Jumaat, 3 September 2010

Ahli Akademik Dakwa Candi Borobudur Dibina oleh Jin Nabi Sulaiman

JAKARTA: Sebuah kumpulan diketuai seorang ahli akademik dari sebuah universiti Islam di Indonesia mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan Candi Borobudur di Jawa Tengah milik masyarakat Islam.

Portal berita Kompasiana.com melaporkan penyelidik dari Institut Kajian Sejarah Purba dan Islam diketuai Fahmi Basya, pensyarah Matematik Islam Universiti Islam Syarif Hidayatullah di Jakarta, mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa kuil Buddha terbabit dibina tentera jin Solomon (Nabi Sulaiman).

Solomon menurut Injil adalah raja Israel yang juga Nabi Sulaiman mengikut al-Quran. Berdasarkan artikel terbabit, penyelidik mengaitkan Borobudur dengan Kraton Ratu Boko berhampiran kuil Hindu Prambanan di Jawa Tengah dengan mendakwa Boko adalah nama lain bagi Ratu Balqis, isteri Sulaiman.

Alasan lain digunakan penyelidik untuk mengaitkan Borobudur dengan Islam ialah kaitan namanya.

Asal nama Slemen, sebuah bandar di Yogyakarta adalah daripada perkataan Sulaiman manakala Jawa berasal dari perkataan Jew (Yahudi).

Fahmi juga mendakwa Sulaiman adalah satu-satunya nama Nabi yang mengandungi suku kata Su yang kemudian digunakan kebanyakan pemimpin negara itu yang mempunyai nama seperti Sukarno, Suharto dan Susilo. Ahli sejarah, JJ Rijal memberitahu Jakarta Globe bahawa dakwaan Fahmi itu mungkin boleh dikategorikan sebagai sejarah ideologi.

Sejarah ideologi ada dalam banyak bentuk. Misalnya di Indonesia, penyelidik yang mengikuti ideologi itu percaya bahawa Islam adalah darah, yang memacu semua perkara besar di negara ini, kata Rijal. Agensi

sumber : berita hairan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apasal aku rasa macam ajaran sesat je. Bodoh betul kalau bangsa yang bernama Jew ini, ini adalah kumpulan bani Israel yang memberontak dan menentang pemerintahan keturunan Nabi Sulaiman (cucu Nabi Sulaiman) yang menegakkan tauhid.

Kalau nak meninggikan bangsa sekali pun jangan diambil bangsa yang disebut sebagai golongan dimurkai Allah di dalam surah Al-Fatihah sebagai wangsa keturunan.