Quraish kalah dalam peperangan badar, benar-benar menjadikan beliau belajar tentang cara dan kaedah terbaik untuk Quraish mengalahkan tentera islam dalam peperangan uhud.

Peperangan badar merupakan peperangan terawal meletus, yang melibatkan antara muslim dan quraish. justeru, kemenangan islam itu memperlihatkan pertama kali wujudnya pembahagian harta ghanimah.

’unsur harta ghaminah’ ini dijadikan cara terbaik untuk Khalid bin Al-Walid memperdayakan tentera Islam dalam mengalahkan mereka dalam peperangan uhud. Ternyata, cara ini terbukti berjaya.

Keadaan yang sama juga dapat dilihat; yang dilakukan oleh UMNO di kala kekuatan Pakatan Rakyat sedang memuncak. Pembinaan negara Islam yang menjadi punca perjuangan PAS berjaya dimainkan isu oleh UMNO dalam menarik minat sebilangan pimpinan PAS untuk mengadakan ’gabungan’.

Apa yang dapat dilihat, gabungan yang diseru oleh UMNO, kononnya demi umat Islam dan bangsa melayu, ternyata seruan itu mengandungi seribu satu tipu daya. Ini kerana, apabila diminta oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz agar UMNO tukar dasar perjuangan terlebih dahulu, ia tidak diendahkan, malahan mereka pasti akan mengulas isu lain, bagi menutup balik permintaan Tuan guru tersebut.

Makanya, amat nyata bahawa ajakan supaya bergabung yang dilakukan oleh UMNO itu berjaya. Ini dapat dilihat, apabila wujud sebilangan kecil pimpinan PAS yang sedang ’gian kecanduan tahap gaban’ dengan ajakan tersebut. Apa yang dapat dilihat, tipu daya UMNO ini telah termakan oleh sebilangan pimpinan PAS, bahkan ia sudah terbukti berjaya menganggu gugat kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat kini.

Justeru, tinggalkan seruan dan ajakan UMNO, waima atas nama Islam dan melayu sekalipun. Ini kerana, seruan dan ajakan tersebut, tidak lebih sekadar tipu daya UMNO untuk melemahkan kesatuan PAS dalam Pakatan Rakyat. Dan sudah pasti, UMNO melakuan sedemikian demi untuk mendapat kekuatan mereka dalam menguasai Malaysia dengan lebih kuat di masa akan datang.

Sekian

p/s : pembahagian kontrac dibawah alam flora melibatkan exco Infrastruktur. Peliknya, kenapa satu kontraktor sahaja dari PAS yang dapat, sedangkan 18 % kouta PAS dapat kepada kontraktor-kontraktor UMNO? persoalannya, siapa yang masukkan syarikat-syarikat Konraktor UMNO itu? Mungkin Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man mahu tahu nama-nama kontractor UMNO tersebut? Beliau boleh dapatkan, dengan menghubungiku sendiri menerusi E-mail. Hanya Ustaz Tuan Ibrahim tuan Man sahaja dilayan, tidak orang lain.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
31 oktober 2009 * 3:58 pagi



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam... Saya cadang awak sendiri la gi jumpa Dato' Tuan Ibrahim tu,awak kan sayangkan PAS,baru nampak bersungguh sikit... dedahkan segalanya yang awak tahu pasal ’gian kecanduan tahap gaban’terhadap UMNO,cerita semuanya,kemukakkan bukti,inilah masanya,jangan duk bising dalam blog je... Awak kena ingat,kalau tak banyak pun sikit kesan penulisan awak terhadap jemaah ada,samaada positif @ negatif itu terpulang kepada sedar diri awak tu sendiri...Setengah orang nampak awak sebagai pemecah belah,ada juga sebaliknya,saya mintak lindung dari Allah dari berkata@menulis yang tidak hak dan merosakkan jemaah secara tak sedar(perasan nak betulkan jemaah)...

Istiqomah berkata...

Tolong Ust bawakkan hal kerajaan UG di Kelantan kepada Ust Tuan Man.
Tak habis-habis orang UG ni. Yang sedihnya penubuhan UG bermula di Kelantan bawah dagu TGNA.
Tolong sampaikan....