Selasa, 9 Ogos 2011

SOKONG TINDAKAN JAIS BERMAKNA SOKONG USAHA BENCIKAN ISLAM?

Aku tidak fikir, tindakan JAIS baru-baru ini menyebabkan non Muslim akan tertarik hati dengan Islam. Dan aku tidak fikir, jika benar ada orang yang mahu murtad itu akan bertambah kuat keimanan mereka kepada Islam balik.

Malahan, aku merasakan tindakan JAIS itu, menyebabkan non Muslim semakin meluat dengan Islam. Juga muslim yang sedang longgar iman mereka semakin mahu meninggalkan Islam; semakin bertambah longgar lagi iman mereka. Mungkin hati mereka semakin kuat mahu meninggalkan Islam.

Dalam Islam, ada istilah “muddah Istitabah”, iaitu jangka masa tertentu untuk meminta orang yang murtad itu agar kembali kepada Islam. Caranya, dihantar cerdik pandai bercakap dan berhujjah berjumpa dengan orang yang hendak murtad itu agar menjawab dan memberi keyakinan kepadanya tentang Islam.

Di zaman Ali bin Abi Talib, ketika berhadapan dengan Khawarij, Saidina Ali menghantar beberapa orang yang petah dan bijak berjumpa dengan golongan khawarij itu untuk menyampaikan hujjah dan menjawab segala keraguan mereka tentang Islam. 

Contoh tauladan Saidina Ali ini sepatutnya diambil oleh JAIS. bukannya mengikut kehendak hawa nafsu dengan merasakan “mentang-mentang berkuasa”. Kadang-kadang dengan perasaan “mentang-mentang berkuasa” ini JAIS bertindak sesuka hati. Hinggakan, Dr Asri yang berceramah pun kena tangkap. 

Sebenarnya apa tugas JAIS? hendak menyebar luaskan islam, atau membantutkan penyebaran Islam? Hendak memberi kefahaman manusia kepada Islam atau menjadikan mereka benci dengan Islam?

Aku kira, tindakan JAIS itu tidak wajar disokong. Menyokong juga, bermakna menyokong proses membencikan Islam; menyokong proses menjauhkan manusia dengan Islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maksud2 dlm takbir raya pon kene tukar jugak la kot hahaha....

pemuda sek18 shah alam

mahaza berkata...

Smlm Dr Maher Al-Hassan dari Damsyik, Syria menjadi imam di surau kami. Beliau ada menyentuh sedikit berkaitan surau/masjid dan tanggangjawab kejiranan (kebetulan surau kami baru saja siap). Dia mengingatkan bahawa kedudukan keliling surau terletaknya rumah-rumah orang muslim yang mungkin tidak pernah pergi ke surau serta terdapatnya rumah merek ayang bukan muslim. Kita diingatkan agar tidak memandang keji keuda-dua golongan ini tetapi cuba menjadikan surau sebagai tarikan untuk mereka mendekati. Kesimpulannya sikap kita akan menarik ramai orang kejalan Islam atau menjauhi dari Islam. Saya bersetuju dengan Enta bahawa sikap JAIS bukan sahaja menjauhkan bukan Islam bahkan Muslim yang tidak berapa kukuh aqidahnya. Jika dalam gereja tersebut terdapat mereka yang hendak dimurtadkan (kononya) Persoalannya hendak dimurtadkan atau sukarela murtad kerana ada imbuhan - kita harusnya hayati makna 'Kefakiran membawa kepada kekufuran'. Dari 12 orang tersebut berapa orang yang mendapat layanan buruk dari pihak seperti PKZ? Teringat isu pesakit HIV yang dibantu oleh gereja. Kenapa? Adakah mereka hendak murtad? Tidak, bahkan itu sahaja pilihan mereka. Nasib baiklah ada hamba Allah yang prihatin mebuka rumah utk pesakit Muslim. Selama ini mana pergi Badan Kebajikan? Jais?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
kita cuba fokuskan ini dulu. suka atau tidak, kita tak tahu samada jais masuk gereja itu samada pakai masuk je (buka pintu), ugut ("buka pintu kalo tidak kami sita gereja ini'), pecah pintu atau panjat masuk.

tapi akhbar pro-kristian spt the star, membesar2kan cerita SEPERTI jais memecah masuk gereja. manakala surat khabar aliran utusan pula, ambil peluang sokong jais, memecahbelahkan dan memburukkan pas. orang islam yg fikir malu, malu, malu tp tak bertempat, maka terasalah kemaluannya.

nak bicara tentang malu. orang kafir pandang orang islam yg minum arak pun memalukan walaupun mereka sendiri minum arak, tp ramai juga orang kafir pandang muslimah yg pilih tk menutup aurat adalah memalukan, mereka juga pandang jihad islamiyah sebagai memalukan. itu kalau nak bicara tentang malu. kalau nak kira malu, takdelah dakwah islamiyah, takdelah org nak jadi ustaz.

utk perbandingan, bila solat tarawikh dipasang ke loud speaker luar, ianya mengganggu orang, pihak masjid salah di sisi ALLAH. tp azan yg dipasang ke loud speaker menandakan masuknya waktu solat, ianya mengganggu orang, pihak masjid perlu meneruskannya juga kerana ianya tanggungjawab mereka.

jadi, yg penting, secara rasionalnya, kalau jais masuk pecah pintu walaupun bersebab, mereka bersalah di sisi ALLAH. tp kalau mereka masuk tanpa memaksa tidaklah mereka dari kalangan orang yg salah, dlm hal ini.

sudah tentu pihak jais dah fikir dulu cara nak bertindak. dan seperti orang lain mesti mereka ada fikir hal ini memalukan atau tidak. bukankah kita orang melayu ni sangat mementingkan muka?

Tanpa Nama berkata...

kpd mahaza,
kita tuding sana, kita tuding sini. mana jais, mana badan kebajikan. mereka memang lemah dan bersalah, kita pun bersalah juga. kenapa badan2 kebajikan banyak digerakkan oleh orang kafir? yg org islam ni pulak terlalu mengharapkan badan kerajaan, pusat zakat buatkan semua ni.

kita kena fikir, ada sahaja orang yg datang ke pusat zakat mohon bantuan tp sebenarnya tidak layak secara syarie. jadi kita kena tolong pusat zakat dgn idea dan desakan. bukan setakat tanya 'mana jais, mana pusat zakat?'.

berkaitan jgn pandang keji org2 yg tak pergi solat ke masjid, itu benar dan saya sgt bersetuju. tp org2 yg tak pergi solat ke masjid sendiri ada yg cakap, "janji aku tak tinggal solat satu pun, buat kat mana sama saja". saya adalah antara org yg pernah berkata begitu. Alhamdulillah ALLAH telah buka hati saya.

kesimpulannya, semua org ada kesalahan, tp yg penting semua orang kena cari bagaimana kita nak perbaiki diri kita utk perbaiki org lain. bukan tuding sana tuding sini.

Tanpa Nama berkata...

1.oitt mamat MAHAZA!!hang ni letak akai dimana!!
2.hang ni merupakan puak-puak yang sekupang je boleh dibeli dengan puak-puak kapiaq nii!!
3.gamaknya!!kalau hang ngaji dalam bidang bidang sains dulu!!hang dok kena peboddo je dengan kebodoha hang ni!!