Rabu, 11 Ogos 2010

PAS WAJAR TUKAR PARADIGMA - MAHFUZ OMAR

PETALING JAYA, 11 Ogos: PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru sekiranya parti itu mahu merealisasikan satu komuniti Islam yang kuat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau ketika menyampaikan perutusan sempena menyambut bulan Ramadhan berkata, Rasulullah s.a.w sendiri sebenarnya melakukan 'rancangan jangkauan panjang' atau long range planning kalau dilihat pada ekspedisi Hijrah ar-Rasul ke Yathrib (Madinah).

"Inilah ilmu pemikiran strategik yang Rasulullah s.a.w. tinggal pada kita di mana ekspedisi hijrah ke Madinah itu adalah long range planning, satu persiapan untuk melengkapkan persiapan yang lain, iaitu pembukaan Kota Makkah," ujarnya semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kerangka dinamik itu sudah tentu menuntut PAS mempunyai 'pendekatan bertahap' (step by step approach) yang tersendiri.

"Persiapan masyarakat sivil Madinah sendiri menunjukkan Rasulullah s.a.w. mengiktiraf kerakyatan orang-orang Aus dan Khazraj sebelum wujud masyarakat Ansar di samping Muhajirin yang datang dari Makkah.

"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu," ujarnya sambil menganggap dokongan orang-orang Islam dan Melayu tetap penting untuk perjuangan PAS.

Baginya, PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak.

"Buat apa kita takut dengan tohmahan pemimpin tertentu dalam Umno, mereka tidak sedar bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri bersedia memeterai perjanjian politik dengan tiga kaum Yahudi serta Majusi untuk menghadapi kezaliman pemimpin-pemimpin Arab di Makkah yang akhirnya membawa pada penubuhan negara Madinah yang cukup moden dan kuat," beliau menambah.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, PAS wajar meluaskan hubungan tidak langsung dengan kaum profesional supaya cara berfikir kepemimpinan PAS senantiasa ajaib dan di luar kotak.

"Untuk memenangi Peperangan Khandaq, cadangan golongan profesional seperti Salman al-Farisi gali parit sebagai benteng pertahanan yang cukup ajaib sendiri akhirnya diterima Rasulullah s.a.w.

"Untuk pilihan raya umum depan, PAS tidak boleh lagi menggunakan strategi-strategi lalu, kena ada sesuatu yang saya anggap thinking outside the box," ujarnya.

Dengan konsep berfikir di luar kotak, tambahnya, mampu membuntukan serta melemahkan serangan Umno ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping memecahkan muafakat politik dalaman BN pada pilihan raya umum depan.

Dari segi yang lain, PAS mesti dilihat menguasai ilmu pemikiran literal supaya rakyat lebih yakin dengan kepemimpinan PAS berbanding Umno.

"Kalau dahulu, Khalifah Umar al-Khattab mengambil langkah inovatif berijtihad solat tarawih dari 8 rakaat pada 20 rakaat berjamaah, masyarakat kita sekarang popularkan pula budaya tazkirah, takkan PAS mahu dilihat tidak mahu dilihat berfikir lebih literal dalam urusan agama, dalam pentadbiran negara lebih dari itu.

"Apa yang penting yang nak saya ketengahkan bukannya jumlah rakaat solat tarawih tetapi ialah lateral thinking yang dibawa oleh seorang khalifah," ujarnya sambil mengajak seluruh pemimpin dan ahli PAS mengambil kesempatan mendekati rakyat sempena 'bulan tarbiah' Ramadhan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Ambiqla pandangan orang yang cerdik sikit oii!!
2.Buat malu dari segi ilmiah la oii!!
3.Hairan jugak!!puak adun pas kedah!!pro belaka!!puak parlimen!!alahai!!!!!!tak tenguk syarat-syarat jadi "imam" ka!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

pas bukan kuda tunggangan...
tapi babi tunggangan...

penakut untuk suarakan sesuatu depan DAP dan PKR

Tanpa Nama berkata...

babi pas dan babi pkr takmau tolong saudara melayu Islam di pulau pinang tertindas ke?

tolong orang melayu Islam = assabiyah
cover untuk Khalifah lim guan eng = bagus.

http://www.isuhot.com/?p=720

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah buat kerja dakwah dulu, tak sibuk2 fikir pun nak bentuk negara. dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH atas asbab usaha rasulullah, orang yathrib sendiri yg nak rasulullah menjadi ketua negara mereka.
adakah ini juga diamalkan oleh org2 macam pak khalid, pak mahfuz, pak hassan ali, dan pengikut2 pas?
jgn terus bantah, fikirkan dulu kenyataan saya ini.
wallahualam