Khamis, 28 April 2011

TIBA-TIBA MAQASID SYARIAH [6]

"meeting dah buat keputusan dah..kelas maqasid dah lulus" kata Diana dalam telefon.

"alhamdulillah..." Aku mengucapkan syukur.

"bila kita start?" soalku

"Ustaz rasa hari apa yang ustaz free?" Soal Diana.

"macam ni.. Ana chek jadual dulu.. Nanti ana sms bagi jawapan" aku memberi cadangan.

"ok ustaz, tapi jangan lambat sangat tau"

"jap ustaz.. Bila ustaz boleh datang pejabat?.. Kita nak bincang pasal kelas tu nanti" tiba-tiba Diana bersuara sebelum sempat kami menamatkan perbualan.

"emm... nanti ana bagitau la.. Lagipun ana tengah bawa kereta ni.." balasku.

"ok ustaz.. Jangan lambat tau" pesan Diana lagi bimbang aku lupa.

setelah meletakkan Handphone, aku terus memandu menuju ke Sungai Buloh. 

sesampai di rumah, aku terus buka telefon nokia E71 yang aku gunakan untuk main facebook dan menulis makalah. dalam handphone itu, terdapat jadual harianku.

Pada peringkat awal, aku bercadang untuk menjadikan hari sabtu atau hari ahad sebagai hari perbincangan maqasid. Tetapi Diana tidak bersetuju memandangkan pada hari tersebut, kebiasaanya ramai yang sibuk. 

Kemudiannya, aku meletakkan hari khamis sebagai jadual kelas maqasid yang hendak dianjurkan oleh Ummah Centre itu. Tetapi setelah meneliti kepada jadual, aku menukar kepada hari selasa. 

Sebelum ini, aku menjadikan hari selasa sebagai hari tafsir. Hari itu, aku akan fokus pembacaan tentang ilmu tafsir. Ini kerana, pada malamnya aku ada menyampaikan satu kuliah tafsir di satu surau berhampiran Sungai Buloh. Aku mengajar di situ sudah hampir 7 tahun. Aku mengajar disitu pada setiap minggu yang tidak pernah aku memberi jadual ini kepada tempat lain.

Pengajian tafsir itu, bermula dari surah al-fatihah sehingga sampai ke surah al-imran, ayat ke 62. Boleh dikatakan, kuliah tafsirku di situ habis tinggi pun, aku akan mengulas dalam 3 ayat sahaja. Yang selalunya, aku hanya mengupas satu ayat dalam satu kali kuliah.

Aku mengajar tafsir di situ, bermula dari kehadiran jemaah tidak sampai 10 orang, tetapi telah diberhentikan dari mengajar di situ setelah kehadiran jemaah itu hampir mencecah bilangan melebihi 70 orang. Semuanya berpunca dari perbalahan politik yang aku tidak mengambil port dalam kupasan tafsir dalam kuliahku di situ.

namun kini, aku menjadikan hari selasa hari maqasid syariah. Hari itu, aku akan memfokus pembacaanku tentang maqasid, dan malamnya aku akan menyampaikan syarahan tentang maqasid.

Bersambung...

Tiada ulasan: