Isnin, 3 Oktober 2011

ROSMAH BAKAL BERTUDUNG?

semasa di kelantan, seorang kawan memaklumkan bahawa pada raya aidul adha kali ini, Najib dan rosmah akan ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Beliau juga memaklumkan bahawa Rosmah akan bertudung sejurus pulang dari Makkah nanti. Diberitahu juga bahawa Rosmah akan terus berkekalan memakai tudung sehingga keputusan PRU. Dengan maksud, Rosmah bertudung itu mempunyai motif mendapat undi ekoran imej "agama" yang dibawanya.

Secara peribadi, aku mendengar dakwaan itu, tetapi tidak bermakna mempercayainya bulat-bulat. Padaku, jika Rosmah mahu bertudung, itu adalah perkara yang wajib dia tunaikan. Malahan, sebagai muslim, aku amat menggalakkan tindakan itu. Namun, Sama ada dia lakukan kerana Allah atau sebaliknya, itu hendaklah dia menjawab dihadapan Allah SWT di akhirat kelak.

Tetapi, jika benar dakwaan bahawa ia sebagai cara untuk menarik perhatian agar pengundi memberikan undian kepada BN ekoran imej "agama" yang bakal dibawa oleh Rosmah, maka niat sebegitu adalah perkara yang cukup dimurkai. Ia sama seperti tindakan Khawarij yang menggunakan ayat al-Quran untuk menjatuhkan pemerintahan Ali sehingga Ali bin Talib menyatakan, "kalimah itu adalah benar, tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan".


sekian

wallahu 'Alam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.yang nik aziz dok melalak bab hudud bila tiba pilihanraya!apa kisah bhaiii!!
2.cermin-cermin diri dulu waktu menulis!
3.lama dok tenguk puak pas ni dok ludah kelangit je!last sekali jatuh pada batang hidung sendiri!
4.akai tak dak kot!dok buat fitnah tentang perkara yang belum berlaku lagi!

yat berkata...

ni artikel untuk orang bersangka buruk ke apa? akhi adalah taraf orang ada ilmu agama, artikel2 sampah macam ni tak yah la post...