Selasa, 27 Julai 2010

AMARAN JK DISIPLIN : DULU DAN KINI

INGATAN JK DISIPLIN PADA JULAI 2009.

Jawatankuasa Disiplin PAS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak dalam parti yang membuka kembali perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan.

Pengerusinya yang juga Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata langkah itu berasaskan penetapan yang dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar isu kontroversi itu dihentikan serta-merta.

Menurut beliau, penegasan itu hendaklah dipatuhi semua peringkat kepimpinan parti memandangkan penetapan yang disepakati kedua-dua pemimpin parti itu diterima baik serta berjaya meredakan ahli dan penyokong di seluruh negara.

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli-ahli," tegas beliau dalam blognya.

Tambah Tuan Ibrahim, ingatan ini perlu dilihat secara serius memandangkan PAS telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan parti, dan sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana.[sila klik]

INGATAN JK DISIPLIN PADA JULAI 2010

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak supaya berhenti daripada terus menuding jari ke arah Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang didakwa mengadakan perbincangan secara sulit dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kerjasama Umno-PAS.

Tuan Ibrahim berkata, persepsi negatif dan sebarang bentuk gesaan termasuk supaya Hasan melepaskan jawatan perlu dihentikan serta-merta kerana pertemuan itu hanya berkisar mengenai kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor dan bukannya berkaitan kerjasama politik Umno-PAS.

Malah beliau berkata, tiada tindakan disiplin akan diambil keatas Hasan kerana tindakannya menemui Harussani berhubung isu kepentingan umat Islam dan perpaduan Melayu tidak melanggar prinsip dan perjuangan PAS. [Sila klik]

KOMEN:

Qaul Qadim imam syafie di Baghdad, dan qaul jadid di mesir. Ia beralasan tempat. tapi, Qaul Qadim dan Qaul jadid JK Disiplin, bukan beralasan tempat, tetapi masa.

slogan sudah ditukar dari "islam For All" kepada "Islam For melayu"

slogan baru, "hidup melayu.... mampus india.. mampus cina !! "


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oooo...rupanya DAP dan PKR tu perjuangkan Islam.....

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Wan Ji,

Tuan Brahim tu kan ke geng UG? Dia ikut arahan Mustafa Ali dan Hadi Awang - tak lebih,tak kurang.

camarputih berkata...

YA ALLAH WAN JI!!CUKUP2 LA TU DENDAM HANG TU!!APAKAH HANG INGAT DENGAN DOK TULIS 'MAIN AGAK2' BOLEH KUKUHKAN PARTI???HANG DOK KATA HARUSSANASINI SB,AKU AGAK HANG LA KOT!!YA ALLAH NAPE LA HANG MAKIN JADI GINI.....

ahli biasa yg bermaklumat berkata...

camarputih

kat mana yg ustaz wanji dendam.

kalau kamu ahli pas yg bermaklumat tentunya kamu kenal harussani.jika tidak amat malang pas punyai ahli spt kamu

kembara putih berkata...

PAS selalu kritik mahkamah Malaysia tidak adil dan berat sebelah, tapi JK Disiplin PAS pun lebih kurang juga daa... Dari beberapa aspek boleh dikatakan JK Disiplin UMNO dan JK Disiplin PAS hampir tiada beza, tiada kredibiliti, tidak adil dan pilih kasih bila menghukum. Cari la orang yang adil dan tidak bias untuk mengetuai JK Disiplin. Mustafa Ali dan kuncu2 Presiden patut diikat dari mempengaruhi JK Disiplin. Jangan buat orang luar ketawa dengan kamu semua.

Tanpa Nama berkata...

kawan,
semua org cenderung utk bersimpati dgn bangsa sendiri, baik org melayu, cina, india, USA, British dll.
bila kita bersimpati dgn bangsa sendiri ni tak bermaksud kita ingin bangsa lain pergi mampus. kita bukan geng skinhead da..

kpd ahli biasa yg bermaklumat,
adakah semua maklumat yg anda terima tepat? adakah semua pemberi maklumat anda menyampaikan spt apa yg dia dengar atau dia ada tokok tambah? fikirlah

dulu org mukmin pun terpengaruh dgn khabar angin saidatina aisyah membuat hubungan sulit atas sebab mendapat maklumat.

Tanpa Nama berkata...

rasulullah dlm dakwahnya, baginda tidak membuang masa melayan org2 yg diragui perlakuannya.
kalau anda rasa perlakuan harussani ni meragukan, buat apa anda layan berlebih2an? nak ikut sifat yahudi?
eh tak boleh cakap macam tu, nanti ustaz anti-umno ni guna ayat org umno, "opss... soalan-soalan sebegini,boleh menyebabkan dilebel fasiq, munafiq atau kafir".

Tanpa Nama berkata...

ostat wanji ni mmg mereng ckek..kwn ngn adoka mmg cmtu..dengkinye jelas sgt..apa2 yg yg xmenokong idea dia,kedengkian dia..dia pon melentingla..ingat dosa pahala ckek ostat..xtaula aku ostat akhir zaman ni..

hussin berkata...

http://greenboc.blogspot.com/2010/07/salah-seorang-atau-kedua-dua-adalah.html

oh muktamar khas, lagak mu persis bulan purnama yang hanya mampu dilhat tetapi tidak boleh dicapai!

bagaimana keindahan bulan purnama dapat mententeramkan jiwa begitu jugalah muktamar khas, insya Allah.

bagaimana awan2 hitam boleh memalapkan bulan purnama, begitulah juga peranan virus ug di dalam pas!

mengharapkan muktamar khas macam pungguk rindukan bulan. bulan pula tidak akan jatuh ke riba...

http://greenboc.blogspot.com/2010/07/isu-hassan-ali-bertemu-harussani-tak.html

hassan ali sudah terpalit dengan kerja2 yang mencemarkan pas. fullstop. harussani sudah terpalit dengan usaha2 mewujudkan kerajaan perpaduan (ug) di perak selepas pru 12. fullstop. buatlah analisis dari segi politik. ia bukanlah sangat masalah perpaduan melayu. kalau benar, kenapa semasa kuat, umno tidak pernah menyebut mengenainya? pas sudah terima akibatnya selepas menyahut jemputan umno menyertai perikatan. bilakah jemputan itu dihulurkan? bila pula perpaduan melayu dimuliakan umno? kedua2 situasi adalah apabila kedudukan umno sudah goyah. ini politik. umno parti politik. pas parti politik. juswteru setiap tindakan perlu diteropong dari segi politik. siapa dapat untung dengan perpaduan melayu. itulah perkiraan politik.

mereka2 yang membela hassan ali dan yang sebulu dengannya akan terus berbuat demikian kerana perjuangan mereka tidak mendasari perjuangan pas. melayu itu lebih tinggi dari islam gamaknya...

gb, teruskan dengan perjuangan sdra. mereka boleh cop kumpulan yang menentang mereka dengan apa sahaja. penentuan siapa benar dan siapa salah bukanlah di dunia ini. ulama pun memang sedia maklum bukan satu.

Tanpa Nama berkata...

syadid betui geng pas ni sampaikan marah kalau ada antara pas dan umno berhubung antara satu sama lain.

takpe la...nanti ajak la sekali geng bukan Islam melayu datang kenduri,mandikan mayat dan hantar pergi haji ke Mekah sekali yer..

Tanpa Nama berkata...

fitnah yg jelas oleh wan ji.
mungkin benar harussani, hassan ali dll ada semangat hidup melayu, tp anda tiada bukti utk mengatakan yg mereka mempunyai semangat "mampus cina, mampus india".
hidup-melayu dgn mampus-cina-mampus-india adalah dua perkara yg besar bezanya, kalau lu ada fikirlah.

keyman berkata...

assalamualaikum sheih.....

Kawe rasa demo ni lari jauh dari adab berjamaah........ Cara emo do kritik pimpinan, mace demo bukan seorang ahli Jamaah....langsung tak beradab....kalu Pak Bakaq kawe tak pelik sangat sbb dia bukan Ustaq mace demo.....

Dulu kawe terpengaruh jugak dengan tulisan demo. Tapi kawe tengok tulisan demo lebih menguntungkan UMNO berbanding PAS.....Demo dengan Harusani lebih kurang aje..2X5...sama2 merugikan PAS...

MC-Gay-Gay berkata...

perangai hang macam budak tak masuk jawi lagi

lingkup pas

Perjuangan mesti diteruskan... berkata...

Salam Ustaz, teruskan perjuangan, yg hak tetap hak, yg batil tetap baaaatil... di zaman khalifah dulu juga berlaku perkara seperti ini. Bagaimana hendak kukuh rumah itu jika tiangnya dimakan anai2 sedikit demi sedikit..jika tidak dibendung.. maka musnahlah ia...

Tanpa Nama berkata...

perjuangan yg menghancorkan perjuangan Islam..kecek mcm dia sorang je paham islam..cet..wan ji2 udah2latu..Ya.Allah ..ko bg ilmu agama kat ostat Wan Ji..tp dia dah salah gunakan ilmu nya untuk memfitnah jemaah Islam..ko buka pntu hatinya untuk membantu islam..dah la time PRK dtg tok tunjuk muka mcm org besar..bla wan ji..

hussin berkata...

kerana politik, pas sanggup melayukan perjuangannya. islam tidak ada politik gamaknya?

Tanpa Nama berkata...

bukankah melayu itu islam?
bukankan muallaf itu secara teknikalnya org melayu (dlm ic baru selepas? dan bukankah anak keturunan mereka dipanggil melayu juga?
bukankah mamak (islam keturunan india warganegara malaysia) juga keturunan melayu?
bukankah secara konstitusinya org islam malaysia itu dilabel sebagai melayu?
fikir fikir fikir