Jumaat, 27 Ogos 2010

ORANG BUKAN ISLAM MASUK MASJID

Di Malaysia, Orang bukan islam masuk masjid pun menjadi isu besar. Golongan yang mengisukan perkara ini tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO. Al-maklum, parti yang tidak mempunyai pegangan agama. Islam hanya lebel, seperti kereta sorong yang dibubuh lambing Volvo.

Secara asasnya, larangan terhadap orang bukan islam masuk ke masjid, hanya dikhususkan kepada masjidil haram. Perkara ini, disandarkan kepada firman Allah SWT;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا

Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang Musyrik itu adalah najis. Justeru, mereka tidak boleh menghampiri masjidil haram selepas dari tahun mereka ini"

(At-taubah : 28)

Adapun selain dari masjid Al-haram, tidak ada nas yang melarang dari non muslim masuk ke masjid. Malahan, jika diteliti kepada nas-nas hadis, didapati wujud keizinan bagi non Muslim untuk masuk ke masjid.

Antaranya adalah, seorang lelaki bernama sumamah bin ussal. Dia pernah melakukan satu kesalahan, menyebabkan dia ditangkap dan diikat di tiang yang berada dalam masjid nabi. Ketika itu, dia belum lagi beragama islam.

Semasa diikat, dia melihat segala pergerakan dan gerak geri orang islam [para sahabat] dalam masjid, menyebabkan hatinya terlunak untuk memeluk islam.

Setelah dia dibebaskan, dia telah pergi ke sebuah lembah yang dikenali wadi Al-'Aqiq, lalu dia mandi disitu. Selesai dari mandi, dia terus ke masjid nabi, dan memeluk islam.

Dari ini, terbukti bahawa non Muslim tidak terlarang untuk masuk ke masjid. Adapun larangan dari firman Allah SWT dari surah At-taubah, ayat 28, adalah dikhususkan larangan di masjidil haram sahaja.

Ada pihak berhujjah larangan orang bukan islam tidak boleh masuk ke masjid dengan alasan bahawa mereka berjunub. Perlu diingat, hadis yang melarang orang berjunub ke dalam masjid adalah hadis Doif, ini kerana pada hadis tersebut terdapat seorang perawi yang bernama Al-Aflat bin Khalifah. Perawi ini, dinilai lemah oleh ulama-ulama hadis.

Apabila hadis tersebut lemah, maka perlu kembali kepada hukum asal, iaitu kaedah yang berbunyi;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
"Asal sesuatu perkara adalah harus"

Dengan maksud, orang yang berjunub dibenarkan masuk ke dalam masjid. Lalu, jika dikiaskan juga orang berjunub itu dengan orang bukan islam, maka sudah pasti kias itu adalah sesuatu perkara yang salah.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
28 Ogos 2010 * 1:59 pagi

Tiada ulasan: