Khamis, 10 Mac 2011

PERUBAHAN SEKULAR DI TURKI

Jika dilihat bentuk sekular yang menjahanamkan pemerintahan Osmaniyyah turki, ia adalah sekular yg anti agama. Sekular bentuk mustafa kamal art-tartuk ini, ternyata zalim dan menindas.

Perkembangan pemikiran sekular mustafa kamal art-tarturk itu, ternyata tidak disetujui oleh rakyat turki, menyebabkan dalam pilihanraya, Turki telah berjaya dikuasai oleh islamic group atas nama parti refah, sebuah parti Islam di sana, sepertimana PAS di Malaysia.

Namun begitu, refah tidak lama. Mereka digulingkan oleh tentera disebabkan "sorohah" atau terlalu jelas usaha mereka hendak menjadikan turki negara yang mengamalkan Islam, dalam keadaan perlembagaan turki menekankan dasar sekular yang bercanggah dengan Islam.

kejatuhan parti refah, melahirkan berlaku pertembungan dalaman parti Islam itu, sehingga beberapa pemimpin mereka telah mengambil sikap keluar dan menubuhkan sebuah parti baru bernama AKP.

Ternyata, gaya dan pendekatan AKP yang dipimpin oleh Erdogan dan Abdullah Gul itu mendapat tempat dalam hati rakyat turki, menyebabkan mereka menjadi pemerintah selepas dari itu.

secara zahirnya, mereka mengakui sebagai sebuah parti yang mempertahankan dasar negara yang sekular, tetapi secara tidak sedar didapati sekular anti agama di turki sudah bertukar kepada tidak anti agama. Perempuan Islam sudah dibenarkan memakai tudung, tidak seperti sebelum ini. Azan sudah mula boleh dilaungkan dalam bahasa arab, tidak seperti azan di zaman mustafa kamal art-tarturk dan banyak lagi.

apabila ditanya tentang semangat perjuangannya, Erdogan secara terang-terangan mengatakan bahawa beliau mendokong sekular. Tetapi disebalik perkataannya itu, banyak ruang-ruangan kefahaman rakyat terhadap Islam semakin terserlah.

Mungkin ini satu fasa yang pertama, tidak tahu lagi apa akan terjadi pada fasa kedua dan ketiga nanti.

Sekian

Wallahu 'Alam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salaam,

Politik Mesir, Turki, Tunisia adalah jauh berbeza dengan Malaysia. Jika sekiranya kita hendak menggunakan pendekatan AKP di Malaysia maka kita telah memutarkan jam kebelakang. Perlu diakui walaupun perit pemeritahan M'sia adalah jauh lebih fleksible dan beradab dari pemeritah Mesir maupun Turki sebelum ini. Jadi pendekatan pun berbeza. Kalau TGNA, TGHH duduk di Turki maupun di Mesir dah lama masuk ke dalam tak tahu apa yang jadi.

Ostad pernah pergi Mekah tunai haji tak ? Kalau pernah mungkin boleh lihat betapa jahilnya orang Turki tentang perkara agama. Jauh berbeza dengan M'sia. Jadi konsep Tsamuh mungkin boleh digunakan di Turki tapi di Malaysia dah lama orang Islam tahu arak, judi, zina tu haram. Lain dengan Turki, Albania Kosovo dan seangkatan dengannya.

Islam mengajar tiada kompromi dalan mencegah kemungkaran. Ibarat adik perempuan ostad masuk rumah ustaz bawak lelaki untuk berzina maka apa ustaz buat ?? Tak kan baru nak beritahu zina tu haram, jangan buat tak baik. Tak payah cakap banyak buang masa aje sebab dia dah tahu. Apabila orang dah tahu cegahlah kemungkaran dengan tangan. Kalau tak tahu mungkin dengan perkataan iaitu dakwah lisan.

Pendekatan dakwah berbeza berdasarkan faktor pemahaman ilmu dan ekonomi sesuabah tempat. M'sia dah jauh kehadapan dari segi pemahaman rukun Islam dan Iman. Cuma tak nak buat aje. Jangan memberikan perbandingan yang bodoh dang jengkel dalam mengeluarkan sesuatu hujah.

Wasalam