Sabtu, 2 Januari 2010

”MEREKA ADA AGENDA !!”

”MEREKA ADA AGENDA !!”

Aku bimbang anak-anak muda murtad. Tetapi, aku bimbang juga, kalau orang bukan islam semakin hari semakin menolak Islam. Aku kadang-kadang marah, jika islam ini tidak dilihat sebagai ”for all” disebabkan tindakan bodoh dari orang-orang islam sendiri.

Secara peribadi, aku amat pelik apabila Timbalan Presiden PAS mengatakan tentang isu kalimah “Allah” dibenarkan kepada non Muslim memggunakannya dengan kata beliau;

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“
(klik sini)

Tidak diketahui, apakah benar dia berkata sedemikian atau tidak. Jika benar dia mengatakan sedemikian, padaku Islam yang Timbalan presiden PAS belajar itu mungkin berlainan versi dengan Islam yang aku belajar.

Aku tidak tahu, Islam versi aku salah, atau Islam versi Timbalan presiden PAS itu yang salah. Jika aku salah, mengapa tidak wujud sama sekali nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis yang melarang orang bukan islam daripada menyebut kalimah “Allah”?. Bukan sekadar itu, bahkan sememangnya wujud nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dikalangan non Muslim. (sila klik). Mungkin Al-Quran dan As-Sunnah itu salah kot?

KALIMAH ”ALLAH” ISLAM LAIN, MEREKA LAIN

Memang tidak sama segi tafsiran maksud ”Allah” itu dari sudut agama mereka dengan agama Islam. cumanya, apabila wujud tafsiran ”Allah” itu berbeda, bertindak menghalang mereka daripada menggunakannya adalah tindakan yang terlalu salah. Kerana, ia adalah tindakan menafikan hak mereka yang dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”

Tindakan menafikan hak, waima terhadap orang bukan Islam merupakan tindakan yang tidak dibenarkan dalam islam. bahkan, ia adalah terlarang dari sudut Islam.

Apa yang dapat dilihat, tafsiran kalimah Allah dari sisi yahudi dan nasrani, sememangnya wujud dalam Al-Quran. Allah sendiri menyatakan dalam al-Quran, bahawa yahudi menganggap Uzair anak Allah, dan Nasrani menganggap Isa Anak Allah. Perkara ini jelas dalam al-Quran, surah At-Taubah, ayat 30.

Penurunan ayat ini, semasa nabi SAW masih hidup lagi. Apa yang dapat dilihat, waima Nabi Saw dimaklumkan oleh Allah bahawa fahaman Yahudi dan Nasrani terhadap Allah sedemikian, tetapi Nabi SAW tidak pernah bertindak menghalang mereka daripada menggunakan kalimah Allah.

Memahami tindakan Nabi SAW itu, perkara yang paling penting didebatkan, bukannya menghalang non Muslim daripada menggunakan kalimah ”Allah”. Tetapi yang wajib didebatkan adalah, apa yang perlu Umat Islam lakukan dalam memberi kefahaman terhadap maksud kalimah ”Allah” dalam bentuk yang betul dan tepat. Kerana, inilah cara nabi Muhammad SAW ketika berdakwah di makkah dahulu.

Jika kita mengambil sikap menghalang non Muslim daripada menggunakan kalimah ”Allah”, ternyata KITA BUKAN IKUT NABI SAW, tetapi ISLAM YANG KITA BAWA ADALAH ISLAM VERSI KITA SENDIRI.

MEREKA ADA AGENDA

Hujjah menghalang non Muslim dari menggunakan kalimah ”Allah” dengan alasan bahawa non Muslim mempunyai agenda tersembunyi, merupakan hujjah yang paling bodoh.

Semua manusia mempunyai agenda. Mana mungkin manusia melakukan sesuatu tindakan, tanpa agenda. Pemuda PAS mengedar risalah dakwah malam tahun baru kepada anak-anak muda, mempunyai agenda juga. Begitujuga Kristian yang menerbitkan majalah agama mereka.

Apabila mereka menerbitkan majalah kristian dengan menggunakan kalimah ”Allah”, sudah pasti mereka mempunyai agenda. Terlalu bohong, kalau kita kata mereka tidak mempunyai agenda.

Cumanya, yang kita perlu fikir, bagaimana kita hendak berhadapan dengan agenda mereka?

Kita perlu berhadapan dengan agenda mereka dengan bijaksana. Jika kita menganggap agenda mereka ini sebagai ancaman, ini membuktikan pemikiran politik kita terlalu lemah setahap gaban dan ultraman. Sebaliknya, ia perlu dianggapan sebagai cabaran dalam mengkuatkan usaha dakwah kepada non Muslim.

Jangan disebabkan kita menganggap ia sebagai agenda, lalu kita bertindak satu tindakan yang boleh menyebabkan pandangan umum terhadap Islam semakin buruk, seperti ia boleh melahirkan pandangan bahawa Islam adalah agama yang mengongkong, tidak berfikiran terbuka, penakut, pengecut dan sebagainya. Jika ini berlaku, sedikit sebanyak kita telah berjaya diagendakan oleh mereka.

Justeru, kita perlu bertindak sesuai dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Iaitu, bersungguh-sungguh dalam menerangkan maksud ”Allah” kepada non Muslim dengan maksud yang sebenar. Ketika itu, kita akan dapat melihat perubahan yang besar akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, sepertimana perubahan besar yang telah dilakukan oleh Nabi SAW.

Cumanya, apakah umat Islam bersedia? Apakah ulama PAS bersedia? Apakah pemuda PAS bersedia? Apakah muslimat PAS bersedia?

Selagi pemikiran kita setaraf pemikiran abad ke 18, selagi itu kita tidak akan berjaya.

Sekian

p/s : Jika kita boleh marah kepada Non Muslim yang ada berusaha hendak menghalang kita azan menggunakan pembesar suara, apakah kita fikir mereka tidak marah apabila kita halang mereka menggunakan kalimah ‘Allah” dalam agama mereka, walhal agama mereka membenarkannya?

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Januari 2010 * 3:21 petang

7 ulasan:

hasnur berkata...

salam ust wanji..jujurnya ana sependapat dgn ust bkaitan isu ni..ni juga mlmbgkn kterbukaan kita,tp lama ana merenung apakah yg bakal blaku dan bgaimana jikalau blakunya salah tafsiran dan kekeliruan umat akan dtg thdp tafsiran Allah yg dimksudkn kristian dan tafsiran umat islam abad akn dtg?tidakkah bkal tercetus kecelaruan pmhaman?mhon pnjlasan,skdr pncerahan..

Tanpa Nama berkata...

salam.

sekadar bertanya pendapat ustaz. di malaysia, ajaran islam boleh disebarkan secara rasmi, cthnya di kaca tv. agama lain tidak boleh disebar kepada rakyat malaysia secara rasmi, cthnya tidak dibenarkan dakyah kristian di tv.

apakah ini ajaran islam yg ada dalil? atau sekadar peraturan kerajaan malaysia?

sangat berharap ustaz dapat memberi penjelasan. tq.

FADHIL

Tanpa Nama berkata...

bagaimana kita hendak berhadapan dgn agenda mereka,...pendapat sy ulasan yg baik sekali.
Kita tak perlu lantang bersuara ini tak boleh itu tak bolih...kerana kita ada pangkat dan kedudukan...shiit

Tanpa Nama berkata...

yang menuntut ada agenda, yang menentang pun ada agenda,yang lain jangan dok ternganga

why not, depa kata

peluang keemasan

memetik suis yang betul pada tempat yang betul dan pada masa yang betul

"timing" adalah klu yang penting di sini

maka berjogetlah para pejuang agama dan bangsa

berjoget jugalah para pejuang hak kebebasan bersuara

tak kira siapa yang jadi juara, yang betul2 menang kita tau sapa.

kata org tua2 umpama menarik rambut dari tepung, biar tepung tak tumpah, rambut tak putus.

maka ingatlah janji syaitan kepada Tuhan(Allah yang Maha Esa) akan menyesatkan seluruh manusia, kecuali hamba2Nya yag mukhlasin

wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

begitu sekali pandangan bakistani menutup mindanya dek kerana sudah tido sekatil dengan Dap .kalau isu ini timbul sebelum berpakat saya yakin perkataan begini tidak akan dibenarkan dicatat disini sudahlah berpolitik tu takkan dalam perkara ini pun masih nak jaga hati Cina

Tanpa Nama berkata...

Tuan...

Saya dari Sarawak beragama Islam dan memang banyak Bible yg guna nama Allah di sini. Namun tidak pernah pulak yg isytihar keluar Islam secara terbuka.

Apa yg pasti kalau pendakwah gagal follow up yg masuk Islam lambat laun mereka akan kembali kepada yg asal.

Mengapa di Sarawak & Sabah tak kecoh kecoh pun?. Adakah sebab undi itu telah selamat!!!

Nuwas

dILA berkata...

ALLAH in Islam & Other Religious Scriptures‏



by Dr Zakir Naik

http://www.islam101.com/tauheed/Aior.htm



Question:



"Allah" is the most appropriate name for God in the Qur’an. Is this name "Allah" mentioned in other religious scriptures besides the Qur’an?



Answer:

Almost all the major religious scriptures of the world contain the word "Allah" as one of the names of God.



Elohim El, Elah, Alah

In the Bible, God is very often referred to as ‘Elohim’ in the Hebrew language. The ‘im’ in the ending is a plural of honour and God is referred to as ‘El’ or ‘Elah’ in the English Bible with commentary, edited by reverend C. I. Scofield. ‘Elah’ is alternatively spelled as ‘Alah’. The difference in spelling is only of a single ‘L’. Muslims spell Allah as ‘Allah’ while the Reverend has spelled it as Alah and they pronounce it as ‘Elah’. Muslims pronounce it as Allah. Hebrew and Arabic are sister languages therefore we say it should be pronounced as ‘Allah’ and not as ‘Elah’.

When I was in school, I was taught ‘D, O’ is do, ‘T, O’ is to. What is ‘G, O’ It is ‘go’ and not ‘gu’. ‘N, U, T’ is nut, ‘C, U, T’ cut; ‘B, U, T’ is but, what is ‘P, U, T’? Not ‘pat’ but it is ‘put’. If you ask "Why?" The answer is "It is their language". If I have to pass I have to say ‘P, U, T’ is ‘put’ and not ‘pat’. Similarly the right pronunciation for A, L, L, A, H, is Allah.


Jesus (pbuh) cried out Allah Allah when he was put on the cross

It is mentioned in the New Testament in the Gospel of Mathew, chapter 27 verse 46 as well as Gospel of Mark, chapter 15 verse 34 when Jesus (pbuh) was put on the cross.

Jesus cried with a loud voice saying "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni?" that is to say, ‘My God, My God why hast Thou Forsaken Me?’ Does this sound like Jehovah! Jehovah! why has thou forsaken me? Does it sound like Abba Abba? The answer is ‘No’. Hebrew and Arabic are sister languages and if you translate "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni" into Arabic it is ‘Allah Allah lama tarak tani’ does it sound similar?


This statement of Jesus (pbuh), "E’-Li, E’-Li la’-ma sa-bach’-tha-ni" is preserved in its original Hebrew in each and every of its translation which is available in more than 2000 different languages of the world and in each and every of them, "Allah" is present.


"Allah" in Sikhism

One of the names by which Gurunanak Sahib referred to God is "Allah".


"Allah" in Hinduism


"Allah" in Rigveda Book 2 Hymn I verse II
Even in the Rigveda which is the most sacred scripture of the Hindus, one of the attributes given to God Almighty in Book no 2 Hymn no I verse II, is ‘Ila’ which if pronounced properly is the same as Allah.


Allo Upanishad:
Amongst the various Upanishads one of the Upanishad is named as ‘Allo’ Upanishad in which God is referred to as "Allah" several times.