Jumaat, 3 Disember 2010

HARGA DAN NILAI BAGI SATU MAKLUMAT

Hari ini, aku ikut seorang wartawan untuk mengambil kenyataan media satu badan kerajaan di ibu kota. Sedihnya, kami sesat jalan sehingga sampai agak lewat; iaitu kenyataan media sudah selesai.

Keadaan wartawan terbabit agak kesedihan. Dia bimbang tidak dapat menyediakan berita tentang isu yang agak hangat juga dibincangkan dengan cepat pada hari ini. Makanya, kelihatan dia seperti ibu kucing yang kehilangan anak untuk mendapatkan maklumat tentang kenyataan media yang boleh dijadikan berita.

Dia menelefon tokoh-tokoh tertentu, tetapi tetap mereka tidak mahu melayan. Lalu, dia teringat kepada seorang kawan sesama wartawan untuk mendapat sedikit maklumat untuk dijadikan berita. Setelah menekankan butang off Handphone, kelihatan wajahnya sayu.

Apabila ditanya, dijawab bahawa wartawan yang merupakan kawannya yang hadir awal itu seperti meminta habuan yang agak lumayan, walau kenyataan tokoh terbabit tidaklah lama; sekadar dalam beberapa minit sahaja. Mendengar penerangannya, aku terkejut dengan dunia kewartawanan ini. Aku tidak mengetahui langsung pembudayaan sebegini, malah inilah pertama kali aku melihat situasi ini.

"Ko nak bayar ker?" soalku.

"aku ada maruah. Aku tak akan buat kerja macam tu" jawabnya ringkas tapi membanggakan.

Mendengar jawapan itu, aku mula teringat dengan kisah seorang kawan yang menjadi penasihat syariah di salah sebuah bank di Malaysia. Dimaklumkan bahawa dia kesangsian dalam beberapa isu fiqh berkaitan dengan sistem kewangan islam. Ekoran itu, dia telah menelefon seorang “Prof” dalam bidang kewangan islam, untuk mendapat sedikit pencerahan.

Soalan pertama dijawab dengan baik. Begitujuga pada soalan kedua. Tetapi, apabila masuk ke soalan ketiga, “prof” terbabit terus berkata, “apa? awak ingat ini free ker?” lalu terus dimatikan handphone tanpa sebarang ucapan salam.

Fuh.. inilah nilai satu maklumat. Tidak hairan seorang kawan yang sering berwacana denganku, ada sekali dia berkata, “aku baca buku banyak-banyak. Aku habis banyak duit untuk beli buku. Tiba-tiba, ko nak maklumat aku mudah dan free.. sori la beb”

Mendengar kata-kata kawanku itu, hati kecilku terus berkata, “Ya Allah, Aku minta berlindung dengan-Mu, agar tidak menjadikan aku kedekut ilmu yang dibaca dan dipelajari semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] sg Buloh
4 Disember 2010 * 4:32 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye ke ko tak kedekut ilmu ... betul ke ... sbb yg ko cerita tu mmg betul ... itu dia ... umumnya begitu ... aku harap aku boleh tanya kau bila2 masa ... sebanyak pun ... dan kau jgn kedekut ilmu ... ok ...

Tanpa Nama berkata...

kadangkala memang terjadi pun macam tu.kita telah diterapkan dengan belajar untuk bekerja.jadi ilmu tu kekadang kedekut.posting ni sebagai peringatan kepada kita semua bahawa ilmu itu adalah milik Allah dan bila-bila masa Dia boleh tarik balik nikmatNya.

cuma kadangkala yang bertanya pun tengok la sama keadaaan tuan punya badan.jangan main terjah terus.tanya bila free nak bincang ke apa ke.moga kita dijauhkan dari sifat macam tu,insyaAllah

syukran