Sabtu, 24 Oktober 2009

PAS PERLU LAKUKAN TAJDID

Sejak 1990, kepimpinan PAS di Kelantan masih gagah memerintah. apakah resepi dan petua yang digunakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz? kita wajib belajar dari beliau

PAS PERLU LAKUKAN TAJDID

Tajdid adalah kalimah arab yang berasal dari kalimah “jadid”. Dalam bahasa arab, Jadid bermakna baru. Justeru, kalimah tajdid memberi maksud pembaharuan.

Pembaharuan perlu dilakukan pada setiap hari. Terutama dalam perkara yang berkait dengan keimanan. Nabi SAW ada bersabda;

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ

Maksudnya;
”tajdidkan (perbaharukan) iman-iman kamu”

Mendengar perkataan nabi itu, ada sebilangan para sahabat bertanya, ”bagaimana hendak perbaharukan (tajdidkan) iman itu?”

”perbanyakkan menyebut ”la ilaha illa Allah”, jawab Nabi SAW ringkas. (Musnad Ahmad : 8353)

Hadis ini membuktikan bahawa, suruhan melakukan tajdid merupakan satu tuntutan yang penting. Kalimah Tajdid iman ini berlaku, terhadap mereka yang sudah sedia beriman. Sengaja disuruh tajdid iman, kerana mahu menghindarkan kelalaian daripada berlakunya kehakisan iman terhadap Allah SWT.

TAJDID DALAM POLITIK

28 oktober tidak lama berkunjung tiba. Didapati, tarikh tersebut merupakan penentu apakan DUN Perak akan dibubarkan atau tidak. Apabila pembubaran DUN akan berlaku, ketika itu, pilihanraya di peringkat negeri Perak pasti akan berlaku.

Dalam keadaan sekarang pula, PAS telah mendapat satu persepsi yang agak buruk, iaitu kewujudan sebilangan pimpinan tertinggi yang berusaha hendak melakukan pergabungan antara dua parti melayu terbesar; UMNO - PAS. Waima dinafikan, ternyata penafian itu bersifat ”bohong”. Ia terbukti menerusi kenyataan salah seorang bekas Naib presiden PAS sendiri, ustaz Ahmad Awang di akhir ucapan penutup beliau sebagai Naib presiden PAS dalam muktamar agong yang baru lepas, yang mendakwa bahawa beliau sendiri dihubungi pimpinan tertinggi tertentu untuk diadakan pergabungan dua parti itu.

Dengan persepsi buruk ini, menyebabkan PAS menjadi huru-hara. Lebih-lebih lagi, dengan banyak isu di Negeri Selangor, PAS dilihat agak kontra dengan dasar dan prinsip yang disepakati dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian di Selangor, memberi kesan buruk kepada PAS di peringkat pusat; di mata-mata rakyat Malaysia secara umum. Terutama, Dato’ Hasan Ali yang masakan tidak dikenakan sebarang disiplin parti, sebaliknya mendapat sokongan dari Timbalan presiden PAS pula, seterusnya Presiden PAS mengambil sikap berdiam diri- yang tidak diketahui, kenapa bersikap sedemikian?.

Keadaan yang berlaku ini, melahirkan keraguan rakan-rakan pakatan Rakyat terhadap PAS. Jika problem ini menimpa dikalangan ahli bawahan, ia tidak melahirkan kekalutan, tetapi menjadi kelam kabut, apabila problem ini menimpa pimpinan tertinggi PAS.

Kejadian yang menimpa ini, sudah pasti memerlukan kepada ”tajdid” dari kalangan pimpinan PAS sendiri. Tajdid tersebut, tidak semestinya dengan pertukaran kepimpinan, tetapi cukup sekadar setiap pimpinan mengadakan muhasabah balik; melakukan tajdid balik, demi memastikan tujuan asal keberadaan PAS dalam pakatan Rakyat.

Tajdid ini penting, bagi mewujudkan kekuatan PAS dalam menghadapi pilihanraya di peringkat DUN negeri perak yang dijangka tidak lama lagi akan berkunjung tiba. Jika tajdid ini tidak berjaya dilakukan dengan segera, sudah pasti kemenangan yang diharapkan oleh PAS dalam menghadapi Pilihanraya kecil di peringkat DUN negeri perak akan menghasilkan natijah yang merugikan.

TIDAK SOLO

PAS memang sebuah parti pembangkang yang paling lama, berbanding parti DAP dan PKR. Lamanya PAS ini, sehampir umur dengan UMNO. Tidak dinafikan, parti lama selalunya mempunyai egonya tersendiri, sepertimana orang tua yang dilihat ego terhadap anak-anak muda.

”aku lebih dahulu makan garam berbanding kamu”, satu ungkapan yang menjadi lazim bagi orang melayu, yang sering terpancul dari mulut orang tua-tua dikala anak muda dilihat seperti hendak menegur, atau hendak mendahului mereka.

Apabila penyakit ini menimpa PAS, tidak hairan PAS mula merasakan seperti PAS mampu melawan UMNO secara solo, walhal perkara ini agak mustahil berlaku dalam keadaan sekarang.

Kebersamaan PAS bersama parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dalam mengalahkan UMNO/BN adalah amat perlu. Saling kuat menguatkan, perlu dilakukan. Jika tidak, PAS agak susah hendak mencapai kemenangan, malahan tidak mustahil PAS akan menghadapi kalah teruk, sepertimana sejarah yang tidak boleh dinafikan lagi, dengan kekalahan PAS di Bagan Pinang baru-baru ini.

UNDI CINA DAN INDIA

PAS tidak boleh abaikan undi cina dan india. Tidak dinafikan, undi melayu merupakan faktor penting, tetapi undi cina dan india juga merupakan faktor penentu dalam usaha hendak menguasai Putrajaya.

Jika difokuskan sangat kepada undi melayu, sehingga mengabaikan undi cina dan india, PAS tidak akan mampu memerintah di Malaysia. Justeru, undi mereka perlu diambil kira.

PAS mendapat ’untung atas darat’; dengan mendapat undi cina dan india pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Jika diharapkan PAS sahaja, agak mustahil PAS mendapat undi cina dan india secara membanggakan, tetapi dengan kebersamaan PAS dengan Pakatan Rakyat – PKR dan DAP – cina dan india sudah membuka mata untuk menerima PAS.

Menyedihkan, undi Cina dan India ini tidak dihargai oleh PAS dengan setulusnya. Cina dan India yang tidak beragama Islam, seakan-akan PAS jadikan mereka seperti ”team sorak”, walaupun mereka pun banyak memberi khidmat dalam usaha hendak memenangkan PAS.

Memang PAS perlu untuk mendapatkan undi melayu, tetapi untuk mendapat undi melayu, bukan dengan cara bersahabat dengan UMNO. ini kerana, UMNO tidak mewakili melayu, sepertimana PAS tidak mewakili melayu. apa yang pasti, PAS mewakili Islam yang meletakkan keadilan kepada semua bangsa; Melayu, cina dan India, juga keadilan terhadap mereka yang pelbagai agama; islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya.

Adapun UMNO, waima mereka mendakwa perjuangkan melayu, hakikatnya mereka adalah pengkhianat melayu nombor wahid. Bukan kita tidak tahu, bagaimana UMNO telah menghaprakkan orang melayu, agama Islam menjadi agama orang melayu dicandukan, orang melayu merempat dalam khemah dan sebagainya. Justeru, tidak perlu dijadikan UMNO sebagai teman untuk mendapatkan undi melayu, sebaliknya lakukan keadilan yang berteraskan Islam dalam usaha untuk meraih sokongan melayu terhadap PAS. – pergi jahanam dengan UMNO -

PAS JANGAN ’RHOK-RHAK’

Kadang-kadang, disebabkan hendak merebut undi melayu, PAS bertindak ’rhok-rhak’ (bahasa kelantan : tidak tetap pendirian). Ada kala berkata, mahu bersama Pakatan Rakyat. Diwaktu yang lain berkata, muqabalah dengan UMNO.

Tindakan sebegini, menyebabkan rakyat melihat PAS sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian yang tetap ketika bersama dengan pakatan Rakyat. Dengan tindakan PAS ini, menyebabkan orang melayu sendiri hilang keyakinan kepada PAS, seterusnya mereka akan mengambil sikap untuk terus dengan UMNO.

Undi melayu boleh dapat, sekiranya PAS menjadi parti yang cerdik, tangkas, bijaksana dan bijaksini dalam mempertahankan sesuatu prinsip. Sesuatu prinsip yang hendak dipertahankan, perlu dengan kebijaksanaan dan tangkas, bukannya lembik dan lembab.

Konsep setia-kawan yang dilihat penting oleh Islam, perlu dijadikan muhasabah PAS di kala ini. ia bertujuan, untuk melahirkan kemenangan islam yang gemilang di masa akan datang.

Jika keadaan ini tidak berlaku, sampai bila-bila pun PAS tidak akan dapat menguasai malaysia, seterusnya usaha hendak melihat negara Islam yang diperintah oleh PAS tidak akan tercapai.

Justeru, PAS perlu lakukan tajdid. Ia tidak semestinya dengan pertukaran kepimpinan, tetapi cukup sekadar melakukan perubahan dari sudut pemikiran sebilangan pimpinan PAS yang mempunyai kecenderungan kepada UMNO yang maha sial itu. Jika tidak mahu ubah pemikiran juga, maka fikir-fikirkanlah kaedah yang paling tuntas, agar kemenangan islam dalam pilihanraya di masa akan datang tidak terbantut.

Sekian
p/s : Diharap kekalahan PAS dalam pilihanraya ke 11 (tahun 2004) yang lalu tidak berulang kembali.

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 oktober 2009 * 2:44 petang

1 ulasan:

WUZARA berkata...

Salam...

Izinkan saya memberi sedikit pandangan.

Rasulullah telah mencontohkan kepada kita bahawa kekuatan fikrah yang lahir dari aqidah Islam merupakan intipati kekuatan kelompok baginda mangharungi gelombong dakwah semasa fasa Makkah hingga berjaya menegakkan negara Islam di Madinah. Malahan, keupayaan penerapan hukum Islam, mempertahankan negara islam dan malah mengembangkan Islam adalah kesinambungan kejayaan Rasul membentuk pemikiran Islam sebagai kepimpinan berfikir (qiyadah fikriah) bagi pengikut baginda. Tanpa terealisasinya perkara ini, walaupun baginda boleh berkuasa tetapi hukum Islam tidak akan dilaksanakan secara kaffah.

Inilah juga yang perlu ditempuh dikalangan gerakan Islam hari ini, iaitu menyatukan pemikiran dan perasaan ahli gerakan islam untuk jelas sejelasnya memahami dan mengambil minhaj kenabian dalam merealisasikan misi dakwah mereka. Kegagalan mewujudkan pemahaman sebegini samada di peringkat ahli apatah lagi kepimpinan akan menyebabkan bahtera dakwah tersebut kurang jelas jalan (thariqah) dakwah yang perlu ditempuh.

Jika masing-masing mendiamkan diri, maka terus meneruslah bahtera dakwah ini berlayar tanpa laluan yang jelas. Tetapi apabila ada pihak yang bersuara, sebagaimana yang dinyatakan TG Nik Aziz, maka tidak semua yang boleh menerima kerana masing-masing belum mempunyai kesatuan minhaj perjuangan.

Memang agak sukar untuk benar-benar menyatukan pola fikir gerakan Islam sebesar PAS setelah ia bergerak sekian lama. Tetapi jika pertentangan pandangan ini dikembalikan kepada Al Quran dan Sunnah, maka bukan saja kesatuan minhaj akan terwujud dalam PAS. Malah PAS akan dapat melihat kesatuan minhaj dengan gerakan-gerakan Islam lain dan betapa tidak perlu tahalluf siasi dengan parti-parti kufur.

Salam Perjuangan,
wuzara