Khamis, 28 Januari 2010

KALIMAH ALLAH DILIHAT MELALUI ALAM MELAYU?


KALIMAH ALLAH DILIHAT MELALUI ALAM MELAYU?

Setelah Umar dilantik sebagai Khalifah Islam, antara usaha yang dilakukan oleh beliau adalah menghantar pendakwah-pendakwah islam ke seluruh dunia dalam menyebar-luaskan islam.

Amru bin Al-asr antara sahabat nabi SAW yang dihantar oleh umar bin Al-Khattab sebagai pendakwah. Focus dakwahnya adalah di Negara Egypt (Al-Qibt).

Sudah diketahui umum, mesir bukanlah sebuah Negara arab pada peringkat awalnya. Ia adalah sebuah Negara yang tidak bercakap arab. Pertuturan dalam Negara mesir ketika itu, adalah bahasa Al-Qibtiyyah dan Ibraniyyah.

Nabi Musa As berbangsa bani Israel, sudah pasti baginda bercakap dalam bahasa Ibraniyyah. Adapun firaun pula berbangsa Qibti, sudah pasti beliau berbicara dalam bahasa Qibtiyyah.

Ia sama seperti di Malaysia; orang melayu yang bercakap dalam bahasa melayu, orang India yang bercakap tamil dan hindi dan Orang Cina yang bercakap bahasa mandarin dan hoken.

Ketika Amru bin Al-As berdakwah di Egypt (al-Qibt), rakyat Egypt ketika itu tidak berbicara dalam bahasa arab. Tetapi berkat usaha yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah, Egypt telah bertukar dari Negara yang rakyatnya beragama islam dan menukar bahasa mereka kepada bahasa arab. Ekoran itu, Negara Egypt dikenali juga sebagai Negara mesir.

Usaha dakwah yang dilakukan oleh Amru bin Al-As, dilihat mempunyai keserasian antara agama dan bahasa arab. Ia terbukti berjaya dengan apa yang dilakukan oleh sahabat Nabi itu.

ALAM MELAYU

Alam melayu pula, usaha pengislamannya tidak sepertimana berlaku di Negara mesir. Factor bahasa tidak menjadi sebagai sesuatu yang penting dalam penyebaran islam. ekoran itu, ada beberapa kalimah-kalimah yang tidak sealiran dengan islam, diguna pakai juga dalam pertuturan melayu dalam merujuk kepada ibadat-ibadat.

Kalimah Sembahyang, Syurga, neraka dan banyak lagi, sebenarnya bukan bahasa islam, sebaliknya ia adalah bahasa Sanskrit. Menurut KH Sunhaji, seorang tokoh ilmuan islam dari Negara Indonesia, dalam buku tafsir beliau ada menyatakan bahawa kalimah Sembahyang adalah gabungan antara kalimah "Sembah + Hyang". Hyang adalah satu dewa yang disembah oleh masyarakat melayu terdahulu; sebelum mereka memeluk islam.

Pun begitu, memandangkan Islam amat mementingkan "musamma" (benda yang diberi nama) berbanding "isim" (nama), penggunaan kalimah sembahyang tetap diguna-pakai apabila merujuk kepada solat.

Akhirnya, orang melayu mudah menerima islam, kerana tidak diberatkan dengan factor-faktor bahasa.

KALIMAH ALLAH

Ada pihak mengulas bahawa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan kepada non muslim kerana factor bahasa melayu.

"Ilah bersifat umum, bermakna tuhan. Allah bersifat Khusus, yang ia sudah pasti merujuk kepada tuhan yang maha esa. Justeru, atas makna yang bersifat khusus ini, tidak boleh dibenarkan kepada Kristian menggunakan kalimah Allah" ujar salah seorang pendebat yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim.

Persoalan sekarang, mengapa dibahas kalimah Allah yang bersifat khusus di sisi Muslim sahaja, tanpa dibahaskan juga kalimah Allah yang bersifat khusus dari sisi yahudi dan nasrani?

Apa yang pasti, kalimah Allah yang difahami oleh yahudi dan nasrani tetap tidak sama dengan kalimah Allah yang difahami dalam Islam. Allah pada mereka adalah tuhan yang mempunyai anak; yang ia sudah pasti amat bercanggah dengan kefahaman Islam.

Penentuan bahawa kalimah Allah disisi yahudi dan nasrani itu, bukan didebatkan oleh manusia pada hari ini sahaja, bahkan ia telah disebut sendiri oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ

Maksudnya;
"Berkata yahudi, Uzair adalah anak Allah. Berkata Nasrani, Isa adalah anak Allah"

(surah At-taubah : 30)

"kita bimbang bahawa yahudi dan nasrani menggunakan kalimah Allah bukan pada tempat yang betul. Sebenarnya, memang yahudi dan nasrani itu menggunakan kalimah Allah pada tempat yang tidak betul.. kita tidak perlu bimbang" ujar ustaz tuan ibrahim Tuan Man dalam wacana terbuka di rumah Dato' Seri Anwar ibrahim baru-baru ini.

Kenyataan Naib Presiden PAS itu, tepat dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah At-taubah ayat 30 ini.

MELAYUSASI?

Yang pasti, dalam bahasa apa sekalipun, hatta dalam bahasa arab, kalimah Allah yang digunakan oleh yahudi dan nasrani tetap tidak bersesuaian dengan maksud Allah dalam maksud yang sebenar – tuhan yang esa.

Pun begitu, secara nas dan wahyu, keizinan non Muslim menggunakan kalimah Allah tetap dibenarkan. Perkara ini telah didebatkan secara panjang lebar. Bahkan, Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menyatakan perkara ini dalam satu ceramah beliau di masjid Umar bin Al-Khattab pada 22 januari yang lalu.

Jika di mesir dahulu, Amru bin Al-As berdakwah dan menyeru rakyat mesir kepada islam dengan beriringan antara islam dan bahasa arab, justeru mengapa tidak digunakan bahasa arab juga dalam menyeru non Muslim kepada islam?

Jika kita melarang penggunaan kalimah Allah dengan alasan bahasa melayu, bukankah itu sudah dilihat seperti "melayusasi", bukan "islamisasi"? Jika ini berlaku, bermakna kita telah mengupas Islam dalam wajah melayu, bukan dengan keluasan islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

"mungkin pihak yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi kristian ini bimbang, takut-takut kalimah Allah yang selama hari ini difahami sebagai tuhan yang esa, akan berubah makna kepada Allah dari sudut kristian" bisik hatiku.

Padaku, kebimbangan ini berasas. Tetapi, kebimbangan itu bukan beralasan sebagai perkara agama- waima dalam perkara aqidah - tetapi ia lebih kepada factor penggunaan bahasa (kalimah Allah) untuk di masa akan datang. Jika begitu, kita tidak perlu melarang penggunaan kalimah Allah kepada non Muslim, tetapi hendaklah kita mempertahankan definisi Allah sepertimana sedia termaktub dalam kamus dewan. Jika ini kita berjaya, bermakna kita telah berjaya mencipta "perangkap" kepada non muslim dalam usaha memahamkan mereka tentang maksud Allah dalam maksudnya yang sebenar.

"Kita perlu berfikir sebagai pendakwah sepertimana yang dilakukan oleh Amru bin Al-as. Juga, kita perlu berfikir dakwah islam pada hari ini, tidak lagi dari kacamata alam melayu, tetapi hendaklah di alam Malaysia (Melayu, Cina, India dan seterusnya). Islam yang hendak dipersembahkan kepada non Muslim, bukan lagi dengan sentiment kemelayuan, tetapi perlu kepada keilmuan, seperti perdebatan dan wacana.. ini abad 21, abad keilmuan, bukan abad 15-16, abad sentiment kemelayuan" ujar hatiku.

Padaku, Islam perlu dikupas dalam wajah dan maqasidnya yang diturunkan oleh Allah; iaitu islam yang memperjuangkan keadilan. Tidak sekadar terhadap sesame muslim, bahkan terhadap non Muslim. Menafikan hak merupakan kezaliman, justeru ia amat dibenci oleh Allah SWT.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota damansara
28 Januari 2010 * 11:50 malam

3 ulasan:

Goldman berkata...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

psychedelicmundo berkata...

Salam albakistani..aku semakin runsing sekarang ini..hujah kedua-dua belah pihak sama kuat.Orang-orang seperti Zul Nordin punya pengaruh orang seperti Khalid Samad juga punya pengaruh.bagaimana akhirnya masalah nama Allah ini akan berakhir dengan hikmah

akhu_hurairah berkata...

salam ust.

sy sgt2 tunggu pandangan ust tentang keputusan jwtnkuasa disiplin PAS.

sy kcewalah ust..
tp sy yakin semua tu berhikmah.

andai ada kesilapan dlm kputuan ni mohon Allah ampuni mereka yg bertanggungjwp.
moga Allah lindungi dr kesilapan berulang.