Rabu, 20 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [1]

Kitab al-maqasid as-syariiyyah wa asaruha fi al-Fiqh al-Islami tulisan Abdul Ati muhammad Ali, ternyata memberi inspirasi baru. Tulisan pakar usul fiqh dari universiti al-azhar itu memudahkan kepada kita memahami maqasid syariah secara umum.

Sebarang kitab yang aku baca, amat jarang aku membuat nota ringkas untuk menjadi bahan hafalan. Tetapi, kitab maqasid syariah tulisan Dr Abdul Ati tersebut, sememangnya membuatkan keinginanku untuk membuat nota, lalu dihafal sepertimana belajar di Al-Azhar dahulu.

Kitab setebal 286 muka surat itu, berjaya aku notakan setebal 12 muka surat sahaja. Nota yang aku buat itu berbentuk peta minda, disertakan footnote yang menghurai sesuatu teori.

Dalam masa 2 bulan, aku berjaya menyiapkan nota tersebut. Walau dengan tulisan tangan sahaja, tetapi ia amat berharga bagiku untuk dijadikan sebagai bahan rujukan saat aku lupa tentang sesuatu perbahasan tentang maqasid syariah.

***

"malam ni nak berjumpa di mana?" soalku kepada Badri.

Badri seorang pelajar di Universiti Malaya. Beliau dalam proses menyiapkan tesis Phdnya yang berkaitan dengan Maqasid Syariah.

Tesis Master beliau juga tentang maqasid syariah, cuma agak terfokus kepada pengamalan maqasid yang diamalkan geng Islam Liberal di Indonesia (JIL).

"kita jumpa kat tempat biasa la ustaz.. Kat Uptown" balas badri.

Kami berjumpa untuk berkongsi bahan bacaan, terutama tentang maqasid syariah. Kami menjadi teman rapat diawal cadangan badri untuk menulis tesis Phd beliau tentang maqasid syariah. Beliau meminta cadangan dariku tentang fokus yang terbaik untuk beliau siapkan tesis Phd.

Pada peringkat awal, aku mencadangkan kepada beliau agar menulis tesis tentang ijtihad tanzili, kerana tajuk sebegitu tidak dibincang lagi di Malaysia. Malahan di negara arab pun, ia merupakan tajuk yang agak terpencil dalam fiqh maqasid syariah.

Namun begitu, tajuk cadangan aku itu, dijadikan sebagai panduan badri, tetapi beliau sendiri bercadang hendak menulis tajuk yang agak mencabar lagi, iaitu "maqasid syariah dalam teori sosialogi", tetapi sedih tajuk itu ditolak oleh penyelia Phd beliau.

***

Ketika kami sedang lepak dan minum-minum di uptown, aku berkata kepada badri, "anta tengok ni nota yang ana buat"

Badri melihat nota aku itu. Dia membelek-belek nota itu. Sambil-sambil beliau menyelak helaian kertas kitab maqasid syariah wa asaruha fi al-fiqh al-islami tulisan Dr Abdul Ati.

"bagus kitab ni ustaz..." badri bersuara sambil membelek-belekkan kitab tersebut.

"ana pun rasa, kitab ni baik. Ia kupas secara ringkas, tapi cukup berkesan untuk memahami maqasid syariah" aku memberi ulasan.

"ustaz beli kat mana kitab ni?"

"kat kedai kitab arab kat setapak. Fajar Ulung" jawabku.

"kalau kita boleh buat kelas maqasid syariah guna kitab ni, bagus gak" sambungku lagi.

"betui juga tu...kita jadikan nota ni sebagai panduan" sambut badri dengan lahjah penang sambil meletakkan di atas meja minum.

Bersambung....

3 ulasan:

vibenade berkata...

fuh ni da bole wat pengajian maqasid syariah dalam bentuk novel plak ni..haha

Tanpa Nama berkata...

memang lari tajuk tp sy tulis sj lah di sini.
satu pihak datuk t kata anwar penzina, pihak anwar pula menolak tuduhan itu.
kita sebagai org ketiga TIDAK TAHU siapa betul dan siapa salah kerana kita tidak melihatnya. apa yg kita boleh buat ialah apapun kecenderungan kita, kita kena tahan diri dari berkongsi kecenderungan kita itu dgn orang lain. biarlah polis buat kerjanya, dan kita berserah kepada ALLAH. org2 yg bersalah (apa jua kesalahan: penzina @ penfitnah dll) akan dihukum oleh ALLAH dan hukuman ALLAH berganda2 beratnya dr hukuman di dunia. jgnlah kita semua menjadi org yg muflis diakhirat kelak akibat 'kebebasan pendapat' ini. aku tak rasa seperti org bodoh pun bila aku pilih cara yg dianjurkan oleh islam ini, malah aku rasa lebih tenang dan bersyukur kpd ALLAH.

apabila aisyah r.a. dituduh berzina oleh golongan munafik, org2 mukmin turut sama menyebarkan pernyataan org munafik itu. perbuatan org2 mukmin berkenaan adalah dosa yg amat besar dan memerlukan kemaafan yg diwahyukan ALLAh dlm al-quran (minta maaf tak ingat surah yg mana).
dan pengajaran dr kisah ini ialah jgnlah kita menyampaikan berita2 yg membabitkan org lain ini. hanya saksi2 sj yg boleh . kalau datuk t kata anwar zina, kita serah kpd ALLAH, kalau anwar kata datuk t menfitnahnya, kita serah kpd ALLAH. ALLAH maha mengetahui lagi maha adil, dan neraka itu adalah seberat2 hukuman.

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya tau ustaz belajar maqasid dari siapa? Siapa nama-nama Syaikh Ustaz dalam ilmu maqasid? Dan kitab apa yg ustaz habis belajar kulit ke kulit dalam ilmu maqasid? Kalau jawapannya tiada, maka takutilah Allah wahai ustaz..