Sabtu, 8 Mei 2010

POLIS BUAT BANGSAT LAGI


"Tembak lagi?" itu keluhan hatiku apabila membaca berita seorang polis menembak seorang remaja yang didakwa melakukan kesalahan jalanraya.

Nampaknya anggota polis dilihat semakin mengganas. Kesalahan jalanraya pun sudah melayakkan polis menembak rakyat. Nasib baik dalam berita itu, tembakan itu kena di perut. Kalau kena di kepala, apa akan jadi pada remaja tersebut?

Alangkah murahnya darah rakyat polis di sisi polis Malaysia. walhal, Islam meletakkan darah adalah sesuatu yang mahal, bahkan wujud hukum Qisas; darah dibalas darah.

Persoalannya, kenapa terlalu kerap berlaku tembak menembak ini? apakah ini benar-benar kesilapana anggota polis terbabit, ataupun sebenarnya sememangnya sudah wujud arahan dari pihak atasan?

orang tua-tua dulu pernah kata, "kalau seorang lelaki itu kahwin dengan seorang isteri, lalu tidak dapat anak, mungkin isterinya mandul. Tiba-tiba dia kahwin seorang lain, dan tidak beranak juga. boleh jadi, Isteri keduanya itu mandul. Tapi kalau kahwin isteri yang ketiga masih tidak mengandung lagi. menunjukkan lelaki itu sendiri sebenarnya mandul"

Hebat Malaysia, hebat Israel. inilah jasa berkawan dengan Yahudi.

baca sama:
lagi remaja ditembak (malaysiakini/BM)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu pasal Anwar suka yahudi. Dan Pas for All termasuk yahudi.

Tanpa Nama berkata...

orang tua-tua dulu pernah kata, "kalau seorang lelaki itu kahwin dengan seorang isteri, lalu tidak dapat anak, mungkin isterinya mandul. Tiba-tiba dia kahwin seorang lain, dan tidak beranak juga. boleh jadi, Isteri keduanya itu mandul. Tapi kalau kahwin isteri yang ketiga masih tidak mengandung lagi. menunjukkan lelaki itu sendiri sebenarnya mandul"


Salah andaian tu ust wan ji..... kalau ustaz kahwin dgn mana2 wanita tu kemudiannya mereka mengandung, baru boleh kata lelaki itu mandul ..

Tanpa Nama berkata...

Ust Wan Ji...

Satu hari kalau ust kena belasah dgn mat rempit ke... budak2 nakal ke .... jgn cari polis (bangsat) yer .... cari budak2 kat sg buloh ...

Tanpa Nama berkata...

macam biasa,geng PR buat boleh.kalau BN buat,abih mahu dipolitikkan.dasar anjing PAS

Kuching 26 Apr – Satu majlis solat hajat dan bacaan doa sempena Pilihanraya kecil Sibu telah diadakan di pejabat parti KEADILAN Cabang Stampin yang melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat Sarawak minggu lepas.Kira-kira 50 orang termasuk orang yang bukan Islam hadir menjayakan majlis yang bersejarah itu.

Aktiviti tersebut merupakan acara pertama melibatkan semua parti selepas pengumuman rasmi kemasukan SNAP sebagai komponen Pakatan Rakyat di Sarawak dan bertujuan untuk menguatkan lagi jentera pilihanraya pada pilihanraya kecil bulan depan.Dalam pada itu, aktiviti yang dijalankan akan mengeratkan silaturahim antara ahli parti dan secara tidak langsung memperkemaskan Pakatan Rakyat selain dapat mengadakan perjumpaan dan berbincang masalah rakyat.

Ketua Cabang Stampin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak See Chee How
berkata lebih banyak lagi aktiviti melibatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat negeri Sarawak akan diatur tanpa mengira agama dan fahaman politik agar kami lebih bersatu.

“Ini telah membuktikan agama bukan penghalang untuk bersatu apabila seorang pemimpin yang bukan beragama Islam menganjurkan aktiviti untuk orang Islam,” kata Chee dalam majlis yang julung kali diadakan itu

Tanpa Nama berkata...

Hadis riwayat Ahmad.

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:


لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان

“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”

Hadis sahih Bukhari.


Salam Semua ...

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan...

petikan http://akhisalman.blogspot.com/2010/05/syaitan-dalam-kehidupan-manusia.html

sama2 ambil iktibar ... mari berdamai, berkasih sayang sesama Islam ... jgn musuh jadikan alat untuk menentang dan menghancurkan kita ... cari satu titik persamaan ...

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua

Cuba kita lihat bagaimana Kristian berdakwah, antaranya:

- Paderi mempunyai tutur bahasa lembut (boleh mempengaruhi ...)

- lebih menyumbang dari meminta sumbangan (di kg saya, mereka menumpang pejalan kaki ... beri sumbangan makanan dsbnya ....)

Kita tak nafikan paderi juga golongan bermasalah (terlibat skandal seks dsbnya) ... tetapi ada nilai2 baik yg boleh kita gunakan untuk method berdakwah dan menarik Orang Islam dan Bukan Islam melihat Keindahan Islam..