Sabtu, 18 September 2010

HAK MELAYU? RAKYAT KELANTAN MAJORITI MELAYU, DINAFIKAN HAK.

Utusan Malaysia melaporkan;

“KOTA BHARU 18 Sept. – Ketika terdapat usaha cuba menghapuskan keistimewaan hak orang Melayu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyatakan beliau tidak bangga berbangsa Melayu” [sila klik]

PERTAMA:

Kelantan adalah negeri yang rakyatnya hampir 98 peratus adalah berbangsa Melayu. Walau berbangsa melayu, Kelantan adalah negeri yang malang kerana dinafikan hak royalti minyak oleh kerajaan yang perdana Menterinya berbangsa melayu, dan mempunyai pengikut yang sering menyuarakan slogan ketuanan melayu dan kononnya mempertahankan hak keistimewaan melayu.

KEDUA:

Pernah tok guru nik Abdul Aziz ditanya oleh seorang wartawan dalam satu sidang media tentang perjuangan nasionalis.

Mendengar soalan itu, Tok Guru bertanya balik, “tolong royak [bagitau] ambo, Nabi Adam tu bangsa apa?”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 September 2010 * 2:21 Petang

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang la nik aziz kata bangsa tu tak penting .... yg penting "ambo orang kelante" ... kawe mesti jago rakyat kelante ... tak gitu wan ji ...