Jumaat, 11 Jun 2010

PAS PERLU ADA GAGASAN EKONOMI ALTERNATIF UNTUK KE PUTRAJAYA

[1]

Aku tidak tahu, apakah cadangan gagasan ekonomi dilihat penting oleh perwakilan PAS atau tidak. ini kerana, bermula dari muktamar dewan-dewan, tidak kedengaran langsung sebarang ucapan pun yang menekankan agar PAS menyediakan gagasan ekonomi Islam dalam membuktikan PAS mampu memerintah Malaysia; merampas Putrajaya.

Yang pastinya, baru-baru ini, malaysiakini melaporkan;

“Jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM405.1 bilion atau 52. 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2010” (Sila Klik)

Dari berita ini, kelihatan bahawa negara kita dalam keadaan bahaya. Apabila keadaan ini berlaku, ia amat memberi kebimbangan kepada rakyat Malaysia.

[2]

Aku dimaklumkan [tidak diketahui kebenarannya], bahawa DAP sudah berjaya menyiapkan gagasan ekonomi mereka. Apabila bertanya tentang PKR, dimaklumkan bahawa PKR belum lagi berjaya menyiapkan gagasan ekonominya tersendiri.

Adapun PAS, ia sealiran dengan PKR. Iaitu, belum ada lagi sebarang gagasan ekonomi alternatif dalam melayakkan PAS untuk menguasai Putrajaya.

Namun, seorang pemimpin muda PAS yang agak terkenal, juga berjawatan dalam AJK PAS Pusat, secara peribadinya [tanpa arahan parti] telah menyediakan satu kertas kerja gagasan ekonomi bagi membuktikan kemampuan Islam memerintah Malaysia di kala merampas putrajaya.

Dalam kertas kerja itu, dikupas beberapa teori ekonomi yang berasaskan kepada kajian ekonomi Islam, dari sudut kemasukan dana kerajaan, dan bagaimana perbelanjaan yang dilakukan secara berhemah.

Menarik dari kertas kerja itu adalah, didapati dengan keuntungan petronas yang ada, ia dapat menampung banyak keperluan negara.

Justeru, dengan teori ekonomi yang diulas dalam kertas kerja itu, mampu memberi royalti minyak kepada negeri-negeri yang mempunyai minyak sebanyak 15% hingga kepada 20%, disamping mampu memberi wang ehsan kepada negeri-negeri yang tidak mempunyai minyak.

Keadaan ini berbeda dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN. Ini kerana, kerajaan BN bukan sekadar memberi kadar royalti yang sedikit, iaitu sebanyak 5%, malahan lebih teruk dari itu, apabila negeri-negeri yang mempunyai minyak dinafikan hak royalti dengan digantikan dengan bayaran wang ehsan. Contohnya, sudah berlaku pada kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.

[3]

Padaku, ekonomi adalah satu perkara yang cukup penting untuk dibentangkan kepada rakyat bagi menarik pengaruh rakyat agar mengundi sesebuah parti.

Dilihat dalam PRU lepas, konsep negara berkebajikan yang dicadangkan oleh Barisan Alternatif [PAS dan PKR], berjaya menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk beralih undi; daripada BN kepada PAS, PKR dan DAP. Ia adalah bersebab, faktor kebajikan yang sudah pasti berkait rapat dengan ekonomi.

Jika dibaca dalam kitab Hujjatullah Al-Balighah, karangan Shah Waliyullah Ad-dahlawi, dinyatakan bahawa sesebuah negara itu akan didokong oleh rakyat, sekiranya kerajaan itu menjaga tiga perkara, iaitu [a] tempat berlindung, [b] pakai, dan [3] makan.

Pastinya, dalam fiqh islam, ketiga-tiga perkara ini dibincangkan dalam fiqh muamalat, yang sudah pasti ia adalah berkait dengan ekonomi.

Padaku, jika PAS mahu menguasai Putrajaya. Disamping kekuatan pertalian dengan Allah, mengemukakan model ekonomi Islam merupakan faktor penting bagi membuktikan rakyat mempercayai PAS untuk memerintah di malaysia.

Kalau tidak percaya, cuba baca sejarah Umrah Al-Qada’ yang dilakukan oleh Nabi SAW. Waima kafir Quraish membenarkan kepada Nabi SAW melakukan Umrah selama 3 hari sahaja di Makkah, iaitu setahun selepas Sulh Al-Hudabiyyah, tetapi dalam jangka masa 3 hari itulah, nabi SAW berjaya memberikan satu model kebajikan di mata-mata rakyat Makkah, sehingga Nabi SAW berjaya menguasai Makkah selepas daripada itu.

Sekian

baca sama:
cadangan usul - bentang laporan kewangan harakah dalam muktamar

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah [b] Sg Buloh
12 Jun 2010 * 12:44 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS tak perlukan apa-apa pun. Pas hanya perlukan thiqah dan wala' sahaja. Itu sudah cukup untuk Presiden PAS dan puak2 dia.

PasPisPus berkata...

gagasan ekonomi PAS adalah berceramah dan berdebat serta melancarkan produk kopiah dan kismis baru yg penuh keatif dan inovatif demi kelangsungan derma dan sumbangan memandangkan kawasan balak makin berkurangan.Disamping itu,demontrasi juga dapat menjana pendapatan kerana sumbangan simpati akan diperolehi dari DAP dan PKR.

harap maklum.

Bahagian Lujnah Gagasan Ekonomi

AntiHipokritPAS berkata...

Salam


"tidak kedengaran langsung sebarang ucapan pun yang menekankan agar PAS menyediakan gagasan ekonomi Islam dalam membuktikan PAS mampu memerintah Malaysia; merampas Putrajaya"

Kenyataan di atas telah membuktikan PAS terlalu menekankan Bab Hudud dan membelakangkan bab2 yug ada kaitan dgn ekonomi(selalu mendakwa UMNO tidak mahu nak laksanakan Hudud sedangkan Pas sendiri tahu UMNO berkongsi kuasa memerintah kerajaan dgn komponen2 parti lain dalam BN. Jika UMNO sendiri bertegas dan merancang hendak melaksanakan Hukum Hudud dan melaksanakan Islam secara Total sudah tentu rakan komponen parti lain akan memprotes sebagaimana yg telah berlaku kpd Mr Karpal Singh)

Kat Malaysia ni kita tahu masalah utama umat Islam masa kini adalah untuk memilih makanan yg halal (sembelihan ayam, mee, produk2/bahan2 makanan dsbnya)

Mengapa PAS tidak memasuki bidang ini secara serius membantu masyarakat sebagaimana Al Arqam yg telah membuktikan kejayaaan dlm sektor pembangunan ekonomi dgn menghasilkan bahan2 makanan seperti mee, kicap, sos dan sebagainya yg menjadi keperluan harian ...

Kerajaan telah pun melancarkan Halal Hub ... adakah kerana perkara yg baik ini dilancarkan oleh kerajaan, PAS mengambil sikap membisu ....?????