Isnin, 29 Mac 2010

BERSAMA SAYA JAYAKAN MISI PAKATAN RAKYAT

KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

***

Terima Kasih PAS. Tetapi Ustaz Ahmad Awang???? bukankah dia kuat juga lawan UMNO??? :(

7 ulasan:

student ust ahmad 80an berkata...

baru sedar bertapa buruk perangei nya geng perpaduang ni ye.
sejak kes tape hari tu,ana memang kecewa dengan anta.harap sekarang baru enta sedar apa yg sedang berlaku,satu lagi nasihatila ust misbahul walaupun ana sedar dia ni sukar kita nak berbicara,hentikan denial sysdrome tu.

kami di caw2 di selangor ni sedar siap ust ahmad awang,mungkin kenal perjuangan ust ahmad lebih dari korang yg langsung tidak membuat apa2 bantahan kepada bekas PJ korang yg bertungkus lumus majukan dan pertahankan pas perak sehingga di hormati ramai kaum lain dan juga puak dumnbo

jejaka tampan berkata...

kau ni mmg dah mabuk barbican agak nya...

Tanpa Nama berkata...

Ahmad Awang memang layak tak jadi ahli Majlis syura...

Halim Shah Alam

Tanpa Nama berkata...

Bukan kuat lawan umno, tapi kuat lawan kezaliman.

Kalau nnti takdir kate umno dah baik, xkan nk lawan lagi?

student ust ahmad juga berkata...

halim

cuba ceritakan sejauh mana kamu kenal ust ahmad awang setelah kamu kata sebegitu pada beliau

Tanpa Nama berkata...

1.Ustaz c2ook ka!
2.Elokla tu!buat malu je!
3.ada ka!kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbi!minta dijauhkan la!puak ustaz macam ni!!

pencatat berkata...

aktifnya ahli kelab Umngok keponden kat sini... baguih baguih teruskan membaca, semoga 3-4 saat sebelum mata nak tidoq tu teringat pada kebenaran dan kematian...