Selasa, 17 Januari 2012

WASATI IBN AL-QAYYIM PELEMPANG WASATI NAJIB


Utusan meroyan melaporkan;

penubuhan Kursi Wasatiyah di UM bertujuan melahirkan lebih ramai sarjana dan cendekiawan yang menerajui semangat kesederhanaan dan keseimbangan seperti tokoh Islam terkemuka al-Imam Ibnul Qayyim dan pemegang kursi itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

komentar;

[1]

Najib ni betul-betul tak malu. Ibn al-Qayyim antara tokoh terkedepan bercakap soal keadilan sejagat. adapun Najib, keadilan tidak ada, tapi jahat itu memang ada.

[2]

Ibn al-Qayyim ada menyatakan;

إن الشريعة مبناها وأساسها على الحكم
ومصالح العباد في المعاش والمعاد، وهي عدل كلها، ورحمة كلها، ومصالح كلها، وحكمة
كلها، فكل مسألة خرجت عن العدل إلى الجور وعن الرحمة إلى ضدها، وعن المصلحة إلى
المفسدة، وعن الحكمة إلى العبث، فليست من الشريعة وإن أدخلت فيها بالتأويل

Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa bangunan syariah itu berdiri atas tapak keadilan, memberi kemaslahatan kepada manusia di dunia dan akhirat. Semua perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman; dari unsur kasih sayang kepada sebaliknya; dari kemaslahatan kepada kerosakan; maka itu bukan syariah, walaupun dimasuki ta'wil-ta'wil yang kononnya nampak macam syariah.

[3]

Najib guna agama untuk menegakkan perkauman UMNO. Ia merupakan ta'wil-ta'wil yang nampak seperti baik, walhal tak baik. ia amat bertepatan dengan apa yang disebut oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab 'Ilam al-Muwaqiin ini.

wallahu 'alam



1 ulasan:

kekura berkata...

assalamualaikum,
janganlah menjadi seperti ulama umno. kesalahan orang bukan umno sahaja yang dia rasakan perlu ditegur secara terbuka, tetapi kesalahan pihak umno yg banyaknya perlu teguran secara terbuka, dia buat senyap2 sahaja.

jadi ustaz wan ji pun perlu bersikap adil. rasulullah ajar kita bila perlu tegas, kena bertegas, bila kena keras, kena keras, bila boleh berlembut berlembutlah.
jgnlah nak jaga hati pakatan, yg perlu bertegas ustaz senyapkan seperti ulama umno tu....