Jumaat, 11 Jun 2010

DEWAN PENYOKONG PAS – NABI BUAT KERAJAAN DI MADINAH

[1]

Dalam PRU di Hulu Selangor dan di Sibu, kita dapat saksikan satu magic dalam sejarah politik Malaysia; iaitu PAS dilihat disokong secara serius oleh non Muslim yang berbangsa cina dan india, tetapi majority melayu menyokong musuh tradisi PAS, iaitu UMNO/BN.

Perkara ini, diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam ucapan perasmian tiga dewan dalam muktamar baru-baru ini. (sila klik)

[2]

Mengenangkan keadaan ini berlaku, mengingatkan aku ketika berforum dengan Ustaz Nakhaie Haji Ahmad di Masjid Puchong Perdana dalam dua hingga tiga bulan yang lepas.

Tidak dinafikan, dalam perbualan kami di luar forum, didapati Ustaz Nakhaie sudah mengakui bahawa beliau agak frust dengan UMNO, tetapi dalam forum, kami dilihat ada bercanggah pendapat dalam beberapa isu.

Antara isu yang kami dilihat bercanggah adalah, dalam isu kejayaan perlaksanaan Islam di Malaysia. BN ternyata tidak menubuhkan kerajaan Islam. Alasan yang diberikan oleh Ustaz Nakhaie ketika itu adalah, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.

Bagi mematahkan hujjah itu, aku mengemukakan hujjah bahawa diawal kejayaan nabi SAW menubuhkan kerajaan Islam adalah di Madinah, iaitu sebuah kerajaan yang rakyatnya terdiri dari kalangan Nasrani, yahudi, musyrikin, munafiqin dan Muslimin. Ini membuktikan bahawa Madinah adalah Negara yang rakyatnya adalah masyarakat majmuk.

Adapun di Makkah, semua rakyatnya adalah Arab, malahan kabilah yang memerintah adalah kabilan yang satu keturunan dengan Nabi SAW, iaitu Quraish. Pun begitu, Nabi SAW tidak berjaya melaksanakan islam di Makkah, malahan mendapat penolakan kuat dari rakyat Qurash sehingga Nabi SAW terpaksa berhijrah ke Madinah.

[3]

Jika diperhatikan ini, kita dapat membuktikan bahawa Malaysia yang mempunyai potensi yang cukup besar dalam usaha hendak menubuhkan kerajaan Islam. ini kerana, rakyat Malaysia terbukti berbilang kaum, bangsa dan agama, atau disebut sebagai masyarakat majmuk.

Kini, dilihat PAS sudah mula diterima oleh masyarakat selain melayu dan non Muslim. Makanya, dengan rasminya PAS telah menubuhkan sebuah dewan yang sebaris dengan dewan-dewan yang lain, iaitu dewan perhimpunan penyokong PAS.

Perkembangan ini menarik, dan sudah pasti ia memberi satu gambaran bahawa kejayaan ke arah penubuhan kerajaan Islam sudah semakin hampir. Namun, ia tidak akan berjaya jika ia tidak dilakukan dengan kebijaksanaan.

Teringat perkataan Abang mat Sabu yang pernah berkata, ”Kalau non Muslim sudah tidak takut dengan PAS, dan orang melayu sudah tidak takut dengan DAP; maka itulah petanda UMNO nak bungkus”

Sekian

Baca sama:
Usul cadangan – bentang laporan kewangan harakah dalam muktamar

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg Buloh
12 Jun 2010 * 2:08 petang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Dalam PRU di Hulu Selangor dan di Sibu, kita dapat saksikan satu magic dalam sejarah politik Malaysia; iaitu PAS dilihat disokong secara serius oleh non Muslim yang berbangsa cina dan india, tetapi majority melayu menyokong musuh tradisi PAS, iaitu UMNO/BN."

1.Hang nak bagi tau apa!!
2.Apa yang hang nak banggakan dengan kenyataan diatas!!
3.Selagi puak hang gadaikan Islam!hang buang jauh-jauh penubuhan sebuah negara islam!perundangan Islam!hukum hudud!mesti puak kapiaq harbi tu akan sokong puak hang!!realitinya depa sokong Pas atau dap!!hang kena tau apa yang tersirat disebalik sokongan puak kapiaq ni!!
4.Atau hang adalah mamat yang lompat sakan bila Nizar dilantik sebagai MB Perak dulu!!waktu tu!Pas ada berapa kerusi oiii!!Majoriti dalam PR Perak!!
4.Hang ni!akai ada ka tak dak!!Memang sah la!hang ni keturunan pak kaduk!!

BaloqLiat berkata...

Salam ...

Dlm Pakatan Rakyat, selagi undang2 Islam tak dilaksanakan atau Islam didaulatkan selagi itulah DAP dan PKR akan menyokong dan bersama2 dengan PAS ....

PAS tidak akan dapat melaksanakan dan meletakkan ISLAM pada tempat sepatutnya selagi PAS sendiri tidak MEMPRAKTIKKAN Islam sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w terutama teknik dan cara berdakwah serta tidak mempunyai kekuatan dalaman yg boleh dijadikan contoh ikutan oleh UMNO dan juga parti2 lain ...

Kekuatan PAS lebih kepada kelemahan dan kekurangan yg ada pada UMNO ... Selagi ada isu selagi itulah PAS akan hidup di mata masyarakat ...

Sebab itu kita lihat, ramai pimpinan PAS (mahfuz, nizar jamaluddin, mat sabu dll) sentiasa menunggu isu untuk disensasikan ..hendak2 lagi isu yg memperlihatkan kelemahan parti yg memerintah ...

Sebagai peringatan juga, golongan pemimpin sebegini tidak pernah menjadi "juara" dlm isu yg melibatkan salahlaku dan kelemahan dalaman Parti PAS ... mereka lebih suka kepada populariti ... bimbang2 jika mengkritik parti sendiri dikatakan "telah dibeli oleh UMNO" ataupun setidak2nya mereka ini puak "UG" ....

Kesimpulannya:

Pas = PKR = DAP = Singapore = Israel "for ALL"

TopengPAS berkata...

Salam PAS for All ...


Tolong baca ini:

Hudud dan KOHILAL

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9787

joostspring berkata...

wan ji...

lu melalut benda ni bhai...lu cakap pasal pas nak tubuhkan negara islam???

sudah lupa ke anda pada itu nijar n husam kusam yg duk sibuk2 menafikan bhwa xda pun pas nak tubuhkan negara islam...

lu sudah lupa ke wan ji?????