Khamis, 29 Julai 2010

ALTERNATIF JANGAN 'SPOIL'

Secara majoriti, rakyat sudah meluat dengan BN. Buktinya, apabila rakyat sudah meluat dengan politik. Ini lagi terbukti, apabila anak-anak muda sudah tidak minat berbicara politik.

Apabila ditanya politik, mereka akan ungkit kesusahan mereka. Siapa pun menjadi PM, itu mereka tidak peduli. Isu minyak naik, gaji tidak naik, harga barang membebankan, dan sebagainya menjadi isu yang mereka mahu bicarakan, apabila kalimah "politik" terpancul menerjah pemikiran mereka.

Dalam keadaan sebegini, rakyat amat menunggu alternatif. Namun, alternatif itu benar-benar dapat memberi keyakinan kepada mereka.

Kelahiran Kerajaan Pakatan Rakyat, benar-benar cubaan rakyat dalam usaha mencari alternatif. jika alternatif ini hancur dalam benak kepercayaan rakyat, ia merupakan permulaan titik hitam bagi kemalapan kerajaan pakatan rakyat dalam PRU.

Tidak dinafikan, ke'spoil'an yang menimpa pakatan rakyat datang dari gangguan musuh. Namun, rakyat yang menilai gangguan musuh dalam mengagalkan usaha pakatan rakyat adalah golongan minoriti. dengan maksud, majoriti rakyat menilai ke'spoil'an itu adalah kegagalan pakatan rakyat.

Disebabkan itu, usaha saling kukuh memperkukuh antara parti-parti dalam pakatan rakyat adalah perlu. Sebarang tindakan yang boleh melahirkan ketidak-kesepatan, ataupun tindakan yang menggugatkan kesatuan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat adalah wajar diserang.

Ia tidak ada lain, semata-mata mahu melahirkan kepercayaan rakyat kepada alternatif yang sedang dicari-cari mereka. justeru, alternatif ini jangan di'spoil'kan

Apabila ke'spoil'an ini terjadi, rakyat akan mengambil keputusan yang mungkin tidak menguntungkan. Mereka mungkin hanya menggunakan dua pilihan sahaja. Sama ada mereka tidak keluar mengundi, ataupun mereka akan mengundi BN.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
30 Julai 2010 * 1:40 pagi

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

percaya atau tidak majoriti rakyat juga sudah menyampah dgn politik.

Tanpa Nama berkata...

syok sendiri je la PR perasan "rakyat" masih sokong kamu.....

sudah la pakai nama Pakatan RAKYAT, tapi sebenarnya menipu lagi teruk.

Khalid Sand Sendirian Berhad..

Tanpa Nama berkata...

1.Meluat pada politik malaysia!!satu yang normal!!sebab politik dimalaysia untuk orang kelas dua atau tiga jeee!!
2.kalau nak tau!puak kelas dua ialah puak lulusan santera dan sains sosial!!puak kelas tiga ialah puak lulusan agama!!
2.Tapi yang paling kesian ialah pada puak yang juai agama,pecahbelahkan sesama islam,kafirkan sesama islam!!
3.Pada puak-puak ni ,Allah telah janjikan neraka pada mereka!!!!

Tanpa Nama berkata...

"Al-Walid bin Al-Mugahirah telah merancang untuk memburukkan nabi SAW. antara tindakan hasil dari perancangan itu, Al-Walid menyatakan bahawa nabi SAW adalah orang yang menolak "perpaduan". Dia menuduh nabi SAW orang yang memecah-belahkan antara seseorang dengan bapanya, dengan saudaranya, dengan isteri-isterinya. Dia melaungkan ungkapan ini, ketika jemaah haji dari luar makkah datang berkunjung ke kaabah. [ar-rahiq Al-Makhtum : 100]

kemudiannya, nabi SAW di arahkan oleh Allah SWT agar berhijrah. tinggalkan ketuanan arab di makkah, tetapi fokus dakwah di negara kosmopolitan, yasrib yang akhirnya bertukar kepada Madinah.

semasa di makkah, dakwah nabi SAW digeruni oleh "UMNO Quraish". Mereka menawarkan berbagai-bagai tawaran kepada Nabi SAW agar berhenti berdakwah. Bukan sekadar "perpaduan arab", malahan harta, perempuan, kerajaan pun ditawarkan kepada nabi SAW"

"Disebabkan itu, usaha saling kukuh memperkukuh antara parti-parti dalam pakatan rakyat adalah perlu. Sebarang tindakan yang boleh melahirkan ketidak-kesepatan, ataupun tindakan yang menggugatkan kesatuan antara parti-parti dalam Pakatan rakyat adalah wajar diserang."

saya quote pernyataan anda dari dua artikel berbeza. quote yg atas sekali anda kata nabi dituduh merosakkan perpaduan. tp quote yg bawah sekali pulak anda kata org yg merosakkan perpaduan ni wajar diserang.

nak tanya:
1. tidakkah sama perlakuan anda ni dengan al-walid itu?
2.atas ayat quran dan hadis mana yg anda gunapakai utk mewajarkan serangan itu? yg sy tahu kalau org tu buat salah dan terus buatnya, kita perlu ckp secara objektif apa yg dibuatnya, tak boleh menokoktambah.

ada banyak soalan lagi tp cukup setakat ini.